Advert Board

Monday, October 26, 2009

Ilmu Di Sekolah Tidak Sepenting Ilmu Buat Duit?

Saya tahu, sesiapa yang sudah membaca penulisan Robert K. (Rich Dad Poor Dad) pasti biasa dengan konsep pemikiran beliau,

"Satu cabang ilmu yang tidak di ajar di sekolah ialah ilmu buat duit. Ilmu buat duit adalah lebih penting dari ilmu-ilmu lain yang diajar di sekolah. Berbekalkan ilmu ini, sesiapa juga boleh menjadi orang kaya di dunia ini. Sebaliknya, orang yang hanya ada ilmu di sekolah, adalah LOSER kerana tidak akan menjadi kaya"

Saya memang menggemari cara penulisan beliau yang "thinking out of box" dan mengajak pembaca-pembaca untuk celik kewangan, tetapi saya, dengan rendah diri, kurang bersetuju dengan konsep tersebut.

Pada pendapat saya yang tidak tahu apa-apa ini,

Untuk anak-anak kita, mereka mesti bersekolah, dan diberikan ilmu-ilmu yang diajarkan di sekolah dengan secukupnya. Ilmu-ilmu tersebut juga tidak kurang pentingnya.

Bagi kita yang sudah menghabiskan alam persekolahan (sesetengahnya Alhamdulillah dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tingg), mungkin kita rasa, "owh, ruginya bersekolah, bukan boleh kaya pun."

Tetapi, bagi anak-anak kita, adilkah bagi mereka kerana hasil silap faham kita bahawa pendidikan formal di sekolah tidak penting kerana tidak mampu mengkayakan kita, kita tidak menekankan kepentingan ilmu-ilmu tersebut? lantas mereka yang masih mentah dan tidak tahu "yang mana satu intan yang mana satu plastik", tidak menumpukan perhatian semasa alam persekolahan, sekaligus mendapat gred "D" di dalam peperiksaan mereka.

Tidakkah, kita, sebagai ibu bapa, tidak merasa kesal dan sedih akan kerugian yang bakal mereka hadapi?

Mari kita lihat SINOPSIS antara ilmu-ilmu yang kita telah perolehi hasil dari sistem persekolahan formal...

Geografi, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita hendak memahami konsep bentuk permukaan bumi mempengaruhi faktor keselamatan i.e. tanah runtuh, konsep matahari terbit dan tenggelam, dan juga teknik membaca peta.

Sejarah, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita akan memahami kepentingan sejarah, untuk membolehkan mereka belajar dari kegagalan orang-orang yang terdahulu.

Matematik, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita mampu mengira keuntungan (dan kerugian) atau kadar bayaran bulanan pinjaman, untuk mana-mana pelaburan yang disertai.

Sains, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita mampu mengaitkan hubungan hujan dan bencana alam atau bagaimana kebakaran boleh terjadi hasil dari api yang kecil.

Itu adalah sebahagian dari cabang ilmu yang kita pelajari di sekolah. Lain-lainnya, sila huraikan sendiri :D

Pendapat Saya Yang Ke-2 : Prosedur Menuntut Ilmu

Asas ilmu ialah membaca.

Selepas itu adalah menghafal.

Selepas sudah dihafal, barulah kita mampu memahamkan ilmu tersebut, bergantung kepada pengalaman hidup sebenarnya. Faham untuk jawap periksa tidak sama dengan faham apa inti pati ilmu tersebut.

Selepas sudah memahami inti pati ilmu tersebut pula, barulah peringkat menggunakan atau "apply". Pada peringkat ini, barulah ilmu-ilmu tersebut dapat difahamkan sepenuhnya dan bersebati dengan diri kita. Dan pada peringkat ini jugalah, seseorang manusia itu akan memikirkan bahawa, "owh, ilmu ini tidak penting" :(

Bagi sesiapa yang tidak setuju, saya ada lagi satu alasan kepentingan menghafal. Anda tahu kenapa di kalangan kita ada tahfiz? :D

Pendapat Saya Yang Ke-3 : Tanggungjawab Ibu Bapa

Ilmu-ilmu tentang cara-cara utk hidup tu ie buat duit, cari duit, habiskan duit, dsb, adalah tanggungjawab ibu bapa.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut idea ini, anda sebagai ibu bapa pasti faham maksud saya :D bagi yang belum menjadi ibu bapa, selepas anda menjadi ibu bapa nanti insyaAllah anda juga akan faham.

Kesimpulan

saye setuju dgn Robert K. bahawa ilmu buat duit itu penting, cume saye TAK BERSETUJU SEPENUHNYA bila dia cakap ilmu kat sekolah x penting.

KEDUA-DUA CABANG ILMU TERSEBUT ADALAH PENTING, WALAUPUN TIDAK SEPENTING ILMU AKHIRAT :)

Friday, October 16, 2009

Part 2 : Perancangan Kewangan Untuk Anak-Anak

"Post" kali ini adalah kesinambungan dari post Perancangan Kewangan Untuk Anak-Anak

Alhamdulillah, saya dan isteri sudah bersepakat untuk membuka 2 akaun, satu di Tabung Haji dan satu lagi ASW2020. Kedua-dua akaun tersebut sudah dibuka.

Tabung Haji

Akaun ini kami daftarkan menggunakan nama anak kami (usia 1 bulan), dan diletakkan nama saya sebagai penjaga (untuk sebarang urusan pengeluaran). Akaun ini akan digunakan sebagai tempat menyimpan sebarang sumbangan dalam bentuk wang untuk hero sulung kami, termasuklah duit raya.

Wah, kecil-kecil lagi dah ada simpanan. Next step, ialah meneruskan simpanan tersebut apabila menerima mana-mana sumbangan kewangan lagi, dan yang paling penting, menerapkan kepentingan menguruskan kewangan dengan baik dan juga menabung. Pada pendapat saya, inilah perkara "fundamental" yang paling penting tapi pada masa yang sama adalah yang paling sukar. Apa-apa pun, saya akan usahakan juga di samping berdoa ianya berjaya, Amin Ya Allah.

ASW 2020

Hah, inilah yang paling penting untuk saya dan isteri. Tadi tu adalah simpanan untuk diri hero sulung kami tu. Yang ni pula adalah simpanan untuk persekolahan anak(-anak) kami. Alhamdulillah, kami sudah membuka akaun dengan simpanan permulaan RM200, dan InsyaAllah kami akan mendisiplinkan diri untuk membuat sumbangan bulanan RM20 untuk setiap seorang anak(-anak).

Semoga Allah membantu kami, terutamanya dalam mendesak PNB untuk mencapai status Shariah-Compliance bagi kesemua portfolio diorg. Further, kebanyakan orang-orang yg bekerja dgn PNB ni Muslim, insyaAllah mereka pon akan berusaha ke arah itu, Amin Ya Allah.

Next Plan Utk Anak(-Anak)?

Saya sedang mengumpul info-info untuk mewujudkan skim bagi Tabung Pendidikan Tinggi anak(-anak) kami. Setakat ni, pilihan yang ada termasuklah:
a. Amanah Saham PNB (ASB, ASW2020, ASD,et)
b. Takaful pendidikan (yang ni xde info lagi. Tapi saya agak "sceptical" bagaimana plan takaful ni boleh berfungsi... Need to find more info on this. Maybe i'll talk to my current PruBSNtakaful agent, which is fortunately my friend, to get more info on this thing. Further, i'm still wonder which one is better, Investment-Link-Takaful or the ordinary Takaful. Wargh, excessive info is bad, lack of info is worse, huhuhuhu)
c. Beli rumah, jual. Ulang sehingga tiba masa anak(-anak) melanjutkan pelajaran :D
d. Unit Trust yg lain (last resort)
e. Saya masih perlukan input. Siapa-siapa nak berkongsi, silalah, jangan segan-segan :)

Tuesday, October 13, 2009

8 Kelebihan Mempunyai Pengurusan Kewangan Yang Baik

Senarai 8 Kelebihan Mempunyai Pengurusan Kewangan Yang Baik:
1. Memastikan Wang (REZEKI) Yang Ada Mencukupi
2. Mengelakkan Pembaziran
3. Menghadapi Musibah dan Kesulitan
4. Mewujudkan Simpanan Untuk Membina Kekayaan
5. Mencapai Matlamat dan Hajat
6. Mengurangkan Kebergantungan Kepada Orang Lain
7. Membantu Orang Lain Yang Sangat Memerlukan
8. Menjadi Seorang Muslim Yang Cemerlang

Perbincangan

1. Memastikan Wang (REZEKI) Yang Ada Mencukupi

Setiap Muslim telah diberikan rezeki yang mencukupi (walaupun nilainya berbeza-beza) oleh Allah SWT. Yang membezakan setiap individu adalah cara mereka berbelanja (menggunakan rezeki yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu) dan menguruskan rezeki mereka. Rezeki di sini termasuklah wang, harta, masa dan tenaga.

Analoginya, Ahmad dan Ali mendapat gaji harian RM50.00 setiap seorang. Setiap hari, Ahmad akan membelanjakan RM15.00 keperluan hariannya termasuk makan dan minyak. Bakinya sebanyak RM35.00 akan disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Ali pula akan membelanjakan RM40.00 setiap hari demi memuaskan kehendak hatinya. Baki RM10.00 pula akan dikumpulkan untuk dihabiskan pada hujung minggu.

Siapakah yang lebih bijak berbelanja dan menguruskan rezeki mereka?

2. Mengelakkan Pembaziran

Setiap seorang manusia di muka bumi ini, Allah telah mengurniakan akal dan nafsu.
Apabila kita mengutamakan akal berbanding nafsu, InsyaAllah selamat. Sebaliknya, apabila nafsu diutamakan, pelbagai musibah termasuk pembaziran bakal berlaku. Seorang Muslim yang menggunakan akal untuk berbelanja, insyaAllah dapat mengelakkan pembaziran.

Analoginya, makan sepinggan nasi berlaukkan sesenduk sayur dan seekor ikan, insyaAllah kenyang bukan?Makan 2 set makanan yang sama juga mengenyangkan kita bukan, malah mungkin kita tidak mampu menghabiskannya.

3. Menghadapi Musibah dan Kesulitan

Setiap Muslim akan diuji, setara dengan kesanggupannya, itu adalah firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat yang terakhir. Adakah kita memerlukan seorang manusia yang lain untuk memberitahu kita semula akan kepentingan untuk bersedia bagi menghadapi mana-mana musibah, walaupun telah ada firman Allah di dalam Al-Quran?

Sekurang-kurangnya, persiapkanlah diri kita semampu mungkin untuk mewujudkan TABUNG KECEMASAN bagi kita dan keluarga kita. Lain-lain hal adalah urusan Allah.

4. Mewujudkan Simpanan Untuk Membina Kekayaan

Syarat asas untuk membina kekayaan adalah dengan menyimpan. Tanpa disiplin dan komitmen, adalah sangat sukar untuk menyimpan.

Analoginya, Abu dibayar sebanyak RM2,000.00 setiap bulan sebagai seorang eksekutif muda. Seiap bulan, Abu mampu mendisiplinkan dirinya untuk menyimpan RM1,000.00. Setelah 2 tahun, simpanannya telah mencapai nilai RM24,000.00.

Ahmad dibayar gaji sebanyak RM3,000.00 pada setiap bulan sebagai seorang eksekutif muda. Berbanding Abu, Ahmad hanya mampu menyimpan wang gajinya sebanyak RM100.00, itupun kadang-kadang dia terpaksa mengeluarkan wang tersebut untuk menampung perbelanjaannya yang sgt tinggi. Setelah 2 tahun, simpanannya hanya mencapai nilai RM2,000.00 (kerana beliau telah mengeluarkan wang simpanannya sebanyak 2 kali dalam tempoh 2 tahun tersebut).

Yang mana mampu membina kekayaan? Abu atau Ahmad?

5. Mencapai Matlamat dan Hajat

Manusia mempunya matlamat dan hajat yang berlainan. Ada yang ingin mempunyai rumah besar, ada yang ingin mengelilingi dunia, ada juga yang ingin membuka rumah anak-anak yatim.

Apa sekalipun matlamat dan hajat mereka, mereka memerlukan modal untuk bermula, terutamanya wang ringgit. Untuk menggunakan tandas awam pun kita perlu membayar 20 sen @ 30 sen. Hatta, sesetengah tandas ada yang mengenakan caj lebih tinggi. Tandas yang percuma biasanya daif keadaannya.

6. Mengurangkan kebergantungan Kepada Orang Lain

Tidak dinafikan manusia memang bergantung kepada Allah SWT untuk hidup. Itu satu perkara utama. Ini adalah perkara yang seterusnya, iaitu kebergantungan kepada orang lain. Hampir mustahil untuk menghilangkan sepenuhnya kebergantungan itu, tapi, insyaAllah boleh diminimumkan apabila kita mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Setuju?

7. Membantu Orang Lain Yang Sangat Memerlukan

Konsep zakat dan Sedekah adalah kunci kepada perkara ini. Di samping merapatkan silaturrahim, saham akhirat pon insyaAllah dapat. InsyaAllah Allah akan memberkati hidup kita dan melipatgandakan lagi rezeki yang kita keluarkan untuk zakat dan sedekah tersebut.

Zakat tu, Rukun Islam yang ketiga tu....

8. Menjadi Seorang Muslim Yang Cemerlang

Apabila kita mampu menguruskan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan harian kita, iaitu kewangan, insyaAllah kita dalam landasan yang betul untuk menjadi seorang Muslim yang cemerlang. Sebelum mampu menguruskan orang lain, elok juga kita mempraktikkan pegurusan yang betul ke atas diri sendiri.

Penutup

Semua "point" di atas bukanlah senarai yang mutakhir. Itu adalah di antara kebaikan-kebaikan yang insyaAllah kita perolehi dengan mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Kita perlu menguruskan sesuatu perkara dengan baik untuk mendapatkan hasil yang baik. InsyaAllah bantuan dari Allah akan datang. Sama-samalah kita berusaha.


CAIYO, CAIYO.

Thursday, October 8, 2009

ASNB / Saham Amanah PNB : Shariah Compliance?

Saya ingin mengajak semua pelabur Saham Amanah PNB termasuklah, ASB, ASN, ASD, dan sebagainya, untuk menghantar cadangan kepada PNB supaya mencapai status "Shariah Compliance" secepat mungkin.

Di harap, dengan tekanan secara halus dari para pelabur dapat membuka mata mereka-mereka yang menguruskan PNB, Amin Ya Allah.

Sila ke link berikut untuk menghantar cadangan anda,

http://www.asnb.com.my/icare.htm

Sekiranya anda buntu dan ketandusan idea untuk menyusun ayat cadangan tersebut, sila "copy-&-paste" ayat di bawah,

Saya mencadangkan agar PNB mematuhi "Shariah Compliance" (SC) untuk sebahagian besar amanah saham yang dikeluarkan terutamanya yang dikeluarkan khusus untuk kaum Bumiputera, seperti ASB, ASN, ASD, dan lain-lain, untuk menghilangkan keraguan Rakyat Malaysia Beragama Islam dalam membuat pelaburan di dalam ASB.

Mencari yang halal itu WAJIB.

Mungkin sedikit demi sedikit memandangkan membuat perubahan secara drastik adalah sangat sukar.

Terima kasih.