Advert Board

Monday, November 9, 2009

Analisis Saya Utk Isu Shariah-Compliance Bagi ASB

Hari ini, semakin byk perbicangan mengenai hukum harusnya ASB yg telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saya juga ingin mengutarakan analisis yg pernah saya buat berdasarkan kepelikan shariah-compliant di Malaysia.

Maaf, saya bukan menuding kesalahan org lain utk membolehkan saya terus memegang fatwa harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dan saya juga bukan sekadar menggunakan "common sense".

Analisis Pertama

Sila lihat hujah berikut, saya petik dari forum BJ,

"
sila lihat link berikut, major stake holder of Bank Islam utk 2007 :
a. LTH 41.92%
b. PNB 14.69%
c. ASB 9.54%
d. EPF 5.57%

sape boleh relatekan hubungan Bank Islam dan juga PNB & ASB?

aku bukan mencari kesalahan ye.

tgk plak saham2 pegangan ASW2020, Maybank cume 7.77%
"

PNB dan ASB adalah pemegang kepentingan Bank Islam sebanyak 24.23%.
Total 4 major stake holder tu pon hanyalah 71.72%.

Jadi, Shariah Compliance ke Bank Islam ni?

Analisis ke-2

dan juga hujah berikut, juga dipetik dari forum BJ,

"
ok, SC pon dah tetapkan benchmark utk shariah-compliant:
a) 5% benchmark
b) 10% benchmark
c) 20% benchmark
d) 25% benchmar

ksemua kat atas tu comply dgn shariah-compliant, with a tolerant of involvement in non-compliance business activity.

aku dah buat kire2 base on penyata kewangan 2008 ASB (top 20 listed), and berikut ialah non-compliant saham2 yg dilaburkan oleh ASB:

a. Maybank 21.93%
b. BAT 2.19%
c. F&N 1.24%
d. Carsem (Hong Leong Bank) 0.87%
e. Bumiputra-Commerce (CIMB) 0.76%

totalnye, 26.99%

yg x listed, xtau.
"

utk perhatian, PNB cume menyenaraikan pelaburan utamanya sebanyak 72.53% shj. Bakinya, hanya mereka sahaja yg tahu ke mana ia dilaburkan. Sila ke sini utk laporan tahunan ASB tahun 2008.

Kekeliruan Saya

Bank Islam juga ada menganjurkan cabutan bertuah untuk sebarang deposit bernilai RM100.
Soalan saya, adakah cabutan bertuah, yang menggalakkan penyimpan berharap kepada nasib adalah halal?

Mengeluarkan Semua Pelaburan Dari PNB adalah Penyelesaian?

Bayangkan apa akan jadi apabila semua pelabur menarik semua pelaburan keluar dari PNB?

Soalan saya, adakah PNB mampu bertahan apabila sudah tidak mempunyai modal pelaburan?

Berapa lama PNB mampu bertahan, dan sekiranya mereka tidak mampu bertahan, akan wujud lagikah ASB?

Saya orang kebanyakan yang hanya mempunyai asas setebal kulit bawang mengenai muamalat dan ekonomi dalam Islam.

Atas sebab-sebab di atas, saya masih lagi berpegang kepada Hukum Harus yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tindakan Saya

Tetapi, saya tidak akan duduk diam. Buat masa ini, saya telah menghantar gesaan kepada PNB supaya mencapai status "Shariah Compliance" secepat mungkin.

Tahun depan, saya akan tingkatkan lagi usaha saya untuk memperjuangkan ini, mungkin sehingga tahap "walk-in" ke pejabat PNB, insyaAllah.

Akhir Kata

Terserah kepada anda apa yang anda akan lakukan, sama ada BERJUANG atau MENGHUKUM.

1 comment:

  1. harap dapat mendalami lagi ilmu berkaitan dengan muamalat dan ekonomi islam... bile kita belajar secara mendalam dan dapat mengaitkan masalah dan kemaslahatan shj kita akan fahami situasi sebenar...
    dan bukan mudah untuk sesuatu bank or financial institution untuk mencapai shariah compliance..
    banyak benda yang kene ubah,,,n akan ambil masa yang agak panjang untuk ubah all the transction and the bank operation..
    apepun tahniah sebab mampu wujudkan blok seperti ini...

    ReplyDelete