ni utk ingatan saye sendiri gak, tp pada mase yg same nak share dgn sume org.
kadang2 Allah lambatkan sikit rezki kite sebab kite kurang bersyukur dgn ape yg ade. once kite betul2 bersyukur, insyaAllah lagi laju rezki Allah yg mengalir masuk, Amin Ya Allah.
mcmane nak betul2 bersyukur? buat semua suruhan-Nya, tinggalkan segala larangan-Nya.
Senang cerite, cintakan Akhirat, dunia kejar kite, cintekan dunia, akhirat hilang. Lagi satu, kene yakin dengan Qada' dan Qadar Allah. Wallahu'alam.
ni sekadar perkongsian ya, no hard feeling, sebab saye sendiri masih byk kene belajar dan perbaiki.
Seterusnya, cerita untuk iktibar bersama :)
Macam perkongsian kisah realiti sebelum ini, saya dapat cerita berikut daripada email. Dengan niat untuk berkongsi sahaja, bukan mencuri kredit, saya buat post ini. Mintak maaf kepada yang empunya, jika termasuk ke blog ini, terima kasih kerana meninggalkan sedikit komen.
| Allah  selamatkan saya ketika derita...   | 
 
| Azamin  Amin   | 
| Duit  RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum  tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju  yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk  menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.   "Apalah yang boleh  dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil  tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah  dan belajarlah bersabar menahan sengsara.  Cuba-cubalah  selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan  bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan  buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah  kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.  Teringat sebuah  rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki  berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.  "Jika ada duit,  adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita  sikecil itu jika punya cukup belanja.  "Roti canai..."  jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu  rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli.  Biarlah malam ini saya merasa pula.  Selesai solat,  saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang  masing-masingnya tidak ada di rumah.  Tidur untuk  menahan lapar   Saya pun  melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur,  jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.  Hati memujuk diri  sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga  ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.   Tiba-tiba selang  beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.  "Nah, kami  teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami  isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.   Setelah rapat  menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri.  Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa  dan sedekah yang secubit cuma.  Benarlah kata  orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak  di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.   Itu kejadian  pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman  hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.  Keperitan dilalui  sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan,  mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal  keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan  kehidupan di ibukota.  Pernah dua hari,  saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu  selera.  Ada juga kalangan  kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher'  dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik'  kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.  Saya rela berlapar  daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita  mengelak, Allah akan pasti membantu kita.  Seperti kisah,  ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.  Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa  sehingga subuh hari.  'Tak boleh  sembahyang Jumaat!'   Saya bekerja di  bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil  saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah  ribuan setiap hari.  Suatu hari, ketika  saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45  petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.   "Kenapa baru  balik? Pergi mana?" jerkahnya.  "Sembahyang. Hari  inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.  "Sembahyang banyak  lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi  sembahyang!"katanya tidak puas hati.  Ya, salah  kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di  Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.   "Apa?!! Tak payah  sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil  meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh  ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.  Pada saya, rezeki  milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya  menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya  berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan  mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.   Kembali kepada  kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya,  tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.   Suatu malam, saya  sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab  berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup  makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada.  Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.  Saya hamparkan  sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu  yang tercinta dan arwah guru saya.  "Jika kau susah  sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat  mereka kepada saya.  Teresak-eask saya  menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala  saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk  bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!   Bak kata seorang  sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya...  "Jikalau aku diam,  aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di  muka."   Ya, begitulah juga  dengan saya...hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah  Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah  buat menenang jiwa yang resah.  Tatkala membuka  helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di  situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya  dengan cara yang tidak disangka-sangka...  Ini bukan kisah  rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia  di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.   Ada dengan cara  fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan  ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah  Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.  Yakinilah bantuan  Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya  yang bersangka baik dan taat pada-Nya.  Seperti sebuah  hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan  hamba-hambaKu."  Isteri menangis,  anak tersenyum sehingga lena   Sekitar tahun  2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar  kesempitan wang.  Malam itu, susu  anak sulung saya habis. Berdebar jantung  lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri  juga, tidak menjamah walau secebis makanan.  Tiba saat yang  cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya,  minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan  itu.  Saya dengan hati  yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak  sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi  berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia  capai lalu menghisap botol tersebut.  Beberapa saat  kemudian, dia berhenti lantas memandang saya...  Bimbang benar jika  dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah  aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak  menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan  reaksi si sulung seterusnya.  Saya bersabar  menunggu detik itu...  Sambil memegang  botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :   " Mmm...sedap.."  dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk  'mencarik-carikkan' nurani saya.  Aduhai, sebak  terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis  semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena......   Sebenarnya,  ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah  untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan  mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.  Ketika  menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup  nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.   Dan setiap ujian  yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya,  tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat  menanggungnya.  Begitu juga  masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak  upaya menahan bebannya.  Dan ujian Allah  adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:  "Allah tidak  membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?" (Al-Baqarah:  286)   Begitulah Allah  yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.  Adakala hidup ini  dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan  dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.   Jika anda rasa,  anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin  hawa atau makanan enak menjilat rasa.  Atau sekadar  menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang.  Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan  lara.  Jikalau anda rasa  hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda  hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa  agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.   Terus- terang saya  katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya  juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala  naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.  Di sebalik  tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti  daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang  saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan  yang tuhan berikan.  Kata seorang tua  kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang  membenci kita. Justeru janganlah  kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.   Ada pembaca yang  menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya  malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.  Sesungguhnya,  pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di  dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.  Syukur kepada  Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan  pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...   "Dan Kami pasti  akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa  dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar.  (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa  inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami  kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).   | 
 
 
 
 Posts
Posts
 
 
Tuan tanah.. tumpang spam kejab..
ReplyDelete———-
Terima kasih di atas sokongan anda..
Emas dan Tanah akan berpindah ke alamat dan hosting baru. .. emasdantanah.com.. Nantikan kemunculannya.. 08.08.2009..
Sila betulkan bookmark anda ke http://www.emasdantanah.com/
Nantikan freebies yang akan menanti anda di EmasdanTanah.com pada 08.08.2009..
Tunggu!!!
salam fahim..
ReplyDeletemenarik sungguh cite ni..tq for sharing
smoga penulis dimurahkan rezeki dlm mengharungi hidup mendatang...
al_husni
wow wida spam di sini :p hehehe, xpe2, sila saja buat iklan sambil2 lalu :)
ReplyDeletebro ali, saye sebak sungguh2 bile bace tang anak die kate sedap mase menyusu air suam. walaupun dah ulang bace byk kali. Subhanallah....
same2 ambil iktibar. same2 kite bantu org lain, walaupun yg bukan Islam. InsyaAllah, ade rezki, depa dapat hidayat, Amin :)
salam
ReplyDeletesaya C&P dan letak kat blog saya yea, untuk ingatan dan becaan bersama
silakan, silakan,
ReplyDeletesaye pon amik dari blog org :) credit kepada tuan tanah.