Advert Board

Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts

Friday, June 10, 2011

RPGT untuk 2010 sampai 2011

Pada 2010, saya ada menimbulkan kekeliruan mengenai RPGT.

Baru-baru ini, saya ada bertanyakan tentang hal ini kepada seorang peguam.

Jawapan yang saya terima adalah melegakan.

1. RPGT untuk 5 tahun pertama adalah 5%, dan tahun berikutnya adalah 0%.
2. Hak milik adalah dikira dari tempoh SNP.

Info ini adalah betul pada masa topik ini dipaparkan.

Sekiranya telah berubah, saya tidak memegang sebarang tanggungjawab.

Sila pastikan dengan peguam yang anda lantik terlebih dahulu.

Sekian.

Sunday, June 5, 2011

Berkorban

Ali dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Ibu bapa Ali adalah pasangan cikgu sebuah sekolah rendah di sebuah pekan kecil di negeri selatan Malaysia. Seperti keluarga-keluarga yang lain, sejak kecil lagi Ali sudah diterapkan dengan didikan bahawa, untuk berjaya, Ali perlu lulus dengan cemerlang di dalam akademik.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Ali berjaya mengharungi cabaran-cabaran di sekolah rendah, kemudian sekolah menengah dan kemudian IPTA dengan jayanya, Alhamdulillah.

Kini, dengan rendah diri, Ali sudah berjaya memenuhi impian kedua ibu bapanya untuk menjadi seorang professional di dalam bidang akaun, sudah tentulah akauntan.

Hasil dari pendedahan di dalam kerjayanya dan juga ilmu-ilmu yang diperolehi dari internet, Ali tahu, untuk lebih berjaya, dia perlu melakukan beberapa perkara.

Langkah Pertama dan Kedua

Sekarang, Ali sudah mempunyai ilmu mengenai pelaburan. Simpanan sebanyak RM25,000pon dah ade.

Langkah Ketiga

Seterusnya, Overdraft untuk wang RM25,000 pon Ali dah buat (mungkin bukan OD/ASB, memandangkan sekarang dah susah nak buat). Ali sudah bersiap-siap untuk melabur.

Sikap yang Betul

Berkat dari sikap menabungnya, Ali juga telah melatih sikap bersabar. Di dalam usia mudanya, Ali memperlihatkan kematangannya bereaksi dengan tenang apabila berhadapan dengan masalah.

Berkorban

Ali juga sanggup berkorban untuk mencapai impiannya. Berkorban di dalam erti kata sanggup menahan nafsu untuk menjalani kehidupan di bawah kemampuan.

Walaupun dengan gaji yang membolehkannya membeli sebuah kereta Honda City, Ali sanggup menahan nafsunya dan berpuas hati dengan hanya memandu sebuah kancil terpakai.

Ali juga sanggup berpuas hati untuk sekadar memakai pakaian yang tidak berjenama, dan juga hanya dibeli apabila berlangsungnya jualan murah.

Memandangkan Ali masih bujang, dia mendapati makan di gerai adalah lebih murah berbanding memasak. Walau bagaimanapun, dia masih mengawal selera makannya dan menu makanannya agar tidak berlebihan dan masih berkhasiat. Selain membantunya mengawal perbelanjaan, kesihatannya juga dapat dijaga dari segi tidak makan berlebihan.

Kesimpulan

Untuk mengubah hidup menjadi lebih bagus, kita perlu sanggup berkorban. Tanpa sifat ini, adalah agak sukar untuk kita mencapai impian kita untuk mencapai kebebasan kewangan dengan lebih cepat.

Friday, July 30, 2010

[Dr Mahmood] >> [Pakdi] : Hukum Melabur Di ASB

Petikan oleh Pakdi dari sini, Dr Mahmood,

Sila baca dan fikirkan.


----------------------------------------------------------------------------------------------------


Hukum Melabur dalam ASB

Para pembaca blog saya yang setia barangkali sudah mengetahui saya ada mencatat beberapa kali tentang hukum pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Malah, dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang, mukasurat 42-43 saya ada menghuraikan selaku orang awam (yang tidak dilatih dalam disiplin usul fiqh khususnya) apakah sikap yang mesti kalian ambil dalam isu ini.

Hari ini saya terbaca catatan seorang rakan FB mengenai isu ini, lantas membawa saya kepada catatan di website Prof. Dr Mahmood Zuhdi yang merupakan seorang pensyarah di UIAM yang juga terlibat menjadi panel Shariah dan fatwa di beberapa institusi fatwa, instusi kewangan di dalam dan luar negara.

Tulisannya bertajuk Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Saya salin semula tulisan beliau dalam blog ini untuk bacaan kalian. Sekiranya ada permasalahan, komen dan sebagainya saya sarankan agar terus disalurkan kepada beliau sendiri melalui website beliau. Saya tidak menjawab bagi pihak beliau.



Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Pendahuluan:

Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah satu jenis saham amanah yang bertujuan untuk membantu kaum Bumiputra meningkatkan ekuiti mereka dalam kekayaan negara. Caranya ialah dengan mengumpulkan dana dari kaumbumiputra untuk dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan. Malah berbagai inisiatif telah dilakukan bagi menjadikan pelaburan berkenaan sangat menguntungkan, termasuk dengan menggunakan hak istemewa kaum bumiputra sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Sebagaimana maklum, pegangan kaum bumiputra dalam kekayaan negara berada pada paras yang sangat rendah berbanding dengan sesetengah kaum di negara ini. Antara sebabnya ialah kedudukan ekonomi kaum Bumiputra telah diabaikan begitu lama sekali oleh kaum penjajah, sementara beberapa pihak lain mendapat peluang yang jauh lebih baik berasaskan polisi penjajahan yang begitu lama sekali diamalkan dalam Negara ini.


Sehingga hari kemerdekaan,ekuiti kaum Bumiputra dalam kekayaan Negara boleh dikatakan sebagai kosong peratus. Bagi mengatasi keadaan yang sangat tidak adil ini kerajaan telah menetapkan pencapaian 30% bagi kaum bumiputra melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan di Negara ini. Salah satu daripada program yang dilaksanakan bagi memenuhi agenda Dasar Ekonomi Baru berkenaan ialah skim amanah untuk Bumiputra yang dinamakan ASB ini.

Sejak mula ia dilancarkan, skim amanah ini telah memainkan paranan yang berkesan, di samping berbagai skim lain lagi dalam mempertingkatkan pegangan ekuiti kaum Bumiputra di Negara ini. Walaupun matlamat 30% belum dicapai sehingga Daras Ekonomi Baru sudah tamat tempohnya namun kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan sudah mempunyai tapak untuk berpijak dalam ekonomi Negara. Sehingga pada suatu peringkat matlamat itu hampir dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Malangnya kekalutan ekonomi dunia pada akhir tahun sembilan-puluhan telah meninggalkan kesan buruk kepada pegangan ekuiti kaum bumiputra di Negara ini. Malaysia sendiri sebagai sebuah Negara mengalami kesan negatif yang parah daripada kemelut yang datang secara mendadak itu. Namun kesan buruk itu dapat diatasi dengan jayanya. Lain ceritanya tentang kaum Bumiputra. Sudahlah matlamat 30% belum tercapai, apa yang sudah dicapai pun tidak dapat dipertahankan. Sebelum ekonomi dunia merudum kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan telah mencapai lebih 20% dari keseluruhan kekayaan Negara. Malangnya angka tersebut telah menjadi kurang daripada 20% selepas krisis berkenaan. Sampai kehari ini ternampak sukar sekali angka tersebut untuk ditingkatkan. Salah satu daripada sebabnya ialah sikap negatif kaum Bumiputra sendiri dalam hal ekonomi dan kewangan.

Menyedari pentingnya pencapaian matlamat 30% ekuiti Negara oleh kaum Bumiputra ini, bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk kestabilan Negara, kerajaan telah menegaskan semula untuk mencapai angka tersebut melalui berbagai cara dalam tempoh pelaksanaan wawasan 2020. Antara acara tersebut ialah melanjutkan program-program amanah seperti ASB ini.

Permasalahan

Walau bagaimana pun, pelaksanaan skim amanah ASB ini dengan segala cara dan objektif yang ada menghadapi berbagai rintangantermasuk daripada kaum Bumiputra sendiri. Antara rintangan tersebut ialah persoalan tentang hukum menyertainya dalam Islam. Ada terdapat dikalangan umat Islam di Negara ini yang meragui kehalalannya dari segi Syarak memandangkan keterlibatan skim amanah tersebut dengan pelaburan di beberapa kaunter haram, misalnya yang melibatkan penjualan arak, perjudiaan, pengambilan riba dan sebagainya.

Sebagaimana maklum, skim ASB ini terbentuk berasaskan kepada dasar perkongsian keuntungan, iaitu suatu alternatif yangmemberi jaminan halal berbanding kaedah konvensional yang berasaskan kepada peratus tetap keuntungan. Mengikut hukum Syarak, kaedah peratus tetap boleh melibatkan riba yang diharamkan oleh Islam. Sedangkan kaedah perkongsian untung tidak melibatkan hal seperti itu. Oleh yang demikian status halal bagi skim ini, dari perspektif ini tidak berbangkit. Malah inilah kaedah yang sentiasa digunakan oleh skim-skim yang berlabelkan Islam dalam Negara ini, juga di Negara-negara Islam yang lain, seperti perbankan Islam dan sebagai nya.

Apa yang menjadi persoalan, sepertimana yang telah disebut di atas ialah penyertaan ASB dalam pelaburan di beberapa kaunter haram. Mengikut pendapat sesetengah umat Islam di Negara ini penyertaan yang tidak sepatutnya itu telah menjadikan skim yang berasaskan kepada kaedah halal berkenaan menjadi haram.

Antara alasan yang diberikan ialah adanya percampuran antara yang halal dan yang tidakhalal dalam skim itu. Kaedah yang digunakan ialah “ اذا اجتمع بين الحلال والحرام قدّم الحرام “ yang bermaksud “apabila berlaku percampuran antara yang halal dan yang haram maka yang haram akan diutamakan (dalam menentukan hukum). Dengan kata lain, sesuatu yang halal itu akan dengan sendirinya menjadi haram apabila bercampur dengan sesuatu yang haram.

Antara contoh yang diberikan sebagai aplikasi kepada kaedah tersebut ialah apabila sekawah gulai dimasuki oleh sedikit tahi ayam maka gulai yang sekawah itu walaupun banyak akan menjadi najis kerana tahi ayam yang sedikit itu. Bandingannya samalah dengan pelaburan ASB di kaunter-kaunter haram. Walaupun nisbahnya sangat sedikit tetapi ia boleh menjadikan nisbah pelaburan di kaunter halal yang merupakan majoriti besar dalam skim berkenaan menjadi haram.

Kekeliruan

Walau bagaimana pun pandangan tersebut tidak berasaskan kepada metod penentuan hukum yang sebenar sepertimana yang terdapatdalam pengajian hukum Islam. Ia lebih berasaskan kepada sikap umum Syariat Islam yang sangat tidak suka kepada perkara haram. Sikap umum ini merupakansuatu prinsip yang sangat baik. Kerana ia menggambarkan idealisme Islam itu sendiri yang unggul. Bagaimanapun dalam merialisasikan idealisme ini dalam kehidupan sebenar, dalam Islam sendiri terdapat berbagai kaedah dan cara untuk menjadikan aplikasi tersebut benar-benar rasional dan praktikal. Dengan kata lain, pandangan di atas adalah benar sebagai suatu idealisme yang tinggi tetapi sebaliknya bila dilihat dari sudut praktikal yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Secara ringkasnya, hubungan anatara ASB sebagai satu skim amanah pelaburan dan para pelabur sebagai peserta dalam skim tersebut adalah bersifat hubungan antara dua pihak yang bermuamalah dalam suatu kontrak yang halal, iaitu pelaburan berasaskan perkongsian untung. Dalam hubungan ini ASB adalah satu badan halal yang berniaga berasaskan kaedah yang halal. Iabukan suatu badan tidak halal, seperti kilang arak atau kedai judi yang tabiat kerjanya sendiri haram.

Bandingannya samalah dengan penyertaan seseorang dalam skim perkhidmatan awam di Negara ini. Asasnya ialah memberi khidmat berasaskan upah, iaitu satu kontrak yang jelas halal. Dalam hubungan ini, kerajaan sebagai majikan merupakan badan halal. Kerana ia menawarkan khidmat kepadamasyarakat secara halal. Ia bukan badan tidak halal seperti gerakan bawah tanah yang menjalankan kerja-kerja yang haram.

Apabila ASB melabur dalam beberapa kaunter haram sifatnya sebagai badan halal tidak boleh bertukar dengan begitu sahaja. Seorang muslim yang menerima akidah dan kehidupan Islam secara umum tidak akan bertukarmenjadi kafir apabila melakukan sedikit sebanyak maksiat yang tidak menukarkan identitinya daripada seorang muslim kepada bukan muslim. Cuma orang itu berdosa dan perlu bartaubat. Urusan muslim lain dengannya tetap sah di sisi Syarak. Isteri atau suaminya tidak tertalak dengan kerana itu. Kalau bapanya mati dia masih tetap boleh menerima pusaka dan banyak lagi contoh yang boleh difahami secara mudah.

Samalah juga denga kerajaan yang mengambil cukai arak, cukai pelacuran dan sebagainya. Ia tetap kerajaan yang sah dan halal di sisi Islam. Perbuatannya itu adalah dosa untuknya sahaja dan tidak menjadikan kerajaan berkenaan sebagai badan tidak halal dari segi Syarak. Semua pegawai kerajaan tidak boleh bertukar menjadi orang yang makan harta haram kerana perbuatan kerajaan seperti itu, apalagi perlu meletakkan jawatan masing-masing.

Satu aplikasi mudah bagi prinsip percampuran antara yang halal dengan yang haram ini boleh dilihat kepada banyak contoh prinsip Istihalah dalam hukum Islam. Antaranya ialah air musta’mal menjadi mutlaq apabila bercampur dengan air mutlaq yang lebih dua Qullah. Ucap Salam assalamu alaikum kepada khalayak yang bercampur antara orang Islam dan bukan Islam dibolehkan, bangkai dalam air mutlaq yang banyak tidak boleh menjadikan air itu najis selagi ia tidak mengubah warna, rasa atau baunya, lalat mati dalam secawan teh tidak boleh menjadikan teh itu najis dan banyak lagi contoh- contoh yang sangat mudah difahami.

Malah kalau kita bijak menganalisis Maqasid al-Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB sebagai salah satu cara untuk menjamin survival umat Islam di Negara ini tentu sekali kita merasa tidak bijak untuk mengatakan ASB itu haram. Cuma ulasannya sangat panjang dan perlukan kepada kefahaman asas dalam teori hukum Islam untuk memahaminya.

Monday, June 14, 2010

[Persoalan] Untuk 2010, RPGT, Ade Ke Takde?

Untuk tahun 2010 ni, RPGT, atau nama penuhnya Real Property Gain Tax atau Cukai Keuntungan Harta Tanah, sebenarnye ade dikenekan atau tidak?

Aku pun musykil sebenarnye.

Dari Website LHDN

Kalau dari website LHDN, RPGT memang dikenekan seperti berikut (aku ambik kire kes individu warganegara Malaysia sahaja. lain-lain boleh rujuk kat link LHDN ni),

a) Untuk 2 tahun pertama, kene 30% dari keuntungan.

b) Untuk tahun ke-3, kene 20% dari keuntungan.

c) Untuk tahun ke-4, kene 15% dari keuntungan.

d) Untuk tahun ke-6 dan seterusnya, kene 5% dari keuntungan.

Tapi memang ade pelepasan untuk kali pertama dan pindah milik di kalangan ahli keluarga (sila buat kajian lebih mendalam tentang takrifan ahli keluarga yang terpakai untuk pelepasan ini).

Kalau betol memang ade, kenape takde pengumuman secara rasmi? Aku tahu pon dari majalah iproperty, dan lepas tu bile cek kat website LHDN, pon tulis bende yang same seperti yang aku tulis kat atas.

Mungkin sape-sape yang tahu, boleh confirmkan.

Terima kasih saye ucapkan :)

Tuesday, June 8, 2010

[Panduan] Bayaran Yang Perlu Diambil Kira Untuk Membeli Rumah

Membeli rumah memang best, tambah2 rumah idaman :D

Tapi, jgn silap langkah. Bukan pinjaman je yang perlu diambil kire.

Kat sini saye nak share info bayaran-bayaran yang perlu diambil kire untuk membeli rumah, tak kirelah rumah baru atau sub-sale (bahase mudah pahamnye second-hand) atau lelong.

Ini adalah perkongsian ye, bukan pengajaran atau apa-apa yang lain. Terima kasih kerana membetolkan mane-mane yang salah. Dan perkongsian di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan perkongsian oleh otai-otai hartanah yang lain :D

Ingin saye tekankan dahulu, ini bukan langkah-langkah membeli rumah ye :) Jadi, saye tak sentuh pasal resit, bukti pembayaran, langkah-langkah atau ape-ape yang lain, selain dari bayaran.

Di sini, saye maksudkan Penjual sebagai pemilik rumah atau ejen berdaftar. Yang tak berdaftar, saye tak nak komen ape-ape :)

Bayaran Apa Yang Perlu Diambil Kira?


a) Booking Fee
Bile dah berkenan dan yakin nak beli sesuatu rumah tersebut, dan penjual pon memang nak jual rumah tersebut(dan semestinyua bukan nak menipu), kenelah bayar booking fee, di antara 2% hingga 3%. Tapi booking fee ni akan dikire sekali sebagai deposit.

Pengecualian untuk kes rumah lelong, sebab kene bayar deposit je.

Contoh mudah, katakan harga jual yang dipersetujui ialah RM100,000 dan booking fee yang diperlukan ialah 3%. Jadi, booking fee yang perlu dibayar ialah sebanyak RM3,000.

Bayaran dibuat sebagai tanda bersungguh-sungguh untuk membuat pembelian, dan penjual akan memberikan dokumen-dokumen yang berkenaan untuk langkah-langkah yang seterusnya.

b) Deposit
Biasanya, minimum deposit yang perlu dibayar adalah 10%. Lagi tinggi lagi penjual suke, tapi, untuk sebab-sebab untuk mengurangkan risiko dan mengurangkan bayaran tunai, bayarlah 10% je. Tapi jangan lupe ambik kire booking fee.

Maknanya, kalau dah bayar booking fee sebanyak 3%, kene tambah 7% jelah lagi.

Contoh mudah, katakan harga jual yang dipersetujui ialah RM100,000 dan booking fee yang sudah dibayar ialah 3%. Maka jumlah deposit ialah 10% atau RM10,000. Tapi, sebab dah bayar booking fee 3% (atau RM3,000), maka baki deposit yang perlu dibayar ialah 7% atau RM7,000 sahaja.

Bayaran dibuat semasa tandatangan PERJANJIAN JUAL BELI (atau Sale & Purchase Agreement atau SPA atau S&P, selepas ni saye akan tulis sebagai SPA), melalui peguam yang dilantik, bukan secara terus kepada pemilik.


c) Bayaran Peguam
Juga dipanggil sebagai Legal Fee, sebab peguam akan/dah buat keje, jadi kene bayar upah lah. Ada 2 bayaran.

Yang pertama ialah bayaran untuk SPA. Bayaran peguam bergantung kepada Nilai Jualan Rumah (dalam RM).

Yang kedua ialah bayaran untuk Perjanjian Pinjaman/Pembiayaan. Bayaran peguam bergantung kepada Nilai Pinjaman (dalam RM).

Saya tak kan perincikan sangat bahagian ni, sebab saye bukan peguam.

Jumlah Bayaran Peguam boleh DIANGGARKAN (mungkin lebih atau kurang atau sama) sebanyak 6% dari Nilai Jualan Rumah.

Untuk nilai sebenar, sila dapatkan Sebutharga terlebih dahulu dari peguam yang ingin dilantik.

Contoh mudah, katakan harga jual yang dipersetujui ialah RM100,000, maka Bayaran Peguam dianggarkan sebanyak 6% atau RM6,000. Biar kite bajet lebih, jangan kurang :D

Bayaran dibuat ikut persetujuan peguam, tapi kene bayar deposit untuk bukak fail dalam RM500. Bayaran SPA pula kene buat masa tandatangan SPA. Bayaran untuk Perjanjian Pinjaman/Pembiayaan adalah mengikut budi bicara peguam.


d) Pinjaman/Pembiayaan
Sebab pembelian rumah melibatkan jumlah wang yang besar, biasanye memang memerlukan pinjaman/pembiayaan. Kebiasaannya, ramai yang suka untuk memohon pinjaman sebanyak 90% dari nilai pinjaman.

Jadi, kene ambil kira bayaran bulanan dan berapa tahap kelayakan untuk membuat pinjaman.

Bab ni tersangat luas dan banyak trick yang penting, dan sebab aku cume sentuh bab bayaran, aku pon tak dapat nak kongsi tricks tu kat sini :)

Cara termudah ialah pegi masok mane-mane bank, dan jumpe loan officer.

Mintak info dari diorang tentang:
* bayaran bulanan
* tahap kelayakan membuat pinjaman
* bayaran-bayaran lain yang boleh dimasukkan dalam pinjaman.
* kadar faedah (atau keuntungan untuk pembiayaan secara Islam).


e) MRTA/MLTA/Takaful untuk perlindungan.
Ok, bab ni pon meluas, dan melibatkan banyak perkara untuk diambil kire. Boleh melibatkan ejen takaful/insurans, dan boleh mempengaruhi bayaran bulanan pinjaman/pembiayaan.

Paling mudah, ambik MRTA untuk 100% pinjaman, untuk tempoh yang same dengan tempoh pinjaman, dan mintak dimasukkan bayarannya dalam pinjaman/pembiayaan.

Kurang satu masalah, tapi pinjaman jadi lebih tinggi lah sikit. Tak banyak, tambah dalam RM20 hingga RM100++, bergantung kepada nilai perlindungan dan risiko perlindungan.

Tak nak ambik? Pon boleh, tapi risiko tanggung sendiri. Kesian kat orang yang ditinggalkan bile peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal untuk bekerjalah, sebab diorang kene sambung bayar. Kalau diorang tak mampu bayar, rumah pon tergadailah :( Na'uzubillah.

Pilihan lain? Ada, tapi baik ambik yang asas ni dulu. Dah ade pengalaman dan tahu selok-belok, baru cari pilihan lain tersebut :D


f) Bayaran Penilai
Nilai pinjaman yang bank akan luluskan akan BERGANTUNG SEPENUHNYA kepada laporan penilai (atau Valuer). Tak kirelah harge jualan penjual berape, bank akan bergantung kepada laporan penilai ini.

Dan tentulah kene bayar khidmat Penilai ini.

Bayaran Penilai adalah mengikut Market Value rumah tersebut.

Sebagai panduan, untuk rumah berharga kurang RM100,000, kene bayar dalam RM550.

Untuk rumah berharga kurang RM200,000, kene bayar dalam RM700.

Bayaran dibuat terus kepada penilai selepas laporan bertulis dikeluarkan oleh penilai. Tapi, boleh gak mintak masokkan dalam pinjaman untuk pinjaman RM100,000 ke atas.


g) Maintenance Fee
Ini adalah bayaran bulanan untuk upah maintenance. Biasenye yang kene caj adalah untuk rumah bertanah yang ade Guard atau rumah-rumah tak bertanah (kondo, apartment, flat, dll) yang memang ade orang yang buat maintain.

Selain dari tu, takde caj.

Ada yang semurah RM20 (flat), ade gak yang sampai RM400 hingga RM500 (rumah yang mahal, yang berharga dekat-dekat setengah juta RM).


h) Lain-Lain
Kos lain-lain untuk renovate, pasang kabinet dapur, pasang pagar otomatik, cat baru, dan sebagainya. Kosnye pelbagai, bergantung kepada nafsu pembeli :)

Monday, May 10, 2010

Ilmu Dah Ada, Modal Pon Dah Ada, Lepas tu? Melabur Ke?

Ni adalah lanjutan dari entri ni,


dengan anggapan korang dah bersabar untuk mencari ilmu dan juga menabung, korang dah ada seperti yang berikut:

a) modal sebanyak RM25,000.
b) ilmu untuk melabur dalam ekuiti dan hartanah.

Seterusnya?

Ini pandangan peribadi je; takde betol atau salah; yang ade hanye sesuai atau tak sesuai :)

OK, begini maksud aku.

Dengan RM25,000 tu, sebelum bermula untuk berbuat apa-apa, aku cadangkan dapatkan fasiliti Overdraft bercagarkan sijil ASB (lepas ni aku tulis sebagai OD/ASB) yang bernilai RM25,000 tu dulu.

Boleh pilih 3 bank, sama ada Maybank, RHB atau CIMB.

Untuk maklumat lanjut tentang cara-cara memohon OD/ASB, sila godek-godek blog Matjoe, MET, Wida atau PIE. Sila skroll ke untuk ke blog diorang :)

Itu Je?

Belom lagi. Itu baru langkah ke-3, iaitu mendapatkan OD/ASB.

Lepas dah dapat duit dari OD/ASB tu, baru mulekan langkah ke-4, iaitu melabur dalam ekuiti atau hartanah :)

Kenapa Kene Buat OD/ASB Dulu?

Secara ringkas, sebab utama aku cadangkan buat OD/ASB ni ialah sebab DIVIDEN ASB.

Itu je. heheheh.

Lain-lain sebab tak brape kukuh untuk justify kelebihan buat OD/ASB ni :)
tolong jangan samekan fasiliti OD yang bank sediakan untuk orang bisnes dengan OD/ASB ni. Kelas berbeza.

Thursday, April 22, 2010

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Ukur Baju Di Badan Sendiri,

Bukan Ukur Di Badan Orang Lain,

Ataupun Ukur Baju Orang Lain Di Badan Sendiri...



Apo Tu?

Sila ikuti cerita di bawah. Nombor membawa maksud episod cerita :)

1. Tetapkan matlamat kewangan @ hidup anda sendiri.

Encik Matjoe (bukan Matjoe yang ni :p), bercita-cita untuk membeli superbike idaman. Die pon tetapkan matlamat untuk simpan RM50/hari.

lepas 365 hari, Encik Matjoe sepatutnya akan dapat menabung sebanyak,

365 x 50 = RM18,250.

ha, Naza Blade cash dah lepas dah. aku x brape pasti nilai sebenar, heehehe.

2. Menilai semula matlamat pada masa yang ditetapkan.

sambungan cerite tadi, lepas 365 hari, Encik Matjoe telah berjaya mengumpul RM18,250 tersebut tanpa gagal. Ya beda bedu!!

Jadi, matlamat yang ditetapkan oleh Encik Matjoe telah dicapai dengan jayanya, Alhamdulillah :)

Penilaian untuk Encik Matjoe ialah BERJAYA CAPAI MATLAMAT!

3. Tak yah tengok matlamat orang lain. kecuali sebagai pembakar semangat sahaja!!

sambungan cerite tadi, pada masa yang sama, Encik Ali, kawan Encik Matjoe, telah berjaya membeli Honda EX5 Class second-hand.

Encik Matjoe tidak membuat perbandingan dengan Encik Ali, kerana baginya mencapai matlamat diri sendiri adalah yang paling penting, bukan mencapai matlamat orang lain!!

4. Tamat

Itu semua adalah contoh je. Tapi ramai di antara kite membuat perkara yang sebegitu.

Kesannya? DE-MOTIVATED!


Kesimpulan

Jadi, mulai saat ini, tetapkan matlamat anda sendiri, dan cuba capai matlamat tersebut.

Sebagai panduan, bahagikan matlamat kepada 4 :

a) matlamat jangka pendek (perlu dicapai dalam masa 1 tahun)
contohnya, dalam mase 9 bulan, nak ade Rm900 dalam ASB. carenye, simpan RM100/bulan.

b) matlamat jangka sederhana (perlu dicapai dalam masa 2 tahun hingga 3 tahun).
contohnya, dalam mase 3 tahun, nak beli tilam king-koil beserta backframenye sekali, yang berharge RM5,000. carenye, simpan RM140/bulan.

c) matlamat jangka panjang (perlu dicapai dalam masa 4 tahun hingga 5 tahun).
contohnya, dalam masa 5 tahun, nak beli kete dan letak deposit RM20,000. carenye, simpan RM334/bulan.

d) matlamat jangka sangat panjang (perlu dicapai dalam masa melebihi 5 tahun).
contohnya, dalam masa 10 tahun, nak beli tanah dan letak deposit RM50,000. carenye, simpan RM417/bulan.

Mengelirukan ke? hehehe.

Wednesday, April 21, 2010

Sifat Paling Penting Untuk Menjadi Pelabur Berjaya

Sifat yang paling penting untuk setiap pelabur dan mesti ada pada setiap pelabur yang berjaya ialah SIFAT SABAR.

  • Sabar ketika belajar tentang pelaburan dan mengumpul modal.
  • Sabar menunggu peluang masuk melabur (enter strategy) dan menunggu peluang untuk membuat untung (exit strategy).
  • Sabar apabila untung dan apabila rugi.
  • Sabar ketika market tak seperti yang diharapkan.
  • Pendek kata, SABAR SETIAP MASA.

Sifat sabar bukan penting untuk pelabur je.

Orang makan gaji pon kene sabar. Sabar tunggu naik gaji, sabar tunggu bonus, sabar tunggu gaji masok, hehe.

Orang yang jadi petani (skala besar) pon perlukan sifat sabar. Sabar untuk siapkan batas, sabar menunggu anak benih berputik, sabar menunggu pokok membesar, sabar menunggu nak menuai, sabar menunggu mase menjual, dan sebagainya.

Pemandu pon kene bersabar, kalau tak, memang banyaklah accident kat jalan raye tu :)


Jadi, adakah Sabar boleh dilatih atau sifat semulajadi?

Sabar boleh dan perlu dilatih, walaupun untuk orang-orang yang mempunyai sifat sabar sejak lahir. *ada ke orang macam ni?*


Antara kaedah yang bagus untuk melatih sifat sabar :

1. Puasa sunat banyak-banyak dan menyelami faedah di sebalik puasa adalah satu latihan yang sangat bagus :)

2. Menabung. Menabung memerlukan masa yang panjang. Nak berjaya kene sabar tahan dugaan untuk gunakan duit tabung untuk beli SUPERBIKE :)

3. Buat kerja amal. Macam-macam cara boleh. Tolong makcik melintas jalan boleh, bantu bagi tuisyen secara percuma, bagi guideline untuk kawan-kawan untuk buat sesuatu, turut serta dalam gotong-royong, buat kerja amal kat rumah orang tua dan anak-anak yatim, dan berblog untuk sebarkan perkara-perkara baik.

4. Bersedekah dan berzakat. Yang ni tak perlu ulasan lanjut lah :)

5. Banyak lagi wooo.



p/s: maaf lah, bahasa macam karangan budak sekolah rendah, hehehe.



    Wednesday, March 10, 2010

    Produk Terbaik atau Produk Yang Sesuai?

    baca produk sebagai produk (kewangan atau pelaburan)


    "Masok skim ni, berapa juta aku boleh untung?"


    "Ni pelan terbaik kat market, masuklah bang"


    "Ni high risk high return saudari. Makcik saye dah untung RM50 juta"


    Biasa dengar dialog2 di atas?

    Kalau tak biasa, tu dah bace kat atas, kire biaselah tu kan? hehehe.


    Saya nak melabur. Nak pilih produk yang mane erk?

    kalau saye, saye akan pilih produk yang paling sesuai untuk saya, walaupun ianya bukan produk terbaik di pasaran :)

    Takaful? Wasiat? Simpan? Joli?

    Same je...

    Kenapa?

    Sebab saye je tahu perbelanjaan bulanan saya, tanggungjawab saya, emosi saya, income saya, nafsu saya, kepuasan saya, kebencian saya, limit saya dan diri saya.

    Orang lain tak tahu semua tu.

    Kriteria?

    Selagi saya berani ambik risiko.

    Selagi saya tahu macamana nak kira untung @ ruginya (anggaran).

    Selagi saya tahu produk tu apa kegunaannya.

    Selagi saya ada bajet :)

    Cara produk tu berfungsi boleh dipelajari perlahan-lahan, tapi saya akan ambil tahu perkara-perkara asas tentang:
    a. cara-cara untuk melabur
    b. kos2 untuk melabur
    c. cara-cara untuk surrender pelaburan
    d. kos2 untuk surrender pelaburan.

    Buat masa ini, macam ni-lah.

    Tapi pada masa akan datang, saye akan sentiasa belajar dan perbaiki lagi (kalau rajin, hehehe) :)

    Thursday, March 4, 2010

    Sebelum Menggunakan Sebarang Tool Pelaburan (OD/ASB @ loan @ CC @ etc)

    Tujuan melabur adalah untuk menggandakan duit kita jadi banyak.

    Tapi, setiap pelabur yang berilmu (smart investor), dah set dalam kepala,

    "aku melabur RM10,000 ni, dan aku sanggup kehilangan RM10,000 ni"

    Hakikatnya, sedar atau tidak, mana-mana smart investor ni, diorang sebenarnya dah tahu apa yang hendak dijangka sebab diorang dah tau:

    a) objektif yang nak dicapai.
    b) cara-cara dan strategi yang boleh dilakukan untuk capai objektif.
    c) risiko kerugian.
    d) cara-cara dan strategi untuk minimumkan kerugian.

    sebab tu diorang boleh set dalam kepala,

    "aku melabur RM10,000 ni, dan aku sanggup kehilangan RM10,000 ni"

    Pendapat Aku

    Jadi, pada pendapat peribadi aku, sila penuhi keempat-empat perkara tersebut sebelum anda menggunakan mana-mana tool pelaburan. orait?

    Yang untung anda sendiri.

    Yang rugi pon anda sendiri.

    p/s : ok, aku ngaku aku x sanggup rugi sampai RM10,000 ya, hehehe.

    Thursday, February 4, 2010

    Langkah Pertama & Kedua Untuk Melabur

    1. Cari ilmu.

    Tanpa ilmu, kita ibarat "orang buta tanpa tongkat".

    Mana nak dapat ilmu? Carilah.

    Kan mase kat sekolah kita dah ada guru. Carilah orang yang macam tu.

    Nak ilmu matematik, cari orang yang arif dalam matematik.

    Nak ilmu geografi, cari orang yang arif dalam matematik.

    Macam tu juga untuk melabur, kena cari orang yang arif dalam melabur.

    Buku? Itu adalah alat dan medium :D Tapi, sebelum jumpa guru kena stadi sendiri dululah, itu gunanya buku (dan ilmu2 lain dalam blog2 dan forum2).


    2. Menabung untuk kumpul modal.

    Pinjam? Boleh, tapi sedar atau tidak, kita telah menggandakan risiko dalam pelaburan sebanyak 2 kali ganda, sekurang-kurangnya.

    Tak percaya? Lantak ko lah. Ko yang cari pasal, bukan aku.

    Aku dah cakap, kena menabung untuk kumpul modal, bukan meminjam.

    Meminjam adalah pilihan terakhir untuk hidup, bukan salah satu pilihan untuk melabur.

    Meminjam yang aku maksudkan adalah "LEND" bukan "LEVERAGE". Ok?

    Kembali ke langkah 1 untuk penjelasan "LEND" dan "LEVERAGE", CARI ILMU.

    Tuesday, January 12, 2010

    [pakdi.my] 5 Keutamaan Kewangan Sebelum Anda Mula Melabur

    Entri kali ini adalah hasil nukilan Pakdi dari entri beliau yang bertajuk 5 Keutamaan Kewangan Sebelum Anda Mula Melabur

    Ok, sebab hasil kerja tangan beliau sudah sangat bagus dan saya khuatir saya akan mengubah maklumat sebenar yang ingin disampaikan jika saya mengolah semula, maka saya telah minta kebenaran dari Pakdi untuk terus menyalin hasil karya beliau.

    Sila baca dan "digest" :)

    5 Keutamaan Kewangan Sebelum Anda Mula Melabur

    Barangkali anda rasa keliru. Apa sebenarnya “pelaburan” yang terbaik?

    Jumpa Anwar, dia kata Putrajaya. Jumpa Najib dia kata kelengkapan tentera. Jumpa Mahathir, dia kata ASB. Jumpa Pak Lah dia kata pertanian. Jumpa Mokhtar dia kata artis. Jumpa Rosmah dia kata jadi isteri PM.

    Pening kepala.

    Pada saya, bukan “instrumen” kewangan yang paling utama. Tapi adalah pengetahuan diri sendiri.

    Kalau beli emas banyak-banyak pun, tapi hutang kad kredit konvensional masih keliling pinggang, amacam ?

    Beli macam-macam saham pun, tapi satu kaunter pun tak naik, amacam ?

    Beli hartanah sana sini pun, tapi semua masih kena “top-up” pada hujung bulan, amacam ?

    Maka, sebab itulah pengetahuan yang paling penting. Apabila kita sudah ada ilmu pengetahuan, maka kita semua dapat menyusun keutamaan.

    Jadi, saya cuba susun beberapa keutamaan untuk anda baiki balik.

    Keutamaan # 1. Hapuskan hutang kad kredit konvensional segera. Kemudian, tukar kepada kad dari perbankan Islam kerana ia tidak ada elemen compounding interest. Kemudian, anda kena pastikan anda selesa untuk bayar lebih dari sekadar minimum payment. Kalau kadar minimum payment pun anda tidak selesa, itu maksudnya anda ada masalah dengan hutang kad hutang anda.

    Keutamaan # 2. Pastikan anda selesa dengan kadar hutang-hutang yang lain. Contohnya, kalau dulu anda beli rumah kadarnya tinggi, BFR + 1% misalnya, cubalah anda tanya bank balik, boleh tak dapatkan rate baru yang lebih murah ? Ini contoh aje. Ada beberapa cara lagi.

    Di sini saya tak maksudkan, mesti selesaikan hutang segera. Tidak. Saya maksudkan, pastikan jumlah duit gaji anda yang disumbangkan kepada bank setiap bulan adalah pada tahap yang terkawal. Anda tidak pening. Anda masih cukup makan. Anda selesa.

    Keutamaan # 3. Simpan simpan simpan. Anda mesti ada sejumlah wang tunai yang mencukupi. Kalau simpanan belum cukup, lupakanlah untuk m.e.l.a.b.u.r.

    Keutamaan # 4. Perlindungan kewangan yang mencukupi. Tidak kurang sangat, dan tidak berlebih-lebih. Buat apa ada sampai 2 polisi takaful yang beri manfaat yang sama?

    Keutamaan # 5. Kenal pasti diri risk appetite diri sendiri. Pelaburan apa yang anda selesa ? Saham. ASB. Hartanah. Unit trust selain ASB? Emas. Derivatif … ? Di sini, sudah tentu anda kena tahu dulu apa impian kewangan anda. Kalau bercita-cita duduk rumah di tepi KLCC 10 tahun lagi, ASB sahaja tak cukup bang. Kena cari instrumen kewangan lain. Kalau bercita-cita nak pakai Mercedes hanya selepas pencen, itu takpe.

    Tidak semestinya pelaburan. Anda boleh buat bisnes. Anda boleh dapatkan pendapatan dalam bentuk royalti dan seterusnya.

    Keutamaan yang berterusan sampai mati. Sedekah. Zakat. Sedekah. Zakat. Sedekah. Zakat. Baik ketika duit lebih mahupun duit kurang. Allah swt sudah sebut kelebihan bersedekah ini dalam al-Quran. Dan al-Quran adalah petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Buat secara konsisten walaupun jumlahnya sedikit pada awalnya.

    Semoga anda tidak pening lagi.

    Tuesday, November 17, 2009

    [2009] Cara Kira Dividen ASB

    Memandangkan sekarang ni dah bulan November, soalan tentang cara pengiraan dividen ASB timbul semula.

    Mari lihat semula entri berkenaan cara pengiraan dividen ASB.

    Sharing is Caring.

    Thursday, October 8, 2009

    ASNB / Saham Amanah PNB : Shariah Compliance?

    Saya ingin mengajak semua pelabur Saham Amanah PNB termasuklah, ASB, ASN, ASD, dan sebagainya, untuk menghantar cadangan kepada PNB supaya mencapai status "Shariah Compliance" secepat mungkin.

    Di harap, dengan tekanan secara halus dari para pelabur dapat membuka mata mereka-mereka yang menguruskan PNB, Amin Ya Allah.

    Sila ke link berikut untuk menghantar cadangan anda,

    http://www.asnb.com.my/icare.htm

    Sekiranya anda buntu dan ketandusan idea untuk menyusun ayat cadangan tersebut, sila "copy-&-paste" ayat di bawah,

    Saya mencadangkan agar PNB mematuhi "Shariah Compliance" (SC) untuk sebahagian besar amanah saham yang dikeluarkan terutamanya yang dikeluarkan khusus untuk kaum Bumiputera, seperti ASB, ASN, ASD, dan lain-lain, untuk menghilangkan keraguan Rakyat Malaysia Beragama Islam dalam membuat pelaburan di dalam ASB.

    Mencari yang halal itu WAJIB.

    Mungkin sedikit demi sedikit memandangkan membuat perubahan secara drastik adalah sangat sukar.

    Terima kasih.

    Friday, August 28, 2009

    Saya Kurang Disiplin

    Terus terang, saya bukanlah seorang yang berdisiplin tinggi dan mampu berIstiqamah untuk masa yang lama.

    Datang kerja pun lambat. Orang suruh datang sebelum pukul 9.00 pagi, pukul 9.15 pagi baru saye terhegeh-hegeh sampai.

    Itu adalah kelemahan diri saya. Saya akui.

    Jadinya, kelemahan ini berjangkit ke tabiat saya yang lain, terutamanya dalam menabung. Setiap bulan, mesti saya "tarik" semula simpanan dari ASB.

    Perkara ini mungkin perkara yang kecil, tetapi hakikatnya saya yang menanggung kerugian untuk jangka masa panjang. Tambahan pula, saya memang tidak mampu untuk menabung 30% atau 40% dari gaji bulanan saya!

    Sekiranya saya akan bersara (kerja makan gaji) pada had umur maksimum standard, iaitu umur 55 tahun, saya cuma ada masa dalam 28 tahun untuk memenuhkan kantung persaraan saya supaya tidak perlu menyusahkan orang lain.

    28 tahun bersamaan 336 bulan. Katakanlah saya kerugian RM10 setiap bulan kerana sikap suka "tarik" semula simpanan dari ASB, saya sudah kerugian RM3360 (kiraan tanpa kompaun). Banyak tu, siapa rasa tidak banyak, sila gunakan wang RM3360 itu untuk membeli-belah di "E-Shop" saya :)

    Itu jika RM10, sekiranya RM100 saya "tarik" setiap bulan, saya sudah rugi RM33600!!!

    Atas sebab ini, saya terpaksa menukar strategi dengan Mengambil Pinjaman ASB Al-Bai Inah dengan Maybank (MBB) :) Promosi kejap (tapi tidak berbayar).

    Sehingga Hujung Ogos 2009, MBB menawarkan skim yang menarik untuk pinjaman RM30,000 ke atas iaitu:
    a. BLR-1.65% (utk 3 tahun pertama)
    b. BLR-1.5% (utk tahun berikutnya)

    Untuk tempoh biasa, sehingga diberitahu kelak, MBB menawarkan skim yang tidak kurang menarik:
    a. BLR-1.35% (utk 3 tahun pertama)
    b. BLR-1.3% (utk tahun berikutnya)

    Menggunakan Lembaran "Microsoft Excel", saya membuat perbandingan antara menyimpan sendiri dan mengambil pinjaman tersebut untuk mendapatkan gambaran kasar. Dengan menganggap saya mengambil pinjaman RM30,000 untuk 20 tahun, InsyaAllah saya boleh untung lebih RM15,000.00 selepas tamat tempoh apabila membuat pinjaman tersebut berbanding menyimpan sendiri, dengan andaian, dividen ASB melebihi BLR dan wang dividen dan wang pokok tidak disentuh langsung.

    Hei, kenapa saya tidak mengambil pinjaman maksimum RM200,000 sebagaimana orang lain?

    Itu saya punya sukalah. Hehehe.

    Sebenarnya, tujuan saya adalah supaya saya tidak akan menyentuh langsung simpanan tersebut untuk tempoh 20 tahun akan datang. Jadi, saya tidak mahu mengikat komitmen saya terlalu tinggi dengan pinjaman ASB tersebut dan saya perlukan sedikit kecairan atau "Liquidity".

    WE NEVER KNOW THE FUTURE :)

    Secara ringkasnya, saya pecahkan 10% bajet simpanan saya kepada 2 bahagian, satu bahagian untuk bayaran pinjaman tersebut, sebahagian lagi adalah untuk disimpan sendiri.

    Anda pula bagaimana?

    Monday, July 6, 2009

    Perbezaan pelabur (Investor), Jurujual (Salesman), dan Penggiat MLM (MLM-er)

    Ini adalah komen, pendapat dan pandangan peribadi saya. Tiada sebarang niat untuk berburuk sangka atau prejudis.

    Saya sendiri pernah terlibat secara langsung dengan ketiga-tiga perlakuan tersebut. Jadi, saya yakin bahawa saya berhak untuk memperkatakan apa yang saya mahu :D *wahaha, macam kerek je, tapi tak sebenarnye?*


    Pelabur

    Pelabur akan melihat dan menimbangkan keuntungan. Pelabur juga akan melihat dan menimbangkan kerugian.
    100% untung juga membawa maksud 100% rugi.

    Pelabur akan menggunakan duit sendiri tanpa melibatkan orang lain, kecuali ejen, peguam, pejabat kerajaan (untuk mati setem, jika perlu), dan pembeli (jika melibatkan jualan).

    Pelabur juga tidak akan memaksa orang lain melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu.

    Pelabur biasanya mempunyai kepakaran dan ilmu dalam bidang pelaburan yang diceburinya atau sekurang-kurangnya mahu mencari ilmu dan kepakaran dalam bidang pelaburan yang ingin diceburinya.

    Jurujual

    Jurujual akan menekankan semua kelebihan produk jualan mereka (walaupun sebenarnya bukan kelebihan). Untuk yang lebih "advance", ada yang menerangkan keburukan produk-produk pesaing mereka.

    Tetapi, jurujual tidak akan menerangkan sama sekali keburukan atau kelemahan produk mereka. Kecuali bagi mereka-mereka yang tidak mementingkan jualan.

    Jurual ada target jualan yang perlu dicapai. Sama ada target harian, mingguan atau bulanan.

    Jurujual biasanya menerima komisen bagi setiap jualan yang berjaya dibuat (sekiranya pembeli mampu menjelaskan bayaran dalam tempoh tertentu sahaja).

    Jurujual bukan seorang tuan punya perniagaan (atau pelabur).

    Penggiat MLM

    Penggiat-penggiat MLM akan menekankan keuntungan yang bakal dikecapi (projected) apabila menyertai skim mereka.

    Penggiat-penggiat MLM tidak akan sekali-kali menerangkan risiko-risiko kerugian yang bakal dialami.

    Penutup

    Apa komen anda? terima kasih :)

    Monday, June 1, 2009

    3 Perkara asas atau "fundamental" untuk menjadi pelabur

    Pentingnya Asas atau "fundamental"

    Bangunan-bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar KLCC, Menara KL, KOMTAR Pulau Pinang, Tabung Haji, dan sebagainya memerlukan struktur asas yang sangat kukuh berbanding rumah teres setingkat. Sekiranya tidak kukuh, bangunan-bangunan ini akan runtuh walaupun hanya ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

    Begitu juga dengan pelajar sekolah. Tanpa asas yang kukuh, pelajar-pelajar ini pasti mempunyai masalah besar apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi walaupun berbekalkan 21 A atau 100 A semasa peperiksaan SPM.

    3 Perkara Asas atau "Fundamental"

    Apabila kita bercakap tentang pelaburan, kita memerlukan asas yang kukuh dalam 3 perkara yang berikut:
    a. Ilmu
    b. Sikap
    c. Modal

    Asas #1: Kenapa ilmu?

    Tanpa ilmu yang mencukupi, seorang tukang masak tidak akan mampu menyediakan masakan yang sesuai untuk dihidangkan di hotel bertaraf 5 bintang.

    Tanpa ilmu yang mencukupi, seorang pemain bola sepak tidak akan mampu bergelar bintang bola sepak.

    Tanpa ilmu yang mencukupi, seorang pelabur tidak akan mampu untuk membuat keputusan yang tepat untuk membuat keputusan yang mampu mendatangkan keuntungan.

    Tanpa ilmu yang mencukupi juga seorang pelabur tidak akan dapat menghidu peluang baik yang wujud.

    Tanpa ilmu yang mencukupi juga seorang pelabur tidak akan dapat mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk meminimumkan risiko atau masalah.

    Tanpa ilmu yang mencukupi juga seorang pelabur tidak akan mempunyai matlamat dan hala tuju sekaligus tidak akan mampu membuat pelaburan yang baik.

    Asas #2: Kenapa Sikap?

    Tanpa sikap yang sesuai, seseorang pelabur tidak akan mampu bersabar sebelum dia mampu membuat keuntungan di dalam sebarang pelaburannya.

    Tanpa sikap yang sesuai, seseorang pelabur tidak akan mampu bersabar sebelum dia mampu membuat keuntungan yang lebih besar di atas pelaburan yang pernah dibuatnya.

    Tanpa sikap yang sesuai juga seorang pelabur akan cepat berpuas hati di atas pencapaiannya sekaligus berhenti membuat sebarang pelaburan tambahan.

    Tanpa sikap yang sesuai juga seorang pelabur akan berhenti belajar ilmu baru sekaligus membuatkannya seorang yang ketinggalan dan "lemau".

    Asas #3: Kenapa Modal?

    Tanpa modal, seorang pelabur tidak mampu melabur.

    Tanpa modal, seorang pelabur tidak mampu bergerak untuk membuat keuntungan.

    Tanpa modal juga seorang pelabur tidak mampu menanggung risiko kerugian yang tinggi.

    Tanpa modal juga seorang pelabur tidak akan dipanggil pelabur :D

    Bergeraklah

    Jadi, bergeraklah dari sekarang untuk:
    a. mencari ilmu tentang pelaburan dan pengurusan kewangan dari pelabur-pelabur lain.
    b. memperbaiki sikap kita untuk disesuaikan dengan sikap seorang pelabur dengan cara belajar dari pelabur-pelabur lain.
    c. mengumpul dan meningkatkan modal untuk membuat pelaburan dengan cara menabung dan berjimat-cermat.

    Marilah sama-sama berusaha berusaha supaya kita tidak rugi di dunia dan di akhirat.

    Juga, dari masa ke semasa, jangan lupa bersedekah kerana Allah SWT kerana harta dunia yang tidak berkat tiada gunanya bagi orang Islam seperti kita :D

    Tuesday, March 3, 2009

    Kenapa Saya Menabung, Mencari Pendapatan Tambahan dan Melabur?

    Saya menabung, mencari pendapatan tambahan dan melabur untuk membolehkan saya sekeluarga membeli kereta, rumah, melangsaikan hutang-hutang dan menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan ibu bapa, tanpa menjejaskan kemampuan kami sekeluarga untuk mengharungi kehidupan harian yang semakin mencabar di Malaysia khususnya pada masa sekarang.

    Sejujurnya, tanpa sebarang usaha untuk menabung, mencari pendapatan tambahan dan melabur, kedudukan kewangan kami sekeluarga akan bertukar menjadi parah. Saya bukan merungut, sebaliknya menyedari hakikat tersebut.

    Hal ini memang tidak mampu saya nafikan, memandangkan keadaan di Malaysia yang sukar dijangka. Kenaikan kos hidup berkait secara langsung dengan kenaikan harga minyak, kenaikan tarif elektrik dan kenaikan tarif air dan kenaikan tol.

    Saya tidak boleh menunggu sesuatu yang belum pasti dapat, seperti bonus dan kenaikan gaji, tanpa berbuat apa-apa. Jadi, saya mengambil inisiatif bersama isteri untuk menabung, mencari pendapatan tambahan dan melabur.

    Wednesday, February 25, 2009

    Cerita tentang Cashflow 101 #1

    Saya dan isteri mempunyai pandangan yang berbeza:

    a. Saya suka rancangan bola sepak, dia suka drama.
    b. Saya suka makan di kedai mamak, dia suka makan di kedai melayu.
    c. Saya suka tidur, dia suka berjaga.
    d. Saya suka kaji untung, dia suka kaji risiko.
    e. Saya tidak kisah jika rumah tidak bersapu, dia sangat kisah :p


    Daripada permainan Cashflow 101, Alhamdulillah kami lebih memahami antara satu sama lain di dalam bab pelaburan.


    Pemerhatian #1

    Saya lebih suka tengok untung. Isteri saya lebih suka tengok risiko.

    Pemerhatian #2

    Saya cepat melompat bila tengok isteri saya dapat peluang bagus. Isteri saya lebih tenang.

    Pemerhatian #3

    Saya adalah orang baru dalam dunia pelaburan (dan kerugian). Isteri saya sudah lama mendapat pendedahan hasil penglibatan kedua ibu bapanya.

    Pemerhatian #4

    Saya tidak pernah tengok orang rugi (secara "live") dalam pelaburan. Isteri saya sudah banyak kali melihat jatuh bangun ibu bapanya.

    Pemerhatian #5

    Saya kurang kisah latar belakang pelaburan. Isteri saya akan kaji latar belakang pelaburan.

    Pemerhatian #6

    Saya suka perniagaan tapi kurang pengalaman dan maklumat. Isteri saya banyak maklumat dan pengalaman dalam perniagaan, tetapi tidak berani terjun dalam perniagaan.


    Kenapa saya berkongsi maklumat ini?

    Untuk berkongsi ilmu bahawa perbezaan pendapat suami isteri bukan kelemahan, sebaliknya kekuatan.

    Untuk berkongsi ilmu bahawa lelaki dan wanita memang berbeza kejadiannya.

    Tuesday, November 11, 2008

    ASB & Konsep "Compounding"

    [edit on 17 Nov 09 : update cara pengiraan dividen ASB]

    Saya ingin berkongsi Konsep pengiraan dividen dan bonus ASB. Tetapi ini hanyalah kiraan kasar dan tiada jaminan kiraan ini tepat. Perlu diingat bahawa hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sahaja mengetahui kiraan sebenar dividen dan bonus ASB. Walau bagaimanapun, Kiraan kasar ini boleh digunakan untuk membuat simulasi menggunakan perisian Microsoft Excel sebagai panduan persendirian.

    Dividen ASB

    [edit on 9 Dis 09 : monthly rest, not monthly compounding]

    Konsep asas pengiraan dividen ASB ialah konsep "monthly rest" untuk baki terendah dalam setiap bulan. Perlu diingat bahawa pemberian dividen ini hanyalah dilakukan sekali untuk setiap tahun, iaitu pada bulan Januari. Ini bermaksud, nilai dividen yang diumumkan perlu dibahagikan kepada 12 (12 bulan), dan didarab dengan baki terendah bagi setiap bulan (bulan januari hingga disember), sebelum dijumlahkan bermula dari januari hingga disember.

    Sebagai contoh, katakan kadar dividen bagi tahun 2009 diumumkan sebanyak 8%, dan berikut ialah nilai pelaburan anda dari Januari 2009 sehingga Disember 2009,

    Jan 09, Baki tertinggi: RM5000, Baki terendah: RM4000
    Feb 09, Baki tertinggi: RM7000, Baki terendah: RM4500
    Mac 09, Baki tertinggi: RM6000, Baki terendah: RM5500
    Apr 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Mei 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Jun 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Jul 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Ogo 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Sep 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Okt 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Nov 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Dis 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000

    Maka, pengiraan dividen berdasarkan baki terendah setiap bulan (pada kadar dividen 8%) adalah seperti berikut,

    [edit 17 Nov 09 : cara pengiraan mengikut penyata ASB 2008]
    Dividen ASB
    = (jumlah baki terendah setiap bulan)/12*0.08
    = (4000+4500+5500+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000)/12*0.08
    = RM573.33

    [edit 17 Nov 09 : hide]
    Jan 09, Baki terendah: RM4000, Dividen=4000*(0.08)/12=26.67
    Feb 09, Baki terendah: RM4500, Dividen=4500*(0.08)/12=30.00
    Mac 09, Baki terendah: RM5500, Dividen=5500*(0.08)/12=36.67
    Apr 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
    Mei 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
    Jun 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
    Jul 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
    Ogo 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
    Sep 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
    Okt 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
    Nov 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
    Dis 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33

    Dengan itu, jumlah dividen yang diperolehi bagi tahun 2009 ialah RM573.31.


    Bonus ASB

    ASB juga ada memberikan bonus, yang menggunakan konsep "monthly compounding", tetapi nilai yang diberikan ialah untuk tempoh sepuluh (10) tahun. Ini bermaksud, nilai bonus yang diumumkan perlu dibahagikan dengan 120 (10 tahun mempunyai 120 bulan), dan perlu didarab dengan baki terendah bagi setiap bulan, sebelum dijumlahkan bermula dari januari hingga disember. Pemberian bonus juga dilakukan serentak dengan pemberian dividen iaitu pada bulan Januari setiap tahun.

    Mari lihat contoh berikut, katakan kadar dividen bagi tahun 2009 diumumkan sebanyak 1%, dan dengan kadar simpanan yang sama untuk kes dividen ASB sebelum ini,

    Jan 09, Baki tertinggi: RM5000, Baki terendah: RM4000
    Feb 09, Baki tertinggi: RM7000, Baki terendah: RM4500
    Mac 09, Baki tertinggi: RM6000, Baki terendah: RM5500
    Apr 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Mei 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Jun 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Jul 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Ogo 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Sep 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Okt 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Nov 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
    Dis 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000

    Maka, pengiraan bonus ASB berdasarkan baki terendah setiap bulan (pada kadar dividen 1%) adalah seperti berikut,

    Jan 09, Baki terendah: RM4000, Dividen=4000*(0.01)/120=0.33
    Feb 09, Baki terendah: RM4500, Dividen=4500*(0.01)/120=0.38
    Mac 09, Baki terendah: RM5500, Dividen=5500*(0.01)/120=0.46
    Apr 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
    Mei 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
    Jun 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
    Jul 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
    Ogo 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
    Sep 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
    Okt 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
    Nov 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
    Dis 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67

    Dengan itu, jumlah dividen yang diperolehi bagi tahun 2009 ialah RM7.20.

    Walau bagaimanapun, saya tidak mengetahui sama ada terdapat sebarang syarat tertentu untuk melayakkan seseorang pencarum mendapatkan bonus tersebut.

    Penutup

    Suka untuk saya mengingatkan sekali lagi bahawa kiraan di atas hanyalah kiraan kasar dan tiada jaminan kiraan tersebut adalah tepat. Hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sahaja mengetahui kiraan sebenar dividen dan bonus ASB. Walau bagaimanapun, Kiraan kasar ini boleh digunakan untuk membuat simulasi menggunakan perisian Microsoft Excel sebagai panduan persendirian.

    Terima kasih untuk sebarang komen terhadap kiraan kasar di atas. Saya juga amat mengalu-alukan sekiranya anda ingin berkongsi sebarang maklumat tambahan atau mungkin simulasi dividen dan bonus ASB anda sendiri.

    SHARING IS CARING :)