Advert Board

Sunday, January 13, 2013

[Pendapat Umum] Kewangan Jan 2013

Salam para pembaca yang budiman dan bijaksana,

Umumnya, kewangan kita akan menjadi semakin mencabar untuk 2013 ini.

Saya tidak mahu berbicara tentang Bajet 2013 oleh kerajaan, kerana ia adalah sesuatu yang tidak mampu kita kawal, memandangkan kita hanyalah rakyat biasa.
Tambahan lagi, 2013 dijangka Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan.

Walau bagaimanapun, jangan risau, sebarang cabaran yang mendatang masih mampu ditangani, andai kita mempunyai perancangan dan kita tetap mengikut perancangan tersebut sebaik mungkin, InsyaaAllah.

"Laut mana tidak dilanda ombak", itulah peribahasa terbaik yang dapat saya luahkan :)

3 perkara utama yang saya sudah belajar sepanjang 2 minggu pertama 2013 adalah :
a) Jangan tamak
b) Ikut perancangan yang telah dirancangkan sebaik mungkin, terutama di dalam pelaburan
c) Sentiasa fleksibel, untuk mengharungi mana-mana cabaran. Sebaiknya, rancanglah sekali pelan kecemasan andai kata pelan utama tidak kesampaian.

Macam biasa, pesanan dari saya untuk diri sendiri,
Usaha adalah datang dari kita, Allah jualah pemberi rezeki. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Adil. Maka, sentiasalah bersyukur dengan semua nikmat dan rezeki yang Allah berikan.