Advert Board

Saturday, June 18, 2011

[Cerita] Mengejar Impian

Ali (bukan nama sebenar) merupakan seorang jurujual yang bijak dan berpengalaman. Dia juga merupakan bapa yang baik kepada anaknya, Al-Abu (bukan nama sebenar) yang berusia 5 tahun dan suami yang berdedikasi kepada Aspalela (pon bukan nama sebenar).

Walaupun dikatakan Ali adalah seorang jurujual berpengalaman, namun pengalaman Ali sebagai seorang jurujual bukanlah suatu pengalaman hidup yang manis dan berjaya, kerana Ali sebenarnya telah tersilap langkah menghabiskan kesemua wang simpanan keluarganya untuk membeli suatu produk perubatan yang terlalu mahal dengan target untuk menjualnya semula pada 5 tahun yang lalu.

Produk Ajaib

Apakah produk tersebut? Untuk memudahkan cerita, kita andaikan produk tersebut sebagai produk ajaib. Sebenarnya, produk ajaib ini adalah gajah putih, yang mempunyai produk saingan. Malangnya, produk saingan bagi produk ajaib ini dijual dengan harga 50% lebih rendah.

Ali telah berhabis wang untuk membeli produk ajaib tersebut sebanyak RM25,000 untuk mendapatkan 50 unit produk ajaib tersebut (kos seunit adalah RM500). Ketika awalnya, harga jualan bagi produk ajaib adalah RM1,000. Kerana tamakkan margin keuntungan yang tinggi ini (iaitu 50%), dia telah sanggup mengeluarkan modal sebanyak RM25,000 tersebut.

Melingkup

Dengan persaingan dari produk saingan yang dijual pada harga RM500, iaitu harga modal bagi produk ajaib, setelah 5 tahun berlalu, Ali hanya mampu menjual produk ajaibnya pada kadar 10 unit setahun. Kiraan keuntungan kasar yang diperolehi hanyalah RM412 sebulan (10x500/12=412). Lebih parah kerana Ali terlalu taksub dengan produk ajaibnya, dan die merupakan seorang jurujual yang terlalu berpegang kepada prinsip dan hanya menjual produk ajaib tersebut. Akibatnya, Ali tidak mampu memberikan kehidupan yang baik kepada anaknya, Al-Abu dan isterinya, Aspalela.

Saban hari, mereka terpaksa bercatu makanan dan hanya tinggal menyewa di sebuah rumah yang kecil. Pun begitu, Ali masih cuba menggembirakan anaknya semampu mungkin. Syukurlah Al-Abu walaupun masih kecil, mempunyai kesedaran yang agak tinggi, tidak meminta dibelikan mainan atau makanan ringan.

Dugaan Pertama

Akibat tidak tahan dengan kesusahan hidup akibat ketaksuban Ali dan setelah bersabar selama 5 tahun, Aspalela telah memberi kata dua kepada Ali, supaya mengubah profession lain yang lebih menjamin kehidupan mereka atau fasakh.

Ali cuba meyakinkan Aspalela supaya bersabar. Ketika ini, anak mereka, Al-Abu, yang telah berusia 5 tahun, sangat rapat dengan Ali, tetapi dihantar ke Pengasuh ketika waktu siang kerana Aspalela bekerja sebagai pembantu kedai dan Ali akan keluar dengan membawa 1 produk ajaibnya untuk dijual.

Untuk meyakinkan Aspalela, Ali mencuba untuk memohon bekerja tetap di beberapa firma guaman yang besar. Dia telah memohon untuk menjadi peguam. Sebenarnya, Ali merupakan siswazah jurusan undang-undang dari salah sebuah IPT ternama. Kerana dia sudah berusia, agak sukar untuk Ali untuk mendapatkan kerja di mana-mana firma guaman, memandangkan 5 tahun sudah berlalu sejak Ali fokus menjual produk ajaibnya.

Menjadi Pelatih

Walau bagaimanapun, setelah mencuba hampir 3 bulan, Ali telah ditawarkan bekerja sebagai peguam pelatih, tetapi diberi tempoh pemerhatian selama 6 bulan, dengan elaun RM300 sebulan sahaja. Itupun setelah bertungkus lumus mendapatkan peluang untuk ditemuduga.

Pada awalnya, Ali agak berat hati untuk menerima tawaran sebagai pelatih tersebut, memandangkan elaun yang diberi hanyalah RM300 sahaja. Walau bagaimanapun, Ali tekad dan menyimpan azam untuk berusaha gigih demi masa depan anaknya, Al-Abu yang lebih terjamin, memandangkan kegagalannya dalam bidang jurujual.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Ali mengharungi kehidupan hariannya sebagai peguam pelatih dengan sabar dan tekad untuk berjaya. Pada awal pagi, Ali akan keluar seawal 6 pagi, kerana dia perlu berjalan kaki sejauh 5 km untuk ke tempat kerjanya. Setiap hari juga, dia akan membawa bekal ke tempat kerja supaya dia mampu meneruskan hidup untuk mengharungi 6 bulan yang seterusnya, sebelum diterima sebagai peguam.

Pada hari minggu pula, Ali akan meneruskan perjuangannya menjual produk ajaib, kerana banyak wang simpanannya sudah dihabiskan membeli produk ajaib tersebut, dan mereka sekeluarga bergantung kepada wang hasil jualan produk ajaib, di samping elaun RM300nya dan gaji Aspalela.

5 Bulan Berlalu

Sudah 5 bulan berlalu, Ali semakin berdebar-debar sama ada dia akan diterima sebagai peguam di firma guaman sekarang atau tidak. Dengan penuh sabar dan harapan, dia meneruskan kehidupan hariannya yang sukar dan mencabar. Anaknya adalah punca motivasinya, Isterinya pula, pendorong dan pendokong dibelakangnya, walaupun 5 bulan terdahulu berlaku sedikit konflik keluarga.

6 Bulan Berlalu

Berkat kesabaran dan kesungguhan Ali, beliau telah diterima sebagai peguam di firma guaman tersebut. Ali sangat bersyukur dan gembira. Pada masa yang sama, Ali menanam azam untuk bangkit kembali, dan memperbaiki mutu kehidupan keluarganya. Jauh di sudut hatinya, beliau akan kembali meneruskan minat dan impiannya di dalam bidang perniagaan dalam masa 5 hingga 6 tahun yang akan datang, kemungkinan besar di dalam bidang yang diceburinya sekarang, iaitu membuka firma guaman sendiri.

Penutup

Aku sebenarnya nak mengadaptasi kisah hidup dari cerita "Pursuit of Happyness", kisah adapatasi dari hidup Chris Gardner yang sebenar. Tapi tak jadi dan cerita dah jadi meleret dan ntah ape-ape, haahahahaha.

Selamat membaca cerita karut. Next post, sinopsis "Pursuit of Happyness". 5 bintang untuk cerita tersebut.

2 comments: