Advert Board

Friday, January 29, 2010

[pakdi.my] Apa Yang Anda Boleh Buat Kalau Tidak Puas Hati Dengan Perbankan Islam?

Entri nukilan Pakdi dari entri beliau yang bertajuk Apa Yang Anda Boleh Buat Kalau Tidak Puas Hati Dengan Perbankan Islam?

Ok, macam entri Pakdi sebelum ni, 5 keutamaan sebelum melabur, sebab hasil kerja tangan beliau sudah sangat bagus dan saya khuatir saya akan mengubah maklumat sebenar yang ingin disampaikan jika saya mengolah semula, maka saya telah minta kebenaran dari Pakdi untuk terus menyalin hasil karya beliau.

Sila baca dan "digest" :)

Apa Yang Anda Boleh Buat Kalau Tidak Puas Hati Dengan Perbankan Islam?

Selaku pelanggan dan bakal pelanggan, anda berhak mendapat yang terbaik dan menyuarakan komplen. Walaupun produk perbankan Islam sudah disahkan patuh Shariah oleh Majlis Pengawasan Shariah, tetapi dari sudut operasi, masih boleh berlaku perkara salah patuh Shariah. Maka bila hal tersebut berlaku, anda mesti bertindak dan menggunakan kuasa dan hak sebagai pelanggan.

Cumanya anda mesti tahu apakah yang anda komplen itu valid dan mempunyai asas Shariah.

Kalau anda mahu komplen ‘mahal’, maka itu antara komplen yang tidak valid. Sebab Islam tidak pernah menghalang peniaga dari mengambil keuntungan seberapa banyak yang dia rasakan dia mahu ambil.

Tetapi komplen seperti, “Apakah barang yang bank jual? Pegawai bank tak bagitahu pun…” Maka, itu adalah komplen yang valid sebab dalam Islam kita mesti tahu barang yang dijual dan dibeli.

Malah, sekiranya perbankan Islam menawarkan pembiayaan berasaskan jual beli (bai’) dan sewa (ijarah) itu pun mempunyai perbezaan yang besar. Apabila berlaku jual beli, maka hak milik bertukar, risiko bertukar dan hutang tercipta. Tetapi sekiranya hanya sewa, maka hak milik tidak bertukar, risiko tidak bertukar dan hutang tidak terus tercipta melainkan apabila kita lambat bayar sewa dari tarikh yang ditetapkan.

Maka, operasi produk jual beli dan produk sewa sepatutnya ada perbezaan yang ketara. Kita sebagai pengguna mesti tahu perbezaan asas sebegini, supaya kita tahu hak dan tanggungjawab kita tertulis seperti yang sepatutnya dalam perjanjian yang bakal kita tandatangan.

Pada saya, perbankan Islam sudah tidak patut lagi menumpukan kepada produk yang patuh Shariah sahaja, tetapi dari sudut operasi juga mesti patuh Shariah. Tidak boleh tidak. Mesti ikut prosedur Shariah yang ditetapkan.

Jadi, pegawai yang terlibat dalam marketing misalnya, tidak boleh lagi sebut “interest… interest… interest” semasa bercakap dengan pelanggan. Kalau kita minta pembiayaan secara Islam, mereka tidak boleh sesuka hati bagi kita produk riba dengan alasan, “Dua-dua sama aje. Kita tukar label aje.”

Maka sekiranya anda tidak puas hati dengan perjalanan perbankan Islam, maka saya cadangkan begini:

Langkah 1

Mintak penjelasan yang lebih dari pegawai tersebut. Tetapi jika dia masih dengan sikap acuh tak acuh dengan isu Shariah …

Langkah 2

Jumpa bos kepada pegawai tersebut. Mintak penjelasan dari bos dia pula. Tetapi kalau bos dia pun 2×5 ….

Langkah 3

Sila hubungi Jabatan Shariah untuk penjelasan. Kalau kes kompleks, mereka boleh minta Penasihat Shariah bank mereka jawab. Kalau Jabatan Shariah pun macam tak tau apa-apa …

Langkah 4

Hubungi Bank Negara Malaysia (BNM), bahagian aduan pengguna. Cakaplah apa masalah Shariah yang berlaku. Bahagian tu patut salurkan kepada bahagian yang patut. Kalau BNM pun blurr…

Langkah 5

Bawa court ajelah. Majlis Pengawasan Shariah BNM sudah ada power yang sama dengan Mahkamah Tinggi Malaya.

Jangan Takut Membuat Laporan ke Pihak Yang Betul

Sepatutnya, langkah 3 iaitu dengan membuat laporan kepada Jabatan Shariah sudah mencukupi. Semua produk perbankan Islam telah mendapatkan kelulusan Majlis Pengawasan Shariah mengikut institusi masing-masing. Pegawai Shariah dalam bank sepatutnya tahu perjalanan produk yang bank mereka tawarkan. Kalau pegawai Shariah pun tidak boleh menerangkan proses Bai’ Inah, ijarah contohnya, maka bank itu sudah dalam masalah besar.

Kepada anda yang menyokong industri ini, bantulah dengan cara yang membina. Zaman “yang penting struktur produk mesti halal” sudah berlalu sebab ada pegawai dalam perbankan Islam yang take for granted dalam hal sebegini. Selain struktur produk mesti halal, cara proses dan cara operasi produk juga mesti halal sepenuhnya. Pelanggan, dengan cara yang betul, boleh menyedarkan banyak pihak agar proses dari A-Z adalah betul-betul halal.

Sekian dimaklumkan.

p.s. Kalau produk yang anda tidak puas hati itu dari Bank ABC, anda kenalah jumpa pegawai Shariah Bank ABC, jangan pula bertanya kepada pegawai Shariah Bank 123.

No comments:

Post a Comment