Alhamdulillah dan Allahuakbar, isteri saye selamat melahirkan anak lelaki sulung kami pada 30 Ogos 2009 yang lepas melalui pembedahan (@ ceaser). Semoga Allah menambahkan keberkatan hidup kami dan memurahkan rezeki kami, Amin Ya Allah.
Kami menamakannya Muhammad Umar. Tujuan kami memilih nama tersebut adalah supaya Muhammad Umar boleh mencontohi Saidina Umar Al-Khattab, sekaligus mampu memimpin adik-adiknya, dan seterusnya keluarga kami, ke jalan yang diredhai Allah apabila sampai masanya, insyaAllah dan Amin Ya Allah :)
Merancang Kewangan
Selepas ini, tak tahu lagi berapa banyak rezeki yang Allah akan kurniakan dalam bentuk anak kepada kami. Berapa banyak pon, Alhamdulillah sgt2, itu semua rezeki :) Perkara yang penting yang perlu dilakukan seiring dengan kelahiran anak kami adalah melakukan perancangan kewangan untuk mereka, mungkin bermula dengan yang paling asas dahulu.
Perancangan kewangan pertama untuk anak2 kami ni ialah mewujudkan simpanan untuk perbelanjaan persekolahan mereka, termasuklah yuran2 sekolah, baju2 sekolah, dan buku2 sekolah mereka. Biasanya, ini bakal mendatangkan masalah untuk keluarga2 yang besar pada setiap permulaan musim persekolahan.
Iyalah, bukan RM1 atau RM10 yang diperlukan untuk satu kepala pada setiap awal tahun. RM100 tu kire minimum, provided memang "recycle" pakaian tahun sebelumnya. Tapi itu tidak bermaksud pakaian anak2 wajib ditukar baru setiap tahun. Just In Case :) Bersedia sahajalah.
Penyelesaian? Simpanan Bulananlah
Untuk mengurangkan kesan masalah ni, saya berhajat untuk membuat simpanan bersama-sama dengan isteri (atau tong-tong untuk menyimpan) setiap bulan RM10 setiap seorang dari kami. Tak banyak bukan??
:) Inilah kelebihannya. Bermula awal untuk mengurangkan kesan pada 6 tahun akan datang, insyaAllah.
Kira-kira asasnya, katakan dengan permulaan RM100, dan ditambah secara "consistent" RM20 pada setiap bulan,
selepas 5 tahun, dengan mengambil kira dividen pada 6% dan duit yang disimpan tidak dikeluarkan, insyaAllah akan ada lebih kurang RM1,400.00.
selepas 6 tahun insyaAllah akan ade lebih kurang RM1,700.00.
Tidak membantu ke? Siapa yang nak bagi kite RM1,500.00 senang-senang?
Tabung Haji atau ASW2020?
Cumanya, saya masih belum membuat keputusan untuk membuka akauan Amanah Saham Wawasan 2020 (atau ASW2020) atau membuka akaun Tabung Haji sahaja.
Siapa ada pendapat ya?
p/s : utk kes further study tu buat scheme lain lah
Untuk kesinambungan topik ini, sila ke sini
Monday, September 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
suda jadik papa yer,..
ReplyDeletetahniah broo
peruzz
Alhamdulillah.. senang hati aku dengar.. dah merancang utk anak.. susah nak jumpa orang dapat baby terus rancang utk pendidikannya..
ReplyDelete@ sifu peruz,
ReplyDeleteabah & umi :)
Alhamdulillah sgt2 :) Allah bg rezki (anak) dalam bulan ramadhan, lebih tepat lagi, 9 Ramadhan 1430 H.
semoga Allah menambah keberkatanNya dan melimpahkan lagi rahmatNya serta taufik dan hidayahNya, Amin Ya Allah.
@ wida,
:) sebab ukur baju di badan sendiri, jadi kene la kami buat mcm tu. nak bersalin pon berpeluh siapkan duitnye, inikan pulak nak sekolah yg jadi aktiviti harian sampai dah boleh kerja :)
sikit2 lame2 jadi byk :) slow & steady org tue2 kate, hehehe.
slamat jadi ayah dan umi :) ...
ReplyDeletetakpe, org kata setiap baby ade allah tetapkan rezkinye lagila kalu parents jenis beringat2 cam ni.. aminnn
amin ya Allah :)
ReplyDeletetq kak ojah di atas doamu itu :)
weh...tahniah beb!
ReplyDeletelagi satu pintu rejeki terbuka...
best aa camni..boleh la dia kawan dgn muhammad ukail...pendekar!
http://www.tuanbri.com
amin ya Allah :D
ReplyDeletetq tuanbri.
boleh saja depa berkawan.
tahniah fahim..moga btambah rezeki, insyaallah..try usha ASDidik bro..
ReplyDeleteal_husni
tahniah ats kehadiran cahaya mata..ASD pun ok gak.sy pun sdg berkira2 utk buka akaun utk putera kesayangan
ReplyDeletesyuk81
wah, 2 org rekomen ASD.
ReplyDeletetq atas cadangan ya :)