Bayangkan,
Anda sebagai Tukang Masak, menanak nasi menggunakan periuk dan api (dari kayu api).
Situasi A
Anda menggunakan api yang besar dan nasi di dalam periuk tersebut tidak dikacau langsung.
Hasilnya?
Kerak nasi akan banyak dan kuantiti nasi yang boleh dimakan akan berkurangan.
Situasi B
Anda menggunakan api yang kecil dan nasi di dalam periuk tersebut sentiasa dikacau (macam buat dodol tu).
Hasilnya?
Kerak nasi adalah minimum dan kuantiti nasi yang boleh dimakan adalah banyak.
Huraian Situasi A
Anda sebagai tukang masak adalah diri anda sendiri, yang ada pekerjaan (periuk) dan ada gaji (nasi).
Api yang besar adalah perbelanjaan yang banyak dan tukang masak yang tak kacau langsung nasi dalam periuk adalah anda yang tidak mahu merancang perbelanjaan.
Hasilnya, tentulah perbelanjaan anda adalah besar (kerak nasi yang banyak) dan baki gaji yang tinggal adalah sedikit (nasi).
Huraian Situasi B
Sebagai perbandingan dengan situasi A, kini anda sebagai tukang masak, yang ada pekerjaan (periuk) dan ada gaji (nasi).
Api yang kecil adalah perbelanjaan yang sedikit dan tukang masak yang rajin mengacau nasi dalam periuk adalah anda yang rajin merancang perbelanjaan.
Hasilnya, tentulah perbelanjaan anda adalah kecil (kerak nasi yang sedikit) dan baki gaji yang tinggal adalah banyak (nasi).
Tambahan
Sila jangan bandingkan periuk dan nasi anda dengan periuk dan nasi orang lain :D
Rezeki masing-masing Allah dah tentukan.
Kecuali sebagai pembakar semangat dan motivasi sendiri :D
Thursday, July 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oh..sebab tak kacau nasinya ye...thanks.hee
ReplyDeleteMET,
ReplyDeletesebab apinye gune kayu api, jadi nasiknye kene dikacau.
kalau gune periuk nasi letrek, kalau nasinye dikacau, hasilnye lebih cantik dan sama rata :D
hehehe