Advert Board

Saturday, October 11, 2008

Zakat Gaji

Saya salin soalan ni terus dari sumber berikut:
Sumber: http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/zakathartapusaka.htm

Kemusykilan mengenai zakat zakat pendapatan (gaji)

Jawapan:

1)Fatwa oleh Dr. Yusuf Qardhawi dan lainya mengenai zakat gaji adalah merupakan ijtihad dari beliau sendiri. Ijtihad itu tidak mengikat sesiapa kecuali orang yang bersetuju dengannya.
Jawatankuasa Syariah Negeri Perak tidak menerima fatwa tersebut kerana asasnya tidak kukuh.

2)Fatwa tersebut tidak berasaskan kepada kaedah yang jelas:
i) Jika ia dibuat berdasarkan Qat`i tidak pula disebutkannya.
ii) Jika ia dibuat berdasarkan qias juga tidak dijelaskan kepada apa ia diqiaskan. Apakah ia qiaskan kepada zakat bijirin, emas, ternakan atau riqaz.
iii) jika bijirin zakatnya 1/10, binatang mengikut jenis binatang yang diternak. Jika emas dan perak, mengikut timbangan dan disyaratkan haul jika sedang riqaz zakatnya 1/5.

3)Selain dari bijirin, haul adalah disyaratkan. Harta yang dikenakan zakat tidak ditolak keperluan diri dan keperluan keluarga yang ditolak hanya hutang.

4)Oleh sebab-sebab yang tersebut di atas maka Jawatankuasa Syariah telah berpendapat, pendapatan gaji tidak dikenakan zakat kecuali setelah disimpan dan cukup haul dan nisabnya.


Berikut adalah perbezaan yang saya dapati (AMARAN: SAYA TIDAK PERNAH MENDAPAT MANA2 DIDIKAN RASMI UNTUK TOPIK INI, terima kasih untuk membetulkan saya sekiranya saya salah):
a. Nisab ialah nilai semasa 85 gram emas. Untuk tahun 2008, nilai emas sekitar RM100/gram atau sekitar RM8500 nilai nisab. Walau bagaimanapun, Pusat pungutan zakat menetapkan kadar nisab untuk tahun 2008 ialah sebanyak RM6400.

b. Syarat zakat juga mestilah sempurna milik. Sekiranya anda masih berhutang, adakah sesuatu barang itu adalah milik anda sepenuhnya? Bahkan, pembahagian harta pusaka adalah terhadap baki harta Allayarham selepas segala hutangnya dibayar terlebih dahulu. Tetapi, pusat pungutan zakat tidak mengambil kira sebarang hutang. Bayangkan sekiranya si pemiutang yang bergaji RM3000 tetapi mempunyai hutang bulanan sebanyak RM2500, bagaimana hendak mengira kadar zakat orang ini? Dan bagaimana pula orang tersebut hendak menyara dirinya?

Pendapat:
Zakat mampu mendidik kita menjadi khalifah Allah yang bersyukur. Jadi, bayarlah zakat bagi mereka yang mampu.

Bagi saya, saya lebih sanggup membayar zakat dari membayar cukai :)

3 comments:

  1. bro, saya nak buat zakat melalui potongan gaji bulanan.. mcm mane ekk?

    ReplyDelete
  2. bro ajep,

    sekiranya anda mempunyai majikan (iaitu anda bekerja untuk orang), sila rujuk bahagian HR. sebab gaji anda diuruskan oleh mereka dan ia adalah bergantung kepada kerajinan mereka untuk menguruskan perkara ini.

    sekiranya anda bekerja sendiri, sila tanya pusat pungutan zakat negeri anda bekerja. insyaAllah memang ada jalan. untuk negeri selangor mmg senang, tempat lain saya xpasti, tp memang ada.

    ReplyDelete