1. Ikut Objektif.
Antara Objektif-Objektif menggunakan Bajet adalah untuk:
a) memastikan Aliran Tunai (harian/mingguan/bulanan/tahunan) atau (Cashflow) sentiasa Positif.
b) mempunyai Simpanan.
c) mengurangkan pembaziran
Apabila terlupa objektif, amat mudah untuk kita tergelincir apabila menggunakan Bajet.
Lebih teruk lagi apabila kita tersalah objektif, pasti tergelincir.
2. Mulakan sekarang.
Bertangguh adalah langkah pertama untuk gagal, dalam apa jua perkara. Lakukan sekarang juga Bajet anda.
3. Mula Dengan Apa Yang Ada.
Jangan terlalu memikirkan perincian yang ditakuti terlepas pandang. Mulakan dengan apa yang ada dan diketahui.
4. Sentiasa Kemaskini Ilmu dan Maklumat.
Anda sudah mula menggunakan bajet, tapi dengan ilmu yang tidak seberapa. Apa tunggu lagi? Tambahlah ilmu dalam menguruskan kewangan supaya dapat memperbaiki bajet anda. Ilmu dan maklumat sentiasa berubah dan bertambah.
5. Kesempurnaan.
Kesempurnaan (atau Perfectionist) adalah musuh. Sempurna hanya boleh didapati di dalam fantasi dan angan-angan, bukan dunia nyata (atau realiti). Apa yang penting adalah kita buat yang terbaik (bukan cuba yang terbaik.)
6. Terlalu Teliti Adalah Elok Tapi Pada Masa Yang Sama Adalah Tidak Elok.
Lebih mudah jika setiap sen yang dibelanjakan dibundarkan kepada RM. Baki yang terhasil dalam bentuk syiling pula disimpan di dalam tabung. Heh, tibe-tibe je kite ade simpanan. Menarik tak?
Lebih mudah juga jika Bajet tersebut tidak mempunyai terlalu banyak pecahan. Cuba letak perkara-perkara yang seangkatan di dalam kategori yang sama.
Contohnya, cuba bandingkan apabila kita meletak perkara-perkara berikut di dalam Bajet :
a) Bil Elektrik
b) Bil Air
c) Bil Astro
berbanding dengan diletakkan sebagai Utiliti sahaja.
Contoh kedua, cuba bandingkan apabila kita meletak perkara-perkara berikut di dalam Bajet :
a) Petrol
b) Tol
c) Parking
d) Minyak
e) Servis
f) Installment Kereta
berbanding dengan diletakkan sebagai Kereta sahaja.
Contoh ketiga, cuba bandingkan pula apabila kita meletak perkara-perkara berikut di dalam Bajet :
a) Beli Baju
b) Wayang
c) Makan-makan
d) Karaoke
berbanding dengan diletakkan sebagai Hiburan sahaja.
7. Mengambil Kira Penggunaan Nilai Kredit Kad Kredit.
Kad Kredit adalah alat untuk memudahkan anda membuat pembayaran yang melibatkan RM yang besar. Kaedah penggunaan Kad Kredit yang terbaik adalah membayar nilai kredit yang digunakan pada atau sebelum tarikh akhir (atau Due Date). Untuk memastikan anda tidak terlebih berbelanja, pastikan setiap penggunaan Kad Kredit diambil kira di dalam Bajet anda.
8. Bersedekah atau Memberi Zakat.
Tidak perlu ditulis di dalam Bajet anda perkataan Sedekah atau Zakat. Cukuplah sekadar anda catatkan sebagai Lain-lain. Yang penting adalah anda bersedekah atau memberi zakat kepada yang memerlukan atau yang layak.
9. Sumbangan Kepada Ibu Bapa dan Keluarga.
Berilah sumbangan kepada Ibu Bapa dan Keluarga, walaupun sedikit. Di samping dapat membantu dari kewangan mereka dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli keluarga, anda juga mungkin akan didoakan oleh mereka untuk dimurahkan rezeki. Tak nak ke?
10. Menyimpan atau Menabung.
Kunci kejayaan anda di dalam Bajet adalah membuat simpanan seberapa yang anda mampu. Sebagai permulaan, 10% mungkin adalah yang terbaik.
11. Sentiasa Mengemaskini.
Keperluan kita di dalam kehidupan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Supaya selari dengan kehidupan dan kemampuan, sentiasa kemaskini Bajet yang digunakan. Mungkin dari semasa ke semasa kita boleh meningkatkan nilai simpanan, selari dengan kenaikan gaji atau keuntungan perniagaan.
12. Tidak Mengambil Kira Future Money.
Perbelanjaan seharusnya selari dengan wang yang kita ada pada masa berkenaan.
Future Money pula adalah wang yang MUNGKIN menjadi milik kita termasuklah kenaikan gaji tahunan, bonus, dividen, keuntungan masa hadapan dan sebagainya.
Untuk memastikan Bajet yang digunakan berjaya, abaikan Future Money ini kecuali bila anda benar-benar telah mendapatnya.
Akibatnya sangat buruk apabila anda berbelanja menggunakan Future Money tersebut, tetapi apabila masanya telah tiba, anda tidak mendapat Future Money berkenaan. Mana mau korek duit?
13. Jadilah Fleksibel.
Bajet hanyalah guideline. Jadilah fleksibel mengikut situasi. Manusia tetap manusia, bukan robot yang mengikut arahan sahaja.
14. Seimbang atau sederhana (Wasatiah).
Bajet perlu seimbangkan hidup, gembira, keperluan, agama dan orang di sekeliling kita. Tanda-tanda Bajet tak seimbang adalah tekanan untuk guna/ikut Bajet. Tapi jangan risau, sebab anda boleh ubah Bajet yang telah anda buat supaya seimbang :) X guna duit banyak tapi terlalu kedekut. Nanti orang gelar "Haji Bakhil" :)
15. Anda Adalah Anda, Orang Lain Adalah Orang Lain.
Ukur Baju Di Badan Sendiri. Tidak mengapa mempunyai Idola sebagai pembakar semangat. Tapi janganlah bandingkan pencapaian anda dengan orang lain. Bandingkan pencapaian anda dengan Bajet yang anda buat, sama ada berjaya mengikut Bajet atau tidak.
Kan tak logik kalau anda ambil Tun Mahathir sebagai Idola, kemudian anda bandingkan pencapaian anda dengan Beliau? hahaha.
Penutup
Senarai ini masih panjang lagi dan tidak terhad sampai 15 sahaja.
Sebarang perkongsian adalah dialu-alukan :)
Wednesday, April 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good..
ReplyDeleteso-so je :)
ReplyDeleteperkongsian di kala keje opis menimbun, hahaha.
x patut. kene stayback lah ni :p