Saya dan isteri mempunyai pandangan yang berbeza:
a. Saya suka rancangan bola sepak, dia suka drama.
b. Saya suka makan di kedai mamak, dia suka makan di kedai melayu.
c. Saya suka tidur, dia suka berjaga.
d. Saya suka kaji untung, dia suka kaji risiko.
e. Saya tidak kisah jika rumah tidak bersapu, dia sangat kisah :p
Daripada permainan Cashflow 101, Alhamdulillah kami lebih memahami antara satu sama lain di dalam bab pelaburan.
Pemerhatian #1
Saya lebih suka tengok untung. Isteri saya lebih suka tengok risiko.
Pemerhatian #2
Saya cepat melompat bila tengok isteri saya dapat peluang bagus. Isteri saya lebih tenang.
Pemerhatian #3
Saya adalah orang baru dalam dunia pelaburan (dan kerugian). Isteri saya sudah lama mendapat pendedahan hasil penglibatan kedua ibu bapanya.
Pemerhatian #4
Saya tidak pernah tengok orang rugi (secara "live") dalam pelaburan. Isteri saya sudah banyak kali melihat jatuh bangun ibu bapanya.
Pemerhatian #5
Saya kurang kisah latar belakang pelaburan. Isteri saya akan kaji latar belakang pelaburan.
Pemerhatian #6
Saya suka perniagaan tapi kurang pengalaman dan maklumat. Isteri saya banyak maklumat dan pengalaman dalam perniagaan, tetapi tidak berani terjun dalam perniagaan.
Kenapa saya berkongsi maklumat ini?
Untuk berkongsi ilmu bahawa perbezaan pendapat suami isteri bukan kelemahan, sebaliknya kekuatan.
Untuk berkongsi ilmu bahawa lelaki dan wanita memang berbeza kejadiannya.
Wednesday, February 25, 2009
Friday, February 13, 2009
Program Bajet Peribadi Harian (Microsoft© Excel)
Saya ingin memperbaiki program bajet peribadi harian (Microsoft© Excel) yang saya olah sendiri. Saya perlukan "review" dari pengguna lain untuk menambah baik perisian Excel ini. Sesiapa yang berminat untuk membantu saya, sila tinggalkan alamat e-mail anda di di bahagian komen. Tiada sebarang caj dikenakan kerana saya hanya memerlukan review anda.
Feature:
a. Mencatat butiran perbelanjaan harian
b. Mencatat butiran penggunaan kad kredit
c. Mengawasi perbelanjaan harian menggunakan graf
Untuk makluman, program bajet ini bukanlah sesuatu yang advance. Tetapi saya tetap ingin berkongsi dengan anda dan saya juga sangat berterima kasih di atas segala pandangan dan komen dari anda.
(Nota tuntutan: Saya tidak mengilhamkan atau memulakan mana-mana idea di atas. saya cuma menyesuaikan maklumat-maklumat yang saya perolehi dari pelbagai sumber dan menterjemahkan sebahagiannya ke dalam perisian Microsoft© Excel dan sebahagian lagi sebagai aplikasi harian.)
Labels:
Pengurusan Kewangan
Subscribe to:
Posts (Atom)