Advert Board

Tuesday, November 11, 2008

ASB & Konsep "Compounding"

[edit on 17 Nov 09 : update cara pengiraan dividen ASB]

Saya ingin berkongsi Konsep pengiraan dividen dan bonus ASB. Tetapi ini hanyalah kiraan kasar dan tiada jaminan kiraan ini tepat. Perlu diingat bahawa hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sahaja mengetahui kiraan sebenar dividen dan bonus ASB. Walau bagaimanapun, Kiraan kasar ini boleh digunakan untuk membuat simulasi menggunakan perisian Microsoft Excel sebagai panduan persendirian.

Dividen ASB

[edit on 9 Dis 09 : monthly rest, not monthly compounding]

Konsep asas pengiraan dividen ASB ialah konsep "monthly rest" untuk baki terendah dalam setiap bulan. Perlu diingat bahawa pemberian dividen ini hanyalah dilakukan sekali untuk setiap tahun, iaitu pada bulan Januari. Ini bermaksud, nilai dividen yang diumumkan perlu dibahagikan kepada 12 (12 bulan), dan didarab dengan baki terendah bagi setiap bulan (bulan januari hingga disember), sebelum dijumlahkan bermula dari januari hingga disember.

Sebagai contoh, katakan kadar dividen bagi tahun 2009 diumumkan sebanyak 8%, dan berikut ialah nilai pelaburan anda dari Januari 2009 sehingga Disember 2009,

Jan 09, Baki tertinggi: RM5000, Baki terendah: RM4000
Feb 09, Baki tertinggi: RM7000, Baki terendah: RM4500
Mac 09, Baki tertinggi: RM6000, Baki terendah: RM5500
Apr 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Mei 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jun 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jul 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Ogo 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Sep 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Okt 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Nov 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Dis 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000

Maka, pengiraan dividen berdasarkan baki terendah setiap bulan (pada kadar dividen 8%) adalah seperti berikut,

[edit 17 Nov 09 : cara pengiraan mengikut penyata ASB 2008]
Dividen ASB
= (jumlah baki terendah setiap bulan)/12*0.08
= (4000+4500+5500+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000)/12*0.08
= RM573.33

[edit 17 Nov 09 : hide]
Jan 09, Baki terendah: RM4000, Dividen=4000*(0.08)/12=26.67
Feb 09, Baki terendah: RM4500, Dividen=4500*(0.08)/12=30.00
Mac 09, Baki terendah: RM5500, Dividen=5500*(0.08)/12=36.67
Apr 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Mei 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Jun 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Jul 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Ogo 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Sep 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Okt 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Nov 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Dis 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33

Dengan itu, jumlah dividen yang diperolehi bagi tahun 2009 ialah RM573.31.


Bonus ASB

ASB juga ada memberikan bonus, yang menggunakan konsep "monthly compounding", tetapi nilai yang diberikan ialah untuk tempoh sepuluh (10) tahun. Ini bermaksud, nilai bonus yang diumumkan perlu dibahagikan dengan 120 (10 tahun mempunyai 120 bulan), dan perlu didarab dengan baki terendah bagi setiap bulan, sebelum dijumlahkan bermula dari januari hingga disember. Pemberian bonus juga dilakukan serentak dengan pemberian dividen iaitu pada bulan Januari setiap tahun.

Mari lihat contoh berikut, katakan kadar dividen bagi tahun 2009 diumumkan sebanyak 1%, dan dengan kadar simpanan yang sama untuk kes dividen ASB sebelum ini,

Jan 09, Baki tertinggi: RM5000, Baki terendah: RM4000
Feb 09, Baki tertinggi: RM7000, Baki terendah: RM4500
Mac 09, Baki tertinggi: RM6000, Baki terendah: RM5500
Apr 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Mei 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jun 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jul 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Ogo 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Sep 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Okt 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Nov 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Dis 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000

Maka, pengiraan bonus ASB berdasarkan baki terendah setiap bulan (pada kadar dividen 1%) adalah seperti berikut,

Jan 09, Baki terendah: RM4000, Dividen=4000*(0.01)/120=0.33
Feb 09, Baki terendah: RM4500, Dividen=4500*(0.01)/120=0.38
Mac 09, Baki terendah: RM5500, Dividen=5500*(0.01)/120=0.46
Apr 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Mei 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Jun 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Jul 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Ogo 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Sep 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Okt 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Nov 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Dis 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67

Dengan itu, jumlah dividen yang diperolehi bagi tahun 2009 ialah RM7.20.

Walau bagaimanapun, saya tidak mengetahui sama ada terdapat sebarang syarat tertentu untuk melayakkan seseorang pencarum mendapatkan bonus tersebut.

Penutup

Suka untuk saya mengingatkan sekali lagi bahawa kiraan di atas hanyalah kiraan kasar dan tiada jaminan kiraan tersebut adalah tepat. Hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sahaja mengetahui kiraan sebenar dividen dan bonus ASB. Walau bagaimanapun, Kiraan kasar ini boleh digunakan untuk membuat simulasi menggunakan perisian Microsoft Excel sebagai panduan persendirian.

Terima kasih untuk sebarang komen terhadap kiraan kasar di atas. Saya juga amat mengalu-alukan sekiranya anda ingin berkongsi sebarang maklumat tambahan atau mungkin simulasi dividen dan bonus ASB anda sendiri.

SHARING IS CARING :)

10 comments:

  1. oh yeah...now i get it.. thanks.. :)

    ReplyDelete
  2. if u need an excel simulation base on above formula, i can forward it too :) but, of course only for reference :)

    have a nice day.

    ReplyDelete
  3. maaf..sya ni baru belaja..jadi kug pasti sikit...apa mksud baki tertinggi and baki terendah tu??
    harap bg tunjuk ajar...:)) thanx...

    ReplyDelete
  4. saye cube huraikan dari pemahaman saye :)

    kita ambik contoh bulan MAC 2009,

    Untuk bulan Mac 2009 tersebut, bermula dari 1 Mac 2009 sampai 31 Mac 2009, PNB akan tengok baki (BERAPA RM YANG TINGGAL) dalam akaun ASB kita setiap hari.

    Dari situ, PNB akan tengok BAKI PALING SIKIT untuk mana-mana tarikh sepanjang bulan Mac 2009, untuk diambil sebagai BAKI TERENDAH.

    BAKI TERENDAH tu lah yang akan dikira dalam pengiraan dividen.

    ambil contoh penyata akaun (dalam buku ASB),

    1/3/2009 ada RM6000
    2/3/2009 ada RM6000
    3/3/2009 ada RM6000
    sehingga 29/3/2009 ada Rm6000

    30/3/2009 ada RM5500
    31/3/2009 ada RM6000

    jadi, tarikh 30/3/2009 tu menunjukkan BAKI TERENDAH, iaitu RM5500.

    Maka, untuk bulan Mac 2009, PNB akan ambil RM5500 untuk pengiraan dividen.

    ReplyDelete
  5. kalau kita x usik lgsg duit dlm asb kire baki tertinggi n terendah sama la kan.....

    ReplyDelete
  6. erm.. saya dah kira tapi dapat sikit dr yang sepatutnya... ASB salah kira ke??

    ReplyDelete
  7. Saye dah letak disclaimer kat penutup artikel ni :

    "Suka untuk saya mengingatkan sekali lagi bahawa kiraan di atas hanyalah kiraan kasar dan tiada jaminan kiraan tersebut adalah tepat. Hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sahaja mengetahui kiraan sebenar dividen dan bonus ASB."


    Harap maklum.

    ReplyDelete
  8. kalau kata saya menyimpan dari bulan may 2010 bagaimana pula kiraan nya??

    ReplyDelete
  9. katalah masok duit tengah bulan may, maka kiraan mule dari jun, sampai disember.

    untuk kiraan, bulan januari sampai may akan dianggap 0.

    jun sampai disember ikot kiraan kat atas :)

    ReplyDelete