Advert Board

Monday, October 26, 2009

Ilmu Di Sekolah Tidak Sepenting Ilmu Buat Duit?

Saya tahu, sesiapa yang sudah membaca penulisan Robert K. (Rich Dad Poor Dad) pasti biasa dengan konsep pemikiran beliau,

"Satu cabang ilmu yang tidak di ajar di sekolah ialah ilmu buat duit. Ilmu buat duit adalah lebih penting dari ilmu-ilmu lain yang diajar di sekolah. Berbekalkan ilmu ini, sesiapa juga boleh menjadi orang kaya di dunia ini. Sebaliknya, orang yang hanya ada ilmu di sekolah, adalah LOSER kerana tidak akan menjadi kaya"

Saya memang menggemari cara penulisan beliau yang "thinking out of box" dan mengajak pembaca-pembaca untuk celik kewangan, tetapi saya, dengan rendah diri, kurang bersetuju dengan konsep tersebut.

Pada pendapat saya yang tidak tahu apa-apa ini,

Untuk anak-anak kita, mereka mesti bersekolah, dan diberikan ilmu-ilmu yang diajarkan di sekolah dengan secukupnya. Ilmu-ilmu tersebut juga tidak kurang pentingnya.

Bagi kita yang sudah menghabiskan alam persekolahan (sesetengahnya Alhamdulillah dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tingg), mungkin kita rasa, "owh, ruginya bersekolah, bukan boleh kaya pun."

Tetapi, bagi anak-anak kita, adilkah bagi mereka kerana hasil silap faham kita bahawa pendidikan formal di sekolah tidak penting kerana tidak mampu mengkayakan kita, kita tidak menekankan kepentingan ilmu-ilmu tersebut? lantas mereka yang masih mentah dan tidak tahu "yang mana satu intan yang mana satu plastik", tidak menumpukan perhatian semasa alam persekolahan, sekaligus mendapat gred "D" di dalam peperiksaan mereka.

Tidakkah, kita, sebagai ibu bapa, tidak merasa kesal dan sedih akan kerugian yang bakal mereka hadapi?

Mari kita lihat SINOPSIS antara ilmu-ilmu yang kita telah perolehi hasil dari sistem persekolahan formal...

Geografi, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita hendak memahami konsep bentuk permukaan bumi mempengaruhi faktor keselamatan i.e. tanah runtuh, konsep matahari terbit dan tenggelam, dan juga teknik membaca peta.

Sejarah, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita akan memahami kepentingan sejarah, untuk membolehkan mereka belajar dari kegagalan orang-orang yang terdahulu.

Matematik, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita mampu mengira keuntungan (dan kerugian) atau kadar bayaran bulanan pinjaman, untuk mana-mana pelaburan yang disertai.

Sains, tanpa ilmu ini, bagaimana anak-anak kita mampu mengaitkan hubungan hujan dan bencana alam atau bagaimana kebakaran boleh terjadi hasil dari api yang kecil.

Itu adalah sebahagian dari cabang ilmu yang kita pelajari di sekolah. Lain-lainnya, sila huraikan sendiri :D

Pendapat Saya Yang Ke-2 : Prosedur Menuntut Ilmu

Asas ilmu ialah membaca.

Selepas itu adalah menghafal.

Selepas sudah dihafal, barulah kita mampu memahamkan ilmu tersebut, bergantung kepada pengalaman hidup sebenarnya. Faham untuk jawap periksa tidak sama dengan faham apa inti pati ilmu tersebut.

Selepas sudah memahami inti pati ilmu tersebut pula, barulah peringkat menggunakan atau "apply". Pada peringkat ini, barulah ilmu-ilmu tersebut dapat difahamkan sepenuhnya dan bersebati dengan diri kita. Dan pada peringkat ini jugalah, seseorang manusia itu akan memikirkan bahawa, "owh, ilmu ini tidak penting" :(

Bagi sesiapa yang tidak setuju, saya ada lagi satu alasan kepentingan menghafal. Anda tahu kenapa di kalangan kita ada tahfiz? :D

Pendapat Saya Yang Ke-3 : Tanggungjawab Ibu Bapa

Ilmu-ilmu tentang cara-cara utk hidup tu ie buat duit, cari duit, habiskan duit, dsb, adalah tanggungjawab ibu bapa.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut idea ini, anda sebagai ibu bapa pasti faham maksud saya :D bagi yang belum menjadi ibu bapa, selepas anda menjadi ibu bapa nanti insyaAllah anda juga akan faham.

Kesimpulan

saye setuju dgn Robert K. bahawa ilmu buat duit itu penting, cume saye TAK BERSETUJU SEPENUHNYA bila dia cakap ilmu kat sekolah x penting.

KEDUA-DUA CABANG ILMU TERSEBUT ADALAH PENTING, WALAUPUN TIDAK SEPENTING ILMU AKHIRAT :)

3 comments:

  1. sistem pendidikan traditional ada pentingnya.Yang menjadi masalah ialah budaya masyarakat kita yang terlalu mementingkan peperiksaan. Bila pelajar sepatutnye mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan niat ingin tahu, mereka lebih tertumpu untuk belajar demi peperiksaan. Lepas exam lupa semuanya. Tu yg menjadi masalah sekarang ni. Tapi lately kerajaan pun sudah menggalakkan para pelajar untuk aktif dengan kokurikulum di samping pelajaran biasa. Ini diharapkan menjadi titik tolak kepada perubahan sistem pendidikan kita.

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt2 dengan pendapat sifu eezone.

    masyarakat kite punye mindset perlu ditukar :)

    kat sinilah ibu bapa perlu memainkan peranan yg penting. Bak pendapat saya yg ke-3, tanggungjawab ibu bapa.

    "Pendapat Saya Yang Ke-3 : Tanggungjawab Ibu Bapa

    Ilmu-ilmu tentang cara-cara utk hidup tu ie buat duit, cari duit, habiskan duit, dsb, adalah tanggungjawab ibu bapa."

    Sebagai kanak-kanak, kebanyakan daripada mereka memandang ibu bapa mereka sebagai idola atau hero/heroin mereka.

    Jadi, di sinilah kepentingan ibu bapa dlm membentuk anak-anak sebenarnya :D

    cume, jgn terlalu mengongkong lah.

    ReplyDelete