Advert Board

Saturday, January 30, 2010

[Teknik Asas] Membeli Barang Keperluan Pada Harga Rendah

Takrifan Barang Keperluan di sini adalah seperti barang2 dapur, tuala wanita, sabun2, syampu, diapers anak, dan lain2 lagi.

Langkah-langkahnya :

1. Semak senarai harga hypermarket. Bagaimana? Boleh diperolehi dari akhbar "The Star" dan "New Straits Time" keluaran hari Jumaat & Sabtu.

2. Semak senarai harga di kedai-kedai runcit di kawasan anda.

3. Biasakan diri dengan harga-harga tersebut. Macamane? Jadikan habit, untuk bandingkan harga-harga barang-barang keperluan anda. Mulakan dengan 10 barang terpenting dan termahal dahulu.

4. Belilah barang pada harga yang paling murah. Jangan lupe ambil kira kos minyak kereta & tol :)


Kalau perasan, cara kat atas ni, same je macam cara cari rumah untuk investment (semestinya pada harga rendah), iaitu kene buat "Homework", sampai dah boleh biasekan diri dengan ciri-ciri rumah.

Bezenye kene biasekan dengan harga barang-barang mengikut jenis-jenis diorang.



Peringatan:

1. Sila periksa tarikh luput produk sebab kebanyakan barang-barang keperluan yang dah dekat dengan tarikh expired (2 hingga 3 bulan) memang akan dijual murah sedikit. Kalau setakat 2 hingga 3 bulan sebelum expired memang boleh pakai lagi, tapi kalau dah expired, rugi je.

2. Teknik ni memakan masa, tapi selepas 2~3 bulan, insyaAllah nampak hasilnye, sebab anda dah biasekan diri dengan harga-harga barang-barang keperluan.

3. Saya tidak mendapat sebarang keuntungan dari teknik ini.

4. Saya juga tidak berniat untuk mendatangkan kerugian kepada mana-mana pihak.

5. Nak guna, guna. Nak sebarkan, sebarkanlah. Tapi jangan claim apa-apa atas sebarang masalah atau kerugian. huhuhuhu. Kalau linkkan ke blog ni semula lagi bagus.

6. Teknik ni wife aku yang guna. Aku driver je. ahahahaha.

Friday, January 29, 2010

[pakdi.my] Apa Yang Anda Boleh Buat Kalau Tidak Puas Hati Dengan Perbankan Islam?

Entri nukilan Pakdi dari entri beliau yang bertajuk Apa Yang Anda Boleh Buat Kalau Tidak Puas Hati Dengan Perbankan Islam?

Ok, macam entri Pakdi sebelum ni, 5 keutamaan sebelum melabur, sebab hasil kerja tangan beliau sudah sangat bagus dan saya khuatir saya akan mengubah maklumat sebenar yang ingin disampaikan jika saya mengolah semula, maka saya telah minta kebenaran dari Pakdi untuk terus menyalin hasil karya beliau.

Sila baca dan "digest" :)

Apa Yang Anda Boleh Buat Kalau Tidak Puas Hati Dengan Perbankan Islam?

Selaku pelanggan dan bakal pelanggan, anda berhak mendapat yang terbaik dan menyuarakan komplen. Walaupun produk perbankan Islam sudah disahkan patuh Shariah oleh Majlis Pengawasan Shariah, tetapi dari sudut operasi, masih boleh berlaku perkara salah patuh Shariah. Maka bila hal tersebut berlaku, anda mesti bertindak dan menggunakan kuasa dan hak sebagai pelanggan.

Cumanya anda mesti tahu apakah yang anda komplen itu valid dan mempunyai asas Shariah.

Kalau anda mahu komplen ‘mahal’, maka itu antara komplen yang tidak valid. Sebab Islam tidak pernah menghalang peniaga dari mengambil keuntungan seberapa banyak yang dia rasakan dia mahu ambil.

Tetapi komplen seperti, “Apakah barang yang bank jual? Pegawai bank tak bagitahu pun…” Maka, itu adalah komplen yang valid sebab dalam Islam kita mesti tahu barang yang dijual dan dibeli.

Malah, sekiranya perbankan Islam menawarkan pembiayaan berasaskan jual beli (bai’) dan sewa (ijarah) itu pun mempunyai perbezaan yang besar. Apabila berlaku jual beli, maka hak milik bertukar, risiko bertukar dan hutang tercipta. Tetapi sekiranya hanya sewa, maka hak milik tidak bertukar, risiko tidak bertukar dan hutang tidak terus tercipta melainkan apabila kita lambat bayar sewa dari tarikh yang ditetapkan.

Maka, operasi produk jual beli dan produk sewa sepatutnya ada perbezaan yang ketara. Kita sebagai pengguna mesti tahu perbezaan asas sebegini, supaya kita tahu hak dan tanggungjawab kita tertulis seperti yang sepatutnya dalam perjanjian yang bakal kita tandatangan.

Pada saya, perbankan Islam sudah tidak patut lagi menumpukan kepada produk yang patuh Shariah sahaja, tetapi dari sudut operasi juga mesti patuh Shariah. Tidak boleh tidak. Mesti ikut prosedur Shariah yang ditetapkan.

Jadi, pegawai yang terlibat dalam marketing misalnya, tidak boleh lagi sebut “interest… interest… interest” semasa bercakap dengan pelanggan. Kalau kita minta pembiayaan secara Islam, mereka tidak boleh sesuka hati bagi kita produk riba dengan alasan, “Dua-dua sama aje. Kita tukar label aje.”

Maka sekiranya anda tidak puas hati dengan perjalanan perbankan Islam, maka saya cadangkan begini:

Langkah 1

Mintak penjelasan yang lebih dari pegawai tersebut. Tetapi jika dia masih dengan sikap acuh tak acuh dengan isu Shariah …

Langkah 2

Jumpa bos kepada pegawai tersebut. Mintak penjelasan dari bos dia pula. Tetapi kalau bos dia pun 2×5 ….

Langkah 3

Sila hubungi Jabatan Shariah untuk penjelasan. Kalau kes kompleks, mereka boleh minta Penasihat Shariah bank mereka jawab. Kalau Jabatan Shariah pun macam tak tau apa-apa …

Langkah 4

Hubungi Bank Negara Malaysia (BNM), bahagian aduan pengguna. Cakaplah apa masalah Shariah yang berlaku. Bahagian tu patut salurkan kepada bahagian yang patut. Kalau BNM pun blurr…

Langkah 5

Bawa court ajelah. Majlis Pengawasan Shariah BNM sudah ada power yang sama dengan Mahkamah Tinggi Malaya.

Jangan Takut Membuat Laporan ke Pihak Yang Betul

Sepatutnya, langkah 3 iaitu dengan membuat laporan kepada Jabatan Shariah sudah mencukupi. Semua produk perbankan Islam telah mendapatkan kelulusan Majlis Pengawasan Shariah mengikut institusi masing-masing. Pegawai Shariah dalam bank sepatutnya tahu perjalanan produk yang bank mereka tawarkan. Kalau pegawai Shariah pun tidak boleh menerangkan proses Bai’ Inah, ijarah contohnya, maka bank itu sudah dalam masalah besar.

Kepada anda yang menyokong industri ini, bantulah dengan cara yang membina. Zaman “yang penting struktur produk mesti halal” sudah berlalu sebab ada pegawai dalam perbankan Islam yang take for granted dalam hal sebegini. Selain struktur produk mesti halal, cara proses dan cara operasi produk juga mesti halal sepenuhnya. Pelanggan, dengan cara yang betul, boleh menyedarkan banyak pihak agar proses dari A-Z adalah betul-betul halal.

Sekian dimaklumkan.

p.s. Kalau produk yang anda tidak puas hati itu dari Bank ABC, anda kenalah jumpa pegawai Shariah Bank ABC, jangan pula bertanya kepada pegawai Shariah Bank 123.

Thursday, January 28, 2010

Part 3 : Perancangan Kewangan Untuk Anak-Anak

Kesinambungan dari 2 entri ni

Part 1 : Perancangan Kewangan Untuk Anak-Anak

Part 2 : Perancangan Kewangan Untuk Anak-Anak

Untuk menghadapi cabaran dunia masa kini, kita perlu fleksibel dan praktikal.

Atas sebab tu, sejak bulan November 2009, kami telah menambah baik strategi kami (sekurang-kurangnya menambah baik bagi kami) dalam perancangan kewangan anak-anak.

Perubahan pertama

Kami telah membuka akaun Amanah Saham Didik (ASD) untuk tabungan anak (-anak, insyaAllah) di bawah nama Isteri. Akaun ASW2020 yang telah dibuka telah digunakan untuk objektif lain :)

Sebab?

Untuk lebih mudah diuruskan dan "Peace-of-mind".

Perubahan kedua.

Kami menambah sumbangan kami daripada RM10 seorang (berjumlah RM20) untuk setiap anak, kepada RM25 seorang (berjumlah RM50) untuk setiap anak (-anak, insyaAllah).

Sebab?

Jom buat kiraan mudah.

Permulaan = RM200.

Bulanan = RM50.

Selepas 6 tahun (masok tadika), insyaAllah akan ada, RM200 + (RM50 x 6 tahun x 12 bulan) = RM3800

Bandingkan Dengan Perancangan Awal

Permulaan = RM200. Nilai asal adalah RM100, tapi aku tukar untuk mempermudahkan perbandingan.

Bulanan = RM20.

Selepas 6 tahun (masok tadika), insyaAllah akan ada, RM200 + (RM20 x 6 tahun x 12 bulan) = RM1640

Bezanya adalah RM2160.

Kiraan lebih "detail" (aku guna MS Excel) dengan andaian mendapat dividen tahunan pada kadar 6% setahun pulak (ASD lah ni),

Selepas 6 tahun, insyaAllah akan ada, RM4631.

[edit: tukar RM1180] Berbanding dengan perancangan awal, selepas 6 tahun, insyaAllah akan ada, RM2022

[edit: tukar RM3451] Bezanya adalah RM2609.

Perbezaan

Nampak perbezaan yang nyata? Dengan hanya perbezaan sebanyak RM30 (atau RM15 seorang), nilai selepas 6 tahun adalah sangat nyata.

Apa yang dikekalkan?

1. Ini adalah SIMPANAN. Bukan pelaburan atau apa-apa juga.

2. Bila tambah anak (insyaAllah), kami akan tambah sumbangan RM25 setiap seorang dari kami, untuk setiap anak.

3. Simpanan ini akan digunakan untuk perbelanjaan persediaan kemasukan ke sekolah dan untuk persediaan kemasukan ke IPT, insyaAllah.

4. Ini adalah salah satu tindakan dan sedang dilakukan, dan insyaAllah akan diteruskan.

5. Aku juga sedang dalam pencarian mencari info tentang takaful pendidikan. Mahu tahu dulu apa itu takaful pendidikan.

Kenapa Aku Sibok Nak Cerita?

Saje-saje dan sebab aku rasa benda ni x berapa personal :)

"Ilmu yang tak dikongsi akan hilang, Ilmu yang dikongsi akan bercambah, insyaAllah."

"Lagipun, ini ilmu bukan aku yang punya, Allah yang punya :)"

Tuesday, January 26, 2010

Mana Penting, Usaha atau Hasilnya?

Sekolah

Di alam persekolahan, mak bapak dan guru biasenye menekankan tentang keputusan peperiksaan pada setiap penggal dan peperiksaan besar, UPSR, PMR dan SPM (kadang-kadang STPM).

Dapat A? Cemerlang.

Dapat B? Bagus.

Dapat F? Rotan lah.

Usaha? Tidak dilihat sangat, kerana jumlah A tu lah yang menentukan keputusan peperiksaan.

IPT

Di alam IPT pula, keputusan peperiksaan setiap semester masih lagi ditekankan, cuma yang berbeza adalah, untuk mendapat keputusan yang HEBAT, usaha yang berterusan diperlukan.

Sebab? Faktor "Carry-Mark" dari setiap ujian, kuiz, dan tugasan sepanjang semester yang berkenaan.

Kerja atau "Real-World"

Di alam Kerja ni adalah "Real-World", di mana, usaha adalah lebih di ambil kira (sebenarnya lebih bermakna).

Kenapa? Usaha yang menentukan hasilnya. Tiada short-cut atau apa-apa, walaupun Mak Bapak anda orang besar.

"Ada je kawan opis saya, anak orang kaya yang hebat?"

Biasanya, mereka itu berusaha sendiri, cuma dibantu oleh Mak Bapa, sebagai Batu Loncatan, bukan "Short-cut".

RM juta-juta, kalau disalah guna ("mis-manage") sebulan pon boleh habis, sehari pon mungkin.

IMHO

Anda gagal berusaha? Anda tanggunglah "hasilnya".

Anda rajin berusaha? InsyaAllah, anda dapat menikmati hasilnya.

Lambat atau cepat, itu urusan Allah. Urusan kita adalah BERUSAHA :)

Percayalah, saya tidak menipu.

Permintaan saya, Berusahalah Kerana Allah Taala.

"Kejar Dunia = Akhirat dan Dunia tinggalkan kita.
Kejar Akhirat = Dunia yang mengejar kita."

Friday, January 15, 2010

[Tips] Cara Kumpul Duit Untuk Kahwin

Kahwin ada banyak manfaat.

Kahwin itu memberi nikmat dan lazat :)

Kahwin itu memberi tanggungjawab.

Kahwin itu memberi rezeki lebih, insyaAllah.

Kahwin itu adalah "turning point" dalam kehidupan manusia.

Kahwin juga memberi berkat dan rahmat Allah, insyaAllah.

Tapi, sebelum kahwin, yang memeningkan kepala adalah "Bagaimana Nak Cari Duit Untuk Kahwin"?
Mari kita lihat apa sebenarnya yang boleh dilakukan.

Cara Asas

Kita bermula dengan cara mudah yang paling konservatif.

Anda simpan RM250 setiap bulan.

Ulang sehingga 36 bulan atau 3 tahun.

Berapa anda dapat?

RM250 x 36 bulan = RM9,000.

Tak Cukup?

Anda kongsi dengan bakal isteri, setiap orang simpan RM250 setiap bulan.

Jadi double, RM9,000 x 2 = RM18,000 (atau RM250 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000)

Tak Cukup Gak?

Doublekan nilai simpanan korang berdua kepada RM500 setiap bulan.

RM500 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000.

Lambat?

Simpan RM500 setiap bulan untuk tempoh 1 tahun setengah (18 bulan).

RM500 x 2 orang x 28 bulan = RM18,000.

Ok? Dapat idea?

Kene ingat, saye cume kongsi idea, berapa nak simpan sebulan dan berapa lama tu, kene bincang lah dengan bakal isteri.

At least dah ada peta :D

Nak bajet pulak macamane?

RM9,000 : Kenduri belah perempuan kecil-kecilan.

RM18,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki kecil-kecilan.

RM36,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki sederhana.

Ok? Nak detail lagi?

Bayar lah weh. Itu pon dah cukup banyak info free dah tu. Hehehehe.

Pendapat Saya

Ingat, kenduri kahwin hanya sehari. Kehidupan lepas kahwin insyaAllah menjangkau 30 hingga 50 tahun.

Tentukan sendiri keutamaan. Jangan silap.

Anda ingin berhabis sampai pokai untuk kenduri yang sehari?
Atau anda ingin hidup tenang sampai ajal korang berdua?

Renung-renungkanlah.

"Membazir amalan syaitan"
"Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal"

Tuesday, January 12, 2010

[pakdi.my] 5 Keutamaan Kewangan Sebelum Anda Mula Melabur

Entri kali ini adalah hasil nukilan Pakdi dari entri beliau yang bertajuk 5 Keutamaan Kewangan Sebelum Anda Mula Melabur

Ok, sebab hasil kerja tangan beliau sudah sangat bagus dan saya khuatir saya akan mengubah maklumat sebenar yang ingin disampaikan jika saya mengolah semula, maka saya telah minta kebenaran dari Pakdi untuk terus menyalin hasil karya beliau.

Sila baca dan "digest" :)

5 Keutamaan Kewangan Sebelum Anda Mula Melabur

Barangkali anda rasa keliru. Apa sebenarnya “pelaburan” yang terbaik?

Jumpa Anwar, dia kata Putrajaya. Jumpa Najib dia kata kelengkapan tentera. Jumpa Mahathir, dia kata ASB. Jumpa Pak Lah dia kata pertanian. Jumpa Mokhtar dia kata artis. Jumpa Rosmah dia kata jadi isteri PM.

Pening kepala.

Pada saya, bukan “instrumen” kewangan yang paling utama. Tapi adalah pengetahuan diri sendiri.

Kalau beli emas banyak-banyak pun, tapi hutang kad kredit konvensional masih keliling pinggang, amacam ?

Beli macam-macam saham pun, tapi satu kaunter pun tak naik, amacam ?

Beli hartanah sana sini pun, tapi semua masih kena “top-up” pada hujung bulan, amacam ?

Maka, sebab itulah pengetahuan yang paling penting. Apabila kita sudah ada ilmu pengetahuan, maka kita semua dapat menyusun keutamaan.

Jadi, saya cuba susun beberapa keutamaan untuk anda baiki balik.

Keutamaan # 1. Hapuskan hutang kad kredit konvensional segera. Kemudian, tukar kepada kad dari perbankan Islam kerana ia tidak ada elemen compounding interest. Kemudian, anda kena pastikan anda selesa untuk bayar lebih dari sekadar minimum payment. Kalau kadar minimum payment pun anda tidak selesa, itu maksudnya anda ada masalah dengan hutang kad hutang anda.

Keutamaan # 2. Pastikan anda selesa dengan kadar hutang-hutang yang lain. Contohnya, kalau dulu anda beli rumah kadarnya tinggi, BFR + 1% misalnya, cubalah anda tanya bank balik, boleh tak dapatkan rate baru yang lebih murah ? Ini contoh aje. Ada beberapa cara lagi.

Di sini saya tak maksudkan, mesti selesaikan hutang segera. Tidak. Saya maksudkan, pastikan jumlah duit gaji anda yang disumbangkan kepada bank setiap bulan adalah pada tahap yang terkawal. Anda tidak pening. Anda masih cukup makan. Anda selesa.

Keutamaan # 3. Simpan simpan simpan. Anda mesti ada sejumlah wang tunai yang mencukupi. Kalau simpanan belum cukup, lupakanlah untuk m.e.l.a.b.u.r.

Keutamaan # 4. Perlindungan kewangan yang mencukupi. Tidak kurang sangat, dan tidak berlebih-lebih. Buat apa ada sampai 2 polisi takaful yang beri manfaat yang sama?

Keutamaan # 5. Kenal pasti diri risk appetite diri sendiri. Pelaburan apa yang anda selesa ? Saham. ASB. Hartanah. Unit trust selain ASB? Emas. Derivatif … ? Di sini, sudah tentu anda kena tahu dulu apa impian kewangan anda. Kalau bercita-cita duduk rumah di tepi KLCC 10 tahun lagi, ASB sahaja tak cukup bang. Kena cari instrumen kewangan lain. Kalau bercita-cita nak pakai Mercedes hanya selepas pencen, itu takpe.

Tidak semestinya pelaburan. Anda boleh buat bisnes. Anda boleh dapatkan pendapatan dalam bentuk royalti dan seterusnya.

Keutamaan yang berterusan sampai mati. Sedekah. Zakat. Sedekah. Zakat. Sedekah. Zakat. Baik ketika duit lebih mahupun duit kurang. Allah swt sudah sebut kelebihan bersedekah ini dalam al-Quran. Dan al-Quran adalah petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Buat secara konsisten walaupun jumlahnya sedikit pada awalnya.

Semoga anda tidak pening lagi.