Monday, May 8, 2017
4 kategori Peniaga Kecil
Wednesday, April 26, 2017
Cashflow bukan untung!
Tajuk straightforward, tapi ramai je yang salah anggap @ saje2 salah anggap.
Cashflow tu bukan milik owner @ syarikat ye. Cashflow adalah milik pembeli & pembekal.
Lepas barang yg dijual dah diserah ke pembeli dan bayaran2 ke semue pembekal (termasuk utiliti dan logistik) dah dijelaskan, itu barulah untung.
Itupun bukan untung bersih ye.
Itu adalah untung sebelum cukai.
Jadi, ramai2 lah sedar diri dan kembali ke bumi nyata.
Ade jugak yg saje2 salah anggap dan bedal cashflow syarikat untuk buat joli. Yang ni paling bangang abadi dan bodoh tak boleh diajar.
Monday, June 14, 2010
[Iklan] Jualan dan Penghantaran Tong Gas Memasak BHP Untuk Kawasan Subang Bestari Dan Sekitar
ni nak promote sikit bisnes pak sedara.
Beliau ade buat bisnes menjual dan perkhidmatan menghantar tong gas memasak BHP untuk kawasan subang bestari dan sekitar.
Beliau merupakan dealer sah terlatih untuk gas memasak BHP dan ade kaitan dengan MAIS.
Untuk makluman, beliau mempunyai lori untuk perkhidmatan penghantaran tersebut.
Sila hubungi nombor berikut untuk sebarang urusan/pertanyaan 013-3344 669.
Boleh panggil beliau sebagai Din.
disclaimer : saya takde kepentingan terhadap bisnes beliau, cume tolong promote kat sini je
Friday, December 4, 2009
The Power Selling Assessment Tool Scoring
Semalam saya beli satu buku menarik yang berjudul "Power Seliing : Seven Strategies for Cracking the Sales Code" hasil karya Mr George Ludwig.
Saya baru bace "chapter introduction", sebab penulis die suruh ambik "self-assessment-test" kat web die dulu, baru bace buku tu.
Kat sini saye nak share keputusan assessment tu, walaupun semuenye below-average, hahaha. Mungkin sebab saye ni bukan bekerja sebagai "sales executive" utk mane2 kompeni, jadi keputusannye terok. "tak mengaku, hahaha"
1. The Power of Reputation: Questions 1—15
You scored 40 points — average performance
(improvement in this area can still provide an increase in sales effectiveness)
2. The Power of Real Passion: Questions 16—27
You scored 20 points — below average performance
(a major improvement is needed in this area or sales effectiveness will be compromised)
3. The Power of Research: Questions 28—42
You scored 9 points — below average performance
(a major improvement is needed in this area or sales effectiveness will be compromised)
4. The Power of Rapport: Questions 43—57
You scored 15 points — below average performance
(a major improvement is needed in this area or sales effectiveness will be compromised)
5. The Power of Resource Management: Questions 58—73
You scored 13 points — below average performance
(a major improvement is needed in this area or sales effectiveness will be compromised)
6. The Power of Resiliency: Questions 74—88
You scored 9 points — below average performance
(a major improvement is needed in this area or sales effectiveness will be compromised)
7. The Power of Relationships: Questions 89—105
You scored 41 points — average performance
(improvement in this area can still provide an increase in sales effectiveness)
8. Overall Scoring: Questions 1—105
You scored 213 points — below average performance
(you need to apply the principles of Power Selling immediately!)
Thursday, March 12, 2009
Perniagaan kecil-kecilan
Kerja-kerja yang saya lakukan adalah :
a. Mencari peralatan-peralatan untuk membungkus kerepek.
b. Mencari bekalan kerepek yang sedap dan murah.
c. Membungkus kerepek.
d. Menjual kerepek.
e. Mencari pasaran.
f. Menjaga akaun.
Semua kerja-kerja di atas saya lakukan dengan melakukan kesilapan pada kali pertama, tetapi saya sangat gembira kerana mendapat pengalaman yang sangat berharga hasil dari pengalaman melakukan kesilapan tersebut. Di sini, saya ingin berkongsi cerita mengenai kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan sebagai tatapan dan panduan bersama :)
Kesilapan pertama yang saya lakukan ialah pembelian "sealer" pada harga murah yang hanya mampu memberikan perkhidmatan selama 2 minggu sahaja. Akibatnya, saya hampir berputus asa kerana tanpa "sealer", saya akan menghadapi masalah yang sangat besar untuk membungkus. Alhamdulillah, dengan bantuan kakak ipar saya, saya berjaya mendapatkan "sealer" kualiti industri yang berkualiti. Walaupun harganya mahal, tetapi ia adalah aset yang sangat berharga.
Kesilapan kedua ialah membeli bekalan kerepek yang kurang sedap sehinggakan untuk menjual 2 bungkus setiap hari adalah sangat susah. Tanpa kerepek yang sedap, saya tiada modal untuk mencanangkan produk saya. Sebagai jalan keluar, saya terpaksa merantau lebih jauh untuk mencari bekalan kerepek. Alhamdulillah, sehingga hari ini, kerepek-kerepek saya mempunyai permintaan yang agak konsisten.
Kesilapan ketiga ialah membungkus kerepek tanpa menggunakan timbangan. Tanpa timbangan, masa yang saya peruntukkan untuk membungkus lebih lama, dan kuantiti setiap bungkusan amat berbeza. Selepas mendapatkan alat penimbang kualiti industri, Alhamdulillah kerja-kerja saya semakin mudah.
Kesilapan keempat ialah penetapan harga jualan. Pada mulanya, saya sukar untuk menentukan harga jualan bagi kerepek saya. Ini kerana saya tidak mempunyai alat timbang untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat kiraan. Selepas menggunakan alat timbang, Alhamdulillah saya dapat menjual kerepek pada harga yang agak kompetitif di samping kerepek yang berkualiti :D
Kesilapan kelima ialah saya tidak membuat akaun yang baik pada permulaan. Walaupun ini hanyalah kesilapan kecil, tetapi, untuk jangka masa panjang saya akan menghadapi masalah untuk mengawal aliran tunai perniagaan ini. Jadi, sekarang ini saya sudah menggunakan buku lejar untuk membuat akaun secara manual dan saya dapat memerhatikan aliran tunai perniagaan ini.
ps: kawan-kawan PMC yang ingin membuat pesanan kerepek, pesanan anda akan dihantar apabila ada aktiviti PMC i.e. TT, paintball, cuci rumah, etc.
pps: kepada pembaca-pembaca yang berminat untuk membuat pesanan, sila hubungi saya :)
keyword : pemborong kerepek, peniaga kerepek, pembekal kerepek, penjual kerepek, etc :)
Tuesday, March 3, 2009
Kenapa Saya Menabung, Mencari Pendapatan Tambahan dan Melabur?
Sejujurnya, tanpa sebarang usaha untuk menabung, mencari pendapatan tambahan dan melabur, kedudukan kewangan kami sekeluarga akan bertukar menjadi parah. Saya bukan merungut, sebaliknya menyedari hakikat tersebut.
Hal ini memang tidak mampu saya nafikan, memandangkan keadaan di Malaysia yang sukar dijangka. Kenaikan kos hidup berkait secara langsung dengan kenaikan harga minyak, kenaikan tarif elektrik dan kenaikan tarif air dan kenaikan tol.
Saya tidak boleh menunggu sesuatu yang belum pasti dapat, seperti bonus dan kenaikan gaji, tanpa berbuat apa-apa. Jadi, saya mengambil inisiatif bersama isteri untuk menabung, mencari pendapatan tambahan dan melabur.