Advert Board

Wednesday, June 30, 2010

5 Langkah Terbaik Untuk Menjadi Miskin atau "LOSER"

1. Malas

2. Belanja melebihi pendapatan.

3. Tak nak berubah.

4. Tak sedar diri.

5. Tinggal Islam dalam hidup

Huraian boleh dibuat sendiri :D

Tuesday, June 22, 2010

[Teknik] Dokumen Terbaik Membuktikan Kekukuhan Pendapatan Untuk Memohon Pinjaman Rumah

Nak mohon pinjaman bank untuk beli rumah, kene siapkan dokumen bertulis sebagai bukti betapa banyaknya pendapatan yang korang terima setiap bulan.

Lagi tinggi pendapatan, lagi cerah peluang untuk pinjaman diluluskan.

Amaran! Panduan ni lebih sesuai untuk orang yang bergaji tetap sahaja. Yang ada macam-macam claim atau elaun tu, atau untuk orang bisnes, aku tak tahu :D

Yang terbaik, siapkan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

a) Slip gaji untuk 3 bulan (yang terbaru).

b) Penyata akaun yang menunjukkan gaji dimasukkan.

c) Penyata tahunan KWSP untuk tahun yang terkini.

d) Borang BE untuk cukai tahunan yang terkini. Biase banker tak mintak, tapi kalau ade, diorang ambik je. Borang BE untuk orang makan gaji yang takde bisnes.

e) Surat rasmi dari majikan yang menyatakan ko adalah staf kat situ. Mintak je dari HR, taulah diorang nak keluarkan surat macamane.

f) Jika ada Simpanan ASB ke, Fixed Deposit ke, siapkan salinan sijil sebagai bukti yang korang ade jumlah simpanan tu.

g) Jika korang ade rumah sewe, sertakan Perjanjian Sewaan (yang dah dimatikan setem hasil) dan Penyata Akaun yang membuktikan duit sewe tersebut dimasukkan ke akaun tersebut. Kene same lah nilai yang masok dengan nilai sewaan dalam perjanjian.

Siapkan dalam 3 atau 4 atau 5 salinan.

Kalau untuk mohon pinjaman bersama dengan isteri atau sape-sape yang korang suke, siapkan jumlah set salinan yang same jugak.

Kenape nak banyak salinan? Sebab nak buat permohonan kat banyak bank. Kalau tak nak, buat dalam 2 salinan pon dah cukup.

Harap membantu walaupun sedikit :D

Jutaan terima kasih kepada sape-sape yang menambah @ mencerca entri ini :D hehehe

Monday, June 14, 2010

[Iklan] Jualan dan Penghantaran Tong Gas Memasak BHP Untuk Kawasan Subang Bestari Dan Sekitar

Salam all,

ni nak promote sikit bisnes pak sedara.

Beliau ade buat bisnes menjual dan perkhidmatan menghantar tong gas memasak BHP untuk kawasan subang bestari dan sekitar.

Beliau merupakan dealer sah terlatih untuk gas memasak BHP dan ade kaitan dengan MAIS.

Untuk makluman, beliau mempunyai lori untuk perkhidmatan penghantaran tersebut.

Sila hubungi nombor berikut untuk sebarang urusan/pertanyaan 013-3344 669.

Boleh panggil beliau sebagai Din.

disclaimer : saya takde kepentingan terhadap bisnes beliau, cume tolong promote kat sini je

[Persoalan] Untuk 2010, RPGT, Ade Ke Takde?

Untuk tahun 2010 ni, RPGT, atau nama penuhnya Real Property Gain Tax atau Cukai Keuntungan Harta Tanah, sebenarnye ade dikenekan atau tidak?

Aku pun musykil sebenarnye.

Dari Website LHDN

Kalau dari website LHDN, RPGT memang dikenekan seperti berikut (aku ambik kire kes individu warganegara Malaysia sahaja. lain-lain boleh rujuk kat link LHDN ni),

a) Untuk 2 tahun pertama, kene 30% dari keuntungan.

b) Untuk tahun ke-3, kene 20% dari keuntungan.

c) Untuk tahun ke-4, kene 15% dari keuntungan.

d) Untuk tahun ke-6 dan seterusnya, kene 5% dari keuntungan.

Tapi memang ade pelepasan untuk kali pertama dan pindah milik di kalangan ahli keluarga (sila buat kajian lebih mendalam tentang takrifan ahli keluarga yang terpakai untuk pelepasan ini).

Kalau betol memang ade, kenape takde pengumuman secara rasmi? Aku tahu pon dari majalah iproperty, dan lepas tu bile cek kat website LHDN, pon tulis bende yang same seperti yang aku tulis kat atas.

Mungkin sape-sape yang tahu, boleh confirmkan.

Terima kasih saye ucapkan :)

Thursday, June 10, 2010

Ramadhan 2 Bulan Lagi, Syawal Lepas Tu Pulak

Ramadhan 2 Bulan Lagi

hah, dalam 2 bulan lagi, ramadhan bakal menjelang, InsyaAllah. Sedar tak sedar, mase teros berlalu.

1. Ganti Puase

Yang belum habis ganti puase lagi, selamat berusaha :)

Bile puase hari isnin dan khamis, dapat pahala puase sunat sekali. Niat puase untuk puase ganti je lah, insyaAllah dapat 2-in-1 punye pahala.

Para suami pon, boleh bagi moral support kat isteri untuk puase sekali. Tapi niat kene betol, lillaahita'aala :)

2. Geng Bisnes Pasar Ramadhan (atau Pa-Ram)

Hah, ni lah mase nak buat duit sebelum raye eidul-fitri :)

3. Geng Bisnes Kueh Raya dan Baju Raya.

Ada yang dah start bisnes awal-awal, tapi standard ah, peak hour tetap mase Ramadhan.

Tak kisahlah, sape rajin dapat rezki lebih, amin Ya Allah :)



Syawal Lepas Tu Pulak

Cukup sebulan puase Ramadhan, Syawal pulak melawat kite :)

1. Mak dan Bapak

Walaupun lagi 3 bulan, mak dan bapak dah start kumpul duit untuk bahagian duit raya. Mase ni boleh bersedekah banyak-banyak :D

Baju untuk anak-anak pon ade yang dah siapkan sekarang ni.

Untuk yang kurang berkemampuan, anak-anak diutamakan.

Untuk yang ade rezki lebih, bolehlah bersedekah :)

2. Anak-Anak

Mase untuk kumpul duit raya! Ini lah di antara kegembiraan budak-budak (termasuklah saye).

Tuesday, June 8, 2010

[Panduan] Bayaran Yang Perlu Diambil Kira Untuk Membeli Rumah

Membeli rumah memang best, tambah2 rumah idaman :D

Tapi, jgn silap langkah. Bukan pinjaman je yang perlu diambil kire.

Kat sini saye nak share info bayaran-bayaran yang perlu diambil kire untuk membeli rumah, tak kirelah rumah baru atau sub-sale (bahase mudah pahamnye second-hand) atau lelong.

Ini adalah perkongsian ye, bukan pengajaran atau apa-apa yang lain. Terima kasih kerana membetolkan mane-mane yang salah. Dan perkongsian di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan perkongsian oleh otai-otai hartanah yang lain :D

Ingin saye tekankan dahulu, ini bukan langkah-langkah membeli rumah ye :) Jadi, saye tak sentuh pasal resit, bukti pembayaran, langkah-langkah atau ape-ape yang lain, selain dari bayaran.

Di sini, saye maksudkan Penjual sebagai pemilik rumah atau ejen berdaftar. Yang tak berdaftar, saye tak nak komen ape-ape :)

Bayaran Apa Yang Perlu Diambil Kira?


a) Booking Fee
Bile dah berkenan dan yakin nak beli sesuatu rumah tersebut, dan penjual pon memang nak jual rumah tersebut(dan semestinyua bukan nak menipu), kenelah bayar booking fee, di antara 2% hingga 3%. Tapi booking fee ni akan dikire sekali sebagai deposit.

Pengecualian untuk kes rumah lelong, sebab kene bayar deposit je.

Contoh mudah, katakan harga jual yang dipersetujui ialah RM100,000 dan booking fee yang diperlukan ialah 3%. Jadi, booking fee yang perlu dibayar ialah sebanyak RM3,000.

Bayaran dibuat sebagai tanda bersungguh-sungguh untuk membuat pembelian, dan penjual akan memberikan dokumen-dokumen yang berkenaan untuk langkah-langkah yang seterusnya.

b) Deposit
Biasanya, minimum deposit yang perlu dibayar adalah 10%. Lagi tinggi lagi penjual suke, tapi, untuk sebab-sebab untuk mengurangkan risiko dan mengurangkan bayaran tunai, bayarlah 10% je. Tapi jangan lupe ambik kire booking fee.

Maknanya, kalau dah bayar booking fee sebanyak 3%, kene tambah 7% jelah lagi.

Contoh mudah, katakan harga jual yang dipersetujui ialah RM100,000 dan booking fee yang sudah dibayar ialah 3%. Maka jumlah deposit ialah 10% atau RM10,000. Tapi, sebab dah bayar booking fee 3% (atau RM3,000), maka baki deposit yang perlu dibayar ialah 7% atau RM7,000 sahaja.

Bayaran dibuat semasa tandatangan PERJANJIAN JUAL BELI (atau Sale & Purchase Agreement atau SPA atau S&P, selepas ni saye akan tulis sebagai SPA), melalui peguam yang dilantik, bukan secara terus kepada pemilik.


c) Bayaran Peguam
Juga dipanggil sebagai Legal Fee, sebab peguam akan/dah buat keje, jadi kene bayar upah lah. Ada 2 bayaran.

Yang pertama ialah bayaran untuk SPA. Bayaran peguam bergantung kepada Nilai Jualan Rumah (dalam RM).

Yang kedua ialah bayaran untuk Perjanjian Pinjaman/Pembiayaan. Bayaran peguam bergantung kepada Nilai Pinjaman (dalam RM).

Saya tak kan perincikan sangat bahagian ni, sebab saye bukan peguam.

Jumlah Bayaran Peguam boleh DIANGGARKAN (mungkin lebih atau kurang atau sama) sebanyak 6% dari Nilai Jualan Rumah.

Untuk nilai sebenar, sila dapatkan Sebutharga terlebih dahulu dari peguam yang ingin dilantik.

Contoh mudah, katakan harga jual yang dipersetujui ialah RM100,000, maka Bayaran Peguam dianggarkan sebanyak 6% atau RM6,000. Biar kite bajet lebih, jangan kurang :D

Bayaran dibuat ikut persetujuan peguam, tapi kene bayar deposit untuk bukak fail dalam RM500. Bayaran SPA pula kene buat masa tandatangan SPA. Bayaran untuk Perjanjian Pinjaman/Pembiayaan adalah mengikut budi bicara peguam.


d) Pinjaman/Pembiayaan
Sebab pembelian rumah melibatkan jumlah wang yang besar, biasanye memang memerlukan pinjaman/pembiayaan. Kebiasaannya, ramai yang suka untuk memohon pinjaman sebanyak 90% dari nilai pinjaman.

Jadi, kene ambil kira bayaran bulanan dan berapa tahap kelayakan untuk membuat pinjaman.

Bab ni tersangat luas dan banyak trick yang penting, dan sebab aku cume sentuh bab bayaran, aku pon tak dapat nak kongsi tricks tu kat sini :)

Cara termudah ialah pegi masok mane-mane bank, dan jumpe loan officer.

Mintak info dari diorang tentang:
* bayaran bulanan
* tahap kelayakan membuat pinjaman
* bayaran-bayaran lain yang boleh dimasukkan dalam pinjaman.
* kadar faedah (atau keuntungan untuk pembiayaan secara Islam).


e) MRTA/MLTA/Takaful untuk perlindungan.
Ok, bab ni pon meluas, dan melibatkan banyak perkara untuk diambil kire. Boleh melibatkan ejen takaful/insurans, dan boleh mempengaruhi bayaran bulanan pinjaman/pembiayaan.

Paling mudah, ambik MRTA untuk 100% pinjaman, untuk tempoh yang same dengan tempoh pinjaman, dan mintak dimasukkan bayarannya dalam pinjaman/pembiayaan.

Kurang satu masalah, tapi pinjaman jadi lebih tinggi lah sikit. Tak banyak, tambah dalam RM20 hingga RM100++, bergantung kepada nilai perlindungan dan risiko perlindungan.

Tak nak ambik? Pon boleh, tapi risiko tanggung sendiri. Kesian kat orang yang ditinggalkan bile peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal untuk bekerjalah, sebab diorang kene sambung bayar. Kalau diorang tak mampu bayar, rumah pon tergadailah :( Na'uzubillah.

Pilihan lain? Ada, tapi baik ambik yang asas ni dulu. Dah ade pengalaman dan tahu selok-belok, baru cari pilihan lain tersebut :D


f) Bayaran Penilai
Nilai pinjaman yang bank akan luluskan akan BERGANTUNG SEPENUHNYA kepada laporan penilai (atau Valuer). Tak kirelah harge jualan penjual berape, bank akan bergantung kepada laporan penilai ini.

Dan tentulah kene bayar khidmat Penilai ini.

Bayaran Penilai adalah mengikut Market Value rumah tersebut.

Sebagai panduan, untuk rumah berharga kurang RM100,000, kene bayar dalam RM550.

Untuk rumah berharga kurang RM200,000, kene bayar dalam RM700.

Bayaran dibuat terus kepada penilai selepas laporan bertulis dikeluarkan oleh penilai. Tapi, boleh gak mintak masokkan dalam pinjaman untuk pinjaman RM100,000 ke atas.


g) Maintenance Fee
Ini adalah bayaran bulanan untuk upah maintenance. Biasenye yang kene caj adalah untuk rumah bertanah yang ade Guard atau rumah-rumah tak bertanah (kondo, apartment, flat, dll) yang memang ade orang yang buat maintain.

Selain dari tu, takde caj.

Ada yang semurah RM20 (flat), ade gak yang sampai RM400 hingga RM500 (rumah yang mahal, yang berharga dekat-dekat setengah juta RM).


h) Lain-Lain
Kos lain-lain untuk renovate, pasang kabinet dapur, pasang pagar otomatik, cat baru, dan sebagainya. Kosnye pelbagai, bergantung kepada nafsu pembeli :)

Tuesday, June 1, 2010

[Buku] Jualan Buku Terbitan PTS, Diskaun Sehingga 15%

Saya baru membeli beberapa buah buku terbitan PTS Publication melalui Bookcafe.

Hampir kesemua buku diberi diskaun 15% oleh Bookcafe.

Berita baik untuk sesiapa yang berhajat untuk membeli mana-mana buku terbitan PTS Publication, bolehlah memeriksa dahulu di Bookcafe.

Tapi saya kurang pasti sama ada buku baru Pakdi, Rancang Wang Dari Sekarang terlibat di dalam jualan ini atau tidak :)

Berikut ialah buku-buku yang telah saya beli :

a) Diari Mat Despatch (2010), Bahruddin Bekri aka Ali oleh BDNers

b) Apa Bakat Saya? (2009), Ahmad Naim Jaafar dan Saiful Izzuan Hussain

c) [Edisi Jimat] Rahsia Bisnes Orang Cina (2006), Ann Wan Seng

d) Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah (2008), Muslim Kelana

e) Berfikir Gaya Trump (2010), Nazri Kadir

Selepas diskaun 15% dan termasuk kos pos (guna Pos Malaysia biase, RM5.50 untuk 5 buah buku kat atas), saya telah dicaj lebih kurang RM74.00 sahaja :)

Maaflah tak de tepek gambar :D Review pon belom tentu rajin dibuat, hehehe.