Advert Board

Tuesday, June 22, 2010

[Teknik] Dokumen Terbaik Membuktikan Kekukuhan Pendapatan Untuk Memohon Pinjaman Rumah

Nak mohon pinjaman bank untuk beli rumah, kene siapkan dokumen bertulis sebagai bukti betapa banyaknya pendapatan yang korang terima setiap bulan.

Lagi tinggi pendapatan, lagi cerah peluang untuk pinjaman diluluskan.

Amaran! Panduan ni lebih sesuai untuk orang yang bergaji tetap sahaja. Yang ada macam-macam claim atau elaun tu, atau untuk orang bisnes, aku tak tahu :D

Yang terbaik, siapkan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

a) Slip gaji untuk 3 bulan (yang terbaru).

b) Penyata akaun yang menunjukkan gaji dimasukkan.

c) Penyata tahunan KWSP untuk tahun yang terkini.

d) Borang BE untuk cukai tahunan yang terkini. Biase banker tak mintak, tapi kalau ade, diorang ambik je. Borang BE untuk orang makan gaji yang takde bisnes.

e) Surat rasmi dari majikan yang menyatakan ko adalah staf kat situ. Mintak je dari HR, taulah diorang nak keluarkan surat macamane.

f) Jika ada Simpanan ASB ke, Fixed Deposit ke, siapkan salinan sijil sebagai bukti yang korang ade jumlah simpanan tu.

g) Jika korang ade rumah sewe, sertakan Perjanjian Sewaan (yang dah dimatikan setem hasil) dan Penyata Akaun yang membuktikan duit sewe tersebut dimasukkan ke akaun tersebut. Kene same lah nilai yang masok dengan nilai sewaan dalam perjanjian.

Siapkan dalam 3 atau 4 atau 5 salinan.

Kalau untuk mohon pinjaman bersama dengan isteri atau sape-sape yang korang suke, siapkan jumlah set salinan yang same jugak.

Kenape nak banyak salinan? Sebab nak buat permohonan kat banyak bank. Kalau tak nak, buat dalam 2 salinan pon dah cukup.

Harap membantu walaupun sedikit :D

Jutaan terima kasih kepada sape-sape yang menambah @ mencerca entri ini :D hehehe

4 comments:

  1. Betul2. aku setuju.. tapi kan, kalo tak salah, pinjaman perumahan mesti 33% atau 1/3 dari gaji tetap kitakan?

    ReplyDelete
  2. itu paling senang lulus :D

    aku xde pengalaman lagi kalo komitmen sendiri dah capai 1/3 dari gaji pokok, jadi x leh komen secara tepat :D

    mungkin ade sape2 boleh tokok tambah.

    ape-ape pon, kebanyakan permohonan pinjaman adalah direkomen oleh banker. untuk yang komitmen dah capai 1/3, dah cube bincang dengan branch manager?

    ReplyDelete
  3. btul tu. maybe personal ledger on our property pon dapat membantu.

    ReplyDelete
  4. matjoe,

    oh, itu tips dari abang ensem. in future, insyaAllah aku akan buat camtu gak lah :)

    ReplyDelete