Kesinambungan dari 2 entri ni
Part 1 : Perancangan Kewangan Untuk Anak-Anak
Part 2 : Perancangan Kewangan Untuk Anak-Anak
Untuk menghadapi cabaran dunia masa kini, kita perlu fleksibel dan praktikal.
Atas sebab tu, sejak bulan November 2009, kami telah menambah baik strategi kami (sekurang-kurangnya menambah baik bagi kami) dalam perancangan kewangan anak-anak.
Perubahan pertama
Kami telah membuka akaun Amanah Saham Didik (ASD) untuk tabungan anak (-anak, insyaAllah) di bawah nama Isteri. Akaun ASW2020 yang telah dibuka telah digunakan untuk objektif lain :)
Sebab?
Untuk lebih mudah diuruskan dan "Peace-of-mind".
Perubahan kedua.
Kami menambah sumbangan kami daripada RM10 seorang (berjumlah RM20) untuk setiap anak, kepada RM25 seorang (berjumlah RM50) untuk setiap anak (-anak, insyaAllah).
Sebab?
Jom buat kiraan mudah.
Permulaan = RM200.
Bulanan = RM50.
Selepas 6 tahun (masok tadika), insyaAllah akan ada, RM200 + (RM50 x 6 tahun x 12 bulan) = RM3800
Bandingkan Dengan Perancangan Awal
Permulaan = RM200. Nilai asal adalah RM100, tapi aku tukar untuk mempermudahkan perbandingan.
Bulanan = RM20.
Selepas 6 tahun (masok tadika), insyaAllah akan ada, RM200 + (RM20 x 6 tahun x 12 bulan) = RM1640
Bezanya adalah RM2160.
Kiraan lebih "detail" (aku guna MS Excel) dengan andaian mendapat dividen tahunan pada kadar 6% setahun pulak (ASD lah ni),
Selepas 6 tahun, insyaAllah akan ada, RM4631.
[edit: tukar RM1180] Berbanding dengan perancangan awal, selepas 6 tahun, insyaAllah akan ada, RM2022
[edit: tukar RM3451] Bezanya adalah RM2609.
Perbezaan
Nampak perbezaan yang nyata? Dengan hanya perbezaan sebanyak RM30 (atau RM15 seorang), nilai selepas 6 tahun adalah sangat nyata.
Apa yang dikekalkan?
1. Ini adalah SIMPANAN. Bukan pelaburan atau apa-apa juga.
2. Bila tambah anak (insyaAllah), kami akan tambah sumbangan RM25 setiap seorang dari kami, untuk setiap anak.
3. Simpanan ini akan digunakan untuk perbelanjaan persediaan kemasukan ke sekolah dan untuk persediaan kemasukan ke IPT, insyaAllah.
4. Ini adalah salah satu tindakan dan sedang dilakukan, dan insyaAllah akan diteruskan.
5. Aku juga sedang dalam pencarian mencari info tentang takaful pendidikan. Mahu tahu dulu apa itu takaful pendidikan.
Kenapa Aku Sibok Nak Cerita?
Saje-saje dan sebab aku rasa benda ni x berapa personal :)
"Ilmu yang tak dikongsi akan hilang, Ilmu yang dikongsi akan bercambah, insyaAllah."
"Lagipun, ini ilmu bukan aku yang punya, Allah yang punya :)"
Thursday, January 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment