Pada 2010, saya ada menimbulkan kekeliruan mengenai RPGT.
Baru-baru ini, saya ada bertanyakan tentang hal ini kepada seorang peguam.
Jawapan yang saya terima adalah melegakan.
1. RPGT untuk 5 tahun pertama adalah 5%, dan tahun berikutnya adalah 0%.
2. Hak milik adalah dikira dari tempoh SNP.
Info ini adalah betul pada masa topik ini dipaparkan.
Sekiranya telah berubah, saya tidak memegang sebarang tanggungjawab.
Sila pastikan dengan peguam yang anda lantik terlebih dahulu.
Sekian.
Showing posts with label Hartanah. Show all posts

Friday, June 10, 2011
Tuesday, July 13, 2010
5 langkah-langkah awal untuk beli rumah
Saye nak beli rumah, tapi tak tahu nak mule dari mane.
Beli rumah? tak retilah.
Rumah? Sewe lagi senang, tak sakit kepale.
Beli Rumah? Arghh, aku takot kene tipu lah.
Di antara keluhan-keluhan yang biasa didengari bile cakap pasal beli rumah.
Okey, aku pon macam tu jugak mase mule-mule, CLUELESS.
takpalah, meh aku nak habak mai 5 langkah-langkah awal yang korang boleh buat untuk beli rumah.
1. Periksa Bayaran Bulanan Loan Bank Yang Sanggup Dibayar.
Nak beli rumah, yang paling penting, kene tahu berapa bayaran bulanan yang korang sanggup bayar untuk tempoh 30 tahun.
Kenapa 30 tahun? itu kire default lah. nak 20 tahun pon boleh. tapi, pada pendapat aku, jangan melebihi 30 tahun lah. tak setuju pon tak pe.
Macamane nak cek? google perkataan ni, "amortization schedule calculator". pastu gi la mane-mane calculator yang ade. aku biase gune yang ni.
Jadi, masukkanlah data-data yang dimintak. kalau tak reti, boleh gune yang ni sebagai permulaan :
a) Credit Profile : Good
b) Loan Amount : masukkan RM150,000
c) Interest Rate : masukkan 4.5 (aku ambik kire BLR = 6.3%, dan dapat offer dari bank BLR - 1.8 = 6.3 - 1.8)
d) Loan Term : 30 years
e) Start Date : bulan mase korang tengah cek mende alah ni
f) Show results : by Years
Dah siap masukkan semue tu, klik lah calculate.
pastu nanti keluarlah summary die.
paling penting, tengok kat bahagian "Monthly Principal & Interest". Itulah jumlah bayaran bulanan yang sepatutnye dibayar.
Cube dulu, nanti pahamlah..................KOT :)
2. Simpan Duit Untuk Modal Permulaan
Ok, dari bayaran bulanan, korang akan dapat tahu, berapa jumlah pinjaman yang korang akan sanggup ambik. Ok, berdasarkan contoh kat atas, katakan korang sanggup untuk bayar setiap bulan RM950, maka loan yang korang sanggup ambik adalah RM150,000.
Dari nilai RM150,000 ni, korang boleh anggarkan modal permulaan yang perlu diwujudkan iaitu dalam 21% dari RM150,000 (atau RM31,000):
a) 10% untuk deposit
b) 6% untuk bayaran lawyer (termasuk tukar name, setem hasil, upah lawyer, loan agreement, dsb)
c) 5% untuk MRTA.
Untuk kos repair atau upgrade, terpulanglah, tapi mungkin boleh letak 5% (aku tak bertanggungjawab kalo tak cukup).
Untuk info, MRTA (dalam 5%) dan separuh dari bayaran lawyer (iaitu dalam 3%) boleh mintak untuk dimasokkan dalam loan mase korang apply loan.
Jadi bayaran bulanan loan korang akan tinggi sikit lah dari anggaran no 1 di atas (tak banyak sangat lah naiknye, boleh anggarkan gune calculator amortization tu, jumlah pinjaman=principal + 5% + 3%), tapi modal permulaan untuk disiapkan pun kuranglah, iaitu dalam 13% je (atau RM19,500).
Atau kalo nak bace yang lebih detail, boleh gi ke entri ni.
3. Mencari Rumah Target.
Yang ni kene rajin dan bersabar. Untuk aku, aku akan letak target mase antara 3 bulan hingga 6 bulan sebelum dapat jumpe rumah yang nak dijadikan target(bace sebagai murah tapi berbaloi, sebab tak perlu nak buat major repair). Tapi kalo dapat permata dalam masa lebih cepat, sambar je.
Kenapa 3 bulan hingga 6 bulan? Supaya boleh minimumkan perasaan takot dan tamak :)
Sumber-sumber yang boleh dipakai untuk dapatkan senarai rumah, termasuklah iklan dalam suratkabar (the star, NST, metro, dsb), iklan dalam internet (iproperty, satu solution, kim realty), dari ejen-ejen hartanah yang berdaftar (juga iproperty, satu solution, kim realty), atau mungkin juga iklan dari kawan-kawan.
Pastikan juga harga jualan yang ditawarkan adalah murah berbanding harga pasaran (MV=Market Value). Macamane nak tahu?
Care termudah untuk dapatkan harga pasaran adalah dengan cara bertanye kepada orang bank bahagian pinjaman perumahan, dan kemudian bandingkan dengan harga-harga yang dipaparkan oleh sumber-sumber yang boleh dipakai tu.
Tapi care ni memang tak dijamin tepat, cume boleh dapat anggaran je.
Cara paling tepat, kene bayar penilai lah, heheh (penilai = valuer).
4. Buat Lawatan Tapak.
Yang ni mesti buat, dan mesti buat dengan teliti. sila set appointment dengan penjual (ejen @ pemilik @ wakil pemilik), dan lepas tengok 1 unit, gi cari target lain kat kawasan yang same (kalo dapat dalam 10 unit pon ok), dan set appointment untuk buat lawatan tapak jugak kat 10 unit tersebut.
Buat perbandingan dari segi kualiti dan harga.
Dah berkenan, cube tawar-menawar harge tu lagi.
Tapi, tak perlu tergesa-gesa buat keputusan. Lepas 1 minggu pon takpe.
Depa tak marah lah kalo tak jadi beli, huhuhuhu. Standard ah, best house win :D
5. Kalo dah berkenan, bolehlah bayar booking fee, dan lantiklah peguam untuk mewakili anda. Langkah seterusnya boleh rujuk peguam yang anda dah bayar tu :)
pssssttt 1 : 5 langkah-langkah awal ni secara umum je, dan tak detail.
pssssttt 2 : Kalo nak mintak aku advice dan carikan rumah boleh jugak, aku caj 1.5% je dari harga belian, hehehehe (tapi aku bukan ejen berdaftar :p)

Labels:
Hartanah
Tuesday, June 22, 2010
[Teknik] Dokumen Terbaik Membuktikan Kekukuhan Pendapatan Untuk Memohon Pinjaman Rumah
Nak mohon pinjaman bank untuk beli rumah, kene siapkan dokumen bertulis sebagai bukti betapa banyaknya pendapatan yang korang terima setiap bulan.
Lagi tinggi pendapatan, lagi cerah peluang untuk pinjaman diluluskan.
Amaran! Panduan ni lebih sesuai untuk orang yang bergaji tetap sahaja. Yang ada macam-macam claim atau elaun tu, atau untuk orang bisnes, aku tak tahu :D
Yang terbaik, siapkan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a) Slip gaji untuk 3 bulan (yang terbaru).
b) Penyata akaun yang menunjukkan gaji dimasukkan.
c) Penyata tahunan KWSP untuk tahun yang terkini.
d) Borang BE untuk cukai tahunan yang terkini. Biase banker tak mintak, tapi kalau ade, diorang ambik je. Borang BE untuk orang makan gaji yang takde bisnes.
e) Surat rasmi dari majikan yang menyatakan ko adalah staf kat situ. Mintak je dari HR, taulah diorang nak keluarkan surat macamane.
f) Jika ada Simpanan ASB ke, Fixed Deposit ke, siapkan salinan sijil sebagai bukti yang korang ade jumlah simpanan tu.
g) Jika korang ade rumah sewe, sertakan Perjanjian Sewaan (yang dah dimatikan setem hasil) dan Penyata Akaun yang membuktikan duit sewe tersebut dimasukkan ke akaun tersebut. Kene same lah nilai yang masok dengan nilai sewaan dalam perjanjian.
Siapkan dalam 3 atau 4 atau 5 salinan.
Kalau untuk mohon pinjaman bersama dengan isteri atau sape-sape yang korang suke, siapkan jumlah set salinan yang same jugak.
Kenape nak banyak salinan? Sebab nak buat permohonan kat banyak bank. Kalau tak nak, buat dalam 2 salinan pon dah cukup.
Harap membantu walaupun sedikit :D
Jutaan terima kasih kepada sape-sape yang menambah @ mencerca entri ini :D hehehe

Hartanah,
Pengurusan Kewangan,
Pinjaman
Monday, June 14, 2010
[Persoalan] Untuk 2010, RPGT, Ade Ke Takde?
Untuk tahun 2010 ni, RPGT, atau nama penuhnya Real Property Gain Tax atau Cukai Keuntungan Harta Tanah, sebenarnye ade dikenekan atau tidak?
Aku pun musykil sebenarnye.
Dari Website LHDN
Kalau dari website LHDN, RPGT memang dikenekan seperti berikut (aku ambik kire kes individu warganegara Malaysia sahaja. lain-lain boleh rujuk kat link LHDN ni),
a) Untuk 2 tahun pertama, kene 30% dari keuntungan.
b) Untuk tahun ke-3, kene 20% dari keuntungan.
c) Untuk tahun ke-4, kene 15% dari keuntungan.
d) Untuk tahun ke-6 dan seterusnya, kene 5% dari keuntungan.
Tapi memang ade pelepasan untuk kali pertama dan pindah milik di kalangan ahli keluarga (sila buat kajian lebih mendalam tentang takrifan ahli keluarga yang terpakai untuk pelepasan ini).
Kalau betol memang ade, kenape takde pengumuman secara rasmi? Aku tahu pon dari majalah iproperty, dan lepas tu bile cek kat website LHDN, pon tulis bende yang same seperti yang aku tulis kat atas.
Mungkin sape-sape yang tahu, boleh confirmkan.
Terima kasih saye ucapkan :)

Pelaburan,
Pengurusan Kewangan
Tuesday, June 8, 2010
[Panduan] Bayaran Yang Perlu Diambil Kira Untuk Membeli Rumah
Membeli rumah memang best, tambah2 rumah idaman :D
Tapi, jgn silap langkah. Bukan pinjaman je yang perlu diambil kire.
Kat sini saye nak share info bayaran-bayaran yang perlu diambil kire untuk membeli rumah, tak kirelah rumah baru atau sub-sale (bahase mudah pahamnye second-hand) atau lelong.
Ini adalah perkongsian ye, bukan pengajaran atau apa-apa yang lain. Terima kasih kerana membetolkan mane-mane yang salah. Dan perkongsian di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan perkongsian oleh otai-otai hartanah yang lain :D
Ingin saye tekankan dahulu, ini bukan langkah-langkah membeli rumah ye :) Jadi, saye tak sentuh pasal resit, bukti pembayaran, langkah-langkah atau ape-ape yang lain, selain dari bayaran.
Di sini, saye maksudkan Penjual sebagai pemilik rumah atau ejen berdaftar. Yang tak berdaftar, saye tak nak komen ape-ape :)
Bayaran Apa Yang Perlu Diambil Kira?
a) Booking Fee
Bile dah berkenan dan yakin nak beli sesuatu rumah tersebut, dan penjual pon memang nak jual rumah tersebut(dan semestinyua bukan nak menipu), kenelah bayar booking fee, di antara 2% hingga 3%. Tapi booking fee ni akan dikire sekali sebagai deposit.
Pengecualian untuk kes rumah lelong, sebab kene bayar deposit je.
Contoh mudah, katakan harga jual yang dipersetujui ialah RM100,000 dan booking fee yang diperlukan ialah 3%. Jadi, booking fee yang perlu dibayar ialah sebanyak RM3,000.
Bayaran dibuat sebagai tanda bersungguh-sungguh untuk membuat pembelian, dan penjual akan memberikan dokumen-dokumen yang berkenaan untuk langkah-langkah yang seterusnya.
b) Deposit
Biasanya, minimum deposit yang perlu dibayar adalah 10%. Lagi tinggi lagi penjual suke, tapi, untuk sebab-sebab untuk mengurangkan risiko dan mengurangkan bayaran tunai, bayarlah 10% je. Tapi jangan lupe ambik kire booking fee.
Maknanya, kalau dah bayar booking fee sebanyak 3%, kene tambah 7% jelah lagi.
Contoh mudah, katakan harga jual yang dipersetujui ialah RM100,000 dan booking fee yang sudah dibayar ialah 3%. Maka jumlah deposit ialah 10% atau RM10,000. Tapi, sebab dah bayar booking fee 3% (atau RM3,000), maka baki deposit yang perlu dibayar ialah 7% atau RM7,000 sahaja.
Bayaran dibuat semasa tandatangan PERJANJIAN JUAL BELI (atau Sale & Purchase Agreement atau SPA atau S&P, selepas ni saye akan tulis sebagai SPA), melalui peguam yang dilantik, bukan secara terus kepada pemilik.
c) Bayaran Peguam
Juga dipanggil sebagai Legal Fee, sebab peguam akan/dah buat keje, jadi kene bayar upah lah. Ada 2 bayaran.
Yang pertama ialah bayaran untuk SPA. Bayaran peguam bergantung kepada Nilai Jualan Rumah (dalam RM).
Yang kedua ialah bayaran untuk Perjanjian Pinjaman/Pembiayaan. Bayaran peguam bergantung kepada Nilai Pinjaman (dalam RM).
Saya tak kan perincikan sangat bahagian ni, sebab saye bukan peguam.
Jumlah Bayaran Peguam boleh DIANGGARKAN (mungkin lebih atau kurang atau sama) sebanyak 6% dari Nilai Jualan Rumah.
Untuk nilai sebenar, sila dapatkan Sebutharga terlebih dahulu dari peguam yang ingin dilantik.
Contoh mudah, katakan harga jual yang dipersetujui ialah RM100,000, maka Bayaran Peguam dianggarkan sebanyak 6% atau RM6,000. Biar kite bajet lebih, jangan kurang :D
Bayaran dibuat ikut persetujuan peguam, tapi kene bayar deposit untuk bukak fail dalam RM500. Bayaran SPA pula kene buat masa tandatangan SPA. Bayaran untuk Perjanjian Pinjaman/Pembiayaan adalah mengikut budi bicara peguam.
d) Pinjaman/Pembiayaan
Sebab pembelian rumah melibatkan jumlah wang yang besar, biasanye memang memerlukan pinjaman/pembiayaan. Kebiasaannya, ramai yang suka untuk memohon pinjaman sebanyak 90% dari nilai pinjaman.
Jadi, kene ambil kira bayaran bulanan dan berapa tahap kelayakan untuk membuat pinjaman.
Bab ni tersangat luas dan banyak trick yang penting, dan sebab aku cume sentuh bab bayaran, aku pon tak dapat nak kongsi tricks tu kat sini :)
Cara termudah ialah pegi masok mane-mane bank, dan jumpe loan officer.
Mintak info dari diorang tentang:
* bayaran bulanan
* tahap kelayakan membuat pinjaman
* bayaran-bayaran lain yang boleh dimasukkan dalam pinjaman.
* kadar faedah (atau keuntungan untuk pembiayaan secara Islam).
e) MRTA/MLTA/Takaful untuk perlindungan.
Ok, bab ni pon meluas, dan melibatkan banyak perkara untuk diambil kire. Boleh melibatkan ejen takaful/insurans, dan boleh mempengaruhi bayaran bulanan pinjaman/pembiayaan.
Paling mudah, ambik MRTA untuk 100% pinjaman, untuk tempoh yang same dengan tempoh pinjaman, dan mintak dimasukkan bayarannya dalam pinjaman/pembiayaan.
Kurang satu masalah, tapi pinjaman jadi lebih tinggi lah sikit. Tak banyak, tambah dalam RM20 hingga RM100++, bergantung kepada nilai perlindungan dan risiko perlindungan.
Tak nak ambik? Pon boleh, tapi risiko tanggung sendiri. Kesian kat orang yang ditinggalkan bile peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal untuk bekerjalah, sebab diorang kene sambung bayar. Kalau diorang tak mampu bayar, rumah pon tergadailah :( Na'uzubillah.
Pilihan lain? Ada, tapi baik ambik yang asas ni dulu. Dah ade pengalaman dan tahu selok-belok, baru cari pilihan lain tersebut :D
f) Bayaran Penilai
Nilai pinjaman yang bank akan luluskan akan BERGANTUNG SEPENUHNYA kepada laporan penilai (atau Valuer). Tak kirelah harge jualan penjual berape, bank akan bergantung kepada laporan penilai ini.
Dan tentulah kene bayar khidmat Penilai ini.
Bayaran Penilai adalah mengikut Market Value rumah tersebut.
Sebagai panduan, untuk rumah berharga kurang RM100,000, kene bayar dalam RM550.
Untuk rumah berharga kurang RM200,000, kene bayar dalam RM700.
Bayaran dibuat terus kepada penilai selepas laporan bertulis dikeluarkan oleh penilai. Tapi, boleh gak mintak masokkan dalam pinjaman untuk pinjaman RM100,000 ke atas.
g) Maintenance Fee
Ini adalah bayaran bulanan untuk upah maintenance. Biasenye yang kene caj adalah untuk rumah bertanah yang ade Guard atau rumah-rumah tak bertanah (kondo, apartment, flat, dll) yang memang ade orang yang buat maintain.
Selain dari tu, takde caj.
Ada yang semurah RM20 (flat), ade gak yang sampai RM400 hingga RM500 (rumah yang mahal, yang berharga dekat-dekat setengah juta RM).
h) Lain-Lain
Kos lain-lain untuk renovate, pasang kabinet dapur, pasang pagar otomatik, cat baru, dan sebagainya. Kosnye pelbagai, bergantung kepada nafsu pembeli :)

Tuesday, March 3, 2009
Kenapa Saya Menabung, Mencari Pendapatan Tambahan dan Melabur?
Saya menabung, mencari pendapatan tambahan dan melabur untuk membolehkan saya sekeluarga membeli kereta, rumah, melangsaikan hutang-hutang dan menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan ibu bapa, tanpa menjejaskan kemampuan kami sekeluarga untuk mengharungi kehidupan harian yang semakin mencabar di Malaysia khususnya pada masa sekarang.
Sejujurnya, tanpa sebarang usaha untuk menabung, mencari pendapatan tambahan dan melabur, kedudukan kewangan kami sekeluarga akan bertukar menjadi parah. Saya bukan merungut, sebaliknya menyedari hakikat tersebut.
Hal ini memang tidak mampu saya nafikan, memandangkan keadaan di Malaysia yang sukar dijangka. Kenaikan kos hidup berkait secara langsung dengan kenaikan harga minyak, kenaikan tarif elektrik dan kenaikan tarif air dan kenaikan tol.
Saya tidak boleh menunggu sesuatu yang belum pasti dapat, seperti bonus dan kenaikan gaji, tanpa berbuat apa-apa. Jadi, saya mengambil inisiatif bersama isteri untuk menabung, mencari pendapatan tambahan dan melabur.

Friday, January 23, 2009
Cashflow 101 Boardgame & Urusan Pembelian Lot Tanah
Cashflow 101 Boardgame
Alhamdulillah, saya sudah berjaya memiliki satu unit permainan ini. Saya sudah mencubanya tetapi hanya untuk memahamkan konsep (cuba pon sorang-sorang). Sesiapa yang berminat, boleh pergi ke blog ini untuk membelinya. Jangan risau, ini adalah "trader grade AAAAA+++". InsyaAllah tiada penipuan. Harga tawaran adalah RM350.
Saya akan update mana-mana kisah menarik sepanjang saya bermain permainan ini di blog ini nanti :) Komen peribadi saya, secara asasnya, permainan ini lebih terperinci dan lebih berhubungkait dengan pengurusan kewangan harian kita berbanding permainan "monopoly".
Ia menerapkan prinsip "cashflow" bulanan kita di mana
Pendapatan - Simpanan = Perbelanjaan
Simpanan boleh dipecahkan lagi kepada simpanan kecemasan, simpanan untuk pelaburan dan juga simpanan untuk kepuasan (beli "doodads").
Pendapatan pula boleh dihuraikan kepada pendapatan aktif (atau gaji) dan pendapatan pasif (kutipan sewa rumah, saham, amanah saham, "fixed deposit, dan sebagainya).
Perbelanjaan pula terdiri dari komitmen bulanan kita termasuklah bayaran pinjaman dan perbelanjaan tanggungan keluarga.
Paling menarik mengenai permainan ini ialah anda sendiri yang menentukan nilai atau peratusan untuk setiap simpanan, pendapatan dan perbelanjaan (komitmen hutang ke bank sahaja, lain-lain perbelanjaan sudah ditetapkan).
Sekiranya anda ingin bereksperimen menjadi seorang yang boros dan tiada simpanan, anda boleh mencubanya di dalam permainan ini. Siapa yang sesuai untuk bermain permainan ini? Sila klik sini untuk bacaan lanjut.
P/s: Jutaan terima kasih kepada bro hafizal aka juruukur di atas urusniaga tersebut :)
Urusan Belian Lot Tanah
Saya telah berurusan dengan seseorang untuk membeli tanah di negeri Selangor. Malangnya urusniaga tersebut terpaksa saya batalkan kerana sikap pemegang amanah (wakil tuan tanah) dan peguam yang pada saya tidak telus.
Oleh kerana saya adalah orang baru dan ini merupakan urusan yang pertama saya, saya terpaksa menebalkan muka untuk bertanya kepada peguam yang lain (free consultation) untuk memastikan saya tidak ditipu. Ternyata, setelah mengikut nasihat peguam tersebut, peguam yang berurusan dengan saya tidak mampu menjawab soalan saya dan memberi alasan kesihatannya yang kurang baik menyebabkan dia tidak mampu memberi jawapan yang terperinci dan tepat.
Yang paling mengecewakan saya ialah, peguam tersebut memang menyebelahi pemegang amanah tersebut walaupun saya sebagai pembeli yang membayar yuran perkhidmatannya. Disebabkan perkara ini, persoalan yang timbul dibenak fikiran saya ialah di mana kredibiliti dan sifat amanah peguam tersebut.
Di sini saya ingin berkongsi soalan-soalan yang perlu ditanya kepada mana-mana peguam yang menguruskan proses jual beli hartanah seperti yang dinasihatkan oleh peguam yang menjadi rujukan saya:
a. Proses terperinci (beserta anggaran masa) urusniaga jual beli dari mula sehingga pembeli mendapat geran.
b. Status tanah yang diniagakan mestilah sah dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk dijual. Peguam mesti memeriksa status tanah tersebut dengan pejabat tanah. Sekiranya ragu-ragu, pembeli boleh memeriksa sendiri di pejabat tanah daerah yang berkenaan dengan membawa bersama salinan geran tanah tersebut.
c. Bagi pemegang amanah, pastikan surat kuasa (atau "Power of Attorney") yang ditunjukkan adalah sah.
Selain dari soalan-soalan di atas, bakal pembeli berhak untuk mendapatkan salinan geran dan salinan kad pengenalan penjual sebaik sahaja selepas membayar deposit (juga disebut sebagai "booking fee") supaya boleh membuat pemeriksaan ke atas status tanah dan status bankrapsi penjual. Penjual yang diisytihar bankrap tidak boleh untuk menandatangani mana-mana perjanjian, maka sudah tentu urusniaga akan gagal.
Jangan gusar untuk bertanya soalan-soalan di atas dan meminta dokumen-dokumen yang berkenaan kerana pembeli sudah membayar yuran guaman dan pembeli memang berhak untuk mendapatkan semua di atas tanpa boleh dipersoalkan oleh penjual atau peguam.
P/S: Jutaan terima kasih kepada seorang peguam dari forum Bicarajutawan kerana telah memberi nasihat kepada saya.

Cashflow 101 Boardgame,
Guaman,
Hartanah,
Pengurusan Kewangan,
Ulasan
Subscribe to:
Posts (Atom)