Advert Board

Tuesday, July 15, 2008

Menabung a.k.a. Simpanan

Kes tipikal manusia.

A mempunyai pendapatan bersih RM1500 sebulan. Berbekalkan RM1500 itu, A telah berjaya mendisiplinkan diri utk menabung sebanyak RM150 setiap bulan (10% dari pendapatannya).

B mempunyai pendapatan bersih RM3000 sebulan. Walaupun begitu, B tidak pernah berusaha untuk menyimpan walau RM10 dari pendapatannya. Tidak cukup dengan RM3000, B mempunyai masalah menguruskan penggunaan kad kreditnya dengan mempunyai pertambahan baki tertunggak sebanyak RM150 setiap bulan.

Apa yang terjadi pada mereka selepas setahun?

A mempunyai tabungan sebanyak RM1800 (pokok) + RM58.88 (dividen ASB pada kadar 7% setahun). Selain dari wang, A juga mempunyai kesedaran untuk mengawal perbelanjaan secara bijak dan berpeluang untuk memohon pinjaman wang untuk projek-projek menambahkan pendapatan di masa akan datang.

B mempunyai bebanan hutang kad kredit sebanyak RM1929.05 (termasuk faedah 15% setahun). Selain dari beban hutang, B berhadapan masalah tekanan akibat beban hutang dan prestasi kerjanya merosot kerana kekurangan fokus.

Apa yang terjadi sekiranya A dan B masih melakukan perkara yang sama untuk 2 tahun yang berikutnya?

Jumlah tabungan A akan meningkat sehingga RM5400 (pokok) + RM589.52 (dividen ASB pada kadar 7% setahun) di samping pengukuhan ilmu kewangannya (berdasarkan pengalaman menguruskan kewangan sendiri selama 3 thn).

Hutang kad kredit B meningkat sehingga RM6767.33 (termasuk faedah 15% setahun) selain menghadpi masalah kendiri dan motivasi. Lebih memburukkan keadaan, sudah pasti pada masa yang sama, B telah disenaraihitamkan oleh Bank Negara Malaysia.

Moral Cerita

Langkah pertama untuk mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh adalah dengan menabung a.k.a. menyimpan.
Mempunyai pendapatan tidak bermaksud anda mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Sebaliknya, mempunyai pendapatan bermaksud anda mempunyai 2 pilihan iaitu menyimpan atau menghabiskan.

Jangan tunggu lagi. Mulakanlah simpanan anda pada saat dan ketika ini juga. Selain mempunyai wang simpanan (hasil tabungan anda), anda juga pasti memperolehi pengalaman berharga menguruskan kewangan sendiri; selain motivasi kerana telah ANDA BERJAYA DALAM MENGURUSKAN DIRI SENDIRI TANPA HUTANG.

2 comments:

  1. sebelum menabung , kita kena ada pendapatan dulu, bagaimana yer bagi yang tidak ada pendapatan,? konsep tabungan ini penah di guna pakai dan teramat penting sekali kerana ianya satu perancangan masa depan kewangan yang betul..bagus2 teruskan perbincangan seperti ini. cheer..

    ReplyDelete
  2. Saudara Ibnu Taharim, pada pandangan sayalah,

    Menabung adalah langkah pertama dalam perancangan kewangan.

    Sebaliknya, pendapatan adalah SYARAT UTAMA utk menabung :)
    Jadi, untuk mula menabung, mulalah cari punca pendapatan :)
    Hatta wang saku dan duit raya pun boleh dikira punca pendapatan.

    tq ibnu taharim for your first comment :)
    You are the lucky number one

    ReplyDelete