Advert Board

Tuesday, March 3, 2009

Kenapa Saya Menabung, Mencari Pendapatan Tambahan dan Melabur?

Saya menabung, mencari pendapatan tambahan dan melabur untuk membolehkan saya sekeluarga membeli kereta, rumah, melangsaikan hutang-hutang dan menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan ibu bapa, tanpa menjejaskan kemampuan kami sekeluarga untuk mengharungi kehidupan harian yang semakin mencabar di Malaysia khususnya pada masa sekarang.

Sejujurnya, tanpa sebarang usaha untuk menabung, mencari pendapatan tambahan dan melabur, kedudukan kewangan kami sekeluarga akan bertukar menjadi parah. Saya bukan merungut, sebaliknya menyedari hakikat tersebut.

Hal ini memang tidak mampu saya nafikan, memandangkan keadaan di Malaysia yang sukar dijangka. Kenaikan kos hidup berkait secara langsung dengan kenaikan harga minyak, kenaikan tarif elektrik dan kenaikan tarif air dan kenaikan tol.

Saya tidak boleh menunggu sesuatu yang belum pasti dapat, seperti bonus dan kenaikan gaji, tanpa berbuat apa-apa. Jadi, saya mengambil inisiatif bersama isteri untuk menabung, mencari pendapatan tambahan dan melabur.

4 comments:

  1. fahim.. menyedari hakikat tuu.. jom kita tambah koleksi rumah.. ha ha ha

    ReplyDelete
  2. sifu juruukur,

    insyaAllah, mmg nak tambah lagi bile ade rezki lebih :)

    saye pon nak ajak semue kawan2 buat perkara yang sama.

    mari2 mencari duit lebih, xkire la keje ape, janji halal.

    semue duit lebih tu, simpan dlm ASB.

    bile dah cukup duit dlm ASB tu, melabur dlm pelaburan plg selamat (insyaAllah), iaitu property.

    ReplyDelete
  3. betul tu selagi kita boleh mencari duit lebih pa salahnya kita mencuba..

    ReplyDelete