Sebagai memenuhi jemputan Matjoe untuk menyertai contest azam 2011, saye pon nak berkongsi azam saye.
Azam je, bukan target 2011 ye :)
1. Kerjaya.
Saya baru bertukar majikan selepas raya puasa haritu, lebih kurang 3 bulan setengah yang lepas. Saya berazam untuk mendapat pengesahan jawatan dalam tempoh percubaan 6 bulan ini.
2. Keluarga.
InsyaAllah, Q1 2011 ni akan berlaku perubahan besar untuk keluarga saya. Saya berazam untuk menjadi bapa dan suami yang lebih baik untuk famili saya. Macam mane tu? Untuk lebih ringan tulang membantu isteri buat kerja rumah lah. Azam je ni, hehehe.
3. Pelaburan.
Saya baru bermula dengan pelaburan, iaitu Q4 2008.
Hartanah, saya berazam untuk mendapatkan 1 lagi hartanah sebelum hujung tahun 2011 ni. Tak kire lah jenis ape, rumah atau kedai atau tanah. Melintang lalu membujur patah kata pendekar-pendekar lama, hehehe. Setakat ni, baru ade 1 biji rumah sendiri dan 2 biji rumah sewe (tapi 1 lagi baru dapat VP dan masih dalam proses membaiki sebelum boleh disewekan. InsyaAllah bulan Feb boleh masukkan penyewe dah). Kiranya, "buah" dari dahan pelaburan yang ni tak merase lagilah. Target pon memang nak pusing je duit untung rumah sewe ni. Ini adalah pelaburan bersama isteri saye :)
Ekuiti, portfolio saye tak aktif. Beli pon 1 lot, 1 lot je. Jual tak pernah lagi, walaupun dah jatuh harge (rugi). Tak kisahlah tu, sebab saye pon takde masa nak jage, biar je lah. Hahaha. Ape-ape pon, saye tetap perlu belajar banyak lagi. La ni, baru pandai menilai Penyata Kewangan syarikat, hasil dari belajar dari buku anak warren buffet. Jadi, azam saye untuk 2011 ni, untuk tambah ilmu dalam analisis teknikal, dan dapatkan secubit lagi kaunter.
ASB & Tabung Haji, azam saye adalah untuk teruskan simpanan bulanan. 3 bulan terakhir ni tak berape bagus (dengan kate mudahnye tak menyimpan langsung, hehehe), sebab saye berpindah ke rumah sendiri dan terpakse keluar duit sendiri untuk bayar duit pinjaman untuk sebijik flat yang belom disewekan. Alhamdulillah komitmen bulanan tak tinggi sangat.
Emas/Perak, saye memang berminat, tapi bukan tahun ni. Buat mase ni, saye cume mengikuti perkembangan je. Kire azam untuk yang ini hanyalah untuk "update" diri je lah.
4. Blog.
Buat mase ni, niat saye buat blog adalah untuk berkongsi dan luah perasaan. Sebab tu jugak entri kat blog ni tak banyak. Lagipon blog ni lebih kepada financial management, jadi isi memang tak brape banyak (ALASAN). 2010 ade 40 entri je. 2009 ade 34 entri je. 2008 pulak ade 31 entri je. hehehe.
Untuk 2011 ni, azam saye untuk hasilkan 1 entri setiap minggu.
5. Kewangan.
Azam saye, untuk terus mengekalkan care kami berbelanja. Lepas saye dah berjaya sewekan rumah flat yang satu tu, insyaAllah saye ade banyak ruang untuk bernafas dan boleh susun semula kewangan saya :D Setakat ni pon, isteri banyak tolong cover, hahaha. Inflasi gaya hidup memang sangat mencabar jiwa, tapi, Alhamdulillah saye masih boleh bertahan.
Lagi satu, saye berazam untuk buat wasiat sempena tahun 2011, sekali dengan isteri saye lah.
Pendapatan tambahan, saye terpakse tunggu sampai Q3 2011 nanti. Cume ade ure-ure nak buat servis cuci rumah dan mengecat rumah, hehehe. Ade ke yang berminat eh?
6. Akhirat.
Yang ni memang kurang banyak, memang saye akui. Alasan memang banyak, jadi saye tak nak komen lebih-lebih.
Azam saye, nak istiqamah mengaji Al-Quran satu muka surat setiap hari, dan nak istiqamah solat jemaah kat tempat keje untuk zohor dan asar. Untuk maghrib, isya' dan subuh, saye azam nak istiqamah solat jemaah kat rumah. Betol, kat masjid tu lagi dituntut.
Lain-lain tu, saye simpan untuk diri sendiri.
"Contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)"
Thursday, January 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku suka kau buat azam ikut pembahagian.
ReplyDeletemacam jawab kertas Ugama SPM je..
wahaha, macam jawapan SPM ka?
ReplyDeleteye lah tu :)
bro, wasiat tu buat la cepat2....
ReplyDeleteklau boleh esok ko terus buat sebab kita tak tau bila ajal kita....
kesian nanti kat waris2 yg tinggal......
:-aLCapone-
thanks bro for jioning this contest. byk syarat tak cukup tapi xde hal, janji azam mantap
ReplyDeleteal-capone,
ReplyDeleteInsyaAllah nak buat tahun ni, tapi tak tahu lagi bile :D
matjoe,
maaf bro, gua buat yang terbaik. dah betolkan dah. bab gamba tu je yang failed. hehehe.
disqualified pon tak pe lah :)
selamat menjayakan azam.. sy wasiat pun x buat lagi walhal ade borang amanah raya dalam almari.. ayoyoooo.. kena buat la camni..
ReplyDeletebtw fahim,
ReplyDeletesabtu lepas tarikh tutup contest untuk entry azam tahun 2010.terima kasih kerana sudi join. contest utk like gambar azam 2011 masih berterusan sehingga
25th Jan 2011. saya ada sharekan cara utk 'like'di blog saya: Cara Like Gambar Facebook
Berikut adalah link untuk terus ke album azam 2011 di facebook page matjoe.com: Album Azam 2011