Advert Board

Friday, August 28, 2009

Saya Kurang Disiplin

Terus terang, saya bukanlah seorang yang berdisiplin tinggi dan mampu berIstiqamah untuk masa yang lama.

Datang kerja pun lambat. Orang suruh datang sebelum pukul 9.00 pagi, pukul 9.15 pagi baru saye terhegeh-hegeh sampai.

Itu adalah kelemahan diri saya. Saya akui.

Jadinya, kelemahan ini berjangkit ke tabiat saya yang lain, terutamanya dalam menabung. Setiap bulan, mesti saya "tarik" semula simpanan dari ASB.

Perkara ini mungkin perkara yang kecil, tetapi hakikatnya saya yang menanggung kerugian untuk jangka masa panjang. Tambahan pula, saya memang tidak mampu untuk menabung 30% atau 40% dari gaji bulanan saya!

Sekiranya saya akan bersara (kerja makan gaji) pada had umur maksimum standard, iaitu umur 55 tahun, saya cuma ada masa dalam 28 tahun untuk memenuhkan kantung persaraan saya supaya tidak perlu menyusahkan orang lain.

28 tahun bersamaan 336 bulan. Katakanlah saya kerugian RM10 setiap bulan kerana sikap suka "tarik" semula simpanan dari ASB, saya sudah kerugian RM3360 (kiraan tanpa kompaun). Banyak tu, siapa rasa tidak banyak, sila gunakan wang RM3360 itu untuk membeli-belah di "E-Shop" saya :)

Itu jika RM10, sekiranya RM100 saya "tarik" setiap bulan, saya sudah rugi RM33600!!!

Atas sebab ini, saya terpaksa menukar strategi dengan Mengambil Pinjaman ASB Al-Bai Inah dengan Maybank (MBB) :) Promosi kejap (tapi tidak berbayar).

Sehingga Hujung Ogos 2009, MBB menawarkan skim yang menarik untuk pinjaman RM30,000 ke atas iaitu:
a. BLR-1.65% (utk 3 tahun pertama)
b. BLR-1.5% (utk tahun berikutnya)

Untuk tempoh biasa, sehingga diberitahu kelak, MBB menawarkan skim yang tidak kurang menarik:
a. BLR-1.35% (utk 3 tahun pertama)
b. BLR-1.3% (utk tahun berikutnya)

Menggunakan Lembaran "Microsoft Excel", saya membuat perbandingan antara menyimpan sendiri dan mengambil pinjaman tersebut untuk mendapatkan gambaran kasar. Dengan menganggap saya mengambil pinjaman RM30,000 untuk 20 tahun, InsyaAllah saya boleh untung lebih RM15,000.00 selepas tamat tempoh apabila membuat pinjaman tersebut berbanding menyimpan sendiri, dengan andaian, dividen ASB melebihi BLR dan wang dividen dan wang pokok tidak disentuh langsung.

Hei, kenapa saya tidak mengambil pinjaman maksimum RM200,000 sebagaimana orang lain?

Itu saya punya sukalah. Hehehe.

Sebenarnya, tujuan saya adalah supaya saya tidak akan menyentuh langsung simpanan tersebut untuk tempoh 20 tahun akan datang. Jadi, saya tidak mahu mengikat komitmen saya terlalu tinggi dengan pinjaman ASB tersebut dan saya perlukan sedikit kecairan atau "Liquidity".

WE NEVER KNOW THE FUTURE :)

Secara ringkasnya, saya pecahkan 10% bajet simpanan saya kepada 2 bahagian, satu bahagian untuk bayaran pinjaman tersebut, sebahagian lagi adalah untuk disimpan sendiri.

Anda pula bagaimana?

11 comments:

  1. Salam Sahabat.
    Mantap perancangan anda.
    Tapi cuba kira betul2.Untung tak buat pinjaman dengan simpan di ASB.
    Oh yer.Cuba kira effective rate dia.
    Sebab untuk personal loan,effective rate dia akan jadi tinggi jika dibandingkan dengan home loan yang menggunakan reducing rate.Jika personal loan interest nya 5%,effective rate nya boleh langkau ke 9%.Then tengok lagi hidden agenda personal loan ni,sebab kena potong biro.Potong biro akan tambah lagi 2%.Salam Ramadhan.

    PG
    pgtlr.blogspot.com
    12rejab.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. lupa nak tulis.

    ASB loan ni reducing balance term loan, totally different from Personal Loan :)

    so, die mmg sebijik mcm housing loan, lengkap ade MRTA (etiqa) punye. MRTA masuk dlm loan tu, bayar dlm RM7/month.

    monthly payment die, standing instruction je, maksudnye, cume kene pastikan baki cukup je dlm akaun. itu dah dicaj mase sign LO, total fee yang saya kena cuma RM90 :)

    ReplyDelete
  3. Salam bro.
    Very good info.
    Now if tak silap ASB boleh buat loan sampai rm400k.Yer ker?

    ReplyDelete
  4. yup.tertanye2 jugak sebenarnya.aritu masa di maybank dia cakap bleh buat sampai 400k.tapi bile tanye sekali lagi di cimb,dia kate sampai 200k,same macam asb biasa.

    mana satu kah?

    ReplyDelete
  5. salam all,

    sori lambat reply. saye cube reply dari hp, tp die xboleh nak post comment. baru harini dapat log in dari PC :)

    sefahaman sayelah, limit utk deposit ke akaun ASB tetap 200k.

    mungkin Maybank perlu confirmkan sendiri macamane diorg nak masukkan extra 200k tu kalo loan tu mencapai 400k :)

    Harap membantu sedikit ya.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Saya pun dah ambil loan asb ngan bank rimau 100k utk 25 tahun. Bulanan rm550. ni target utk persaraan sebab saya takde epf ngan pencen. lg pun dividen saya tak kan kuarkan lgsg.
    Dan saya plan nak tambah lg loan asb 100k mll RHB bulan depan supaya januari tahun depan dah boleh kira dividen. Force saving ni yg sebenarnya menyelamatkan keadaan.
    Loan ASB amat-amat untung utk jangka panjang berbanding simpanan bulanan dan juga jika Div ASB terus melebihi BLR.

    ReplyDelete
  7. Ya, betul tu En Gouku :)

    Perancangan yg bijak dan sekurang2nya kita sudah merancang dan melakukannya :) lain2 tu, serah pada Allah SWT :)

    maklumat terbaru, Bank Rimau melanjutkan tawaran:
    a. BLR-1.65% (utk 3 tahun pertama)
    b. BLR-1.5% (utk tahun berikutnya)
    sehingga hujung september.

    InsyaAllah ok :)

    ReplyDelete
  8. persoalannya...bagaimana akn jadi sekiranya dividen asb di bwh BLR..

    ReplyDelete
  9. very good question :)

    bile jadi mcm tu, peminjam ada 2 pilihan:

    a. terminate pinjaman tersebut, dan teruskan menyimpan sendiri. no more commitment :)

    b. teruskan pinjaman tersebut, tp tentulah spread (atau perbezaan) antara dividen dan BFR akan menjadi negative. hasilnya, anda mungkin akan rugi hasil dr perbezaan tersebut.

    yang mana satu pilihan anda? utk saya, saya tentu akan pilih A.

    apa pula pilihan anda?

    ReplyDelete
  10. aku dah tengok pada kiraan awal. plan memang nak guna dividen bayar balik pinjaman ASB tapi macam terpaksa guna duit lain untuk cover,
    baiklah aku ambil personal load dari bank rakyat lepas tu masuk asb

    ReplyDelete
  11. amin,

    pada pendapat aku,

    selagi ko sanggup utk buat sesuatu benda tu, buat saja.

    sebab, ko sahaja yg akan buat utk diri ko sendiri, bukan org lain :D

    chaiyo, chaiyo :D

    ReplyDelete