Saya buat ulasan peribadi untuk post Get Rich Slowly, How to Self-Diagnose Your Financial Health.
Kedudukan setiap soalan saye tidak ubah. Soalan dan huraian je saye ubah suai sesuke hati sendiri :)
1. Adakah Nilai Kekayaan (atau Networth) Anda Berkembang?
Nilai Kekayaan (atau Networth) adalah relatif.
Nilai Kekayaan (RM) = Jumlah Aset (RM) - Hutang (RM)
Ada orang ambil kire hutang membeli rumah sebagai hutang.
Ada orang tak ambil kire hutang membeli rumah sebagai hutang sebab rumah tu ada penyewa dan ada takaful MRTA.
Tapi, ade orang yang x brape kisah pasal Nilai Kekayaan diorang :)
2. Adakah Aliran Tunai (atau Cashflow) Anda Positif atau Negatif?
Aliran Tunai, dalam bahasa mudahnya ialah keluar/masuk duit dari poket/akaun kita.
Positif, bila ada lebihan. Kesannya, senyum lebar. Cukup2 pon kira positif lah.
Negatif, bila tak cukup. Kesannya, sakit kepala.
Pilihlah yang mana suka :)
3. Bagaimana Dengan Nisbah Hutang-kepada-Pendapatan Anda?
Kalau ikut bank, banyak yang guna "rule-of-thumb" 1/3 atau 33% dari gaji pemohon pinjaman untuk meluluskan permohonan pemohon. Ade gak yang guna nisbah yang lebih tinggi tinggi, sampai 80% pon ade (kalau saye x silap lah).
Kalau ikut pendapat peribadi saye, TAK KISAH, selagi kite boleh membayar pinjaman-pinjaman yang ade tanpa terlepas atau tanpa sebarang masalah, termasuklah ketika musim raya, bukak sekolah, dan sebagainya :)
cume panduan terbaik masih lagi "rule-of-thumb, 1/3 or 33% is the maximum allowable debt-to-loan ratio" lah
:)
The lesser, The better, The healthier
4. Apa Perubahan Di Dalam Hidup Anda 2-3 Tahun Kebelakangan Ini?
Perceraian, kematian (Na'uzubillah, x mintak, tapi Qada' dan Qadar Allah kite kene redha), kelahiran, kene buang kerja, dan sebagainya akan mempengaruhi hidup kita dan corak perbelanjaan kita, sekaligus kedudukan kewangan :)
Jangan abaikan :)
Tapi, Naik Gaji, Dapat Harta Pusaka, Bonus, Rebat, dan sebagainya adalah perubahan yang kite harapkan, betol tak?
5. Adakah Perlindungan Takaful (atau Insurans) Anda Mencukupi?
Yang ni penting sebagai perlindungan untuk MEMINIMUMKAN kesan dari apa-apa musibah yang menimpa.
Kematian, Hilang Upaya Kekal, Hilang Upaya Sementara, Penyakit Berbahaya, dan Penyakit Yang Memerlukan rawatan berterusan di hospital, memang memerlukan bantuan kewangan dari Takaful (atau insurans) kerana faktor ketinggian kos.
We Never Know The Future.
Tapi, terlebih perlindungan pun tak bagus jugak, sebab hilang tunai untuk membayar duit premium takaful/insurans.
6. Sudah Membuat Wasiat & Hibah?
Wasiat & Hibah tak dapat dipisahkan dari faraid. Mat Salleh panggil ni sebagai "Estate Management".
Penting supaya keluarga yang ditinggalkan apabila kita meninggal tak terkapai-kapai dan dapat meneruskan kehidupan dengan baik.
Untuk Pencari Rezeki Tunggal, wasiat & hibah ni memang sangat penting.
7. Adakah Pelaburan Anda Memerlukan Penyelenggaraan?
Kuncinya adalah pelbagaikan pelaburan dan lihat semula strategi pelaburan termasuk "risk appetite", "entry-exit strategy", "cut-loss strategy", dan sebagainya.
Saya tak brape mahir nak tulis bab ni sebab tak de pengalaman secara langsung :)
8. Adakah Target Kewangan Anda Telah Berubah?
Yang ni, mestilah. Setiap hari perubahan berlaku, dan kita tidak mampu untuk menolak perubahan-perubahan ini. Jadinya, kitalah yang kena berubah, termasuklah Target Kewangan kita.
Gaji Baru, Bonus, Impian Baru dan Tanggungjawab Baru sudah semestinya akan mengubah Target Kewangan kita :)
Jadi, sila kemaskini Target Kewangan anda 6 bulan sekali (the best, cuma rajin tak rajin lah kan?) atau 1 tahun sekali atau 2 tahun sekali (malas sangat dah ni)
Friday, April 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
item 5 - yes , we never know the future!
ReplyDeleteyap, we never know the future :)
ReplyDelete