Advert Board

Tuesday, March 23, 2010

Langkah-Langkah Membuat Bajet

Apa Itu Bajet?

Bajet ialah perancangan untuk membelanjakan wang yang ada, sama ada secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan.

Apa Ada Dalam Bajet?

Perkara penting yang perlu ada termasuklah (tapi tidak terhad kepada) :

a. Perkara atau tujuan membelanjakan wang seperti sewa rumah, bil air, duit petrol, tol, makan, hutang, dsb.

b. Wang yang diperuntukkan.

c. Wang yang dibelanjakan.

d. Wang yang tinggal (atau baki).

Alat?

Anda boleh menggunakan buku 555 atau menggunakan perisian komputer seperti Microsoft (c) excel atau sebagainya.

Format?

Suka hati.

Step-by-Step

Seterusnya ialah step-by-step untuk buat bajet yg agak efektif (tapi masih perlu disesuaikan untuk diri sendiri) :

1. Buat bajet secara kasar.

2. Catat setiap duit yg dibelanjakan setiap hari untuk tempoh 6 bulan.

3. Cuba patuhi bajet tersebut dengan memastikan tiada baki negatif untuk setiap perkara.

4. Berdasarkan rekod 6 bulan tersebut, rancang dan perhalusi bajet tersebut.

5. Mulakan berbelanja mengikut bajet yang telah dikemaskini tersebut dan teruskan buat catatan belanja.

6. Sentiasa pantau perbelanjaan dan dari masa ke semasa, perbaiki lagi bajet anda (kurangkan lagi mana-mana pembaziran).


Nota penting :
  • ni gak kaedah yg sangat penting untuk guna OD/ASB, bagi orang yg x biase.
  • Ini cuma tool (atau kaedah). Untuk berjaya, perlu ada disiplin diri.
  • Sendiri mau ingat :)

2 comments:

  1. aku mmg ada nk buat etry pasal bajet. ntah bile ntah.

    ReplyDelete
  2. aku biase buat entry time stress kat opis je.

    kalo x stress, kurang idea :)

    care nak channel out stress gak :)

    ReplyDelete