Advert Board

Tuesday, March 24, 2009

DIY Tool Set / Set Peralatan DIY

Saya sedang menambah kelengkapan set peralatan DIY (Do-It-Yourself) atau "DIY tool set" saya untuk membantu di dalam melakukan kerja-kerja pembaikan "minor" di rumah.

Set kepunyaan saya adalah set paling asas dan akan ditambah dari masa ke semasa. Di sini saya ingin berkongsi set peralatan DIY yang saya miliki.

Mari berkongsi bersama-sama :)


Bakul - Nostalgia, pada mulanya saya menyimpan set peralatan saya di dalam bakul ini.


"Tool Box" - Sekarang ini adalah "rumah" set peralatan saya yang baru.


Set Tukul - Tukul kuku kambing tu lebih berat berbanding tukul lagi satu.


Pahat 3/8" dan 1/2" - Untuk kerja-kerja memahat dan membantu memasang tombol pintu :)


Spanar - Spanar jaya?


"Cutter" dan Playar Muncung Tirus - "cutter" untuk menjalur wayar dan playar untuk memegang.


Set Pemutar Skru - Banyak tak? "Multi-purpose" tu. Untuk kerja pembaikan dan godek komputer :)


"Precise Screwdriver Set" - Yang ni untuk godek komputer sebenornye :)


"Allen Key" - Kunci yang tidak boleh membuka kunci. Hehehehe.


Gunting Besi - Yang ni, dawai halus boleh lut lagi la :)


"Buzzer" untuk memeriksa "continuity" wayar - Cadangan awal, saya berhajat untuk membeli "multimeter c/w buzzer". Tapi atas nasihat jurujual di kedai elektronik jalan pasar, saya beli sedikit aksesori elektronik untuk dipasang sendiri sahaja. Sangat sesuai untuk memeriksa keadaan pendawaian rumah :) Perlukan maklumat lebih lanjut? :)


"Safety Glass" - Untuk melindungi mata dari habuk atau serpihan :)

Pada masa hadapan, saya ingin menambahkan lagi set peralatan saya :
a. "Pipe wrench" - kerja-kerja perpaipan asas.
b. 700W "Hand drill" - Kerja-kerja menebuk lubang dan memutar skru.
c. Mesin Gergaji Bulat - Kerja-kerja memotong.
d. Beberapa perlatan lagi.

4 comments:

  1. 2 tahun yang lepas aku pakai tool box yg sama saiz macam tu.. tapi sekarang dah tak muat..
    bakul tu nampak lebih menarik.. klasik 80's.. heheh..

    ReplyDelete
  2. hehehe, nnt dah tambah handrill & gergaji, ade 3 box la. huhuhu. nak bawak extension lagi, alat2 utk buat wiring lagi. kui kui kui.

    plumbing job saye surrender, sebab maleh nak kotor2 sgt. huhuhu. except tukar kepale paip.

    bakul tu lepas ni nak gune utk packing kerepek plak. huhuhu. nak reduce production.

    ReplyDelete
  3. ha ha ha.. banyak tuu barang2 ko.. nanti aku nak pakai.. leh pinjam ek? ha ha ha

    ReplyDelete
  4. alahai sifu fizal aka juruukur.wa punye set basic saja.tp kalo nak pinjam bole saja :)

    ReplyDelete