Advert Board

Thursday, March 12, 2009

Perniagaan kecil-kecilan

Seperti yang saya senaraikan di dalam blog kedai-e saya, sekarang saya ada berniaga kerepek secara kecil-kecilan. Saya bukanlah seperti orang lain, yang mempunyai modal yang besar dan pengalaman berniaga sejak kecil. Jadi, saya amat berbesar hati kerana Alhamdulillah saya telah berjaya memulakan perniagaan ini, sekaligus memberikan peluang kepada diri saya untuk mendapatkan pengalaman secara langsung dalam perniagaan. Semoga perniagaan kerepek ini dapat bertahan lama dan memberikan pendapatan sampingan kepada saya sekeluarga, Amin Ya Allah :)

Kerja-kerja yang saya lakukan adalah :
a. Mencari peralatan-peralatan untuk membungkus kerepek.
b. Mencari bekalan kerepek yang sedap dan murah.
c. Membungkus kerepek.
d. Menjual kerepek.
e. Mencari pasaran.
f. Menjaga akaun.

Semua kerja-kerja di atas saya lakukan dengan melakukan kesilapan pada kali pertama, tetapi saya sangat gembira kerana mendapat pengalaman yang sangat berharga hasil dari pengalaman melakukan kesilapan tersebut. Di sini, saya ingin berkongsi cerita mengenai kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan sebagai tatapan dan panduan bersama :)

Kesilapan pertama yang saya lakukan ialah pembelian "sealer" pada harga murah yang hanya mampu memberikan perkhidmatan selama 2 minggu sahaja. Akibatnya, saya hampir berputus asa kerana tanpa "sealer", saya akan menghadapi masalah yang sangat besar untuk membungkus. Alhamdulillah, dengan bantuan kakak ipar saya, saya berjaya mendapatkan "sealer" kualiti industri yang berkualiti. Walaupun harganya mahal, tetapi ia adalah aset yang sangat berharga.

Kesilapan kedua ialah membeli bekalan kerepek yang kurang sedap sehinggakan untuk menjual 2 bungkus setiap hari adalah sangat susah. Tanpa kerepek yang sedap, saya tiada modal untuk mencanangkan produk saya. Sebagai jalan keluar, saya terpaksa merantau lebih jauh untuk mencari bekalan kerepek. Alhamdulillah, sehingga hari ini, kerepek-kerepek saya mempunyai permintaan yang agak konsisten.

Kesilapan ketiga ialah membungkus kerepek tanpa menggunakan timbangan. Tanpa timbangan, masa yang saya peruntukkan untuk membungkus lebih lama, dan kuantiti setiap bungkusan amat berbeza. Selepas mendapatkan alat penimbang kualiti industri, Alhamdulillah kerja-kerja saya semakin mudah.

Kesilapan keempat ialah penetapan harga jualan. Pada mulanya, saya sukar untuk menentukan harga jualan bagi kerepek saya. Ini kerana saya tidak mempunyai alat timbang untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat kiraan. Selepas menggunakan alat timbang, Alhamdulillah saya dapat menjual kerepek pada harga yang agak kompetitif di samping kerepek yang berkualiti :D

Kesilapan kelima ialah saya tidak membuat akaun yang baik pada permulaan. Walaupun ini hanyalah kesilapan kecil, tetapi, untuk jangka masa panjang saya akan menghadapi masalah untuk mengawal aliran tunai perniagaan ini. Jadi, sekarang ini saya sudah menggunakan buku lejar untuk membuat akaun secara manual dan saya dapat memerhatikan aliran tunai perniagaan ini.


ps: kawan-kawan PMC yang ingin membuat pesanan kerepek, pesanan anda akan dihantar apabila ada aktiviti PMC i.e. TT, paintball, cuci rumah, etc.

pps: kepada pembaca-pembaca yang berminat untuk membuat pesanan, sila hubungi saya :)

keyword : pemborong kerepek, peniaga kerepek, pembekal kerepek, penjual kerepek, etc :)

20 comments:

  1. Saya adalah pembekal kerepek.Yang terbaru saya pasarkan Kerepek Kucai dan Meruku Ikan yang kini popular di negeri2 sblah utara..Berminat...email sy hasnahali_79@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  2. salam, saya ialah pembekal kerepek, saya membekal kerepek pisang dan mengalu-alukan pemborong.kerepek saya sedap,rangup dan terdapat dalam 2 saiz.yg paling nipis seperti kertas jer..memang best..original home made. berminat email saya rusnani@ymail.com

    ReplyDelete
  3. salam .. saya adalah khusus pengeluar empeng goreng atau keropok melinjau Yang sudah siap di goreng , keropok melinjau asli di datang kan daripada Indonesia ... berminat sila e-mail rafiq.epit@yahoo.com -- peniaga peniaga kedai makan amat amat di galak kan untuk mejual produk saya terutama nya kedai makan yang menjual menu daripada seberang . Klang & Sha Alam .. !

    ReplyDelete
  4. Pelbagai jenis kerepek dn biskut yg saya bekalkn..antaranya kerepek kuchai, batang buruk, simpul kasih, rempeyek, muruku, popia pedas/nestum,tart nenas, hazelnut cruchy dn lain2 lg..utk keterangan lanjut,sila layari http://hasnahali.fotopages.com

    ReplyDelete
  5. Saya adalah pembekal tiram manis, tart nenas, butter cookies, kuih gunting. berminat sila email saya di mieera68@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  6. Saya adalah pembekal tiram manis, tart nenas, butter cookies, kuih gunting. berminat sila hubingi saya amieera cookies di 014-5468250

    ReplyDelete
  7. saya adalah pembekal kerepek dan kacang pelbagai jenis, jika berminat sila email kepada saya di kuuman79@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  8. kerepek terbaru...kerepek nestum sangat lazat, disukai ramai dapatkan sample hubungi saya...cendolspecial@yahoo.com / 0193995055

    ReplyDelete
  9. kepada sume pembekal kerepek, saya pengedar kerepek yg bru menceburkan dri dlm perniaagan ini. silakan emailkan saya harga dan berat (kilo) ke : cutie_azu@yahoo.com.my kalau ada warga johor dialu alukan . kerjasama dari anda amat dihargai. terima kasih

    ReplyDelete
  10. boleh juga lawati http://kerepekarini.blogspot.com
    atau FB search KEREPEK ARINI

    ReplyDelete
  11. kepada pembekal kerepek dari Johor secara pukal seperti di Azhar Foods, saya pengedar kerepek yg bru menceburkan dri dlm perniaagan ini. silakan emailkan saya harga dan berat (kilo) ke : good_shark@yahoo.co.uk terima kasih

    ReplyDelete
  12. kepada pembekal kerepek,saya baru menceburkan diri dalam perniagaan ini.sila emailkan jenis,harga dan berat(kg) kepada:kimi_zac@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. Saya pengedar meruku secara langsung dari kilang pelbagai jenis meruku boleh diperolihi . Meruku ini sudah ada dalam pasaran dan mmg mendapat sambutan orang ramai. Berminat sila hubungi ilaz06@gmail.com

    ReplyDelete
  14. saya pembekal kerepek buatan tangan,sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar atau membeli secra pukal leh hubungi saya di 017-6844585

    ReplyDelete
  15. saya pembekal tart nenas
    homemade..resepi turun temurun
    berminat men jadi agent
    atau sebagai pemborong
    anda boleh emailkan kpd
    tartnenas_cookies@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya berminat ? harga/100

      Delete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. saya pembekal kerepek gunting,kuih siput,kuah rojak,sos cili,dan minyak kelapa dara..sy mncari pemborong d kawasan kedah..untk sebarang pertanyaan email kn kew syakirket93@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Assalam..sy pn.siti dri pahang..sy adalah pengeluar kerepek pisang nangka & kuih bahulu tradisi original dan berperisa.. utk tempahan atau pertanyaan blh whatsapp sy 012-2915254 atau email ariani5090@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.

    ReplyDelete