Advert Board

Thursday, October 20, 2011

[What-to-Do] 8 "Trick" Kewangan Yang Bijak untuk Graduan Muda

Pengalaman saye sebagai graduan muda @ "Fresh Graduate" beberapa tahun yang lepas agak bosan dan tak menarik.

Tapi, saye tetap nak kongsi 8 "trick" kewangan yang bijak untuk graduan muda.

1. Simpan Duit Gaji.

Macam biase, simpan duit. Dah muak bace kan? kat mane-mane pon orang cakap bende yang same. Di sini ade beberapa pilihan untuk graduan muda, mengikut kesesuaian dan kemudahan korang :

a) Simpan 10% dari gaji kasar korang. Yang ni yang paling banyak orang sarankan.

b) Simpan 10% dari gaji bersih korang. Kalo rase pilihan (a) tu susah, buat yang ni.

c) Simpan 20% dari gaji kasar korang. Yang ni kalo gaji banyak sgt.

d) Simpan RM10 untuk permulaan. Dah selesa, naikkan ke RM20. Dah selesa, naikkan lagi, dan lagi, dan lagi.

Ingat, simpan duit gaji ni, jangan ambik kire KWSP @ EPF korang tu.

Nak simpan kat mane?

a) ASB @ ASW @ mane2 saham amanah PNB yang korang selesa.

b) Tabung Haji.

c) Saving akaun yang takde kad ATM. Amat tak digalakkan, tapi lantaklah kalo korang nak.

Lagi satu, kite bercakap pasal simpan duit. Ya, wang kertas atau duit fiat korang tu. Ini bukan pasal emas @ perak @ labur @ lebur. Itu dah masuk bab pelaburan.


2. Bagi Mak Ayah

Dah kerje mestilah dapat gaji. Kecualilah korang jadi hamba abdi.

Dah dapat gaji tu, takkan tak pandai-pandai nak berkongsi?

Berkongsilah dengan Mak ayah dan keluarga dulu, pastu kawan-kawan.

Jadikan amalan untuk hulur duit kat mak ayah.

Barulah diorang gembira.

Dah diorang gembira, insyaAllah diorang doakan kejayaan korang.

Tapi janganlah korang bagi sebab nak berjaya.

Bagilah duit kat mak ayah kerana Allah Taala.

InsyaAllah berkat.


3. Sedekah & Zakat

Yang ni tak susah.

Bagi yang lelaki, bolehlah derma kat tabung-tabung masjid atau surau.

Bagi yang perempuan, boleh gak derma kat tabung-tabung masjid atau surau. Tak semestinye hari Jumaat je boleh derma...

Untuk yang dapat rezeki lebih-lebih tu, WAJIBlah bayar zakat.
Pasal zakat ni, yang memang wajib untuk semua Muslim tentulah Zakat Fitrah.
Untuk zakat simpanan, zakat perniagaan, dan lain-lain, kene tambah ilmu lagi.
Saya tak sempat nak komen kat sini. Kalo dah susah sangat, google lah pusat zakat negeri masing-masing.


4. Takaful

Pendapat peribadi saye, untuk mereka yang tak tanggung sape-sape, tak perlu ambik takaful yang komprehensif.

Minimum, eloklah ambik perlindungan untuk kemalangan & kematian.

Kecuali nak rendahkan premium bulanan, memang sesuai lah ambik mase mude.

Bagi mereke-mereke yang majikan tak bagi duit untuk bayar kos klinik dan hospital, itu ada 2 pilihan:

a) gi klinik/hospital kerajaan. Yang tak syoknye, kene gi awal-awal pagi. Kalo tak, 3-4 jam gak kene menunggu.

b) Ambik "Medical Card". Untuk yang ni, memang boleh "cover" bayaran perubatan klinik/hospital, tapi kene paham T&C die. Kalo tak, kang tak puas hati plak.


5. Pinjam untuk ASB

Saye galakkan ambik pinjaman untuk ASB. Yang ni tak termasuk trick no 1, simpan duit gaji.

Sekiranya dapat, ambiklah yang Islamik (Bank cap rimau je yang offer). Saye taknak komen lanjut pasal hukum harus yang majlis fatwa kebangsaan dah keluarkan. Jadi, boleh buat kajian sendirilah.

Perancangannya :

a) Minimum, ambiklah RM30,000 pinjaman. Dengan andaian dividen tahunan 7%, untuk tahun ke-2 dan seterusnya boleh dapat dividen tahunan RM2,100. Bulan-bulan mencarum dalam RM205.00 (pinjam untuk 20 tahun).

b) Ade lebih kemampuan, bolehlah ambik RM100,000. Dengan andaian dividen tahunan 7%, boleh dapat dividen RM7,000 untuk tahun ke-2 dan seterusnya. Bulan-bulan kene cek sendiri, saye tak pasti. hehehe.

c) Kalo terlebih mampu, ambik je maksimum RM200,000. Lain-lain tu kire sendiri.


Kalo dah ambik pinjaman maksimum, dah tentulah takleh nak simpan duit gaji kat ASB dah.

Jadi, nak simpan kat mane? Simpanlah kat Tabung Haji ke, Akaun Simpanan ke. Takkan tak leh pikir kot?



6. Catat Perbelanjaan dan Tengok Semula

"Trick" yang paling penting sebenarnye adalah yang ni. Kene catat dan tengok semule corak perbelanjaan kite.

Mane-mane yang terlebih tu, bolehlah dikurangkan.

Ape-ape pon, sesuaikanlah dengan diri sendiri.



7. Hidup Seadanya

Untuk memastikan "trick" kewangan ni berhasil, kene guna cara ni, Hidup seadanya.

Kalo tak ikot cara ni, ade harta RMjuta-juta pon habis.

Anak-anak orang kaya pon diajar untuk hidop seadanya, kecuali beberapa orang. huhuhuhu.


8. Cari Ilmu

Macam-macam ilmu boleh dicari.

Ilmu Melabur.

Ilmu Melebur.

Ilmu menjadi bijak.

Ilmu menjadi kurang bijak.

Ilmu menjadi tak bijak.

Pandai-pandailah cari ilmu.

Yang pasti, tanpa ilmu, jangan buat ape-ape. Cari dulu ilmu.


Kesimpulan

Jangan pandang sangat ape yang saya tulis ni.

Diakui, bukan idea dari saya 100% pon, sebab saye sendiri belajar dari orang lain :)

Yang paling penting, tetapkan matlamat dan buat yang terbaik untuk capai matlamat, dan jangan lupe tujuan hidup kite sebagai Hamba Allah SWT.

Tuesday, June 21, 2011

[sinopsis] Pursuit of Happyness

Bersempena dengan cerita karut dan meleret sebelum ni, aku nak kongsi sinopsis filem yang bertajuk "The Pursuit of Happyness".

Info

Dihasilkan pada 2006 dan dibintangi oleh pelakon Will Smith dan anaknya, Jaden Smith, dengan kos penghasilan anggaran USD55juta, filem ni berjaya membuat kutipan kasar seluruh dunia lebih kurang USD300juta.

Review Aku

Menarik tentang filem ni adalah mengenai perjuangan seorang lelaki untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk anaknya, yang berusia lebih kurang 5 tahun, walaupun ditimpa musibah demi musibah, bermula dari ditinggalkan isterinya, kemudian dipenjara akibat disaman trafik, kemudian dihalau dari rumah sewa kerana tidak mampu membayar sewa rumah, kemudian mendapat kerja yang tidak memberi gaji, kemudian homeless, sehingga terpaksa tidur dengan anaknya di dalam tandas awam, dan seterusnya, bermacam-macam dugaan lagi, yang jika terkena kat aku, belum tentu aku mampu menjadi setabah dan sekuat seperti watak filem ini, pada akhir cerita, lelaki tersebut telah berjaya memperbaiki kehidupan mereka 360 darjah.

Nak lagi berkesan, tonton filem ni, "Pursuit of Happyness".

Ape-ape pon, nah sinopsis yang aku "copy-paste" dari sini, tanpa olahan, dan tanpa terjemahan.

[Sinopsis] "Pursuit of Happyness"

In 1981, in San Francisco, the smart salesman and family man Chris Gardner invests the family savings in Osteo National bone-density scanners, an apparatus twice as expensive as an x-ray machine but with a slightly clearer image. This white elephant financially breaks the family, bringing troubles to his relationship with his wife Linda, who leaves him and moves to New York where she has taken a job in a pizza parlor. Their son Christopher stays with Chris because he and his wife both know that he will be able to take better care of him.

Without any money or a wife, but committed to his son, Chris sees a chance to fight for a stockbroker internship position at Dean Witter, offering a more promising career at the end of a six-month unpaid training period. During that period, Chris goes through a lot of hardship personally and professionally. When he thinks he is "stable," he finds that he has lost $600 when the government takes the last bit of money in his bank account for taxes. He is rendered homeless because he can't pay his rent. He is forced at one point to stay in a bathroom at a train station, and must scramble from work every day to the Glide Memorial United Methodist Church, which offers shelter to the homeless. He must leave work early every day so that he is there by 5:00 in the evening along with his son so that he may be assured of a place to sleep. He is seen carrying his suitcase to work because he doesn't have a home. At work, there are nineteen other candidates for the one position.

One day, he is called into an office and in it were the heads of Dean Witter. Chris thinks that he is about to be told the job will not be his as he says that he wore a shirt and tie for his final day. Then they tell him that he has been an excellent trainee and that tomorrow he will have to wear his shirt and tie again as it will be his first day as a broker. Chris struggles to hold back tears. Outside he begins to cry as the busy people of San Francisco walk past him. He rushes to his son's daycare, hugging him and knowing that after everything him and his son had been through things would be all right.

The final scene shows Chris walking with his son down a street. His son is telling him a joke, when a wealthy business man in a suit walks past. Chris looks back as the man continues on. The man in the suit is none other than the real Chris Gardner.

Saturday, June 18, 2011

[Cerita] Mengejar Impian

Ali (bukan nama sebenar) merupakan seorang jurujual yang bijak dan berpengalaman. Dia juga merupakan bapa yang baik kepada anaknya, Al-Abu (bukan nama sebenar) yang berusia 5 tahun dan suami yang berdedikasi kepada Aspalela (pon bukan nama sebenar).

Walaupun dikatakan Ali adalah seorang jurujual berpengalaman, namun pengalaman Ali sebagai seorang jurujual bukanlah suatu pengalaman hidup yang manis dan berjaya, kerana Ali sebenarnya telah tersilap langkah menghabiskan kesemua wang simpanan keluarganya untuk membeli suatu produk perubatan yang terlalu mahal dengan target untuk menjualnya semula pada 5 tahun yang lalu.

Produk Ajaib

Apakah produk tersebut? Untuk memudahkan cerita, kita andaikan produk tersebut sebagai produk ajaib. Sebenarnya, produk ajaib ini adalah gajah putih, yang mempunyai produk saingan. Malangnya, produk saingan bagi produk ajaib ini dijual dengan harga 50% lebih rendah.

Ali telah berhabis wang untuk membeli produk ajaib tersebut sebanyak RM25,000 untuk mendapatkan 50 unit produk ajaib tersebut (kos seunit adalah RM500). Ketika awalnya, harga jualan bagi produk ajaib adalah RM1,000. Kerana tamakkan margin keuntungan yang tinggi ini (iaitu 50%), dia telah sanggup mengeluarkan modal sebanyak RM25,000 tersebut.

Melingkup

Dengan persaingan dari produk saingan yang dijual pada harga RM500, iaitu harga modal bagi produk ajaib, setelah 5 tahun berlalu, Ali hanya mampu menjual produk ajaibnya pada kadar 10 unit setahun. Kiraan keuntungan kasar yang diperolehi hanyalah RM412 sebulan (10x500/12=412). Lebih parah kerana Ali terlalu taksub dengan produk ajaibnya, dan die merupakan seorang jurujual yang terlalu berpegang kepada prinsip dan hanya menjual produk ajaib tersebut. Akibatnya, Ali tidak mampu memberikan kehidupan yang baik kepada anaknya, Al-Abu dan isterinya, Aspalela.

Saban hari, mereka terpaksa bercatu makanan dan hanya tinggal menyewa di sebuah rumah yang kecil. Pun begitu, Ali masih cuba menggembirakan anaknya semampu mungkin. Syukurlah Al-Abu walaupun masih kecil, mempunyai kesedaran yang agak tinggi, tidak meminta dibelikan mainan atau makanan ringan.

Dugaan Pertama

Akibat tidak tahan dengan kesusahan hidup akibat ketaksuban Ali dan setelah bersabar selama 5 tahun, Aspalela telah memberi kata dua kepada Ali, supaya mengubah profession lain yang lebih menjamin kehidupan mereka atau fasakh.

Ali cuba meyakinkan Aspalela supaya bersabar. Ketika ini, anak mereka, Al-Abu, yang telah berusia 5 tahun, sangat rapat dengan Ali, tetapi dihantar ke Pengasuh ketika waktu siang kerana Aspalela bekerja sebagai pembantu kedai dan Ali akan keluar dengan membawa 1 produk ajaibnya untuk dijual.

Untuk meyakinkan Aspalela, Ali mencuba untuk memohon bekerja tetap di beberapa firma guaman yang besar. Dia telah memohon untuk menjadi peguam. Sebenarnya, Ali merupakan siswazah jurusan undang-undang dari salah sebuah IPT ternama. Kerana dia sudah berusia, agak sukar untuk Ali untuk mendapatkan kerja di mana-mana firma guaman, memandangkan 5 tahun sudah berlalu sejak Ali fokus menjual produk ajaibnya.

Menjadi Pelatih

Walau bagaimanapun, setelah mencuba hampir 3 bulan, Ali telah ditawarkan bekerja sebagai peguam pelatih, tetapi diberi tempoh pemerhatian selama 6 bulan, dengan elaun RM300 sebulan sahaja. Itupun setelah bertungkus lumus mendapatkan peluang untuk ditemuduga.

Pada awalnya, Ali agak berat hati untuk menerima tawaran sebagai pelatih tersebut, memandangkan elaun yang diberi hanyalah RM300 sahaja. Walau bagaimanapun, Ali tekad dan menyimpan azam untuk berusaha gigih demi masa depan anaknya, Al-Abu yang lebih terjamin, memandangkan kegagalannya dalam bidang jurujual.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Ali mengharungi kehidupan hariannya sebagai peguam pelatih dengan sabar dan tekad untuk berjaya. Pada awal pagi, Ali akan keluar seawal 6 pagi, kerana dia perlu berjalan kaki sejauh 5 km untuk ke tempat kerjanya. Setiap hari juga, dia akan membawa bekal ke tempat kerja supaya dia mampu meneruskan hidup untuk mengharungi 6 bulan yang seterusnya, sebelum diterima sebagai peguam.

Pada hari minggu pula, Ali akan meneruskan perjuangannya menjual produk ajaib, kerana banyak wang simpanannya sudah dihabiskan membeli produk ajaib tersebut, dan mereka sekeluarga bergantung kepada wang hasil jualan produk ajaib, di samping elaun RM300nya dan gaji Aspalela.

5 Bulan Berlalu

Sudah 5 bulan berlalu, Ali semakin berdebar-debar sama ada dia akan diterima sebagai peguam di firma guaman sekarang atau tidak. Dengan penuh sabar dan harapan, dia meneruskan kehidupan hariannya yang sukar dan mencabar. Anaknya adalah punca motivasinya, Isterinya pula, pendorong dan pendokong dibelakangnya, walaupun 5 bulan terdahulu berlaku sedikit konflik keluarga.

6 Bulan Berlalu

Berkat kesabaran dan kesungguhan Ali, beliau telah diterima sebagai peguam di firma guaman tersebut. Ali sangat bersyukur dan gembira. Pada masa yang sama, Ali menanam azam untuk bangkit kembali, dan memperbaiki mutu kehidupan keluarganya. Jauh di sudut hatinya, beliau akan kembali meneruskan minat dan impiannya di dalam bidang perniagaan dalam masa 5 hingga 6 tahun yang akan datang, kemungkinan besar di dalam bidang yang diceburinya sekarang, iaitu membuka firma guaman sendiri.

Penutup

Aku sebenarnya nak mengadaptasi kisah hidup dari cerita "Pursuit of Happyness", kisah adapatasi dari hidup Chris Gardner yang sebenar. Tapi tak jadi dan cerita dah jadi meleret dan ntah ape-ape, haahahahaha.

Selamat membaca cerita karut. Next post, sinopsis "Pursuit of Happyness". 5 bintang untuk cerita tersebut.

Friday, June 10, 2011

RPGT untuk 2010 sampai 2011

Pada 2010, saya ada menimbulkan kekeliruan mengenai RPGT.

Baru-baru ini, saya ada bertanyakan tentang hal ini kepada seorang peguam.

Jawapan yang saya terima adalah melegakan.

1. RPGT untuk 5 tahun pertama adalah 5%, dan tahun berikutnya adalah 0%.
2. Hak milik adalah dikira dari tempoh SNP.

Info ini adalah betul pada masa topik ini dipaparkan.

Sekiranya telah berubah, saya tidak memegang sebarang tanggungjawab.

Sila pastikan dengan peguam yang anda lantik terlebih dahulu.

Sekian.

Sunday, June 5, 2011

Berkorban

Ali dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Ibu bapa Ali adalah pasangan cikgu sebuah sekolah rendah di sebuah pekan kecil di negeri selatan Malaysia. Seperti keluarga-keluarga yang lain, sejak kecil lagi Ali sudah diterapkan dengan didikan bahawa, untuk berjaya, Ali perlu lulus dengan cemerlang di dalam akademik.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Ali berjaya mengharungi cabaran-cabaran di sekolah rendah, kemudian sekolah menengah dan kemudian IPTA dengan jayanya, Alhamdulillah.

Kini, dengan rendah diri, Ali sudah berjaya memenuhi impian kedua ibu bapanya untuk menjadi seorang professional di dalam bidang akaun, sudah tentulah akauntan.

Hasil dari pendedahan di dalam kerjayanya dan juga ilmu-ilmu yang diperolehi dari internet, Ali tahu, untuk lebih berjaya, dia perlu melakukan beberapa perkara.

Langkah Pertama dan Kedua

Sekarang, Ali sudah mempunyai ilmu mengenai pelaburan. Simpanan sebanyak RM25,000pon dah ade.

Langkah Ketiga

Seterusnya, Overdraft untuk wang RM25,000 pon Ali dah buat (mungkin bukan OD/ASB, memandangkan sekarang dah susah nak buat). Ali sudah bersiap-siap untuk melabur.

Sikap yang Betul

Berkat dari sikap menabungnya, Ali juga telah melatih sikap bersabar. Di dalam usia mudanya, Ali memperlihatkan kematangannya bereaksi dengan tenang apabila berhadapan dengan masalah.

Berkorban

Ali juga sanggup berkorban untuk mencapai impiannya. Berkorban di dalam erti kata sanggup menahan nafsu untuk menjalani kehidupan di bawah kemampuan.

Walaupun dengan gaji yang membolehkannya membeli sebuah kereta Honda City, Ali sanggup menahan nafsunya dan berpuas hati dengan hanya memandu sebuah kancil terpakai.

Ali juga sanggup berpuas hati untuk sekadar memakai pakaian yang tidak berjenama, dan juga hanya dibeli apabila berlangsungnya jualan murah.

Memandangkan Ali masih bujang, dia mendapati makan di gerai adalah lebih murah berbanding memasak. Walau bagaimanapun, dia masih mengawal selera makannya dan menu makanannya agar tidak berlebihan dan masih berkhasiat. Selain membantunya mengawal perbelanjaan, kesihatannya juga dapat dijaga dari segi tidak makan berlebihan.

Kesimpulan

Untuk mengubah hidup menjadi lebih bagus, kita perlu sanggup berkorban. Tanpa sifat ini, adalah agak sukar untuk kita mencapai impian kita untuk mencapai kebebasan kewangan dengan lebih cepat.

Wednesday, April 27, 2011

Mahu Kaya? .....

Pengajaran dari drama bertajuk "Nasi Kosong Ikan Masin".

Mahu Kaya? ambiklah pengajaran dari drama tersebut.


Mule2 sekali, aku share cerite tersebut mengikut pemahaman aku sendiri.

Al-Kisahnya

Kisah mengenai seorang suami yang sangat berjimat cermat.

Sang suami ni seorang "Despatch".

Sang isteri pulak seorang pembantu kedai.

Ape-ape pon, rasenye diorang ni baru berkahwin dalam 2-3 tahun, dan takde anak lagi.

Target

Sang suami ni ade target untuk tebus semula rumah pusaka peninggalan ayah die. Nak tebus dari pakcik die. Tapi jumlah RM nye tak diberitahu pulak. Jadi, Sang suami pun ajaklah Sang isteri untuk berjimat duit dan menyimpan duit tu.

Niat yang bagus, tapi perlaksanaan agak ekstrem bagi aku.

Sebabnye? Hari-hari diorang ni makan nasik kosong berlaukkan ikan masin.
Siap bawak bekal yang same ke tempat keje masing-masing.

Yang positifnye, Sang isteri menyokong dan tak merungut.

Cabaran

Dipendekkan cerita, tinggallah lagi 8 bulan je lagi untuk Sang suami cukupkan RM tersebut.

Satu hari, Sang suami bagitahu kat isteri, lepas die berjaya tebus rumah pusaka tu, bolehlah diorang mempunyai zuriat. Rupe-rupenye Sang isteri ade berite baik untuk dikongsikan, iaitu rupenye die dah mengandung 2 bulan (atau 3 bulan, aku tak ingat).

Alhamdulillah lah kan, anak tu kan rezeki.

Tapi, Sang suami ni pengsan, sebab tak tahu nak pikir macam mane dah, memandangkan bajet dah ketat, dan tarikh untuk tebus rumah pusaka tu pon dekat-dekat tarikh Sang isteri bersalin.

Usaha

Dipendekkan cerita lagi, Sang suami ni berfikir secara positif, untuk tambah pendapatan. Sang suami kongsi dengan kawan untuk berniaga burger KOT.

Pada masa yang same, diorang tolong bagi tempat tinggal kat seorang akak yang agak berusia, yang takde pendapatan. Kira tolong orang susah lah ni. Walaupun diorang sendiri bajet dah ketat sangat.

Peringkat seterusnya

8 bulan dah berlalu, Alhamdulillah, diorang berjaya gak kumpul duit untuk tebus rumah pusaka tersebut.

Dan tibalah masa untuk pergi tebus rumah pusaka tersebut.

Cabaran 2

Rupa-rupanya, pengaturan Allah lagi tepat. Sang isteri bersalin pada hari Sang suami nak gi tebus rumah pusaka tersebut.

Apa lagi, hantar gi sepitallah.

Sang isteri pulak kene lahirkan bayi secara bedah (Ceaser). Cabaran lagi tu, sebab kos untuk "ceaser" ni memang agak tinggi.

Ape lagi, kene gune duit yang dah disimpan tu lah. Ape-ape pun, Sang suami redha, walaupun agak sedih. Keluar jugaklah duit.

Maka, tak cukuplah kembali RM untuk tebus rumah pusaka tersebut.

Bantuan

Rezeki Allah memang luas.

Akak yang tumpang rumah diorang tu, dah nak berkahwin dengan bos Sang suami ni. Tersentuh dengan kebaikan dan keikhlasan Sang suami dan Sang isteri membantu akak yang menumpang tu, bos Sang suami ni pon pergi menebus rumah pusaka mereka.

Nampak? Rezeki Allah tu memang luas dan tak terjangka.

Walaupun RM dah abis, rumah pusaka tu pon berjaya ditebus.


Pengajaran

1. Tetapkan target yang boleh dicapai, seterusnya usahakan. Contohnya, katalah buat target untuk ada simpanan RM10,000 dalam masa 2 tahun hasil dari simpanan duit gaji bulanan. Maka, setiap bulan kita usahakan untuk simpan duit sebanyak RM417.

2. Tolong orang lain, walaupun kita sendiri terdesak
Ini adalah hikmah bersedekah dan berzakat. InsyaAllah Allah balas berganda-ganda. Tapi kenelah Lillahita'ala.

3. Kene redha dengan sebarang kejadian (Qada' dan Qadar)
Rukun Iman yang ke-6 tu sendiri adalah Beriman dengan Qada' dan Qadar. Kene jelaskan ke?

4. Jangan putus asa. InsyaAllah ape-ape perkara pon boleh diselesaikan. Usaha kene usaha. Lain-lain tu urusan Allah. Cepat atau lambat pon urusan Allah.

5. Sabar
Kalau tak sabar, buat ape pon tak jadi. Terutama orang muda. Tak semue bende kite kene siapkan cepat-cepat. Sesetengah perkara memang kene lambat, sebab kite nak bina asas yang kukuh.

lain-lain tu, silalah tambah :)

Friday, March 25, 2011

Alhamdulillah, Bin Abdullah Fahim yang ke-2 selamat lahir

Alhamdulllah, bin Abdullah Fahim yang kedua dah lahir pada Rabu lepas, 23 mac 2011, secara Ceaser.

Walaupun baby kene "respiratory distress" (suspected as congenital pneumonia), Alhamdulillah die dah semakin pulih dan dah semakin kuat untuk bernafas sendiri.

Pagi ni wife dah berjaya breastfeed kan die dan ini adalah makanan pertama beliau sejak lahir rabu lalu.

Alhamdulillah di atas segala rahmat, berkat dan kurniaan mu ya Allah :)


p/s : anak kedua aku ni nanti satu geng dengan anak tuanbri dan anak matjoe lah :) tapi rasenye ade lagi due tige orang yang listed kat list sebelah, tapi aku dah lupe plak :)

Thursday, March 17, 2011

Panik? Jangan........

Panik?

Harga rumah naik?

Harga saham jatuh mendadak?

Saham XXX sudah habis dibeli?

Harga Emas naik mendadak?


Jangan panik.


Sebab kalo panik pon, bende-bende tu akan berlaku jugak.

Takde pulak bile "panic buy" harge akan kembali seperti sedia kala.

Lebih baik ambik masa dan buat keputusan yang rasional.

Kene pertimbangkan "demand-vs-supply" sebenarnye.


Takpelah kalo terlepas, rezeki dari Allah insyaAllah ade.

Monday, February 28, 2011

[Kehidupan] Masalah Besar,Gagal Laksanakan "Budget Tracking"!

Aku dalam masalah besar.

Walaupun aritu beriya nak laksanakan semule budget tracking, aku gagal sepenuhnya.

Tambah tak bagus, "USB port" komputer kat opis dah kene "disable" bulan febuari 2011 aritu. Jadi, aku takleh nak gune "spreadsheet microsoft excel" aku yang biase aku gune tu.

adus, aku tengah pikir strategi baru untuk laksanakan semule "budget tracking" yang "proper".

Bukan ape, tapi sebab dah pindah tempat keje baru yang "totally different", ade baiknye kalo aku dapat laksanakan semule "budget tracking" yang "proper", macam yang aku gebangkan tahun lepas.

Sekarang ni pon, perbelanjaan yang bersifat kehendak macam banyak je. hehehehe. Simpanan pon dah tunggang langgang, tapi Alhamdulillah ade gak simpan sikit. Baik ade daripada kosong terus.

Ape-ape pon, semoga berjaya untuk diri aku sendiri dalam melaksanakan semula "proper budget tracking".

Friday, February 11, 2011

[extra] Perbezaan Rasuah dan Hadiah

Saya bukanlah arif.

Ini pun takrifan saya sendiri.

Kalau salah, silalah hukum saya :D

Selagi sesuatu benda yang diberi atau dihadiahkan adalah
a) kecil nilainya DAN
b) tidak akan mempengaruhi saya ketika membuat keputusan DAN
c) hanya untuk tujuan meraikan kejayaan selepas berjaya menyempurnakan sesuatu tugasan/projek DAN
d) tidak bersifat peribadi sebaliknya dikongsi bersama seluruh pasukan/kompeni

maka, bagi saya, itu bukanlah rasuah, tapi hadiah :)



tapi, kalo bertentangan dengan salah satu yang di atas, kirim salamlah. itu saye anggap sebagai rasuah atau sogokan.


anda bos saya dan anda paksa saya untuk terima rasuah?

ESOK GAK SAYE CARIK KEJE KAT TEMPAT LAIN, HEHEHEHE.

Wednesday, February 2, 2011

Nak Senang Berkekalan? Jangan Ambik Rasuah!

Tajuk entri dah menerangkan dengan sejelas-jelasnya.

Duit rasuah ni tak halal dan tak berkat.



Lagi "senang" dapat, lagi senang habis.

Kerete rosaklah, tingkap pecahlah, fius rumah terbakarlah, macam-macam lagilah.

Itu boleh tahan lagi.

Bayangkanlah anak sakit, mak ayah sakit, diri sendiri sakit.
Itu lagilah terok dari masalah berkaitan harta benda.



Lagi pon, tanpa ambik rasuah, lagi senang kite nak buat kerje.

Takde masalah nak tolak mane2 orang yang tak layak nak buat kerja dari terima projek.



Tambahan pulak, hati lagi puas bile kite berjaye hasil dari usaha gigih kite.

Tanpa perlu rasa bersalah kepada sape-sape di kemudian hari.

Tambah-tambah kalo ade insiden yang melibatkan kematian, kerugian atau kemalangan.

Lu tanggunglah kalo lu dah ambik rasuah.

SPRM pulak cekop.

Malu sekampung.



Fikir-fikirkanlah... Nak Senang Berkekalan? Jangan Ambik Rasuah!

Thursday, January 20, 2011

Hidup Umpama Roda....

Hidup kita umpama roda.

Ada masa kita di atas.

Ada masa kita di bawah.



Tapi,

Tiada siapa sebenarnya yang tahu,

Sama ada kita di bawah atau di atas ketika itu.

Kita sangkakan kita di bawah,

Rupa-rupanya pengaturan Allah SWT meletakkan kita di atas.

Kita sangkakan kita di atas,

Rupa-rupanya pengaturan Allah SWT meletakkan kita di bawah.


Hidop kita umpama roda.

Yang bergerak ke hadapan,

Menghadapi liku-liku kehidupan di dunia,

Untuk sampai ke matlamat yang hakiki,

Iaitu Akhirat.



:)

Thursday, January 6, 2011

[Contest] Azam Tahun 2011

Sebagai memenuhi jemputan Matjoe untuk menyertai contest azam 2011, saye pon nak berkongsi azam saye.
Azam je, bukan target 2011 ye :)


1. Kerjaya.

Saya baru bertukar majikan selepas raya puasa haritu, lebih kurang 3 bulan setengah yang lepas. Saya berazam untuk mendapat pengesahan jawatan dalam tempoh percubaan 6 bulan ini.

2. Keluarga.

InsyaAllah, Q1 2011 ni akan berlaku perubahan besar untuk keluarga saya. Saya berazam untuk menjadi bapa dan suami yang lebih baik untuk famili saya. Macam mane tu? Untuk lebih ringan tulang membantu isteri buat kerja rumah lah. Azam je ni, hehehe.

3. Pelaburan.

Saya baru bermula dengan pelaburan, iaitu Q4 2008.

Hartanah, saya berazam untuk mendapatkan 1 lagi hartanah sebelum hujung tahun 2011 ni. Tak kire lah jenis ape, rumah atau kedai atau tanah. Melintang lalu membujur patah kata pendekar-pendekar lama, hehehe. Setakat ni, baru ade 1 biji rumah sendiri dan 2 biji rumah sewe (tapi 1 lagi baru dapat VP dan masih dalam proses membaiki sebelum boleh disewekan. InsyaAllah bulan Feb boleh masukkan penyewe dah). Kiranya, "buah" dari dahan pelaburan yang ni tak merase lagilah. Target pon memang nak pusing je duit untung rumah sewe ni. Ini adalah pelaburan bersama isteri saye :)

Ekuiti, portfolio saye tak aktif. Beli pon 1 lot, 1 lot je. Jual tak pernah lagi, walaupun dah jatuh harge (rugi). Tak kisahlah tu, sebab saye pon takde masa nak jage, biar je lah. Hahaha. Ape-ape pon, saye tetap perlu belajar banyak lagi. La ni, baru pandai menilai Penyata Kewangan syarikat, hasil dari belajar dari buku anak warren buffet. Jadi, azam saye untuk 2011 ni, untuk tambah ilmu dalam analisis teknikal, dan dapatkan secubit lagi kaunter.

ASB & Tabung Haji, azam saye adalah untuk teruskan simpanan bulanan. 3 bulan terakhir ni tak berape bagus (dengan kate mudahnye tak menyimpan langsung, hehehe), sebab saye berpindah ke rumah sendiri dan terpakse keluar duit sendiri untuk bayar duit pinjaman untuk sebijik flat yang belom disewekan. Alhamdulillah komitmen bulanan tak tinggi sangat.

Emas/Perak, saye memang berminat, tapi bukan tahun ni. Buat mase ni, saye cume mengikuti perkembangan je. Kire azam untuk yang ini hanyalah untuk "update" diri je lah.

4. Blog.

Buat mase ni, niat saye buat blog adalah untuk berkongsi dan luah perasaan. Sebab tu jugak entri kat blog ni tak banyak. Lagipon blog ni lebih kepada financial management, jadi isi memang tak brape banyak (ALASAN). 2010 ade 40 entri je. 2009 ade 34 entri je. 2008 pulak ade 31 entri je. hehehe.

Untuk 2011 ni, azam saye untuk hasilkan 1 entri setiap minggu.

5. Kewangan.

Azam saye, untuk terus mengekalkan care kami berbelanja. Lepas saye dah berjaya sewekan rumah flat yang satu tu, insyaAllah saye ade banyak ruang untuk bernafas dan boleh susun semula kewangan saya :D Setakat ni pon, isteri banyak tolong cover, hahaha. Inflasi gaya hidup memang sangat mencabar jiwa, tapi, Alhamdulillah saye masih boleh bertahan.

Lagi satu, saye berazam untuk buat wasiat sempena tahun 2011, sekali dengan isteri saye lah.

Pendapatan tambahan, saye terpakse tunggu sampai Q3 2011 nanti. Cume ade ure-ure nak buat servis cuci rumah dan mengecat rumah, hehehe. Ade ke yang berminat eh?

6. Akhirat.

Yang ni memang kurang banyak, memang saye akui. Alasan memang banyak, jadi saye tak nak komen lebih-lebih.

Azam saye, nak istiqamah mengaji Al-Quran satu muka surat setiap hari, dan nak istiqamah solat jemaah kat tempat keje untuk zohor dan asar. Untuk maghrib, isya' dan subuh, saye azam nak istiqamah solat jemaah kat rumah. Betol, kat masjid tu lagi dituntut.

Lain-lain tu, saye simpan untuk diri sendiri.

"Contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)"