Thursday, October 20, 2011
[What-to-Do] 8 "Trick" Kewangan Yang Bijak untuk Graduan Muda
Tapi, saye tetap nak kongsi 8 "trick" kewangan yang bijak untuk graduan muda.
1. Simpan Duit Gaji.
Macam biase, simpan duit. Dah muak bace kan? kat mane-mane pon orang cakap bende yang same. Di sini ade beberapa pilihan untuk graduan muda, mengikut kesesuaian dan kemudahan korang :
a) Simpan 10% dari gaji kasar korang. Yang ni yang paling banyak orang sarankan.
b) Simpan 10% dari gaji bersih korang. Kalo rase pilihan (a) tu susah, buat yang ni.
c) Simpan 20% dari gaji kasar korang. Yang ni kalo gaji banyak sgt.
d) Simpan RM10 untuk permulaan. Dah selesa, naikkan ke RM20. Dah selesa, naikkan lagi, dan lagi, dan lagi.
Ingat, simpan duit gaji ni, jangan ambik kire KWSP @ EPF korang tu.
Nak simpan kat mane?
a) ASB @ ASW @ mane2 saham amanah PNB yang korang selesa.
b) Tabung Haji.
c) Saving akaun yang takde kad ATM. Amat tak digalakkan, tapi lantaklah kalo korang nak.
Lagi satu, kite bercakap pasal simpan duit. Ya, wang kertas atau duit fiat korang tu. Ini bukan pasal emas @ perak @ labur @ lebur. Itu dah masuk bab pelaburan.
2. Bagi Mak Ayah
Dah kerje mestilah dapat gaji. Kecualilah korang jadi hamba abdi.
Dah dapat gaji tu, takkan tak pandai-pandai nak berkongsi?
Berkongsilah dengan Mak ayah dan keluarga dulu, pastu kawan-kawan.
Jadikan amalan untuk hulur duit kat mak ayah.
Barulah diorang gembira.
Dah diorang gembira, insyaAllah diorang doakan kejayaan korang.
Tapi janganlah korang bagi sebab nak berjaya.
Bagilah duit kat mak ayah kerana Allah Taala.
InsyaAllah berkat.
3. Sedekah & Zakat
Yang ni tak susah.
Bagi yang lelaki, bolehlah derma kat tabung-tabung masjid atau surau.
Bagi yang perempuan, boleh gak derma kat tabung-tabung masjid atau surau. Tak semestinye hari Jumaat je boleh derma...
Untuk yang dapat rezeki lebih-lebih tu, WAJIBlah bayar zakat.
Pasal zakat ni, yang memang wajib untuk semua Muslim tentulah Zakat Fitrah.
Untuk zakat simpanan, zakat perniagaan, dan lain-lain, kene tambah ilmu lagi.
Saya tak sempat nak komen kat sini. Kalo dah susah sangat, google lah pusat zakat negeri masing-masing.
4. Takaful
Pendapat peribadi saye, untuk mereka yang tak tanggung sape-sape, tak perlu ambik takaful yang komprehensif.
Minimum, eloklah ambik perlindungan untuk kemalangan & kematian.
Kecuali nak rendahkan premium bulanan, memang sesuai lah ambik mase mude.
Bagi mereke-mereke yang majikan tak bagi duit untuk bayar kos klinik dan hospital, itu ada 2 pilihan:
a) gi klinik/hospital kerajaan. Yang tak syoknye, kene gi awal-awal pagi. Kalo tak, 3-4 jam gak kene menunggu.
b) Ambik "Medical Card". Untuk yang ni, memang boleh "cover" bayaran perubatan klinik/hospital, tapi kene paham T&C die. Kalo tak, kang tak puas hati plak.
5. Pinjam untuk ASB
Saye galakkan ambik pinjaman untuk ASB. Yang ni tak termasuk trick no 1, simpan duit gaji.
Sekiranya dapat, ambiklah yang Islamik (Bank cap rimau je yang offer). Saye taknak komen lanjut pasal hukum harus yang majlis fatwa kebangsaan dah keluarkan. Jadi, boleh buat kajian sendirilah.
Perancangannya :
a) Minimum, ambiklah RM30,000 pinjaman. Dengan andaian dividen tahunan 7%, untuk tahun ke-2 dan seterusnya boleh dapat dividen tahunan RM2,100. Bulan-bulan mencarum dalam RM205.00 (pinjam untuk 20 tahun).
b) Ade lebih kemampuan, bolehlah ambik RM100,000. Dengan andaian dividen tahunan 7%, boleh dapat dividen RM7,000 untuk tahun ke-2 dan seterusnya. Bulan-bulan kene cek sendiri, saye tak pasti. hehehe.
c) Kalo terlebih mampu, ambik je maksimum RM200,000. Lain-lain tu kire sendiri.
Kalo dah ambik pinjaman maksimum, dah tentulah takleh nak simpan duit gaji kat ASB dah.
Jadi, nak simpan kat mane? Simpanlah kat Tabung Haji ke, Akaun Simpanan ke. Takkan tak leh pikir kot?
6. Catat Perbelanjaan dan Tengok Semula
"Trick" yang paling penting sebenarnye adalah yang ni. Kene catat dan tengok semule corak perbelanjaan kite.
Mane-mane yang terlebih tu, bolehlah dikurangkan.
Ape-ape pon, sesuaikanlah dengan diri sendiri.
7. Hidup Seadanya
Untuk memastikan "trick" kewangan ni berhasil, kene guna cara ni, Hidup seadanya.
Kalo tak ikot cara ni, ade harta RMjuta-juta pon habis.
Anak-anak orang kaya pon diajar untuk hidop seadanya, kecuali beberapa orang. huhuhuhu.
8. Cari Ilmu
Macam-macam ilmu boleh dicari.
Ilmu Melabur.
Ilmu Melebur.
Ilmu menjadi bijak.
Ilmu menjadi kurang bijak.
Ilmu menjadi tak bijak.
Pandai-pandailah cari ilmu.
Yang pasti, tanpa ilmu, jangan buat ape-ape. Cari dulu ilmu.
Kesimpulan
Jangan pandang sangat ape yang saya tulis ni.
Diakui, bukan idea dari saya 100% pon, sebab saye sendiri belajar dari orang lain :)
Yang paling penting, tetapkan matlamat dan buat yang terbaik untuk capai matlamat, dan jangan lupe tujuan hidup kite sebagai Hamba Allah SWT.
Friday, February 11, 2011
[extra] Perbezaan Rasuah dan Hadiah
Ini pun takrifan saya sendiri.
Kalau salah, silalah hukum saya :D
Selagi sesuatu benda yang diberi atau dihadiahkan adalah
a) kecil nilainya DAN
b) tidak akan mempengaruhi saya ketika membuat keputusan DAN
c) hanya untuk tujuan meraikan kejayaan selepas berjaya menyempurnakan sesuatu tugasan/projek DAN
d) tidak bersifat peribadi sebaliknya dikongsi bersama seluruh pasukan/kompeni
maka, bagi saya, itu bukanlah rasuah, tapi hadiah :)
tapi, kalo bertentangan dengan salah satu yang di atas, kirim salamlah. itu saye anggap sebagai rasuah atau sogokan.
anda bos saya dan anda paksa saya untuk terima rasuah?
ESOK GAK SAYE CARIK KEJE KAT TEMPAT LAIN, HEHEHEHE.
Wednesday, February 2, 2011
Nak Senang Berkekalan? Jangan Ambik Rasuah!
Duit rasuah ni tak halal dan tak berkat.
Lagi "senang" dapat, lagi senang habis.
Kerete rosaklah, tingkap pecahlah, fius rumah terbakarlah, macam-macam lagilah.
Itu boleh tahan lagi.
Bayangkanlah anak sakit, mak ayah sakit, diri sendiri sakit.
Itu lagilah terok dari masalah berkaitan harta benda.
Lagi pon, tanpa ambik rasuah, lagi senang kite nak buat kerje.
Takde masalah nak tolak mane2 orang yang tak layak nak buat kerja dari terima projek.
Tambahan pulak, hati lagi puas bile kite berjaye hasil dari usaha gigih kite.
Tanpa perlu rasa bersalah kepada sape-sape di kemudian hari.
Tambah-tambah kalo ade insiden yang melibatkan kematian, kerugian atau kemalangan.
Lu tanggunglah kalo lu dah ambik rasuah.
SPRM pulak cekop.
Malu sekampung.
Fikir-fikirkanlah... Nak Senang Berkekalan? Jangan Ambik Rasuah!
Friday, December 24, 2010
[Hidup] Lu Nak Bergaya @ Lu Tak Nak Susah?
a) Nak Bergaya
b) Tak Nak Susah
Nak Bergaya
Yang baru 1 tahun kerja, dah order Toyota Vios. Tiap-tiap bulan kene bayar hutang kereta dengan bank melebihi RM1,000. Belom masok servis, tol, minyak dan sebagainya lagi.
Yang dah 10 tahun kerja, order plak Toyota Alphard. Gaji pulak RM5,000/bulan. Tiap-tiap bulan kene bayar hutang kereta dengan bank dalam RM3,000. Belom masok servis, tol, minyak dan sebagainya lagi.
Baju pulak, kurang-kurang RM100 sehelai. Itu paling murah. Yang paling mahal, jangan kire lah.
Stroller anak, mesti mahu Mclaren. Apa susah, kad kredit ade, bayar kemudian.
Makan besar, mesti setiap weekend. Hari biase, bawak 1 famili makan luar.
Dapat bonus, gi melancong segenap pelosok dunia. Tak main lah Lumut atau Langkawi. Takde Class.
Simpanan? lepas 10 tahun kerje, adelah dalam RM5,000. Itu pon banyak yang keluar dari masok.
Takaful? Kompeni tanggung. Macamlah kompeni tu sendiri yang punya, sampai lepas pencen pon nak tanggung lu punye takaful.
Tak Nak Susah
Dah kerje 5 tahun, gaji pon dah RM4,000. Tapi, gi keje naik moto kapcai lagi.
Baju pon bawah RM20 sehelai. Kemeje keje je lah mahal sikit. Itu pon beli mase jualan murah.
Bini pon kerje. Gaji pon same besar. Gi keje naik kerete lah. Sebab keselamatan. Itu pon bawak Proton IsWara je. IsWara tu pon Seken Hen je.
Anak-anak? Baju sepasang baru RM10. Tapi branded gak, disney lah, pooh lah. Entah ape-ape ntah kartunnye. Tapi takde lah karton terbaru macam Ben10 ke, hape ke.
Stroller anak pon, bukan yang branded. Cikai-cikai je. Asal boleh usung anak bile anak tido.
Makan besar, adelah sekali due dalam sebulan tu. Itu pon, habis tak lebih RM100 sekali hadap.
Dapat Bonus? Simpan sebanyak mungkin, guna sesikit mungkin.
Jalan-jalan? Lumut, PD, Terengganu, Melaka. Oversea trip 2 @ 3 tahun sekali lah. kalo ade rezeki lebih, nak gak cari pengalaman lebih.
Simpanan? lepas 5 tahun, ASB dah full. Tabung Haji pon dah banyak. Bunyi macam mustahil, tapi, "Di mana ada kemahuan, di situ ade jalan".
Takaful? lepas kawin, suami dah ade cover takaful sendiri. Lepas Anak dah lahir, mak ayah dah ade takaful.
Bergaya? Tunggulah lepas 5 @ 10 tahun bersusah-payah. Itu pon ala kadar dan tak melampau.
Kesimpulan
Lu pilih jalan hidop lu sendiri.
Mahu Bergaya? Lu punye pasal. Orang lain tak campor. Tapi jalan memang kembang kuncup la lubang hidong tu.
Tak Nak Susah? Pon lu punye pasal. Tapi memang orang yang Financial IQ rendah akan mengate lu lah. Tapi lu tahan je lah. Yang tak nak susah, lu.
Kalo lu susah pon, lu orang je yang tanggung. Bukan orang lain mampu atau mahu tolong.
Jadi, pandai-pandai la pilih jalan hidop lu.
Wednesday, December 8, 2010
Simpan Mesti Simpan
Saya dah 30 tahun kerja. Dah nak pencen dah pon. Buat ape nak menyimpan lagi?
Saya ada RM15 juta duit dalam bank. Buat pe menyimpan?
Saya baru Darjah 6. Menyimpan? Mane wangnya?
Pada pendapat sayelah, kite perlu mengikis pemikiran tersebut dari cara kita dan keluarga kita berpikir.
Menyimpan atau Menabung, bukan dengan niat hanye untuk mendapatkan sejumlah wang.
Menabung juga mampu membentuk peribadi yang baik, jika diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak kecil, ie menabung untuk kecemasan, elakkan membazir, menghargai apa yang ada dan bersyukur.
Walau sebanyak mana wang simpanan kita, atau sesikit mana wang simpanan kita, teruskanlah menabung.
Tak mampu RM100, simpanlah RM10.
Tak mampu RM10, simpanlah RM1.
RM1000 tu kecil sangat, simpanlah RM10,000.
Ape-ape pon, Simpan Tetap Simpan.
Tuesday, January 26, 2010
Mana Penting, Usaha atau Hasilnya?
Di alam persekolahan, mak bapak dan guru biasenye menekankan tentang keputusan peperiksaan pada setiap penggal dan peperiksaan besar, UPSR, PMR dan SPM (kadang-kadang STPM).
Dapat A? Cemerlang.
Dapat B? Bagus.
Dapat F? Rotan lah.
Usaha? Tidak dilihat sangat, kerana jumlah A tu lah yang menentukan keputusan peperiksaan.
IPT
Di alam IPT pula, keputusan peperiksaan setiap semester masih lagi ditekankan, cuma yang berbeza adalah, untuk mendapat keputusan yang HEBAT, usaha yang berterusan diperlukan.
Sebab? Faktor "Carry-Mark" dari setiap ujian, kuiz, dan tugasan sepanjang semester yang berkenaan.
Kerja atau "Real-World"
Di alam Kerja ni adalah "Real-World", di mana, usaha adalah lebih di ambil kira (sebenarnya lebih bermakna).
Kenapa? Usaha yang menentukan hasilnya. Tiada short-cut atau apa-apa, walaupun Mak Bapak anda orang besar.
"Ada je kawan opis saya, anak orang kaya yang hebat?"
Biasanya, mereka itu berusaha sendiri, cuma dibantu oleh Mak Bapa, sebagai Batu Loncatan, bukan "Short-cut".
RM juta-juta, kalau disalah guna ("mis-manage") sebulan pon boleh habis, sehari pon mungkin.
IMHO
Anda gagal berusaha? Anda tanggunglah "hasilnya".
Anda rajin berusaha? InsyaAllah, anda dapat menikmati hasilnya.
Lambat atau cepat, itu urusan Allah. Urusan kita adalah BERUSAHA :)
Percayalah, saya tidak menipu.
Permintaan saya, Berusahalah Kerana Allah Taala.
"Kejar Dunia = Akhirat dan Dunia tinggalkan kita.
Kejar Akhirat = Dunia yang mengejar kita."
Monday, December 21, 2009
Wang Anda? Siapa Yang Peduli?
Diri Sendiri?
Pasangan (Hidup)?
Ibu Bapa?
Adik-Beradik?
Kawan-Kawan?
Bos?
Musuh?
Bank?
Tidak, bukan mereka.
Sebenarnya diri kita sendiri.
Ok, ada jugak sesetengah pasangan yang ambil berat, tapi setakat ambil berat je lah yang mereka mampu. Tidak lebih dari itu.
Selebihnya, diri anda sendiri yang perlu menyimpan dan menguruskan wang anda.
Ingat,
Bukan Pasangan (Hidup).
Bukan Ibu Bapa.
Bukan Adik-Beradik.
Bukan Kawan-Kawan.
Bukan Bos.
Bukan Musuh.
Bukan Bank.
Bukan orang lain, melainkan anda sendiri yang menentukan hidup anda.
Iya, semuanya dengan izin dan kehendak Allah SWT, tapi itu tidak akan berlaku tanpa usaha dari diri anda sendiri.
Percayalah, ini bukan karut atau tahyul atau sandiwara.
Ini adalah kehidupan, di dunia assabab.
Thursday, November 5, 2009
Kisah Teladan : Bapa Kita?
Jadi, sumbernye aku xtau dari mane. Dengan niat untuk berkongsi, bukan untuk publisiti, aku letak kisah ini.
Kepada yang empunya cerita, sila tinggalkan komen anda sekiranya anda terbaca cerita ini. Jutaan kemaafan sekiranya tuan tidak izinkan kisah ini disiarkan. Tanpa ragu-ragu, saya sanggup padamkan entri ini sekiranya dipinta.
------------------------------------------------------------------------------------------------
System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis. Sementara tunggu system up balik, aku nak share something interesting happened to me last nite kat ofis.
Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje. Tgh duklepak-lepak benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih. Indian age dalam 50+ tapi still kuat coz dia dulu secret service utk kerajaan Sarawak . Body guard aa kira. Dia pon maybe tgh boring coz kitorg dorang je yg ada kat floor nih. Dia dtg borak - and aku layan la macam biasa.
Then suddenly dia tanya gaji aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, adala sikit-sikit lepas utk diri sendri and family..(takut gak dia nak pow ke or mintak duit ker...) Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku kata la ada...bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat bapak aku - aku only kasik kat mak aku and assuming dia sbg finance minister akan distribute la duit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya).
Then dia tanya lagik. Aku pon slowwwwwwww jer jawab... tak. Dia pon cakap kenapa tak and aku pon explain la why. Then dia cerita,
"u tau ka, bila u kasik sama u punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka... Saya sbg bapak aaa,bila anak kasik saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain."
aku pon dengar jer la... then mata dia berair... Dia kata bila anak dia kasik duit dekat dia,
"I felt like im flying in the sky!"
Masa dia cerita tu, siap dia cakap
"sekarang saya cerita pon aaaa, bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam laaa..."
Aku pon teros tingat kat bapak aku. Tho dia masih ada and still makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak penah kasik duit direk kat dia. Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik duit kat aku masa aku belajar. Skang aku dah keje dan dia tak, kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat dia. Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak! Gad tu tgk kat mata aku and cakap
"u kasik u punya mak, lain cerita. tapi kalau u kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya mula dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tido. U ada wang, u kasik la sama u punya bapak direk. Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang,50 suda cukup."
Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb tingat kan kesilapan aku dan gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sinih. Yg pertama, walau siapa pon kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah" kita.Kadang-kala, nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan yang kedua, sayangilah bapa anda. Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak, sedikit pon tidak mengapa.
Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya. Pelukerat dan berikan satu senyuman istimewa buatnya.
Monday, October 26, 2009
Ilmu Di Sekolah Tidak Sepenting Ilmu Buat Duit?
"Satu cabang ilmu yang tidak di ajar di sekolah ialah ilmu buat duit. Ilmu buat duit adalah lebih penting dari ilmu-ilmu lain yang diajar di sekolah. Berbekalkan ilmu ini, sesiapa juga boleh menjadi orang kaya di dunia ini. Sebaliknya, orang yang hanya ada ilmu di sekolah, adalah LOSER kerana tidak akan menjadi kaya"
Saya memang menggemari cara penulisan beliau yang "thinking out of box" dan mengajak pembaca-pembaca untuk celik kewangan, tetapi saya, dengan rendah diri, kurang bersetuju dengan konsep tersebut.
Pada pendapat saya yang tidak tahu apa-apa ini,
Untuk anak-anak kita, mereka mesti bersekolah, dan diberikan ilmu-ilmu yang diajarkan di sekolah dengan secukupnya. Ilmu-ilmu tersebut juga tidak kurang pentingnya.
Bagi kita yang sudah menghabiskan alam persekolahan (sesetengahnya Alhamdulillah dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tingg), mungkin kita rasa, "owh, ruginya bersekolah, bukan boleh kaya pun."
Tetapi, bagi anak-anak kita, adilkah bagi mereka kerana hasil silap faham kita bahawa pendidikan formal di sekolah tidak penting kerana tidak mampu mengkayakan kita, kita tidak menekankan kepentingan ilmu-ilmu tersebut? lantas mereka yang masih mentah dan tidak tahu "yang mana satu intan yang mana satu plastik", tidak menumpukan perhatian semasa alam persekolahan, sekaligus mendapat gred "D" di dalam peperiksaan mereka.
Tidakkah, kita, sebagai ibu bapa, tidak merasa kesal dan sedih akan kerugian yang bakal mereka hadapi?
Mari kita lihat SINOPSIS antara ilmu-ilmu yang kita telah perolehi hasil dari sistem persekolahan formal...
Geografi, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita hendak memahami konsep bentuk permukaan bumi mempengaruhi faktor keselamatan i.e. tanah runtuh, konsep matahari terbit dan tenggelam, dan juga teknik membaca peta.
Sejarah, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita akan memahami kepentingan sejarah, untuk membolehkan mereka belajar dari kegagalan orang-orang yang terdahulu.
Matematik, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita mampu mengira keuntungan (dan kerugian) atau kadar bayaran bulanan pinjaman, untuk mana-mana pelaburan yang disertai.
Sains, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita mampu mengaitkan hubungan hujan dan bencana alam atau bagaimana kebakaran boleh terjadi hasil dari api yang kecil.
Itu adalah sebahagian dari cabang ilmu yang kita pelajari di sekolah. Lain-lainnya, sila huraikan sendiri :D
Pendapat Saya Yang Ke-2 : Prosedur Menuntut Ilmu
Asas ilmu ialah membaca.
Selepas itu adalah menghafal.
Selepas sudah dihafal, barulah kita mampu memahamkan ilmu tersebut, bergantung kepada pengalaman hidup sebenarnya. Faham untuk jawap periksa tidak sama dengan faham apa inti pati ilmu tersebut.
Selepas sudah memahami inti pati ilmu tersebut pula, barulah peringkat menggunakan atau "apply". Pada peringkat ini, barulah ilmu-ilmu tersebut dapat difahamkan sepenuhnya dan bersebati dengan diri kita. Dan pada peringkat ini jugalah, seseorang manusia itu akan memikirkan bahawa, "owh, ilmu ini tidak penting" :(
Bagi sesiapa yang tidak setuju, saya ada lagi satu alasan kepentingan menghafal. Anda tahu kenapa di kalangan kita ada tahfiz? :D
Pendapat Saya Yang Ke-3 : Tanggungjawab Ibu Bapa
Ilmu-ilmu tentang cara-cara utk hidup tu ie buat duit, cari duit, habiskan duit, dsb, adalah tanggungjawab ibu bapa.
Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut idea ini, anda sebagai ibu bapa pasti faham maksud saya :D bagi yang belum menjadi ibu bapa, selepas anda menjadi ibu bapa nanti insyaAllah anda juga akan faham.
Kesimpulan
saye setuju dgn Robert K. bahawa ilmu buat duit itu penting, cume saye TAK BERSETUJU SEPENUHNYA bila dia cakap ilmu kat sekolah x penting.
KEDUA-DUA CABANG ILMU TERSEBUT ADALAH PENTING, WALAUPUN TIDAK SEPENTING ILMU AKHIRAT :)
Tuesday, October 13, 2009
8 Kelebihan Mempunyai Pengurusan Kewangan Yang Baik
1. Memastikan Wang (REZEKI) Yang Ada Mencukupi
2. Mengelakkan Pembaziran
3. Menghadapi Musibah dan Kesulitan
4. Mewujudkan Simpanan Untuk Membina Kekayaan
5. Mencapai Matlamat dan Hajat
6. Mengurangkan Kebergantungan Kepada Orang Lain
7. Membantu Orang Lain Yang Sangat Memerlukan
8. Menjadi Seorang Muslim Yang Cemerlang
Perbincangan
1. Memastikan Wang (REZEKI) Yang Ada Mencukupi
Setiap Muslim telah diberikan rezeki yang mencukupi (walaupun nilainya berbeza-beza) oleh Allah SWT. Yang membezakan setiap individu adalah cara mereka berbelanja (menggunakan rezeki yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu) dan menguruskan rezeki mereka. Rezeki di sini termasuklah wang, harta, masa dan tenaga.
Analoginya, Ahmad dan Ali mendapat gaji harian RM50.00 setiap seorang. Setiap hari, Ahmad akan membelanjakan RM15.00 keperluan hariannya termasuk makan dan minyak. Bakinya sebanyak RM35.00 akan disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Ali pula akan membelanjakan RM40.00 setiap hari demi memuaskan kehendak hatinya. Baki RM10.00 pula akan dikumpulkan untuk dihabiskan pada hujung minggu.
Siapakah yang lebih bijak berbelanja dan menguruskan rezeki mereka?
2. Mengelakkan Pembaziran
Setiap seorang manusia di muka bumi ini, Allah telah mengurniakan akal dan nafsu.
Apabila kita mengutamakan akal berbanding nafsu, InsyaAllah selamat. Sebaliknya, apabila nafsu diutamakan, pelbagai musibah termasuk pembaziran bakal berlaku. Seorang Muslim yang menggunakan akal untuk berbelanja, insyaAllah dapat mengelakkan pembaziran.
Analoginya, makan sepinggan nasi berlaukkan sesenduk sayur dan seekor ikan, insyaAllah kenyang bukan?Makan 2 set makanan yang sama juga mengenyangkan kita bukan, malah mungkin kita tidak mampu menghabiskannya.
3. Menghadapi Musibah dan Kesulitan
Setiap Muslim akan diuji, setara dengan kesanggupannya, itu adalah firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat yang terakhir. Adakah kita memerlukan seorang manusia yang lain untuk memberitahu kita semula akan kepentingan untuk bersedia bagi menghadapi mana-mana musibah, walaupun telah ada firman Allah di dalam Al-Quran?
Sekurang-kurangnya, persiapkanlah diri kita semampu mungkin untuk mewujudkan TABUNG KECEMASAN bagi kita dan keluarga kita. Lain-lain hal adalah urusan Allah.
4. Mewujudkan Simpanan Untuk Membina Kekayaan
Syarat asas untuk membina kekayaan adalah dengan menyimpan. Tanpa disiplin dan komitmen, adalah sangat sukar untuk menyimpan.
Analoginya, Abu dibayar sebanyak RM2,000.00 setiap bulan sebagai seorang eksekutif muda. Seiap bulan, Abu mampu mendisiplinkan dirinya untuk menyimpan RM1,000.00. Setelah 2 tahun, simpanannya telah mencapai nilai RM24,000.00.
Ahmad dibayar gaji sebanyak RM3,000.00 pada setiap bulan sebagai seorang eksekutif muda. Berbanding Abu, Ahmad hanya mampu menyimpan wang gajinya sebanyak RM100.00, itupun kadang-kadang dia terpaksa mengeluarkan wang tersebut untuk menampung perbelanjaannya yang sgt tinggi. Setelah 2 tahun, simpanannya hanya mencapai nilai RM2,000.00 (kerana beliau telah mengeluarkan wang simpanannya sebanyak 2 kali dalam tempoh 2 tahun tersebut).
Yang mana mampu membina kekayaan? Abu atau Ahmad?
5. Mencapai Matlamat dan Hajat
Manusia mempunya matlamat dan hajat yang berlainan. Ada yang ingin mempunyai rumah besar, ada yang ingin mengelilingi dunia, ada juga yang ingin membuka rumah anak-anak yatim.
Apa sekalipun matlamat dan hajat mereka, mereka memerlukan modal untuk bermula, terutamanya wang ringgit. Untuk menggunakan tandas awam pun kita perlu membayar 20 sen @ 30 sen. Hatta, sesetengah tandas ada yang mengenakan caj lebih tinggi. Tandas yang percuma biasanya daif keadaannya.
6. Mengurangkan kebergantungan Kepada Orang Lain
Tidak dinafikan manusia memang bergantung kepada Allah SWT untuk hidup. Itu satu perkara utama. Ini adalah perkara yang seterusnya, iaitu kebergantungan kepada orang lain. Hampir mustahil untuk menghilangkan sepenuhnya kebergantungan itu, tapi, insyaAllah boleh diminimumkan apabila kita mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Setuju?
7. Membantu Orang Lain Yang Sangat Memerlukan
Konsep zakat dan Sedekah adalah kunci kepada perkara ini. Di samping merapatkan silaturrahim, saham akhirat pon insyaAllah dapat. InsyaAllah Allah akan memberkati hidup kita dan melipatgandakan lagi rezeki yang kita keluarkan untuk zakat dan sedekah tersebut.
Zakat tu, Rukun Islam yang ketiga tu....
8. Menjadi Seorang Muslim Yang Cemerlang
Apabila kita mampu menguruskan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan harian kita, iaitu kewangan, insyaAllah kita dalam landasan yang betul untuk menjadi seorang Muslim yang cemerlang. Sebelum mampu menguruskan orang lain, elok juga kita mempraktikkan pegurusan yang betul ke atas diri sendiri.
Penutup
Semua "point" di atas bukanlah senarai yang mutakhir. Itu adalah di antara kebaikan-kebaikan yang insyaAllah kita perolehi dengan mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Kita perlu menguruskan sesuatu perkara dengan baik untuk mendapatkan hasil yang baik. InsyaAllah bantuan dari Allah akan datang. Sama-samalah kita berusaha.
CAIYO, CAIYO.
Friday, July 31, 2009
Bersyukur Dengan Segala Rezki dan Nikmat dari Allah
ni utk ingatan saye sendiri gak, tp pada mase yg same nak share dgn sume org.
kadang2 Allah lambatkan sikit rezki kite sebab kite kurang bersyukur dgn ape yg ade. once kite betul2 bersyukur, insyaAllah lagi laju rezki Allah yg mengalir masuk, Amin Ya Allah.
mcmane nak betul2 bersyukur? buat semua suruhan-Nya, tinggalkan segala larangan-Nya.
Senang cerite, cintakan Akhirat, dunia kejar kite, cintekan dunia, akhirat hilang. Lagi satu, kene yakin dengan Qada' dan Qadar Allah. Wallahu'alam.
ni sekadar perkongsian ya, no hard feeling, sebab saye sendiri masih byk kene belajar dan perbaiki.
Seterusnya, cerita untuk iktibar bersama :)
Macam perkongsian kisah realiti sebelum ini, saya dapat cerita berikut daripada email. Dengan niat untuk berkongsi sahaja, bukan mencuri kredit, saya buat post ini. Mintak maaf kepada yang empunya, jika termasuk ke blog ini, terima kasih kerana meninggalkan sedikit komen.
| Allah selamatkan saya ketika derita... |
| Azamin Amin |
| Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang. "Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara. Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata. Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif. "Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja. "Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula. Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah. Tidur untuk menahan lapar Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi. Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini. Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi. "Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu. Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah. Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota. Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah. Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita. Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari. 'Tak boleh sembahyang Jumaat!' Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari. Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena. "Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya. "Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun. "Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!"katanya tidak puas hati. Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'. "Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang. Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi. Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah. Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka. Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya. "Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya. Teresak-eask saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu! Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya... "Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka." Ya, begitulah juga dengan saya...hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah. Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka... Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga. Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya. Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya. Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu." Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan. Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu. Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut. Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya... Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya. Saya bersabar menunggu detik itu... Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata : " Mmm...sedap.." dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya. Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena...... Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya. Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini. Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya. Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya. Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?" (Al-Baqarah: 286) Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita. Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa. Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara. Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu. Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang. Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan. Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata. Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya. Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba. Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang... "Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156). |
Tuesday, May 12, 2009
Tambahan! Lagi 5 Cara-Cara Untuk Berjimat
Saya ingin berkongsi 5 lagi cara-cara untuk berjimat yang saya sekeluarga gunakan :)
1. Talian Untuk Telefon Bimbit
Untuk sesiapa yang suka bergayut lama2 dengan buah hati, anda digalakkan untuk mengambil pakej pelan famili, sama ada di bawah Celcom atau Maxis, atau mana-mana talian yang menawarkan tawaran menarik (baca sebagai "boleh menghantar SMS dan membuat panggilan secara percuma untuk tempoh sekurang-kurangnya 40 jam masa berbual setiap bulan").
Jangan risau, anda boleh mendaftarkan kesemua "sub-line" tersebut di bawah nama anda (Sebab perlu kemukakan kad pengenalan semasa pendaftaran).
Tiada alasan untuk kita membayar lebih apabila kita mempunyai pilihan untuk membayar kurang. Isteri saya dapat mengurangkan bayaran bil bulanannya melebihi 50% selepas mengamalkan cara ini (dari RM300 ke RM130).
2. Bil TNB
Buat masa ini, kerajaan Malaysia bermurah hati dengan menawarkan bayaran percuma untuk penggunaan bulanan di bawah RM20. Nilai RM20 adalah sangat besar sekiranya anda menyimpannya.
Rm20 x 12 bulan = RM240
Siapa lagi yang mahu memberikan kita wang percuma sebanyak RM240 setiap tahun? Cuma pengorbanan yang diperlukan adalah agak besar bagi mereka yang telah berkeluarga bagi mendapatkan wang tersebut. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tinggal berdua atau masih bujang, rebutlah peluang ini sementara kerajaan masih bermurah hati.
3. Bil Air (Khas untuk rakyat Selangor sahaja)
Sama seperti bil TNB, semua rakyat negeri Selangor mendapat manfaat bil percuma untuk 20m3 air pertama setiap bulan.
Jadi, berjimatlah dan pastikan bayaran bulanan bil anda dibawah 20m3.
4. Berjalan Kaki
Ingin bersenam dan pada masa yang sama dapat menebalkan poket anda? Selalulah berjalan kaki kerana anda mendapat 2 faedah yang nyata iaitu menjimatkan kos pengangkutan (sekaligus membuatkan poket anda tebal) dan mendapat faedah tambahan dari segi kesihatan (tapi solat wajib dijaga bagi yang muslim).
5. Menaiki Pengangkutan Awam @ Menunggang Motosikal
Sekiranya anda perlu pergi ke destinasi yang mampu dicapai dengan menaiki pengangkutan awam atau menunggang motosikal dengan halangan yang minimum, kenapa perlu menaiki kereta? Dengan menaiki kereta, anda perlu menambah perbelanjaan untuk minyak, servis (mileage bertambah) dan bayaran letak kenderaan. Itu belum mengambil kira keperluan memilih laluan terbaik dan kepenatan semasa mengharungi kesesakan lalu lintas.
Anda juga boleh menimbangkan untuk menyewa sebuah bas bagi membawa rombongan keluarga anda ke rumah pengantin pasangan anda semasa kenduri perkahwinan anda :)
Buatlah keputusan yang bijak untuk diri sendiri dan keluarga anda :) Anda yang menentukannya.
Sebarang perkongsian idea di sini amatlah dialu-alukan.
Monday, April 27, 2009
Unprofessional Behaviour
Profesional, bermaksud membuat sesuatu kerja mengikut tertib dan bersungguh-sungguh, sehingga kerja yang diamanahkan (secara berbayar) selesai sepenuhnya, tanpa mencampur-adukkan emosi atau perkara-perkara lain yang tidak berkaitan.
Saya memang tidak gemar berurusan dengan orang yang tidak perofesional atau kurang profesional. Kenapa?
Sebab berurusan dengan mereka ini adalah satu kerja yang sangat sukar dan biasanya kerja yang dijalankan berkualiti rendah dan sudah semestinya akan melewati jadual.
Dalam bahasa perniagaan atau bisnes, LEWAT bermaksud rugi (atau "LOSS" dalam bahasa inggeris).
Siapa mahu rugi dalam bisnes?
Untuk menjadi seorang profesional yang bersikap profesional, anda perlu memahami sepenuhnya maksud entri ringkas ini.
Peringatan akhir, sikap tidak profesional atau kurang profesional pasti akan menjatuhkan reputasi anda sepenuhnya, sedikit demi sedikit.
Tuesday, March 24, 2009
DIY Tool Set / Set Peralatan DIY
Set kepunyaan saya adalah set paling asas dan akan ditambah dari masa ke semasa. Di sini saya ingin berkongsi set peralatan DIY yang saya miliki.
Mari berkongsi bersama-sama :)

Bakul - Nostalgia, pada mulanya saya menyimpan set peralatan saya di dalam bakul ini.

"Tool Box" - Sekarang ini adalah "rumah" set peralatan saya yang baru.

Set Tukul - Tukul kuku kambing tu lebih berat berbanding tukul lagi satu.

Pahat 3/8" dan 1/2" - Untuk kerja-kerja memahat dan membantu memasang tombol pintu :)

Spanar - Spanar jaya?

"Cutter" dan Playar Muncung Tirus - "cutter" untuk menjalur wayar dan playar untuk memegang.

Set Pemutar Skru - Banyak tak? "Multi-purpose" tu. Untuk kerja pembaikan dan godek komputer :)

"Precise Screwdriver Set" - Yang ni untuk godek komputer sebenornye :)

"Allen Key" - Kunci yang tidak boleh membuka kunci. Hehehehe.

Gunting Besi - Yang ni, dawai halus boleh lut lagi la :)

"Buzzer" untuk memeriksa "continuity" wayar - Cadangan awal, saya berhajat untuk membeli "multimeter c/w buzzer". Tapi atas nasihat jurujual di kedai elektronik jalan pasar, saya beli sedikit aksesori elektronik untuk dipasang sendiri sahaja. Sangat sesuai untuk memeriksa keadaan pendawaian rumah :) Perlukan maklumat lebih lanjut? :)

"Safety Glass" - Untuk melindungi mata dari habuk atau serpihan :)
Pada masa hadapan, saya ingin menambahkan lagi set peralatan saya :
a. "Pipe wrench" - kerja-kerja perpaipan asas.
b. 700W "Hand drill" - Kerja-kerja menebuk lubang dan memutar skru.
c. Mesin Gergaji Bulat - Kerja-kerja memotong.
d. Beberapa perlatan lagi.
Thursday, December 18, 2008
Perkara Penting Sebelum Anda...
"Pada awal bulan, saya akan menyimpan sebanyak RM500 di dalam ASB. Tetapi menjelang hujung bulan, saya terpaksa mengeluarkan sebanyak Rm400 untuk membiayai perbelanjaan bulanan saya."
"Saya fikir, dengan mempunyai pendapatan sampingan hasil jualan kad isian semula telefon bimbit sebanyak RM200 pada setiap bulan, saya mampu menyimpan sekurang-kurangnya Rm150 setiap bulan. Tetapi rupa-rupanya untuk menyimpan RM10 pun sukar."
Sebelum anda berniaga atau mencari pendapatan sampingan, anda perlu menguasai kemahiran menguruskan kewangan dahulu. Mengapa? Kerana adalah tidak berguna untuk mempunyai pendapatan yang tinggi sekiranya anda tidak mampu menguruskannya dengan baik.
Gelodak nafsu untuk berbelanja akan meningkat secara berkadar langsung dengan kenaikan pendapatan anda. Jadi, sekiranya anda tidak mampu mengawal nafsu anda, lebih baik anda membetulkan dahulu sikap anda ataupun anda akan gagal memanfaatkan sepenuhnya kenaikan pendapatan tersebut.
Menguruskan kewangan bukan bermaksud bertukar menjadi kedekut atau boros, tetapi mengawal setiap keluar/masuk wang anda untuk mendapatkan manfaat atau hasil yang optimum.
Wang anda pilihan anda, tetapi pilihan yang kurang bijak akan merugikan anda, dan juga orang lain yang terpaksa membantu anda yang sedang dalam kesusahan :)
Ini hanyalah pesanan khidmat masyarakat. Saya tidak mampu menasihatkan anda secara peribadi, tetapi rajin-rajin lah belek blog ini untuk mencari secebis ilmu untuk menguruskan kewangan anda. Perbincangan juga amat digalakkan, sila tinggalkan komen anda, terima kasih :D
Wednesday, December 17, 2008
Kenapa Membazir?
Kadang-kadang, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya duit kita selepas membeli TV LCD 60" yang berharga RM20000.
Kadang-kadang, kita tidak mampu untuk memberikan walaupun RM50 untuk mak ayah di kampung, walaupun kita bergaji RM5000 sebulan.
Membazir
Saya mentakrifkan membazir apabila memenuhi salah satu kriteria di bawah (pendapat peribadi):
a. Kerap.
b. Berlebihan.
c. Sesuatu yang tidak diperlukan.
d. Melebihi bajet.
e. Melebihi kemampuan.
f. Untuk menunjuk-nunjuk.
Bukan membazir
Saya mentakrifkan kriteria-kriteria di bawah sebagai bukan membazir (pendapat peribadi):
a. Terkawal.
b. Berhemah.
c. Keperluan.
d. Tidak melebihi bajet.
e. Berkemampuan.
f. Sedekah/menderma/zakat.
g. Memberi wang bulanan kepada ibu bapa atau adik-beradik yang sedang belajar.
Perkara-Perkara Berkaitan
Semua aktiviti di dalam kehidupan seharian kita boleh bertukar menjadi membazir atau sebaliknya apabila memenuhi mana-mana kriteria di atas, sama ada untuk tujuan hiburan, ilmu, makanan, tempat tingal atau perlindungan. Anda sendiri yang menentukan hala tuju perbelanjaan anda; ke arah pembaziran atau tidak.
Tujuan Membazir
Saya tidak nampak sebarang faedah membazir. Setiap sen yang dibazirkan itu boleh disalurkan ke saluran yang lebih bagus seperti bersedekah atau menderma kepada yang memerlukan atau pun disimpan sebagai simpanan kecemasan. Terdapat 1001 faedah apabila kita dapat mengelakkan pembaziran. Jadi, kenapa membazir?
Friday, November 14, 2008
Pengurusan Kewangan
Di atara perkara penting yang perlu saya lakukan ntuk mencapai kebebasan kewangan termasuklah pengurusan kewangan. Jika saya gagal mengurus kewangan saya dengan baik, maka saya telah berada di landasan yang betul untuk gagal. Sebaliknya, jika saya berjaya mengurus kewangan saya dengan baik, insyaAllah saya akan berada di landasan yang betul untuk mencapai kebebasan kewangan.
Pengurusan Kewangan Peribadi
Saya masih lagi belajar cara-cara menguruskan kewangan sendiri (dan keluarga). Sambil belajar, saya mempraktikkan mana-mana cara yang sesuai dan (mudah) untuk saya. Setakat ini, saya mempunyai pelan matlamat kewangan untuk merancang, dan bajet peribadi harian untuk memantau perbelanjaan saya, di samping mempunyai pelaburan di dalam ASB (salah satu cara untuk menjana pendapatan), dan mengamalkan konsep beringat sebelum habis (bahasa mudahnya berjimat cermat).
Pelan Matlamat Kewangan
Saya menggunakan pelan ini untuk merancang, menjangka dan juga sebagai peringatan kepada saya tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan pada masa hadapan dan melibatkan perbelanjaan yang besar. Saya menggunakan perisian Microsoft© Excel untuk pelan saya ini kerana ia memudahkan dan menjimatkan kertas (Sumber rujukan : Website Pelabur Malaysia). Pelan saya ini terbahagi kepada 4 iaitu:-
a) matlamat jangka pendek (untuk tempoh 1 tahun)
b) matlamat jangka sederhana (untuk tempoh 1-3 tahun)
c) matlamat jangka panjang (untuk tempoh 3-5 tahun)
d) matlamat jangka lama (untuk tempoh melebihi 5 tahun).
Di dalam pelan ini, saya memasukkan matlamat kewangan saya, tarikh sasaran, anggaran kos, jumlah (wang yang telah) disimpan dan punca pendapatan (untuk membiayai matlamat kewangan). Apa-apa matlamat yang ingin dicapai, saya akan masukkannya bersama-sama butir-butiran secara kasar (sebelum berbincang dengan isteri saya) :)
Berikut ialah gambaran pelan matlamat kewangan yang saya gunakan,
Nota kaki: Oleh kerana pelan ini adalah pelan untuk merancang, saya mempunyai kelonggaran untuk menjadikannya fleksibel, terutamanya berkaitan dengan tarikh sasaran dan anggaran kos.
Bajet Peribadi Harian
Untuk memantau perbelanjaan, saya menggunakan perisian bajet peribadi harian (Microsoft© Excel) yang saya olah sendiri (untuk disesuaikan dengan keperluan sendiri) dan juga buku 555 (untuk membantu mencatat perbelanjaan saya sebelum dimasukkan ke perisian bajet peribadi harian). Saya akan mengenal pasti jenis perbelanjaan yang diperlukan pada setiap bulan menjelang tarikh gaji sebelum menetapkan nilai maksimum untuk setiap keperluan. Ini perlu dilakukan untuk menetapkan had perbelanjaan dan memanfaatkan sebaik mungkin konsep berjimat cermat. Fleksibel masih lagi kata kunci yang saya gunakan untuk memastikan saya boleh bertindak balas dengan keadaan semasa bila diperlukan.
Buat masa ini, saya masih dalam proses mendapatkan gambaran yang jelas tentang pola perbelanjaan saya dan keluarga. Untuk setiap sen yang saya keluarkan, saya akan mencatatkannya dengan tepat di dalam buku 555 sebelum saya pindahkan ke dalam perisian bajet peribadi. Ini untuk mengelakkan masalah terlupa dan juga mengurangkan beban otak untuk mengingat setiap maklumat, sekaligus mengurangkan tekanan yang tidak diperlukan.
Berikut ialah gambaran bajet peribadi harian saya,
Saya dapat melihat dengan jelas pola perbelanjaan saya berpandukan angka-angka dan carta yang dihasilkan oleh perisian Microsoft© Excel. Berdasarkan pola perbelanjaan saya, saya dapat memantau dan mengawal perbelanjaan saya supaya menepati bajet yang telah dirancang, seterusnya merancang tindakan berkaitan yang seterusnya.
Amal Konsep Jimat Cermat Dan Sedekah/Zakat
Selain dari mempunyai perancangan dan membuat pemantauan, sikap berjimat cermat perlu dikombinasikan semasa mengatur kewangan harian untuk mendapatkan keputusan optimum. Kebaikan konsep berjimat cermat terlalu banyak dan boleh dikatakan antara pengetahuan umum yang paling diketahui umum. Untuk mendapatkan tips cara-cara berjimat, sila ke pautan ini.
Selain dari saranan dan tuntutan Islam, sedekah dan zakat dapat membersihkan hati kita dan menjadikan kita mempunyai sikap bertolak ansur terhadap orang lain. Sedangkan orang yang bukan Islam seperti Bill Gates (mempunyai badan dan dana khas) pun menderma, inikan pula kita sebagai Muslim yang dijanjikan ganjaran dunia dan akhirat apabila bersedekah. InsyaAllah bersama-samalah kita menyahut tuntutan Islam yang mulia ini.
Kesimpulan
Pengurusan kewangan meliputi pelbagai aspek. Dari merancang, memantau, mengambil tindakan, membuat keputusan, menganalisa hasil tindakan, hinggalah kepada memperbaikinya. Sekiranya gagal dalam menguruskan kewangan dengan baik, sesungguhnya seseorang itu telah berada di landasan yang betul untuk gagal. Sebaliknya, apabila seseorang itu berjaya mengurus kewangannya dengan baik, insyaAllah dia akan berada di landasan yang betul untuk mencapai kebebasan kewangan.
Selain dari perancangan, sikap juga akan mempengaruhi hasil tindakan kita. Tanpa sikap berjimat cermmat adalah agak sukar untuk membantu mencapai kebebasan kewangan walaupun mempunyai pendapatan yang sangat besar. Mengamalkan bersedekah dan berzakat juga mempunyai kesan yang baik terhadap cara kita mengingati kesusahan dan penderitaan orang lain yang sedang diuji dengan kesusahan hidup di dunia yang fana ini.
(Nota tuntutan: Saya tidak mengilhamkan atau memulakan mana-mana idea di atas. saya cuma menyesuaikan maklumat-maklumat yang saya perolehi dari pelbagai sumber dan menterjemahkan sebahagiannya ke dalam perisian Microsoft© Excel dan sebahagian lagi sebagai aplikasi harian.)
Saturday, November 8, 2008
PROFIL PELABUR
Contoh Mudah
Kita ambil satu contoh yang mudah, iaitu profil seorang pemain bola. Setiap pemain bola mempunyai profil yang berkaitan dengan mutu permainannya. Contohnya, kelajuan berlari, kekuatan, stamina, tendangan, tandukan, bentesan, dan sebagainya. Dari profil tersebut kita dapat mengagak kemampuan seorang pemain.
Contoh Kompleks
Sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana majikan untuk membuatkan penilaian ke atas mana-mana calon sebelum ditemuduga berdasarkan resume (atau "curricular vitae") yang dihantar. Resume tersebut mempunyai profil seseorang calon dan kebiasaannya, majikan berpengalaman dapat membuat penilaian kasar seseorang calon berdasarkan resume tersebut. Kebiasaannya, resume akan mengandungi profil seperti maklumat untuk dihubungi, latar belakang pendidikan, pencapaian, keahlian dalam mana-mana badan, latihan-latihan yang pernah diikuti, dan sebagainya.
Profil Pelabur
Begitu juga halnya dengan seorang pelabur. Seorang pelabur juga mempunyai profil. Profil seorang pelabur ialah batasan risiko yang sanggup diambil dalam membuat sebarang pelaburan.
Ujian Mudah
Ujian mudah untuk menentukan batasan risiko ini ialah "Ujian Tidur Malam". Cuba bayangkan adakah anda mampu untuk tidur malam dengan mudah apabila membuat sesuatu pelaburan. Tapi ketepatan ujian ini adalah sangat relatif bagi orang baru kerana agak sukar untuk menghayati sepenuhnya ujian ini tanpa sebarang pengalaman sebenar. *nota kaki: ujian ini bukan ilham saya. saya pun cuma menggunakan semula apa yang saya pernah baca. maaf sekiranya saya telah menukar nama ujian ini kerana saya malas nak mencari semula artikel tersebut :)
Kesimpulan
Selepas mempunyai wang melebihi simpanan minimum (juga bergantung kepada profil, di antara 3-12 bulan) dan mempunyai ilmu asas berkenaan pelaburan yang ingin diceburi (contohnya saham, saham amanah, hartanah, pertanian, dll), silalah menilai semula profil anda sebagai seorang pelabur supaya anda tidak tertekan dan dapat menikmati hidup di samping mencari bekalan untuk akhirat kelak.
LIFE IS SHORT :)
Pada masa artikel ini ditulis, profil penulis adalah KONSERVATIF (atau dalam bahasa mudahnya akan mengalami sakit kepala sekiranya kehilangan walau sedikit modal pelaburan). Untuk menyesuaikan dengan profil ini, penulis hanya mempunyai ASB sebagai tempat untuk menyimpan duit dan memberanakkan duit. Pelan-pelan jangka masa pendek penulis ialah memohon Overdraft yang bersandarkan ASB (untuk meningkatkan liquidity modal) dan mendapatkan perlindungan takaful yang relevan.
Monday, August 25, 2008
5 Cara Berkesan Untuk Berjimat
Pertama sekali, saya ingin berkongsi e-books berkaitan penjimatan yang saya perolehi dari internet. Sila tinggalkan alamat e-mail anda di ruangan komen untuk mendapatkan e-books tersebut SECARA PERCUMA. Untuk bacaan lanjut, sila baca artikel ini sehingga habis, terima kasih :)
Kembali ke topik asal, selain dari cara-cara di dalam e-book tersebut(yang boleh dibaca kemudian), saya ingin menambahkan 5 cara berkesan untuk berjimat.
1. Penjimatan harian 1
Setiap hari, kita akan berbelanja. Kita berbelanja untuk barang-barang keperluan dapur, mengisi minyak, membeli buku, membeli suratkhabar, dan sebagainya. Tahukah anda, anda boleh mendapatkan penjimatan dengan membandingkan harga bagi sesuatu barang di antara beberapa buah kedai dan juga laman web jualan internet sebelum membuat keputusan pembelian sesuatu barang untuk mendapatkan nilai terendah? Pastikan anda melakukan perbandingan harga ini kerana anda yang untung. Setiap sen penjimatan ini bolehlah anda masukkan ke tabung anda. Walaupun kedengaran seperti tiada apa-apa, tetapi nilai penjimatan sebenar adalah tinggi. Bayangkan 40% penjimatan dari RM100. Fuh, RM40 tu.
2. Penjimatan Harian 2
Menebus mata ganjaran juga mampu menjimatkan anda. Selain BonusLink atau RealRewards, kad kredit juga mempunyai sistem mata ganjaran. Mungkin anda boleh menebus barang-barang keperluan anda dari mata ganjaran ini untuk lebih penjimatan.
3. Penjimatan Harian 3
Selain membeli barang pada harga terendah, penjimatan juga boleh dilakukan dengan menghasilkan sendiri barang-barang keperluan harian. Paling mudah adalah bercucuk tanam.
Siapa kata tinggal di apartment atau rumah flat tidak boleh bercucuk tanam? Gunakan beg plastik beras 10kg anda. Bagaimana? Tebuk lubang-lubang kecil untuk pengudaraan dan aliran air keluar pada beg plastik tersebut. Kemudian isi tanah campuran tanah laterit dan tanah bakar di beg plastik tersebut (sila dapatkan nasihat pakar bagi nisbah tanah bagi keputusan terbaik). Tanamlah sayur-sayuran anda dan jagalah kadar siraman dan pembajaan (baja organik seperti baja tahi ayam atau baja tahi kambing boleh digunakan dan mudah didapati di “nursery” pokok hiasan dengan mudah) kerana tanah ini berbeza dari tanah di bumi. Setiap hasil tanaman anda boleh dimakan dan anda boleh memastikan penghasilannya tidak menggunakan bahan bukan organik.
Sekiranya rajin, anda mungkin boleh membela ikan keli di dalam akuarium sebagai tambahan sumber. Apabila anda mempunyai lebihan hasilan produk sara diri ini, jangan gusar untuk menjualnya ke mana-mana kedai yang mahu membelinya.
4. Penjimatan Harian 4
DIY atau “Do It Yourself” merupakan satu cara untuk berjimat. Anda boleh mencuci kereta sendiri, membetulkan paip di sinki dapur sendiri atau menjahit pakaian raya sendiri. Anda pasti akan berpuas hati dengan nilai yang anda mampu jimatkan dengan melakukan sendiri kerja-kerja yang ringkas. Tetapi awas, jangan jadi “seperti tikus membaiki labu”. Anda harus akui batas-batas pengetahuan dan keupayaan anda. Terima kasih kerana tidak membaiki apa-apa yang diluar pengetahuan dan keupayaan anda kerana sekiranya anda mungkin meningkatkan kadar kerosakan barang tersebut.
5. Penjimatan Harian 5
Ini adalah cara yang paling ekstrim. Tetapi bagi kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, Britain, dan sebagainya, cara ini semakin diterima pakai terutamanya bagi pencinta alam. Menghasilkan elektrik sendiri dan mewujudkan keperluan air sendiri. Penghasilan elektrik yang semakin popular termasuklah penggunan panel solar, kincir angin individu dan sistem hidro mini. Bagi keperluan air sendiri pula, sistem empangan mini atau sistem tadahan air hujan (lengkap dengan sistem rawatan air) semakin diterima. Setiap sistem ini memerlukan modal permulaan yang tinggi, tetapi berpotensi untuk menjana pendapatan sekiranya mampu menjual bekalan elektrik atau air bersih lebihan kepada jiran-jiran. Ekstrim bukan, kerana jangan berangan-angan memilih cara ini sekiranya ilmu tidak mencukupi.
Penutup
Akhir kata, perlu diingat senarai ini dan e-book yang saya kirinkan bukanlah senarai mutakhir cara berjimat. Ini hanyalah SEBAHAGIAN sahaja dari cara-cara menyimpan duit. Anda perlu menggunakan kreativiti sendiri dan sesuaikan dengan keperluan anda.
UPDATE
UPDATE ON 12 MAY 2009! Lagi 5 tips tambahan cara-cara berjimat, sila klik sini
-----------------------------------------------------------------------------------------------
E-BOOK
Berikut ialah 3 buah e-books yang saya ingin kongsikan bersama:
1. 20 Cara Jimat Duit, karya Team RahsiaEBiz.com
2. Penjimatan Pemakanan Seharian, (tiada nama penulis di sini, tetapi bukan hasil kerja saya).
3. Jimatkan Perbelanjaan Kenderaan Seharian, (tiada nama penulis di sini, tetapi bukan hasil kerja saya).
Sekali lagi, sila tinggalkan alamat e-mail anda di ruangan komen untuk mendapatkan e-books tersebut SECARA PERCUMA
Thursday, July 31, 2008
Didikan Awal
Majoriti masyarakat hari ini bersetuju bahawa dengan memberi sejumlah wang yang besar (angpau, duit raya atau wang saku) kepada anak-anak merupakan tindakan yang kurang bijak. Anak-anak perlu dididik untuk menghargai kesusahan mencari wang. Tindakan ini secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan kanak-kanak mengeluarkan wang untuk dibazirkan, contohnya wang dihabiskan untuk permainan video.
Ikuti kisah Puan A vs Puan X. Sila baca link ini sebelum anda teruskan pembacaan. Selamat Membaca cerita :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lebih Bijak
Adalah lebih bijak untuk memberikan wang kepada anak-anak dalam kuantiti yang sederhana dan kemudian anak-anak ini diajar untuk menabung bagi tujuan mendapatkan sesuatu barang; daripada diberi terus sejumlah wang untuk digunakan bagi tujuan yang sama. Selain dari mendalami konsep menabung, konsep wasatiah dan pelaburan dapat diterapkan.
wah, bukankan ini sudah bagus? Seperti "3-in-1". Tetapi, AWAS. Pastikan anda menerangkan setiap teori di sebalik menabung, pelaburan dan konsep wasatiah dan sentiasa memantau bajet anak-anak anda supaya mereka tidak tersasar dari tujuan sebenar ketiga-tiga perkara tersebut.
Moral Cerita
Anak-anak anda perlu belajar sebelum mengetahui atau menguasai sesuatu perkara. Seperti juga orang dewasa, anak-anak dapat belajar dengan baik dan pantas melalui pengalaman sendiri dan pada waktu yang sama dibawah tunjuk ajar orang yang lebih dewasa.
Setuju atau tidak, inilah hakikat dunia. Bersama-samalah kita menuju ke hadapan bersama keluarga tercinta.