Saya amat tertarik dengan ulasan dari Investopedia.com oleh Lisa Smith (sila klik sini untuk bacaan penuh) mengenai 5 jenis insurans yang perlu dibeli.
1. Long-Term Disability Insurance
Dalam bahasa melayunya ialah Insurans cacat kekal. Polisi ini penting untuk memberikan perlindungan penuh supaya anda dapat meneruskan kehidupan anda walaupun anda sudah tidak mampu untuk bekerja.
2. Life Insurance
Dalam bahasa melayunya ialah Insuran Hayat. Tujuan polisi ini adalah untuk menjaga kepentingan tanggungan anda dari segi kewangan sekiranya pencarum meninggal dunia atau mati.
3. Health Insurance
Dalam bahasa melayunya ialah Insurans kesihatan. Insurans ini khusus untuk menangani masalah kos perubatan yang amat tinggi (wad, pemeriksaan kesihatan, ubat-ubatan, dll) untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital.
4. Home Insurance
Dalam bahasa melayunya ialah Insurans Kediaman. Idea utama bagi insurans ini ialah kos untuk menggantikan struktur rumah dan isi rumah; sekaligus dengan kos tempat tinggal sementara semasa pembaikan tanpa mengambil kira kos tanah kepunyaan anda.
5. Automobile Insurance
Dalam bahasa melayunya ialah Insurans Otomobil/ Kenderaan. Ini adalah insurans wajib yang perlu untuk membolehkan anda memperbaharui cukai jalan. Perlukan lebih penjelasan?
Tip Bonus untuk Pemilik Perniagaan: dapatkan insurans perniagaan untuk perniagaan anda.
Berhati-hati Memilih Polisi
Terdapat pelbagai jenis Polisi insuran, dari segi harga, perlindungan dan faedah. Baca polisi dengan teliti dan pastikan ejen insurans anda menerangkan kepada anda setiap perlindungan dan kos supaya anda faham setiap satu polisi tersebut. Pastikan polisi yang anda beli merangkumi semua keperluan anda, dan sekali-kali menurunkan tandatangan selagi anda belum puas hati.
Sila tambah sekiranya ada insurans penting yang tercicir dari entri ini :)
Thursday, October 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nak tau pasal unit trust ni ..boleh ke tak leh ni ..ehehe
ReplyDeletebro asura,
ReplyDeleteape kate ko tanye je kat sini. nanti kite ramai2 diskas. ok?
sebab, kalo kate nak tuntut ilmu dari aku, aku pon xdela pandai sangat.
tapi kalo tanye je, mane tau leh diskas :)
mekasih ..aku skang ni beli unit trust. bini aku tanya sorang minah ejen UT kat tempat keje dia.
ReplyDeletedia ckp UT ade 2 ..dalam negara dan luar negara. Skang ni elok beli dluar negara sebab ekonomi mesia skang ni x bape elok.
Aku x pasti bende ni. Mayb ko leh tulun aku clearkan skit serabut di kepala aku.
mekasih broo
Mule2, konsep fund luar negara dan fund dalam negara..
ReplyDeletekalo luar negare tu, maksud die, die invest kat luar negara sahaja.
cth die, Public China Select Fund (invest kat HK, China dan Taiwan), Public South East Asia Select Fund (invest kan area Asia Tenggara). Boleh cek kat sini http://www.publicmutual.com.my/page.aspx?name=utp_pequity
kalo yang dalam negara tu, maksud die, die invest dalam malaysia, mcm Public Ittikal dll.
tp, utk soalan yg bertanyakan pendapat mengenai elok invest kat fund luar negara sebab ekonomi malaysia teruk, pada saya adalah KURANG TEPAT.
sebab masalah ekonomi sekarang ni bukan malaysia je yg sedang hadapi. sekarang ni, satu dunia tengah berhadapan dengan masalah, termasuklah US, Eropah, dll.
utk info psl masalah ekonomi dunia, leh ikot perbincangan kat BDN atau masok blog ni, http://www.pakdi.my/
kat due tempat tu ade penerangan.
my simple advice, hold dulu modal tu, lepas tu monitor keadaan ekonomi kite sampai abis Q109 (1st quarter 2009, jan 09 sampai Mac 09).
sambil2 tu, cari ejen UT yg dah lame dan die xpush ko utk beli mane2 fund. kalo die rekomen beli mane2 fund, ko mintak die terangkan sebab die rekomen dan suruh die kaitkan dengan Bursa Malaysia.
tp ini just nasihat aku yg amatur je. kite same2 kongsi ilmu, ok bro? :)
Berdasarkan pengalaman saya apa yang menjadi ukuran utama ialah situasi dan keperluan pelanggan (dari pandangan seorang konsultan). Jika diberikan scenario dengan jelas dan mempertimbangkan profil risiko pelanggan secara keseluruhan kita boleh memilih pelan yang sesuai antara ratusan pakej di luar. Contohnya kena pertimbangkan juga perancangan pusaka yang belum atau sudah dilakukan oleh pelanggan.
ReplyDeleteSaya menjemput saudara-saudari membaca buku saya "Rahsia Mengurus Insurans Hayat" yang membicarakan semua hujah-hujah di atas dengan sistematik. Walaupun ia ditulis untuk "man on the street" tetapi banyak maklumat untuk konsultan dalam bidang insurans. Boleh dipesan atau dibeli dari MPH, Popular atau terus dari penerbit PTS 603-61880316
Sunthara Segar CFP,RFP
Writer,Marketing and Copywriting Consultant
http://ilmudigital.blogspot.com
Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
tq sunthara for your recommendation.
ReplyDeletenak tambah sikit. saye ade berminat dgn beberapa buku keluaran PTS. tp nak kene intai2 dulu kat MPH sebelum beli. hehehe.
bro asura,
selain dari nak melabur, perlu jugak membuat pelaburan dari segi ilmu. cube tgk2 buku2 yg dicadangkan oleh sunthara, sebab buku keluaran PTS agak mantap jugak.
satu lagi tips, bro asura kene consider bayaran2 yang dikenekan oleh pihak UT sebelum membuat pelaburan. agak-agak xboleh diterime, sumbat dlm ASB dulu. at least dpt gak dividen. tinggi tu dividen ASB :)
lagi satu, bro asura kene tahu personaliti bro sebelum melabur.
Tentang intaian buku-buku saya, tak payah susah payah pergi ke kedai buku, intai di google books, boleh baca dua tiga bab kemudian buat keputusan untuk beli online atau offline.
ReplyDeleteIni linknya
http://books.google.com.my/books?q=sunthara+segar&btnG=Search+Books&um=1
Sunthara - 0178719444