Advert Board

Monday, July 6, 2009

Perbezaan pelabur (Investor), Jurujual (Salesman), dan Penggiat MLM (MLM-er)

Ini adalah komen, pendapat dan pandangan peribadi saya. Tiada sebarang niat untuk berburuk sangka atau prejudis.

Saya sendiri pernah terlibat secara langsung dengan ketiga-tiga perlakuan tersebut. Jadi, saya yakin bahawa saya berhak untuk memperkatakan apa yang saya mahu :D *wahaha, macam kerek je, tapi tak sebenarnye?*


Pelabur

Pelabur akan melihat dan menimbangkan keuntungan. Pelabur juga akan melihat dan menimbangkan kerugian.
100% untung juga membawa maksud 100% rugi.

Pelabur akan menggunakan duit sendiri tanpa melibatkan orang lain, kecuali ejen, peguam, pejabat kerajaan (untuk mati setem, jika perlu), dan pembeli (jika melibatkan jualan).

Pelabur juga tidak akan memaksa orang lain melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu.

Pelabur biasanya mempunyai kepakaran dan ilmu dalam bidang pelaburan yang diceburinya atau sekurang-kurangnya mahu mencari ilmu dan kepakaran dalam bidang pelaburan yang ingin diceburinya.

Jurujual

Jurujual akan menekankan semua kelebihan produk jualan mereka (walaupun sebenarnya bukan kelebihan). Untuk yang lebih "advance", ada yang menerangkan keburukan produk-produk pesaing mereka.

Tetapi, jurujual tidak akan menerangkan sama sekali keburukan atau kelemahan produk mereka. Kecuali bagi mereka-mereka yang tidak mementingkan jualan.

Jurual ada target jualan yang perlu dicapai. Sama ada target harian, mingguan atau bulanan.

Jurujual biasanya menerima komisen bagi setiap jualan yang berjaya dibuat (sekiranya pembeli mampu menjelaskan bayaran dalam tempoh tertentu sahaja).

Jurujual bukan seorang tuan punya perniagaan (atau pelabur).

Penggiat MLM

Penggiat-penggiat MLM akan menekankan keuntungan yang bakal dikecapi (projected) apabila menyertai skim mereka.

Penggiat-penggiat MLM tidak akan sekali-kali menerangkan risiko-risiko kerugian yang bakal dialami.

Penutup

Apa komen anda? terima kasih :)

4 comments:

  1. MLM juga merupakan pelabur...kalau kena pada tempatnya..hahaha..melabur air liur...
    nak belanja minum...semua tu pelaburan gak kan..?


    p/s: dekat link Ejen Hartanah- satu solutions...
    satu solution xde "s" kat hujung. sebab tu aku create co guna satu solution, solutions bnyk beb, bukan satu lagi....jgn marah

    ReplyDelete
  2. oopps,

    dah dibetulkan. sori ya tuanbri :)

    psl MLM, terpulang pade individu lah. saye tidak mengatekan ape2, cume pada pandangan saye, penggiat2 MLM tidak akan sekali2 menerangkan risiko2 apabila menyertai MLM :) itu sahaja. pasal pelan ke, produk ke, saye tidak mahu komen :)

    ReplyDelete
  3. Pd pndngn pribadi sy yg dh mlalui pnglmn MLM & JURUjual, sy UNDI utk mnjd PELABUR kini & selamanya...

    ReplyDelete
  4. trima kasih di atas pandangan anda en emasputra :D

    ReplyDelete