Advert Board

Monday, December 21, 2009

[Apa Plan?] Dividen ASB 2009 dan Bonus Kerja.

PNB dah umum dividen dan bonus utk 2009. Dividen @ 7.3 sen/unit dan bonus @ 1.25 sen/unit.



Ada gak yang dapat Bonus hujung tahun dari majikan, insyaAllah.



Apa Plan?



Apa plan anda untuk dividen ASB 2009 atau Bonus akhir tahun anda?



Pilihan 1

Re-invest 100% duit dividen ASB tu dalam ASB.

Duit bonus kerja, simpan 90% dalam ASB, bakinye (10%) bolehlah digunakan untuk tukar tayar kereta yang dah nak botak @ pergi bercuti-cuti Malaysia.



Pilihan 2

Re-invest 90% duit dividen dan bonus kerja dalam ASB. Bakinya, 10% joli.



Pilihan 3

50-50. Dividen dan Bonus tu, 50% re-invest dalam ASB.

Bakinya, 50% bolehlah cuti-cuti Malaysia.



Pilihan 4

Kasi habis 100% duit bonus dan dividen tu. Dah penat-penat simpan @ kerja sepanjang 2009, kasi balun lah. Apa tunggu lagi?

Tapi ada gak yang terpaksa guna 100% duit bonus dan dividen tu, bukan untuk joli, tapi untuk beli barang keperluan keluarga. Hah, jangan teragak-agak, guna saja :D

Penutup

Anda sendiri yang tentukan bagaimana untuk menggunakan duit dividen dan bonus tersebut.

:)

Wang Anda? Siapa Yang Peduli?

Siapa yang peduli tentang wang anda?

Diri Sendiri?

Pasangan (Hidup)?

Ibu Bapa?

Adik-Beradik?

Kawan-Kawan?

Bos?

Musuh?

Bank?


Tidak, bukan mereka.

Sebenarnya diri kita sendiri.

Ok, ada jugak sesetengah pasangan yang ambil berat, tapi setakat ambil berat je lah yang mereka mampu. Tidak lebih dari itu.

Selebihnya, diri anda sendiri yang perlu menyimpan dan menguruskan wang anda.


Ingat,

Bukan Pasangan (Hidup).

Bukan Ibu Bapa.

Bukan Adik-Beradik.

Bukan Kawan-Kawan.

Bukan Bos.

Bukan Musuh.

Bukan Bank.

Bukan orang lain, melainkan anda sendiri yang menentukan hidup anda.


Iya, semuanya dengan izin dan kehendak Allah SWT, tapi itu tidak akan berlaku tanpa usaha dari diri anda sendiri.

Percayalah, ini bukan karut atau tahyul atau sandiwara.

Ini adalah kehidupan, di dunia assabab.

Friday, December 4, 2009

The Power Selling Assessment Tool Scoring

Semalam saya beli satu buku menarik yang berjudul "Power Seliing : Seven Strategies for Cracking the Sales Code" hasil karya Mr George Ludwig.

Saya baru bace "chapter introduction", sebab penulis die suruh ambik "self-assessment-test" kat web die dulu, baru bace buku tu.

Kat sini saye nak share keputusan assessment tu, walaupun semuenye below-average, hahaha. Mungkin sebab saye ni bukan bekerja sebagai "sales executive" utk mane2 kompeni, jadi keputusannye terok. "tak mengaku, hahaha"


1. The Power of Reputation: Questions 1—15

You scored 40 points — average performance
(improvement in this area can still provide an increase in sales effectiveness)



2. The Power of Real Passion: Questions 16—27

You scored 20 points — below average performance
(a major improvement is needed in this area or sales effectiveness will be compromised)



3. The Power of Research: Questions 28—42

You scored 9 points — below average performance
(a major improvement is needed in this area or sales effectiveness will be compromised)

4. The Power of Rapport: Questions 43—57

You scored 15 points — below average performance
(a major improvement is needed in this area or sales effectiveness will be compromised)



5. The Power of Resource Management: Questions 58—73

You scored 13 points — below average performance
(a major improvement is needed in this area or sales effectiveness will be compromised)



6. The Power of Resiliency: Questions 74—88

You scored 9 points — below average performance
(a major improvement is needed in this area or sales effectiveness will be compromised)



7. The Power of Relationships: Questions 89—105

You scored 41 points — average performance
(improvement in this area can still provide an increase in sales effectiveness)



8. Overall Scoring: Questions 1—105

You scored 213 points — below average performance
(you need to apply the principles of Power Selling immediately!)

Tuesday, December 1, 2009

Pengurusan Kewangan? Apo Tu?

Pengurusan kewangan?

Apo tu?

Apa pasal mau urus-urus?

Biar jelah wang kita uruskan diri sendiri :) Just follow the flow.

Mau hidup senang? Please do not follow the flow (majority).

Level 1 : Konsep Pengurusan Kewangan

Memastikan wang yang masuk poket (gaji) mencukupi untuk perbelanjaan, dan lebih baik apabila ada wang lebih.

Level 2 : Konsep Pengurusan Kewangan

Memastikan wang yang masuk poket (gaji) mencukupi untuk perbelanjaan dan mesti ada takaful asas, dan wang simpanan untuk kecemasan dan pelaburan (unit trust).

Level 3 : Konsep Pengurusan Kewangan

Memastikan banyak wang yang masuk poket (gaji+pelaburan), sekaligus mencukupi untuk perbelanjaan dan mesti ada bahagian untuk wang kecemasan (minimum 3 bulan), perlindungan takaful, dan wang untuk pelaburan (unit trust, bursa, hartanah, dsb).

Level 4 : Konsep Pengurusan Kewangan

Memastikan lebih banyak wang yang masuk poket (gaji+pelaburan+bisnes), sekaligus melebihi keperluan perbelanjaan dan mesti ada bahagian untuk wang kecemasan (minimum 12 bulan), perlindungan takaful, wasiat-dan-hibah, dan wang untuk pelaburan (unit trust, bursa, hartanah, dsb).

Level 5 : Konsep Pengurusan Kewangan

Money-Freedom, tanpa mengabaikan kepentingan untuk sentiasa memastikan lebih banyak wang yang masuk poket (gaji+pelaburan+bisnes), sekaligus sangat melebihi keperluan perbelanjaan dan mesti ada bahagian untuk wang kecemasan (minimum 12 bulan), perlindungan takaful lengkap, wasiat-dan-hibah, dan wang untuk pelaburan (unit trust, bursa, hartanah, dsb).

Penutup

1 persamaan yang sangat penting untuk dikekalkan oleh kelima-lima level di atas ialah, sentiasa bersedekah (termasuk wakaf dan memberi biasiswa) dan jangan terlepas bayar zakat.

Saya mungkin salah dan tidak tepat.

Tapi rasa-rasanya, hampir tepatlah :D

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan anda tentang Pengurusan Kewangan di sini :)

Monday, November 30, 2009

Salam Eidul Adha

Salam Eidul Adha :D

Jgn lupe bertakbir utk seminggu ya :D

Perangai buruk aku, suka bertangguh, sebab tu baru masokkan entri ni walaupun bukan isu baru.

huhuhuhu.

Perlu diubah, perlu diubah.

"Autobot, transform!"

Tuesday, November 17, 2009

[2009] Cara Kira Dividen ASB

Memandangkan sekarang ni dah bulan November, soalan tentang cara pengiraan dividen ASB timbul semula.

Mari lihat semula entri berkenaan cara pengiraan dividen ASB.

Sharing is Caring.

Thursday, November 12, 2009

My Respond to Anon2 on Lawyer, Lawyer.....

My respond to the anonymous-ananymous comments on the following entry,

Terima kasih di atas keprihatinan anda, walaupun anda kurang berani untuk bertanggungjawab ke atas tindakan anda dengan berselindung di sebalik anon :)

Pertama sekali, apa pasal korang terjebak dengan emosi terlampau entri tu? huhuhu. Sebagai manusia yang lebih bijak, matang dan berpengalaman dari penulis (atas faktor lebih berusia), adakah itu tindakan yang baik untuk membalas entri penuh emosi terlampau tersebut? hush.

Yang kedua, cuba baca betol-betol luahan terlampau tu semula. Aku bukan mempersoalkan FUNGSI LAWYER atau CUBA UNTUK TUNJUK BAGUS atau PANDAI.

Isi utama entri tu cuma menceritakan kesan letusan emosi kerana:
a) Lawyer & their party gagal untuk menasihatkan dengan sewajarnya. Apa pendapat anda, sekiranya doktor yang anda jumpa memberi anda ubat yang silap dan mengakibatkan kesan sampingan? Buat Don't Know? Apa pendapat anda, sekiranya rumah yang anda harap untuk diduduki sampai meninggal dunia, runtuh selepas 5 tahun? Gembira kah? Lantas, aku sebagai manusia biasa, mengharapkan kerjasama pihak lawyer yang mewakilkan aku dan menjaga kepentingan aku, untuk menasihatkan aku dengan sewajarnya kerana aku bukan EXPERT sebab aku 1st timer, dan hanya lawyer sahaja yang ditauliahkan oleh pihak penguasa undang-undang untuk MEMEGANG AMANAH.

b) Laywer & their party gagal dalam komunikasi mereka ke pihak aku. Maksudnya, aku mengharapkan pihak lawyer untuk memberitahu aku DENGAN JUJUR, apa status perkembangan kes, tanpa MENGHARAPKAN KES AKU ITU DI"ANAK EMAS"KAN. Aku mahu tahu, sebab aku tahu aku perlu turut serta dengan lawyer untuk berhubungan dengan 3rd party yang lain, seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Building Maintenance atau Developer atau mane-mane pihak lain.

ITU SAHAJA. AKU TAK PERNAH MINTAK TUMPUAN KHUSUS LAWYER atau MENYERAHKAN BULAT-BULAT SEMUA KERJA KEPADA LAWYER.

Aku cuma perlukan HONEST FEEDBACK untuk membantu.

Yang aku kecoh mengenai aku dah bayar servis, sila nasihat aku, APA HAK AKU UNTUK DAPATKAN 2 PERKARA KAT ATAS TU? Yes, I 100% agreed that we do not own the people to do our work even though we paid them. Aku pon x cakap aku berhak ke atas masa diorang. dan aku pon tahu diorang punya jadual padat.

Aku bukan orang yang hanya mempunyai emosi gembira atau tiada emosi langsung. Jadi, sudah tentulah, ada masa-masa tertentu, aku akan meletus.

Aku pon xde pulak sebut mane-mane individu khusus atau entiti khusus secara langsung. Kalo bawak ke mahkamah, penulisan menggunakan huruf-huruf boleh dijadikan bukti ke? Mana-mana assumption yang anda lakukan bukan di bawah tanggungjawab aku. Itu anda sendiri yang memikirkannya.

Untuk kes rumah tu mahal @ murah, hilang akal ka mau beli rumah lelong mahal-mahal? Lagipun, ini advice dari Faris SS, and aku masih lagi menghargai pengalaman berurusan dengan dia. Tentang bayaran legal fee, total bayaran dlm RM5k, termasuk yg dah diabsorb ke pinjaman.

Pertuduhan berat, from one of the anon,

"Anonymous said...
Sian ko...malang betui....tp jgnla nak myalahkn org je..patutla org melayu tak leh bjaya...pnuh hasad dngki n mulut smua mcm hampeh.mcm mulut pompuan r beb.duk ngata org je.....patutnya kat blog citer r bnda baik2 ni.ni tak,mnceritakan kburukan org smp tutup periuk nasi org....agak2la bai"

Yang ni komen pasal pe? Sama-sama meletus mcm aku kah? Aku x nak tuduh sape2.

"Anonymous said...
bila org buat kes ko elok2 ko tk nak plak puji bgai nak rak.sket nyer silap ko leh kutuk smp mcm2 kuar.ni r manusia.terlalu taksub sgt.aku bkn apa,sbgai Islam,agak2la ayat2 ko..kalo aku jd lawyer tu pun aku akan hangin."

Aku x puji? Aku ada satu entri khas sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, tapi mungkin anon yang komen ni x pernah masok blog ni mase tu. sekarang, aku dah simpan as a draft entri-entri pasal rumah, sebab blog ni lebih kepada perkongsian berkenaan urus financial. kalo mau, aku boleh naikkan semule entri penghargaan tersebut.


UPDATE STATUS : KES BERJALAN SEMAKIN LANCAR, SGT2 MENGHARGAI TINDAKAN PANTAS LAWYER M. X TAHULAH SAMA ADA LAWYER M BACA BLOG NI ATAU TIDAK, TAPI AKU SANGAT2 MENGHARGAI TAHAP PROFESSIONAL LAWYER TERSEBUT. JIKA LAWYER TERSEBUT BACA BLOG NI (walaupun hampir mustahil, hahaha), JUTAAN TERIMA KASIH. NANTI KITE SETTLE KAT LUAR. huhuhuhu.

Monday, November 9, 2009

Lawyer, Lawyer.....

[edit: new words] Amaran, entri ini mengandungi kandungan emosi terlampau yang tidak ditapis sebelum ditulis. Entri ini tidak sesuai dibaca oleh orang lain, kecuali penulis sahaja.

[edit: new words] Entri ini telah ditulis betul-betul selepas bercakap dengan Person-in-Charge dari Developer dan lawyer-in-charge

[edit: new words] Entri ini akan dikekalkan sebagai pengajaran untuk diri penulis, dalam mengendalikan hubungan umum (PR) dengan orang ramai.

Macam-macam kes la lawyer ni.

Aku punye kes, dah nak masok 8 bulan, x siap-siap lagi proses tukar nama.

Alasan yang diberi oleh Lawyer M, developer x bagi lagi dokumen untuk diorg proceed.

Bila tanye dah follow-up ke belom, kate jap lagi follow-up by phone.

Surat terakhir yg dihantar ke developer utk urusan pindah milik ni adalah bertarikh 10 Ogos 2009. reminder? lu igt sendiri kot. huhuhu.

Harini dah 9 November 2009.

Terpakse aku follow-up sendiri dengan developer.

Tanye apa masalah, Pn N bagitau ada payment belom clear, merujuk pada surat tuntutan bayaran diorg bertarikh 15 Mei 2009.

Ape ke bodoh diorang ni? Pusing-pusing cakap. Cube bagitahu betol-betol. Xkan aku kene buat sumenye. Adus, memang lemau lah.

Semue bayaran sudah dijelaskan 100% sejak 1 Julai 09 sebenornye (lambat sikit sebab ade miscommunication dgn subordinate Lawyer J yang lagilah macam haram).

Yang aku sakit hati sgt, Lawyer M kate dah follow-up dengan orang developer, jadi, kenape timbul isu ade bayaran sangkut? Bile aku tanye, bgtau dah follow-up sebelum ni, alih-alih ade isu yang dah lemau mcm ni.

[edit: Font type & size] Hadus, lagi satu isu, APA PASAL KES AKU NI BOLEH TUKA2 LAWYER? LEMAU SGT KE AKU NI? TIME NAK SURUH BAYAR SERVICE CHARGE, AKU DAH BAYAR IN-FULL, SEJAK BULAN APRIL, TAPI KEJE MACAM HARAM.

DUIT MAU,
KEJE LEMAU.

INI MACAM PUNYE ORANG PON ADE. APE PUNYE MENTALITI DAAA.

[edit: Font type & size] Sekarang aku try gune lawyer lain utk kes lain. Aku biase jumpe @ telefon dgn Lawyer-in-Charge directly. Kerani die pon xde pusing2 cakap, kalo belom buat, bagitau saja belom buat. Bukan aku nak back-charge ke hape ke. aku cume mau keje siap!!

[edit: Font type & size] TP, DGN LAWYER J YANG LEMAU NI, AKU X PERNAH JUMPE LANGSUNG. MEMANG LAWYER YANG ANGKUH. DENGAN CLIENT PON XMAU JUMPE. CEH, BANYAK LAGI LAWYER KAT MALAYSIA NI. INGAT AKU MENGEMIS SERVIS KO KE? AKU BAYA 100% LAH SEMUE CHARGE KO.

[edit: Font type & size, Council Bar] Kalo aku mau mendajal, aku boleh report sama BAR COUNCIL. Tapi xpelah, aku x seteruk korang yang hanya tahu memutar-belit.

*fuhuhuhu, CUBA TEKA LAWYER MANE. KALO BETOL, JOM NASI BERIYANI KAMBING KAT PELITA KLCC*

Analisis Saya Utk Isu Shariah-Compliance Bagi ASB

Hari ini, semakin byk perbicangan mengenai hukum harusnya ASB yg telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saya juga ingin mengutarakan analisis yg pernah saya buat berdasarkan kepelikan shariah-compliant di Malaysia.

Maaf, saya bukan menuding kesalahan org lain utk membolehkan saya terus memegang fatwa harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dan saya juga bukan sekadar menggunakan "common sense".

Analisis Pertama

Sila lihat hujah berikut, saya petik dari forum BJ,

"
sila lihat link berikut, major stake holder of Bank Islam utk 2007 :
a. LTH 41.92%
b. PNB 14.69%
c. ASB 9.54%
d. EPF 5.57%

sape boleh relatekan hubungan Bank Islam dan juga PNB & ASB?

aku bukan mencari kesalahan ye.

tgk plak saham2 pegangan ASW2020, Maybank cume 7.77%
"

PNB dan ASB adalah pemegang kepentingan Bank Islam sebanyak 24.23%.
Total 4 major stake holder tu pon hanyalah 71.72%.

Jadi, Shariah Compliance ke Bank Islam ni?

Analisis ke-2

dan juga hujah berikut, juga dipetik dari forum BJ,

"
ok, SC pon dah tetapkan benchmark utk shariah-compliant:
a) 5% benchmark
b) 10% benchmark
c) 20% benchmark
d) 25% benchmar

ksemua kat atas tu comply dgn shariah-compliant, with a tolerant of involvement in non-compliance business activity.

aku dah buat kire2 base on penyata kewangan 2008 ASB (top 20 listed), and berikut ialah non-compliant saham2 yg dilaburkan oleh ASB:

a. Maybank 21.93%
b. BAT 2.19%
c. F&N 1.24%
d. Carsem (Hong Leong Bank) 0.87%
e. Bumiputra-Commerce (CIMB) 0.76%

totalnye, 26.99%

yg x listed, xtau.
"

utk perhatian, PNB cume menyenaraikan pelaburan utamanya sebanyak 72.53% shj. Bakinya, hanya mereka sahaja yg tahu ke mana ia dilaburkan. Sila ke sini utk laporan tahunan ASB tahun 2008.

Kekeliruan Saya

Bank Islam juga ada menganjurkan cabutan bertuah untuk sebarang deposit bernilai RM100.
Soalan saya, adakah cabutan bertuah, yang menggalakkan penyimpan berharap kepada nasib adalah halal?

Mengeluarkan Semua Pelaburan Dari PNB adalah Penyelesaian?

Bayangkan apa akan jadi apabila semua pelabur menarik semua pelaburan keluar dari PNB?

Soalan saya, adakah PNB mampu bertahan apabila sudah tidak mempunyai modal pelaburan?

Berapa lama PNB mampu bertahan, dan sekiranya mereka tidak mampu bertahan, akan wujud lagikah ASB?

Saya orang kebanyakan yang hanya mempunyai asas setebal kulit bawang mengenai muamalat dan ekonomi dalam Islam.

Atas sebab-sebab di atas, saya masih lagi berpegang kepada Hukum Harus yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tindakan Saya

Tetapi, saya tidak akan duduk diam. Buat masa ini, saya telah menghantar gesaan kepada PNB supaya mencapai status "Shariah Compliance" secepat mungkin.

Tahun depan, saya akan tingkatkan lagi usaha saya untuk memperjuangkan ini, mungkin sehingga tahap "walk-in" ke pejabat PNB, insyaAllah.

Akhir Kata

Terserah kepada anda apa yang anda akan lakukan, sama ada BERJUANG atau MENGHUKUM.

Thursday, November 5, 2009

Kisah Teladan : Bapa Kita?

Entri arini aku copy-&-paste dari email.

Jadi, sumbernye aku xtau dari mane. Dengan niat untuk berkongsi, bukan untuk publisiti, aku letak kisah ini.

Kepada yang empunya cerita, sila tinggalkan komen anda sekiranya anda terbaca cerita ini. Jutaan kemaafan sekiranya tuan tidak izinkan kisah ini disiarkan. Tanpa ragu-ragu, saya sanggup padamkan entri ini sekiranya dipinta.

------------------------------------------------------------------------------------------------

System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis. Sementara tunggu system up balik, aku nak share something interesting happened to me last nite kat ofis.

Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje. Tgh duklepak-lepak benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih. Indian age dalam 50+ tapi still kuat coz dia dulu secret service utk kerajaan Sarawak . Body guard aa kira. Dia pon maybe tgh boring coz kitorg dorang je yg ada kat floor nih. Dia dtg borak - and aku layan la macam biasa.

Then suddenly dia tanya gaji aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, adala sikit-sikit lepas utk diri sendri and family..(takut gak dia nak pow ke or mintak duit ker...) Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku kata la ada...bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat bapak aku - aku only kasik kat mak aku and assuming dia sbg finance minister akan distribute la duit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya).

Then dia tanya lagik. Aku pon slowwwwwwww jer jawab... tak. Dia pon cakap kenapa tak and aku pon explain la why. Then dia cerita,

"u tau ka, bila u kasik sama u punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka... Saya sbg bapak aaa,bila anak kasik saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain."

aku pon dengar jer la... then mata dia berair... Dia kata bila anak dia kasik duit dekat dia,

"I felt like im flying in the sky!"

Masa dia cerita tu, siap dia cakap

"sekarang saya cerita pon aaaa, bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam laaa..."

Aku pon teros tingat kat bapak aku. Tho dia masih ada and still makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak penah kasik duit direk kat dia. Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik duit kat aku masa aku belajar. Skang aku dah keje dan dia tak, kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat dia. Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak! Gad tu tgk kat mata aku and cakap

"u kasik u punya mak, lain cerita. tapi kalau u kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya mula dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tido. U ada wang, u kasik la sama u punya bapak direk. Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang,50 suda cukup."

Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb tingat kan kesilapan aku dan gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sinih. Yg pertama, walau siapa pon kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah" kita.Kadang-kala, nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan yang kedua, sayangilah bapa anda. Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak, sedikit pon tidak mengapa.

Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya. Pelukerat dan berikan satu senyuman istimewa buatnya.

Tuesday, November 3, 2009

What Drive You [Apa Daya Penggerak Anda?]

Dengan jujurnya, saya mengaku bahawa saya bekerja dan berusaha untuk mencari duit kerana saya takut [fear] kepada kemiskinan. *past experience*

Dengan jujurnya, saya mengaku bahawa saya tidak mempunyai citarasa tinggi, jadi saya boleh hidup dalam keadaan sederhana dan lebih kurang, i.e. pergi kerja tunggang motosikal, kereta keluarga kami ialah (proton iswara aeroback tahun 1997), baju kemeja kerja 4 helai sahaja, tinggal di flat kos rendah (di kalangan jiran-jiran yang kurang berhati perut, huhuhuhu), dan makan ala kadar. *tapi isteri saye cun, anak saye hensem :p* [live below meant]

Dengan jujurnya, saya mengaku bahawa saya mementingkan keluarga, lebih dari kerjaya. i.e. meluangkan masa untuk isteri dan anak, dan juga ibu bapa, mertua, adik-beradik dan ipar-duai. [life satisfaction and life priority]

Dengan jujurnya, saya mengaku bahawa saya lebih mementingkan istirehat [laziness]


Apa daya penggerak anda pula?
*diri sendiri?
*keluarga?
*orang sekeliling?
*sifat ego?

Monday, October 26, 2009

Ilmu Di Sekolah Tidak Sepenting Ilmu Buat Duit?

Saya tahu, sesiapa yang sudah membaca penulisan Robert K. (Rich Dad Poor Dad) pasti biasa dengan konsep pemikiran beliau,

"Satu cabang ilmu yang tidak di ajar di sekolah ialah ilmu buat duit. Ilmu buat duit adalah lebih penting dari ilmu-ilmu lain yang diajar di sekolah. Berbekalkan ilmu ini, sesiapa juga boleh menjadi orang kaya di dunia ini. Sebaliknya, orang yang hanya ada ilmu di sekolah, adalah LOSER kerana tidak akan menjadi kaya"

Saya memang menggemari cara penulisan beliau yang "thinking out of box" dan mengajak pembaca-pembaca untuk celik kewangan, tetapi saya, dengan rendah diri, kurang bersetuju dengan konsep tersebut.

Pada pendapat saya yang tidak tahu apa-apa ini,

Untuk anak-anak kita, mereka mesti bersekolah, dan diberikan ilmu-ilmu yang diajarkan di sekolah dengan secukupnya. Ilmu-ilmu tersebut juga tidak kurang pentingnya.

Bagi kita yang sudah menghabiskan alam persekolahan (sesetengahnya Alhamdulillah dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tingg), mungkin kita rasa, "owh, ruginya bersekolah, bukan boleh kaya pun."

Tetapi, bagi anak-anak kita, adilkah bagi mereka kerana hasil silap faham kita bahawa pendidikan formal di sekolah tidak penting kerana tidak mampu mengkayakan kita, kita tidak menekankan kepentingan ilmu-ilmu tersebut? lantas mereka yang masih mentah dan tidak tahu "yang mana satu intan yang mana satu plastik", tidak menumpukan perhatian semasa alam persekolahan, sekaligus mendapat gred "D" di dalam peperiksaan mereka.

Tidakkah, kita, sebagai ibu bapa, tidak merasa kesal dan sedih akan kerugian yang bakal mereka hadapi?

Mari kita lihat SINOPSIS antara ilmu-ilmu yang kita telah perolehi hasil dari sistem persekolahan formal...

Geografi, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita hendak memahami konsep bentuk permukaan bumi mempengaruhi faktor keselamatan i.e. tanah runtuh, konsep matahari terbit dan tenggelam, dan juga teknik membaca peta.

Sejarah, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita akan memahami kepentingan sejarah, untuk membolehkan mereka belajar dari kegagalan orang-orang yang terdahulu.

Matematik, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita mampu mengira keuntungan (dan kerugian) atau kadar bayaran bulanan pinjaman, untuk mana-mana pelaburan yang disertai.

Sains, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita mampu mengaitkan hubungan hujan dan bencana alam atau bagaimana kebakaran boleh terjadi hasil dari api yang kecil.

Itu adalah sebahagian dari cabang ilmu yang kita pelajari di sekolah. Lain-lainnya, sila huraikan sendiri :D

Pendapat Saya Yang Ke-2 : Prosedur Menuntut Ilmu

Asas ilmu ialah membaca.

Selepas itu adalah menghafal.

Selepas sudah dihafal, barulah kita mampu memahamkan ilmu tersebut, bergantung kepada pengalaman hidup sebenarnya. Faham untuk jawap periksa tidak sama dengan faham apa inti pati ilmu tersebut.

Selepas sudah memahami inti pati ilmu tersebut pula, barulah peringkat menggunakan atau "apply". Pada peringkat ini, barulah ilmu-ilmu tersebut dapat difahamkan sepenuhnya dan bersebati dengan diri kita. Dan pada peringkat ini jugalah, seseorang manusia itu akan memikirkan bahawa, "owh, ilmu ini tidak penting" :(

Bagi sesiapa yang tidak setuju, saya ada lagi satu alasan kepentingan menghafal. Anda tahu kenapa di kalangan kita ada tahfiz? :D

Pendapat Saya Yang Ke-3 : Tanggungjawab Ibu Bapa

Ilmu-ilmu tentang cara-cara utk hidup tu ie buat duit, cari duit, habiskan duit, dsb, adalah tanggungjawab ibu bapa.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut idea ini, anda sebagai ibu bapa pasti faham maksud saya :D bagi yang belum menjadi ibu bapa, selepas anda menjadi ibu bapa nanti insyaAllah anda juga akan faham.

Kesimpulan

saye setuju dgn Robert K. bahawa ilmu buat duit itu penting, cume saye TAK BERSETUJU SEPENUHNYA bila dia cakap ilmu kat sekolah x penting.

KEDUA-DUA CABANG ILMU TERSEBUT ADALAH PENTING, WALAUPUN TIDAK SEPENTING ILMU AKHIRAT :)

Friday, October 16, 2009

Part 2 : Perancangan Kewangan Untuk Anak-Anak

"Post" kali ini adalah kesinambungan dari post Perancangan Kewangan Untuk Anak-Anak

Alhamdulillah, saya dan isteri sudah bersepakat untuk membuka 2 akaun, satu di Tabung Haji dan satu lagi ASW2020. Kedua-dua akaun tersebut sudah dibuka.

Tabung Haji

Akaun ini kami daftarkan menggunakan nama anak kami (usia 1 bulan), dan diletakkan nama saya sebagai penjaga (untuk sebarang urusan pengeluaran). Akaun ini akan digunakan sebagai tempat menyimpan sebarang sumbangan dalam bentuk wang untuk hero sulung kami, termasuklah duit raya.

Wah, kecil-kecil lagi dah ada simpanan. Next step, ialah meneruskan simpanan tersebut apabila menerima mana-mana sumbangan kewangan lagi, dan yang paling penting, menerapkan kepentingan menguruskan kewangan dengan baik dan juga menabung. Pada pendapat saya, inilah perkara "fundamental" yang paling penting tapi pada masa yang sama adalah yang paling sukar. Apa-apa pun, saya akan usahakan juga di samping berdoa ianya berjaya, Amin Ya Allah.

ASW 2020

Hah, inilah yang paling penting untuk saya dan isteri. Tadi tu adalah simpanan untuk diri hero sulung kami tu. Yang ni pula adalah simpanan untuk persekolahan anak(-anak) kami. Alhamdulillah, kami sudah membuka akaun dengan simpanan permulaan RM200, dan InsyaAllah kami akan mendisiplinkan diri untuk membuat sumbangan bulanan RM20 untuk setiap seorang anak(-anak).

Semoga Allah membantu kami, terutamanya dalam mendesak PNB untuk mencapai status Shariah-Compliance bagi kesemua portfolio diorg. Further, kebanyakan orang-orang yg bekerja dgn PNB ni Muslim, insyaAllah mereka pon akan berusaha ke arah itu, Amin Ya Allah.

Next Plan Utk Anak(-Anak)?

Saya sedang mengumpul info-info untuk mewujudkan skim bagi Tabung Pendidikan Tinggi anak(-anak) kami. Setakat ni, pilihan yang ada termasuklah:
a. Amanah Saham PNB (ASB, ASW2020, ASD,et)
b. Takaful pendidikan (yang ni xde info lagi. Tapi saya agak "sceptical" bagaimana plan takaful ni boleh berfungsi... Need to find more info on this. Maybe i'll talk to my current PruBSNtakaful agent, which is fortunately my friend, to get more info on this thing. Further, i'm still wonder which one is better, Investment-Link-Takaful or the ordinary Takaful. Wargh, excessive info is bad, lack of info is worse, huhuhuhu)
c. Beli rumah, jual. Ulang sehingga tiba masa anak(-anak) melanjutkan pelajaran :D
d. Unit Trust yg lain (last resort)
e. Saya masih perlukan input. Siapa-siapa nak berkongsi, silalah, jangan segan-segan :)

Tuesday, October 13, 2009

8 Kelebihan Mempunyai Pengurusan Kewangan Yang Baik

Senarai 8 Kelebihan Mempunyai Pengurusan Kewangan Yang Baik:
1. Memastikan Wang (REZEKI) Yang Ada Mencukupi
2. Mengelakkan Pembaziran
3. Menghadapi Musibah dan Kesulitan
4. Mewujudkan Simpanan Untuk Membina Kekayaan
5. Mencapai Matlamat dan Hajat
6. Mengurangkan Kebergantungan Kepada Orang Lain
7. Membantu Orang Lain Yang Sangat Memerlukan
8. Menjadi Seorang Muslim Yang Cemerlang

Perbincangan

1. Memastikan Wang (REZEKI) Yang Ada Mencukupi

Setiap Muslim telah diberikan rezeki yang mencukupi (walaupun nilainya berbeza-beza) oleh Allah SWT. Yang membezakan setiap individu adalah cara mereka berbelanja (menggunakan rezeki yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu) dan menguruskan rezeki mereka. Rezeki di sini termasuklah wang, harta, masa dan tenaga.

Analoginya, Ahmad dan Ali mendapat gaji harian RM50.00 setiap seorang. Setiap hari, Ahmad akan membelanjakan RM15.00 keperluan hariannya termasuk makan dan minyak. Bakinya sebanyak RM35.00 akan disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Ali pula akan membelanjakan RM40.00 setiap hari demi memuaskan kehendak hatinya. Baki RM10.00 pula akan dikumpulkan untuk dihabiskan pada hujung minggu.

Siapakah yang lebih bijak berbelanja dan menguruskan rezeki mereka?

2. Mengelakkan Pembaziran

Setiap seorang manusia di muka bumi ini, Allah telah mengurniakan akal dan nafsu.
Apabila kita mengutamakan akal berbanding nafsu, InsyaAllah selamat. Sebaliknya, apabila nafsu diutamakan, pelbagai musibah termasuk pembaziran bakal berlaku. Seorang Muslim yang menggunakan akal untuk berbelanja, insyaAllah dapat mengelakkan pembaziran.

Analoginya, makan sepinggan nasi berlaukkan sesenduk sayur dan seekor ikan, insyaAllah kenyang bukan?Makan 2 set makanan yang sama juga mengenyangkan kita bukan, malah mungkin kita tidak mampu menghabiskannya.

3. Menghadapi Musibah dan Kesulitan

Setiap Muslim akan diuji, setara dengan kesanggupannya, itu adalah firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat yang terakhir. Adakah kita memerlukan seorang manusia yang lain untuk memberitahu kita semula akan kepentingan untuk bersedia bagi menghadapi mana-mana musibah, walaupun telah ada firman Allah di dalam Al-Quran?

Sekurang-kurangnya, persiapkanlah diri kita semampu mungkin untuk mewujudkan TABUNG KECEMASAN bagi kita dan keluarga kita. Lain-lain hal adalah urusan Allah.

4. Mewujudkan Simpanan Untuk Membina Kekayaan

Syarat asas untuk membina kekayaan adalah dengan menyimpan. Tanpa disiplin dan komitmen, adalah sangat sukar untuk menyimpan.

Analoginya, Abu dibayar sebanyak RM2,000.00 setiap bulan sebagai seorang eksekutif muda. Seiap bulan, Abu mampu mendisiplinkan dirinya untuk menyimpan RM1,000.00. Setelah 2 tahun, simpanannya telah mencapai nilai RM24,000.00.

Ahmad dibayar gaji sebanyak RM3,000.00 pada setiap bulan sebagai seorang eksekutif muda. Berbanding Abu, Ahmad hanya mampu menyimpan wang gajinya sebanyak RM100.00, itupun kadang-kadang dia terpaksa mengeluarkan wang tersebut untuk menampung perbelanjaannya yang sgt tinggi. Setelah 2 tahun, simpanannya hanya mencapai nilai RM2,000.00 (kerana beliau telah mengeluarkan wang simpanannya sebanyak 2 kali dalam tempoh 2 tahun tersebut).

Yang mana mampu membina kekayaan? Abu atau Ahmad?

5. Mencapai Matlamat dan Hajat

Manusia mempunya matlamat dan hajat yang berlainan. Ada yang ingin mempunyai rumah besar, ada yang ingin mengelilingi dunia, ada juga yang ingin membuka rumah anak-anak yatim.

Apa sekalipun matlamat dan hajat mereka, mereka memerlukan modal untuk bermula, terutamanya wang ringgit. Untuk menggunakan tandas awam pun kita perlu membayar 20 sen @ 30 sen. Hatta, sesetengah tandas ada yang mengenakan caj lebih tinggi. Tandas yang percuma biasanya daif keadaannya.

6. Mengurangkan kebergantungan Kepada Orang Lain

Tidak dinafikan manusia memang bergantung kepada Allah SWT untuk hidup. Itu satu perkara utama. Ini adalah perkara yang seterusnya, iaitu kebergantungan kepada orang lain. Hampir mustahil untuk menghilangkan sepenuhnya kebergantungan itu, tapi, insyaAllah boleh diminimumkan apabila kita mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Setuju?

7. Membantu Orang Lain Yang Sangat Memerlukan

Konsep zakat dan Sedekah adalah kunci kepada perkara ini. Di samping merapatkan silaturrahim, saham akhirat pon insyaAllah dapat. InsyaAllah Allah akan memberkati hidup kita dan melipatgandakan lagi rezeki yang kita keluarkan untuk zakat dan sedekah tersebut.

Zakat tu, Rukun Islam yang ketiga tu....

8. Menjadi Seorang Muslim Yang Cemerlang

Apabila kita mampu menguruskan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan harian kita, iaitu kewangan, insyaAllah kita dalam landasan yang betul untuk menjadi seorang Muslim yang cemerlang. Sebelum mampu menguruskan orang lain, elok juga kita mempraktikkan pegurusan yang betul ke atas diri sendiri.

Penutup

Semua "point" di atas bukanlah senarai yang mutakhir. Itu adalah di antara kebaikan-kebaikan yang insyaAllah kita perolehi dengan mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Kita perlu menguruskan sesuatu perkara dengan baik untuk mendapatkan hasil yang baik. InsyaAllah bantuan dari Allah akan datang. Sama-samalah kita berusaha.


CAIYO, CAIYO.

Thursday, October 8, 2009

ASNB / Saham Amanah PNB : Shariah Compliance?

Saya ingin mengajak semua pelabur Saham Amanah PNB termasuklah, ASB, ASN, ASD, dan sebagainya, untuk menghantar cadangan kepada PNB supaya mencapai status "Shariah Compliance" secepat mungkin.

Di harap, dengan tekanan secara halus dari para pelabur dapat membuka mata mereka-mereka yang menguruskan PNB, Amin Ya Allah.

Sila ke link berikut untuk menghantar cadangan anda,

http://www.asnb.com.my/icare.htm

Sekiranya anda buntu dan ketandusan idea untuk menyusun ayat cadangan tersebut, sila "copy-&-paste" ayat di bawah,

Saya mencadangkan agar PNB mematuhi "Shariah Compliance" (SC) untuk sebahagian besar amanah saham yang dikeluarkan terutamanya yang dikeluarkan khusus untuk kaum Bumiputera, seperti ASB, ASN, ASD, dan lain-lain, untuk menghilangkan keraguan Rakyat Malaysia Beragama Islam dalam membuat pelaburan di dalam ASB.

Mencari yang halal itu WAJIB.

Mungkin sedikit demi sedikit memandangkan membuat perubahan secara drastik adalah sangat sukar.

Terima kasih.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Eidul Fitri (2009)

Salam kawan-kawan (semue yang singgah kat blog ni kawan-kawan lah),

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri.

Saya juga minta maaf atas mane2 salah silap yg saya ada buat, tersilap kata atau ada yang berkecil ati dengan saya.

SILAMAT, HALI LAYA :p

Monday, September 7, 2009

Perancangan Kewangan Untuk Anak-Anak

Alhamdulillah dan Allahuakbar, isteri saye selamat melahirkan anak lelaki sulung kami pada 30 Ogos 2009 yang lepas melalui pembedahan (@ ceaser). Semoga Allah menambahkan keberkatan hidup kami dan memurahkan rezeki kami, Amin Ya Allah.

Kami menamakannya Muhammad Umar. Tujuan kami memilih nama tersebut adalah supaya Muhammad Umar boleh mencontohi Saidina Umar Al-Khattab, sekaligus mampu memimpin adik-adiknya, dan seterusnya keluarga kami, ke jalan yang diredhai Allah apabila sampai masanya, insyaAllah dan Amin Ya Allah :)

Merancang Kewangan

Selepas ini, tak tahu lagi berapa banyak rezeki yang Allah akan kurniakan dalam bentuk anak kepada kami. Berapa banyak pon, Alhamdulillah sgt2, itu semua rezeki :) Perkara yang penting yang perlu dilakukan seiring dengan kelahiran anak kami adalah melakukan perancangan kewangan untuk mereka, mungkin bermula dengan yang paling asas dahulu.

Perancangan kewangan pertama untuk anak2 kami ni ialah mewujudkan simpanan untuk perbelanjaan persekolahan mereka, termasuklah yuran2 sekolah, baju2 sekolah, dan buku2 sekolah mereka. Biasanya, ini bakal mendatangkan masalah untuk keluarga2 yang besar pada setiap permulaan musim persekolahan.

Iyalah, bukan RM1 atau RM10 yang diperlukan untuk satu kepala pada setiap awal tahun. RM100 tu kire minimum, provided memang "recycle" pakaian tahun sebelumnya. Tapi itu tidak bermaksud pakaian anak2 wajib ditukar baru setiap tahun. Just In Case :) Bersedia sahajalah.

Penyelesaian? Simpanan Bulananlah

Untuk mengurangkan kesan masalah ni, saya berhajat untuk membuat simpanan bersama-sama dengan isteri (atau tong-tong untuk menyimpan) setiap bulan RM10 setiap seorang dari kami. Tak banyak bukan??

:) Inilah kelebihannya. Bermula awal untuk mengurangkan kesan pada 6 tahun akan datang, insyaAllah.

Kira-kira asasnya, katakan dengan permulaan RM100, dan ditambah secara "consistent" RM20 pada setiap bulan,
selepas 5 tahun, dengan mengambil kira dividen pada 6% dan duit yang disimpan tidak dikeluarkan, insyaAllah akan ada lebih kurang RM1,400.00.

selepas 6 tahun insyaAllah akan ade lebih kurang RM1,700.00.

Tidak membantu ke? Siapa yang nak bagi kite RM1,500.00 senang-senang?

Tabung Haji atau ASW2020?

Cumanya, saya masih belum membuat keputusan untuk membuka akauan Amanah Saham Wawasan 2020 (atau ASW2020) atau membuka akaun Tabung Haji sahaja.

Siapa ada pendapat ya?

p/s : utk kes further study tu buat scheme lain lah

Untuk kesinambungan topik ini, sila ke sini

Friday, August 28, 2009

Saya Kurang Disiplin

Terus terang, saya bukanlah seorang yang berdisiplin tinggi dan mampu berIstiqamah untuk masa yang lama.

Datang kerja pun lambat. Orang suruh datang sebelum pukul 9.00 pagi, pukul 9.15 pagi baru saye terhegeh-hegeh sampai.

Itu adalah kelemahan diri saya. Saya akui.

Jadinya, kelemahan ini berjangkit ke tabiat saya yang lain, terutamanya dalam menabung. Setiap bulan, mesti saya "tarik" semula simpanan dari ASB.

Perkara ini mungkin perkara yang kecil, tetapi hakikatnya saya yang menanggung kerugian untuk jangka masa panjang. Tambahan pula, saya memang tidak mampu untuk menabung 30% atau 40% dari gaji bulanan saya!

Sekiranya saya akan bersara (kerja makan gaji) pada had umur maksimum standard, iaitu umur 55 tahun, saya cuma ada masa dalam 28 tahun untuk memenuhkan kantung persaraan saya supaya tidak perlu menyusahkan orang lain.

28 tahun bersamaan 336 bulan. Katakanlah saya kerugian RM10 setiap bulan kerana sikap suka "tarik" semula simpanan dari ASB, saya sudah kerugian RM3360 (kiraan tanpa kompaun). Banyak tu, siapa rasa tidak banyak, sila gunakan wang RM3360 itu untuk membeli-belah di "E-Shop" saya :)

Itu jika RM10, sekiranya RM100 saya "tarik" setiap bulan, saya sudah rugi RM33600!!!

Atas sebab ini, saya terpaksa menukar strategi dengan Mengambil Pinjaman ASB Al-Bai Inah dengan Maybank (MBB) :) Promosi kejap (tapi tidak berbayar).

Sehingga Hujung Ogos 2009, MBB menawarkan skim yang menarik untuk pinjaman RM30,000 ke atas iaitu:
a. BLR-1.65% (utk 3 tahun pertama)
b. BLR-1.5% (utk tahun berikutnya)

Untuk tempoh biasa, sehingga diberitahu kelak, MBB menawarkan skim yang tidak kurang menarik:
a. BLR-1.35% (utk 3 tahun pertama)
b. BLR-1.3% (utk tahun berikutnya)

Menggunakan Lembaran "Microsoft Excel", saya membuat perbandingan antara menyimpan sendiri dan mengambil pinjaman tersebut untuk mendapatkan gambaran kasar. Dengan menganggap saya mengambil pinjaman RM30,000 untuk 20 tahun, InsyaAllah saya boleh untung lebih RM15,000.00 selepas tamat tempoh apabila membuat pinjaman tersebut berbanding menyimpan sendiri, dengan andaian, dividen ASB melebihi BLR dan wang dividen dan wang pokok tidak disentuh langsung.

Hei, kenapa saya tidak mengambil pinjaman maksimum RM200,000 sebagaimana orang lain?

Itu saya punya sukalah. Hehehe.

Sebenarnya, tujuan saya adalah supaya saya tidak akan menyentuh langsung simpanan tersebut untuk tempoh 20 tahun akan datang. Jadi, saya tidak mahu mengikat komitmen saya terlalu tinggi dengan pinjaman ASB tersebut dan saya perlukan sedikit kecairan atau "Liquidity".

WE NEVER KNOW THE FUTURE :)

Secara ringkasnya, saya pecahkan 10% bajet simpanan saya kepada 2 bahagian, satu bahagian untuk bayaran pinjaman tersebut, sebahagian lagi adalah untuk disimpan sendiri.

Anda pula bagaimana?

Friday, July 31, 2009

Bersyukur Dengan Segala Rezki dan Nikmat dari Allah

syukur Alhamdulillah dgn segala rezki dan nikmat yg Allah berikan.

ni utk ingatan saye sendiri gak, tp pada mase yg same nak share dgn sume org.

kadang2 Allah lambatkan sikit rezki kite sebab kite kurang bersyukur dgn ape yg ade. once kite betul2 bersyukur, insyaAllah lagi laju rezki Allah yg mengalir masuk, Amin Ya Allah.

mcmane nak betul2 bersyukur? buat semua suruhan-Nya, tinggalkan segala larangan-Nya.

Senang cerite, cintakan Akhirat, dunia kejar kite, cintekan dunia, akhirat hilang. Lagi satu, kene yakin dengan Qada' dan Qadar Allah. Wallahu'alam.

ni sekadar perkongsian ya, no hard feeling, sebab saye sendiri masih byk kene belajar dan perbaiki.

Seterusnya, cerita untuk iktibar bersama :)

Macam perkongsian kisah realiti sebelum ini, saya dapat cerita berikut daripada email. Dengan niat untuk berkongsi sahaja, bukan mencuri kredit, saya buat post ini. Mintak maaf kepada yang empunya, jika termasuk ke blog ini, terima kasih kerana meninggalkan sedikit komen.

Allah selamatkan saya ketika derita...

Azamin Amin
Wed | Jul 22, 09 | 12:31:33 pm MYT

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

"Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

"Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

"Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

"Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.

Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

'Tak boleh sembahyang Jumaat!'

Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

"Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya.

"Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.

"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!"katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.

"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

"Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.

Teresak-eask saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya...

"Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."

Ya, begitulah juga dengan saya...hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.

Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya...

Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu...

Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :

" Mmm...sedap.." dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena......

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.

Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.

Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?" (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.

Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.

Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.

Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

Friday, July 10, 2009

My-Down-to-Earth E-Shop : Tekstil Sulaman Tangan dari Vietnam

Saya ingin mempromosikan barang-barang terbaru untuk jualan di kedai elektronik saya.

Sekarang ini, saya sedang mengadakan jualan untuk barang-barang tekstil sulaman tangan dari Vietnam :
a. Telekung
b. Alas Meja Makan (6 orang)
c. Alas Meja Kopi
d. Beg

Juga ada Kraftangan iaitu Pasu Bunga berasaskan Kayu yang dicat dengan cantik.

Boleh klik di sini untuk ke kedai tersebut :)

Apa yang menarik tentang barang-barang tersebut ialah setiap satu adalah unik dan tiada yang sama kerana kesemuanya adalah hasil sulaman tangan.

Sila singgah dan tengok-tengok (atau "window shopping").

Sekiranya berminat dan ingin membuat pesanan, boleh ke sini untuk prosedur pembelian penuh :)

Terima Kasih terlebih dahulu di atas lawatan anda. Jangan lupa pilih mana-mana yang berkenan di hati.

Monday, July 6, 2009

Perbezaan pelabur (Investor), Jurujual (Salesman), dan Penggiat MLM (MLM-er)

Ini adalah komen, pendapat dan pandangan peribadi saya. Tiada sebarang niat untuk berburuk sangka atau prejudis.

Saya sendiri pernah terlibat secara langsung dengan ketiga-tiga perlakuan tersebut. Jadi, saya yakin bahawa saya berhak untuk memperkatakan apa yang saya mahu :D *wahaha, macam kerek je, tapi tak sebenarnye?*


Pelabur

Pelabur akan melihat dan menimbangkan keuntungan. Pelabur juga akan melihat dan menimbangkan kerugian.
100% untung juga membawa maksud 100% rugi.

Pelabur akan menggunakan duit sendiri tanpa melibatkan orang lain, kecuali ejen, peguam, pejabat kerajaan (untuk mati setem, jika perlu), dan pembeli (jika melibatkan jualan).

Pelabur juga tidak akan memaksa orang lain melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu.

Pelabur biasanya mempunyai kepakaran dan ilmu dalam bidang pelaburan yang diceburinya atau sekurang-kurangnya mahu mencari ilmu dan kepakaran dalam bidang pelaburan yang ingin diceburinya.

Jurujual

Jurujual akan menekankan semua kelebihan produk jualan mereka (walaupun sebenarnya bukan kelebihan). Untuk yang lebih "advance", ada yang menerangkan keburukan produk-produk pesaing mereka.

Tetapi, jurujual tidak akan menerangkan sama sekali keburukan atau kelemahan produk mereka. Kecuali bagi mereka-mereka yang tidak mementingkan jualan.

Jurual ada target jualan yang perlu dicapai. Sama ada target harian, mingguan atau bulanan.

Jurujual biasanya menerima komisen bagi setiap jualan yang berjaya dibuat (sekiranya pembeli mampu menjelaskan bayaran dalam tempoh tertentu sahaja).

Jurujual bukan seorang tuan punya perniagaan (atau pelabur).

Penggiat MLM

Penggiat-penggiat MLM akan menekankan keuntungan yang bakal dikecapi (projected) apabila menyertai skim mereka.

Penggiat-penggiat MLM tidak akan sekali-kali menerangkan risiko-risiko kerugian yang bakal dialami.

Penutup

Apa komen anda? terima kasih :)

Monday, June 22, 2009

Realiti Impak Keadaan Ekonomi Malaysia 2009 Kepada Rakyat

Saya ingin berkongsi kisah sedih dari blog http://isuhagat1.blogspot.com/2009/05/kerja-oh-kerja.html

Saya copy-dan-paste bulat-bulat sebab ambil terus dari blog tersebut.

Maaf sekiranya saya telah melanggar hak cipta, tapi saya ingin berkongsi kisah ini tanpa mengubah jalan cerita dan gaya penceritaannya.......

Sebagai renungan bersama…

KALAU KITA FIKIR KITA SUSAH, MASIH ADA LAGI ADA ORG YG LEBIH SUSAH DARIPADA KITA..

CUMA KITA SEBAGAI ISLAM WAJIB SEDAR, JANGAN LAH SAMPAI KESUSAHAN KITA, MENGHAMPIRI KEKUFURAN..

USAHA SELAGI DAYA BERUSAHA, SEMENTARA ALLAH MEMBERIKAN KITA KESIHATAN DAN KEWARASAN AKAL..

REZEKI ADA DI MANA-MANA, YANG PENTING KITA BERUSAHA SELAIN BERDOA, BERTAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T


Thursday, May 14, 2009

Lokasi : Didalam Pasaraya Besar
Masa : Jam 3.30 pm

Seorang penolak troli gigih bekerja. Dari warna kulit dan wajah, jelas berbangsa melayu. Bukan Nepal atau Burma. Bangsa sekulit dengan aku. Usia tidak muda dan tidak juga tua. Agaknya dalam lingkungan 30an. Benar2 mengerah keringat dan kudrat menolak tidak kurang 30 troli sekali lalu. Peluh memercik, jelas dimukanya. Setelah selesai dia tiba-tiba tersenyum bila merasakan ada mata yang sedang melihat dia bekerja tadi. Sebagai menghargai, aku balas senyuman sambil menghampiri beliau.

Dah lama kerja kat sini ? tanyaku sambil menghulur tangan untuk berjabat tanda awal memula perkenalan. baru lagi bang. Baru 2 bulan. Oh..jawabku ringkas. Sebelum ni ? Kerja kilang bang ! Dimana ? Di Pulau Pinang. Kilang tutup...nasib baik dapat kerja kat sini. Alhamdulillah ! Itupun terpaksa menganggur lebih 5 bulan tanpa kerja tetap.

Dari riak wajah, aku tahu dalam jiwanya terpamer azab kehilangan pekerjaan. Macamana kerja baru ni..ok ke tak ok ? aku menyoal lagi. Dia diam seketika..kemudian bersuara..kerja kuli bang! Nak kira ok tu..ok juga, cukup buat beli susu anak bang ! Berapa syarikat ni bagi sebulan ? banyak benar pertanyaan dari mulut aku ni untuk dia. Hmm..campur overtime..12 jam kerja sehari dari pukul 10 pagi sampai 10 malam, dapatlah RM800 sebulan. Banyak tu ? aku cuba menduga. Banyak ker? Cukuplah untuk sara anak bini. katanya ringkas. Hampir 10 minit aku luangkan masa untuk berbual dengan beliau, Halim namanya, ayah kepada 3 orang anak, 2 dah masuk sekolah rendah dan seorang lagi baru berumur 3 tahun. Tinggal di rumah sewa dengan sewaan RM250 sebulan. Agak perit bagi Halim, aku dapat rasa dengan gaji sebanyak itu. Apa nak buat...walaupun dia mempunyai Sijil dari Politeknik Ungku Omar, tapi yang jelas..pekerjaan beliau kini sebagai 'penolak troli'. Jika dahulu ketika bekerja kilang, sebagai juruteknik setiap bulan kurang2 dia boleh dapat RM1600 sebulan. Separuh dari pendapatannya hilang kerana masalah ekonomi sekarang. Nak salahkan kerajaan ker ? Entahlah..!!


Lokasi : Masjid Jamek ***
Masa : Lepas Maghrib (malam tadi)

Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk Kekanda Sultan Perak yang mangkat, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam berturut-turut mulai malam ini.

Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami..kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.

Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.

Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah..! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.

Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah..rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.

Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah..! Ada bas ker lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !

Seusai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ? Bang haji macam ni sebenarnya..saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan. Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah...!

Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta. Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.

Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, MULTY GREEN TRADING yang kalian lihat bannernya di blog sekarang, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini. Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.

Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival...ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan. Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.

Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut..

(*) Ini kisah benar. Bukan rekaan. Buat renungan sahabat sekelian !

Thursday, June 4, 2009

Menyimpan atau Menabung

Marilah Mari...
Pergi Menyimpan...
Tunaikanlah Kewajipan Diri Sendiri...

Marilah Mari...
Pergi Menyimpan...
Tunaikanlah Kewajipan Diri Sendiri...

Takdo bondo lain den nak kongsi, jadi den nak ajak pembaca-pembaca blog ni untuk menyimpan duit :D

Monday, June 1, 2009

3 Perkara asas atau "fundamental" untuk menjadi pelabur

Pentingnya Asas atau "fundamental"

Bangunan-bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar KLCC, Menara KL, KOMTAR Pulau Pinang, Tabung Haji, dan sebagainya memerlukan struktur asas yang sangat kukuh berbanding rumah teres setingkat. Sekiranya tidak kukuh, bangunan-bangunan ini akan runtuh walaupun hanya ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Begitu juga dengan pelajar sekolah. Tanpa asas yang kukuh, pelajar-pelajar ini pasti mempunyai masalah besar apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi walaupun berbekalkan 21 A atau 100 A semasa peperiksaan SPM.

3 Perkara Asas atau "Fundamental"

Apabila kita bercakap tentang pelaburan, kita memerlukan asas yang kukuh dalam 3 perkara yang berikut:
a. Ilmu
b. Sikap
c. Modal

Asas #1: Kenapa ilmu?

Tanpa ilmu yang mencukupi, seorang tukang masak tidak akan mampu menyediakan masakan yang sesuai untuk dihidangkan di hotel bertaraf 5 bintang.

Tanpa ilmu yang mencukupi, seorang pemain bola sepak tidak akan mampu bergelar bintang bola sepak.

Tanpa ilmu yang mencukupi, seorang pelabur tidak akan mampu untuk membuat keputusan yang tepat untuk membuat keputusan yang mampu mendatangkan keuntungan.

Tanpa ilmu yang mencukupi juga seorang pelabur tidak akan dapat menghidu peluang baik yang wujud.

Tanpa ilmu yang mencukupi juga seorang pelabur tidak akan dapat mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk meminimumkan risiko atau masalah.

Tanpa ilmu yang mencukupi juga seorang pelabur tidak akan mempunyai matlamat dan hala tuju sekaligus tidak akan mampu membuat pelaburan yang baik.

Asas #2: Kenapa Sikap?

Tanpa sikap yang sesuai, seseorang pelabur tidak akan mampu bersabar sebelum dia mampu membuat keuntungan di dalam sebarang pelaburannya.

Tanpa sikap yang sesuai, seseorang pelabur tidak akan mampu bersabar sebelum dia mampu membuat keuntungan yang lebih besar di atas pelaburan yang pernah dibuatnya.

Tanpa sikap yang sesuai juga seorang pelabur akan cepat berpuas hati di atas pencapaiannya sekaligus berhenti membuat sebarang pelaburan tambahan.

Tanpa sikap yang sesuai juga seorang pelabur akan berhenti belajar ilmu baru sekaligus membuatkannya seorang yang ketinggalan dan "lemau".

Asas #3: Kenapa Modal?

Tanpa modal, seorang pelabur tidak mampu melabur.

Tanpa modal, seorang pelabur tidak mampu bergerak untuk membuat keuntungan.

Tanpa modal juga seorang pelabur tidak mampu menanggung risiko kerugian yang tinggi.

Tanpa modal juga seorang pelabur tidak akan dipanggil pelabur :D

Bergeraklah

Jadi, bergeraklah dari sekarang untuk:
a. mencari ilmu tentang pelaburan dan pengurusan kewangan dari pelabur-pelabur lain.
b. memperbaiki sikap kita untuk disesuaikan dengan sikap seorang pelabur dengan cara belajar dari pelabur-pelabur lain.
c. mengumpul dan meningkatkan modal untuk membuat pelaburan dengan cara menabung dan berjimat-cermat.

Marilah sama-sama berusaha berusaha supaya kita tidak rugi di dunia dan di akhirat.

Juga, dari masa ke semasa, jangan lupa bersedekah kerana Allah SWT kerana harta dunia yang tidak berkat tiada gunanya bagi orang Islam seperti kita :D

Tuesday, May 12, 2009

Tambahan! Lagi 5 Cara-Cara Untuk Berjimat

Kesinambungan dari topik 5 Cara Berkesan Untuk Berjimat

Saya ingin berkongsi 5 lagi cara-cara untuk berjimat yang saya sekeluarga gunakan :)

1. Talian Untuk Telefon Bimbit

Untuk sesiapa yang suka bergayut lama2 dengan buah hati, anda digalakkan untuk mengambil pakej pelan famili, sama ada di bawah Celcom atau Maxis, atau mana-mana talian yang menawarkan tawaran menarik (baca sebagai "boleh menghantar SMS dan membuat panggilan secara percuma untuk tempoh sekurang-kurangnya 40 jam masa berbual setiap bulan").

Jangan risau, anda boleh mendaftarkan kesemua "sub-line" tersebut di bawah nama anda (Sebab perlu kemukakan kad pengenalan semasa pendaftaran).

Tiada alasan untuk kita membayar lebih apabila kita mempunyai pilihan untuk membayar kurang. Isteri saya dapat mengurangkan bayaran bil bulanannya melebihi 50% selepas mengamalkan cara ini (dari RM300 ke RM130).

2. Bil TNB

Buat masa ini, kerajaan Malaysia bermurah hati dengan menawarkan bayaran percuma untuk penggunaan bulanan di bawah RM20. Nilai RM20 adalah sangat besar sekiranya anda menyimpannya.

Rm20 x 12 bulan = RM240

Siapa lagi yang mahu memberikan kita wang percuma sebanyak RM240 setiap tahun? Cuma pengorbanan yang diperlukan adalah agak besar bagi mereka yang telah berkeluarga bagi mendapatkan wang tersebut. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tinggal berdua atau masih bujang, rebutlah peluang ini sementara kerajaan masih bermurah hati.

3. Bil Air (Khas untuk rakyat Selangor sahaja)

Sama seperti bil TNB, semua rakyat negeri Selangor mendapat manfaat bil percuma untuk 20m3 air pertama setiap bulan.

Jadi, berjimatlah dan pastikan bayaran bulanan bil anda dibawah 20m3.

4. Berjalan Kaki

Ingin bersenam dan pada masa yang sama dapat menebalkan poket anda? Selalulah berjalan kaki kerana anda mendapat 2 faedah yang nyata iaitu menjimatkan kos pengangkutan (sekaligus membuatkan poket anda tebal) dan mendapat faedah tambahan dari segi kesihatan (tapi solat wajib dijaga bagi yang muslim).

5. Menaiki Pengangkutan Awam @ Menunggang Motosikal

Sekiranya anda perlu pergi ke destinasi yang mampu dicapai dengan menaiki pengangkutan awam atau menunggang motosikal dengan halangan yang minimum, kenapa perlu menaiki kereta? Dengan menaiki kereta, anda perlu menambah perbelanjaan untuk minyak, servis (mileage bertambah) dan bayaran letak kenderaan. Itu belum mengambil kira keperluan memilih laluan terbaik dan kepenatan semasa mengharungi kesesakan lalu lintas.

Anda juga boleh menimbangkan untuk menyewa sebuah bas bagi membawa rombongan keluarga anda ke rumah pengantin pasangan anda semasa kenduri perkahwinan anda :)

Buatlah keputusan yang bijak untuk diri sendiri dan keluarga anda :) Anda yang menentukannya.

Sebarang perkongsian idea di sini amatlah dialu-alukan.

Monday, April 27, 2009

Unprofessional Behaviour

Profesionalisme (atau "professionalism), bermaksud bersikap profesional.

Profesional, bermaksud membuat sesuatu kerja mengikut tertib dan bersungguh-sungguh, sehingga kerja yang diamanahkan (secara berbayar) selesai sepenuhnya, tanpa mencampur-adukkan emosi atau perkara-perkara lain yang tidak berkaitan.

Saya memang tidak gemar berurusan dengan orang yang tidak perofesional atau kurang profesional. Kenapa?

Sebab berurusan dengan mereka ini adalah satu kerja yang sangat sukar dan biasanya kerja yang dijalankan berkualiti rendah dan sudah semestinya akan melewati jadual.

Dalam bahasa perniagaan atau bisnes, LEWAT bermaksud rugi (atau "LOSS" dalam bahasa inggeris).

Siapa mahu rugi dalam bisnes?

Untuk menjadi seorang profesional yang bersikap profesional, anda perlu memahami sepenuhnya maksud entri ringkas ini.

Peringatan akhir, sikap tidak profesional atau kurang profesional pasti akan menjatuhkan reputasi anda sepenuhnya, sedikit demi sedikit.

Tuesday, March 24, 2009

DIY Tool Set / Set Peralatan DIY

Saya sedang menambah kelengkapan set peralatan DIY (Do-It-Yourself) atau "DIY tool set" saya untuk membantu di dalam melakukan kerja-kerja pembaikan "minor" di rumah.

Set kepunyaan saya adalah set paling asas dan akan ditambah dari masa ke semasa. Di sini saya ingin berkongsi set peralatan DIY yang saya miliki.

Mari berkongsi bersama-sama :)


Bakul - Nostalgia, pada mulanya saya menyimpan set peralatan saya di dalam bakul ini.


"Tool Box" - Sekarang ini adalah "rumah" set peralatan saya yang baru.


Set Tukul - Tukul kuku kambing tu lebih berat berbanding tukul lagi satu.


Pahat 3/8" dan 1/2" - Untuk kerja-kerja memahat dan membantu memasang tombol pintu :)


Spanar - Spanar jaya?


"Cutter" dan Playar Muncung Tirus - "cutter" untuk menjalur wayar dan playar untuk memegang.


Set Pemutar Skru - Banyak tak? "Multi-purpose" tu. Untuk kerja pembaikan dan godek komputer :)


"Precise Screwdriver Set" - Yang ni untuk godek komputer sebenornye :)


"Allen Key" - Kunci yang tidak boleh membuka kunci. Hehehehe.


Gunting Besi - Yang ni, dawai halus boleh lut lagi la :)


"Buzzer" untuk memeriksa "continuity" wayar - Cadangan awal, saya berhajat untuk membeli "multimeter c/w buzzer". Tapi atas nasihat jurujual di kedai elektronik jalan pasar, saya beli sedikit aksesori elektronik untuk dipasang sendiri sahaja. Sangat sesuai untuk memeriksa keadaan pendawaian rumah :) Perlukan maklumat lebih lanjut? :)


"Safety Glass" - Untuk melindungi mata dari habuk atau serpihan :)

Pada masa hadapan, saya ingin menambahkan lagi set peralatan saya :
a. "Pipe wrench" - kerja-kerja perpaipan asas.
b. 700W "Hand drill" - Kerja-kerja menebuk lubang dan memutar skru.
c. Mesin Gergaji Bulat - Kerja-kerja memotong.
d. Beberapa perlatan lagi.

Tuesday, March 17, 2009

Kenduri Adik Ipar @ 15 Mac 09

Alhamdulillah, adik ipar den selamat diijabkabulkan pada 14 Mac 09 yang lepas dan selamat diwalimahkan pada 15 Mac 09 yang lepas.

Yang paling penat tentulah tenaga-tenaga kerja untuk menjayakan walimatulurus berkenaan. Kerja-kerja yang dilakukan melibatkan persiapan majlis, memasak makanan, dan mengemas melibatkan keluarga mertua den anak-beranak (terdiri dari keluarga mertua, keluarga abang Aa (anak sulung), keluarga kak ngah, keluarga abang ayie (anak ke-3), keluarga kak may (anak ke-4), keluarga abang tat (anak ke-5), abang midi (anak ke-6), keluarga den (isteri den anak ke-7), dan anak bongsu (no 9)), saudara-mara terdekat (dari seluruh daerah temerloh, jerantut, KL, Kelantan, dsb), dan juga jiran-jiran sekampung.

Dipendekkan cerita, den bekerja keras selama 4 hari berturut-turut, bermula 13 Mac 09 sehingga 16 Mac 09, sebagai membalas jasa keluarga mertua den yang telah bertungkus lumus semasa kenduri kahwin den tahun lepas (2008).

Apa-apa pon, den ingin mendoakan keberkatan rumahtangga adik ipar den bersama suami pilihan hatinya sehingga ke akhirat, Amin Ya Allah.

FYI, adik ipar den ni bekerja di menara rebung juga, sama seperti tuah dan sifu pie, cuma berlainan jabatan. Adik ipar den ialah graduan Uitm (tamat pengajian pada 2008) dan bertugas sebagai "assistant manager" (tapi pangkat sebenornye sama seperti "engineer" di tempat lain) dalam disiplin elektrik.

End of story :)