Advert Board

Friday, July 16, 2010

Saya Seorang Orang

oh, saye sebenarnye suke menulis. Lebih-lebih lagi dengan diinspirasikan oleh sahabat maya saya yang juga seorang penulis professional, Encik Bahruddin Bekri.

Masalahnya, banyak mase saye dihabiskan dengan menonton televisyen sepanjang malam (setiap hari bekerja); menganalisa dan membandingkan kehidupan orang lain di negara luar melalui drama-drama yang ditayangkan di AXN.

Oh, ruginya saye. Mungkin suatu hari nanti, saya berpeluang untuk meluahkan perasaan saye dengan cara menulis sepenuh masa. Oh para pengunjung, saya tahu dan sangat maklum, bahawasanya perancangan tanpa perbuatan adalah sia-sia dan buang masa. Terima kasih kerana tidak membidas tulisan saya ini :)

Dan kerana faktor di perenggan di atas, buat masa ini, saya masih juga cuba menyalurkan bakat saya yang sekelumit ini di sini, supaya tidak bertambah karatnya.

Oh, ya, saya tahu, saya ni perasan je lebih :D hehehehe. Terima kasih kerana membaca dan teruskan membaca.



psssttt : kepada pencinta buku, jangan lupa dapatkan hasil tulisan Encik Bahruddin Bekri untuk mendapatkan kelainan :) mungkin juga anjakan paradigma :p

psssstttt 2 : oh, saya juga meminati hasil tulisan Puan Ainon Mohd :)

2 comments: