Advert Board

Thursday, October 8, 2009

ASNB / Saham Amanah PNB : Shariah Compliance?

Saya ingin mengajak semua pelabur Saham Amanah PNB termasuklah, ASB, ASN, ASD, dan sebagainya, untuk menghantar cadangan kepada PNB supaya mencapai status "Shariah Compliance" secepat mungkin.

Di harap, dengan tekanan secara halus dari para pelabur dapat membuka mata mereka-mereka yang menguruskan PNB, Amin Ya Allah.

Sila ke link berikut untuk menghantar cadangan anda,

http://www.asnb.com.my/icare.htm

Sekiranya anda buntu dan ketandusan idea untuk menyusun ayat cadangan tersebut, sila "copy-&-paste" ayat di bawah,

Saya mencadangkan agar PNB mematuhi "Shariah Compliance" (SC) untuk sebahagian besar amanah saham yang dikeluarkan terutamanya yang dikeluarkan khusus untuk kaum Bumiputera, seperti ASB, ASN, ASD, dan lain-lain, untuk menghilangkan keraguan Rakyat Malaysia Beragama Islam dalam membuat pelaburan di dalam ASB.

Mencari yang halal itu WAJIB.

Mungkin sedikit demi sedikit memandangkan membuat perubahan secara drastik adalah sangat sukar.

Terima kasih.

4 comments:

  1. Bro tq link n ayat tuh.. waaa dh hantar dah.. kene war2kan pd geng2 PMC nih..

    ReplyDelete
  2. gabungan suara2 kecil boleh jadi besar.

    ayat tu mungkin perlu di-edit sikit lagi, sebab struktur ayat die agak tunggang-langgang.

    huhuhuhu.

    war-warkan ke org lain pon bagus gak :D

    tq byk2 bro sepul.

    ReplyDelete
  3. Salam, TQ Tuan treec atas usahamu ini. Moga besar ganjaran daripadaNYA. InshaAllah saya akan menghantarnya, cuma ayat itu inshaAllah saya akan tambahkan perisanya sikit lagi :). Dah siap hantar nanti saya akan kongsikan perisanya di sini.....Cepat PNB bersihkan ASB, aku ingin menggunakan ODASB hehe

    ReplyDelete
  4. tq2,

    itu ayat simple. xkan nak buat elok2 sampai menutup org lain punye kekreativitian kan? :p

    *alasan utk cover saja, hehehe*

    trima kasih ya, sama2lah kita usehe utk push PNB.

    doa byk2, smoga Allah bantu kite, Amin.

    ReplyDelete