Advert Board

Wednesday, April 16, 2014

MENGHADAPI CATUAN AIR - SIMPANAN AIR

Assalamualaikum semua.

Lebih kurang sebulan setengah rakyat Selangor menghadapi catuan air. Bagi yang sebahagiannya, mungkin sudah menghadapi masalah bekalan air lebih lama.
 
Mohon Allah pemudahkan urusan kita semua.
 
Rasenye entry ni mungkin dah terlambat. Tapi saje nak post.
 
Ade yang tertanya2 macam mana nak budget kuantiti air untuk disimpan.
 
No.1
Mula2, kene kira yang basic dulu, untuk mandi... ade berape family member.
Katalah 3 orang dan mandi 2 kali sehari. Setiap orang pula perlukan sebaldi kecil untuk mandi.   
 
Jadi, untuk catuan selama 2 hari:
3 orang x 2 kali mandi sehari x 1 baldi sekali mandi x 2 hari catuan = 12 baldi kecil.
 
Ukurlah isipadu (volume) baldi tersebut. Contohnya 10L satu baldi. Jadi 120L diperlukan untuk mandi sahaja.
 
No.2
Masuk tandas selain waktu mandi. Ni pun kene kira gak. Mungkin perlukan kuantiti air yang sama macam kat atas, kirala 120L. Kene determine sendiri ye.
 
Kalau sume x duduk rumah, kerja, bekalan air kat office tak terganggu, yang ni mungkin xde masalah sangat.
 
No.3
Makan dan memasak: katalah sekali masak campur basuh pinggan sampai selesai makan perlukan 3 baldi kecil @ 30L. Sehari berapa kali pulak masak?
 
Kalau aku time takde air, sehari masak sekali je, masak banyak sikit. Pastu panaskan. Terpulang la pada korang. Makan luar x berape yakin bersihnya time takde air ni.
 
Maaf, sambung balik. So, 30L untuk masak siang dan 15L untuk sambung basuh2 lepas makan malam - aku kira malam x masak dah. Total sehari 45L diperlukan. Jadi 2 hari bersamaan dengan 90L.
 
No.4
Pastu air minum, kirala sorang 2L sehari. Jadi 3 orang perlukan 6L sehari. Total air minum untuk 2  hari kena siapkan minimum 12L.
 
 
Total kat atas dah pun 120L + 120L + 90L + 12L = 342L.
 
Kalau beli tong yang 120L ~ 150L satu tu, mungkin perlu ade 3. Tapi tu kalau 3 orang la. Bukan senang. Kalau duduk kat rumah bertanah macam teres bungalow mungkin ok kot. Kalau kat   apartment ngan flat memang sakit jugak, tambah lagi ruang yang akan diambil untuk menyimpan air tu. Belum kira kos bekas air tu lagi.

Lagi satu, kalau beli tong air tu, elakkan beli yang bulat macam ni:

 
Membazir ruang... aku xde gambar ni pasal x beli, tu aku lukis tu :)

Beli la yang camni:



Ni aku beli kat sungai buloh, lebih kurang ~ 135L - RM 80. Kedai barang plastik. Dekat dengan flyover ke Bukit Rahman Putra tu. Sebelum Petron. Aku rasa murahla kot, sebab plastic dia tebal, terutama yang warna dull sikit tu. Memang bekas kosong dia pun dah berat betul.

Lagi satu, jangan lupa standardizekan bekas2 air yang dibeli. nanti senang nak simpan. Tindih2 je. Jangan nanti satu segiempat tepat - sebab bini suka.
Satu yang bulat pendek - pasal anak suka.
Satu lak yang silinder tinggi -pasal laki suka.
Masalah nak simpan nanti.

Jangan lupe bertutup ye. Nanti lain jadinye.

Terima kasih pada yang membaca.... menyusul lepas ni, tips jimat air.

No comments:

Post a Comment